Wednesday, May 30, 2012

hujan

oh hai.
semalam hangin sebab ada dua kereta sesuka hati nak pintas kat roundabout. the second car siap hon. dah lah curi jalan ai, hon ai lagi! PIINNNN. lantas sy menghonnya kembali untuk menyedarkannya ke alam nyata. ini bukan need for speed atau gran turismo, harap maklum. ini rancangan 'ai nak pergi kerja, tolong slow down sikit.' lolx

dah balik dari ofis semalam pulak, ada kereta kelisa (tak padan kecik) mencucuk dari belakang punyalah dekat. sy dah ke tepi, dia pun ikut ke tepi sambung mencucuk. kesian. tak berjaya masuk f1 beginilah jadinya. syok sendiri di jalan raya T_T (menyusahkan orang lain pulak tu. oish)

habis sesi mengadu-mengada kat korang. hahaha

tibalah masanya untuk melihat photos! xD


hari ini hujan. pemandangan dari dalam ofis, di koridor. ye di sinilah tempatku bekerja. hihi



shot kejauhan pulak. tapi kalau hujan kat luar, kitorang yang kat dalam ofis ni memang tak sedar. maklum la.. tak de tingkap.. haha



me, at the corridor.



ni plate lunch semalam. ayam goreng rempah dengan terung berlada. tak tahu kenapa, suka sangat dengan ayam goreng rempah lately. sebab sedap la kot :P


hoyehh esok dah khamis! :)

4 comments:

Unknown said...

muke koridor=muke mengantuk!!!

Mama said...

Be careful with the road bully guy, bagi je diorng jalan. Diorng mmg ada problem mental tu.

wani ezryl * said...

tak ingat pukul berapa ni.. tapi tengah hari tu memang ai tdo di meja. bangun je terus segar. ahaha

wani ezryl * said...

dah kalau bagi jalan pun kena hon jugak. sah mental. lolx