dah berapa minggu dah kerja kat ofis baru. setakat ni masih di tahap belajar. ai kan zero to the hero (hero tu tak de, ok.. slash!! :P) zero
dan kerja kat sini ada harapan la nak keluar berjalan tengok tempat-tempat di sekitar malaysia ni.. ihihi. dulu time jaga kewangan, jeles je dengan orang yang jaga projek sebab dapat keluar pergi site kan. walaupun panas site tu sebenarnya.. :P tapi kitorang jalan tengok site, buat bengkel semua.. maka yang panas tu sikit. yang aircond la banyak kot. kot. haha (looking at my job from a bright side. yeah wani.. go!) xD
macam kat KTcity dulu, every week pun sy main badminton. tapi badminton kat sini hari rabu. kalau kat KTcity dulu hari ahad. cumanya main badmintonnya kat putrajaya. jauh sikit la. balik rumah pun malam. tapi beta redahkan saja highway itu :P badminton sini ada 3 courts, jadi tak tunggu giliran lama sangat nak main. tapi dah lama tak main, maka agak kesemputan makcik di situ HAHA. tapi tangan hayun raket laju lagi :DD ok la.. not bad main kat sini. tengah hari tadi pegang gelas tangan ketar-ketar. nampak sangat lama tak main badminton. kesan khas hayun raket. LOL
life of PJJ (percintaan jarak jauh?? haa) adalah tak menyeronokkan langsung. i admit. maka di sini buat-buat menyibukkan diri sendiri supaya masa cepat berlari. hari-hari teringat. makan teringat. keluar jalan teringat. buat apa pun teringat. no jangan cakap 'ohh baru kahwin memang la macam tu.' 'ohh baru kahwin memang la rajin nak kira anniversary.' ko jangan nak memandang rendah cinta ai sama husband ai ye.. hihi. harap beliau dapat pindah secepatnya ke putrajaya. korang kalau tau siapa-siapa yang interested nak tukar ke terengganu, drop me a message ya ezrylpark09@yahoo.com. much appreciated :)
oklah lain kali kita sambung kisah percintaan.
till then. dah. sambung kerja :P
No comments:
Post a Comment