kalau kira-kira hari ni dah masuk seminggu lepas deliver anaqi jumaat lepas.
dan biasanya lepas seminggu memang kena follow up balik kat gynae (doktor sakit puan) and paed (doktor kanak-kanak).
so petang tadi lepas solat jumaat, me, husband, ariana and anaqi pergi ke SALAM specialist untuk follow up.
tapi tak sempat jumpa doktor paed sebab dia ada emergency case kat atas. reschedule balik.
jumpa gynae je lah.
thankfully luka dah kering and condition semua dah okey, jadi dah boleh discharged.
not to compare, tapi post second labour ni being a bit kind to me.
luka seminggu dah kering, kalau dulu bercinta menunggu smpai 2 weeks baru kering ok. seksa menanggung nak ke toilet tu.
enema la peneman sejati hahaha (enema ni liquid bagi senang buang air besar. ewwww tak nak baca tutup komputer sekarang :B)
kalau baca entry lama ada la cerita pasal enema ni.. akaka
then this time ada tenaga sikit la nak gerak ke or nak buat apa-apa.
kalau tak dulu tu lepas balik dari labour room, nak pi tandas kat wad tu pun slowwww je gerak. dengan tak laratnya dengan tengah demamnya. cobaan.
for the luka, i used nona roguy punya pencuci herba. memang elok.
then mandi pun pakai serbuk herba. mandi suam-suam panas, memang segar balik la badan.
serba-serbi herba, dah bau macam toko jamu badan aku ni. lolx
tadi timbang berat, daripada 58-59kg time pregnancy, telah turun kepada 52kg.
padahal berat sebelum pregnancy adalah 47kg aje.
lepas ni kena bersenam la hoih. haha
sambil-sambil tu timbang berat ariana jugak, sebab macam dah lama tak timbang,
ok la tak naik sangat, 14kg je dia lolx
cakap pasal ariana, telah berlaku drama malam sabtu sebentar tadi.
kan anaqi khatan hari tu kan.
doc cakap biar klipnya tu tanggal sendiri. in 7-10 days akan ok.
tapi today baru hari ketiga.
tadi lepas bersihkan dia berak, tetiba klip tu macam melurut ke bawah.
then anaqi punya nangis tu tak pernah kudengar sebelum ni. nyaring sungguh.
cemas, me & husband pun bincang la apsal jadi macam tu kan, sambil husband dukung anaqi supaya dia feel better sikit.
sebab kitorang dua-dua tak sure klip tu kalau nak tanggal memang melurut ke bawah macam tu ke or sebab anaqi tertendang time nak pakaikan pampers sebelum tu. takut tersepit je, tu yang dia menangis super kuat tu. *over-worried parents*
tengah-tengah dok berdiri berbincang tu,
tak perasan ariana masuk bilik.
ditariknya laci kabinet, dipanjatnya laci tu.
dia kan kuat.. haha.
apalagi, runtuhlah kabinet tu nasiiiibbb tak hempap ariana ok.
orang dah la tak habis cemas kes anaqi tadi,
tetiba kabinet runtuh pulak. nasib baik jugaklah husband sempat menahan kabinet dengan sebelah tangan, sebelah lagi pegang anaqi.
atas kabinet tu ada segala bala benda.
bunyi pangg!! ada bekas kaca pecah.
lagi la terkejut. ariana pulak dah start menangis.
sy risau je kalau dia kena kabinet tu atau ada objek keras/bahaya kena kat dia.
nasib baik tak de. may be dia terkejut bunyi pecah dengan kabinet yang sikiiit je lagi nak kena dia tu.
mama pun dah masuk bilik time tu sebab dengar bunyi bising-bising kan.
so i took over pegang anaqi, husband pulak kemas dulu bilik. bersihkan, vakum semua.
ariana dibawak neneknya ke bilik satu lagi, sebab dia terkejut + menangis kan.
then dia pi mandi.
lepas dah bersih-bersih tu baru husband bawak anaqi gi klinik, abah teman sekali.
haiyo terkejutnyaaa sy ok. nasib baik semua tak de apa-apa. ariana lah tu. paling kubimbang. haha
dokor kat poliklinik SALAM tu pun tak sure, dia suh jumpa doktor surgeon yang sunatkan anaqi tu.
so esoklah baru pergi jumpa surgeon tu.
harap anaqi tak sakitlah sementara tunggu esok.
harap klip tu melurut sebab memang normal process untuk dia tanggal and dah sampai masa tanggalnya.
hopefully.
ok sambung nantilah!
malam yang mencemaskan. haha
till then. toodles!
No comments:
Post a Comment