haha. semalam balik mama beritahu, kucing ai si kecik yang kaler hitam belang ekor kembang macam raccoon tu kenCH secara kasualnya kat handbag ai di dalam bilikkkkkk. kejikejikejikejikejiiii darab 18. tahun bila dia ceroboh masuk dalam rumahhh. time mama cakap tu, dah terbayang if si kecik kench atas katil. lagi horror ok. dah la balik malam, masuk bilik bau 'haruman' lagi!! memang siap itu si kecik kalau ai jumpa dia. ai geletek dia sampai pengsan. siaplah kao. fuahaha
hari-hari pergi ofis waktu pagi.. keluar rumah 7.30 or lebih awal. tapi agak enjoy la sebab biasanya dalam kereta akan :
1. makan
2. dengar radio sambil ketawa sesungguh hati
betapa seronoknya drive pergi kerja! :P (yang tak best tu kalau ada driver gila yang buat stunt pagi-pagi buta. tapi jarang berlaku laa).
semalam borak-borak dengan diorang ni. time meeting break. lepas tu diorang tanya la kenapa pindah sini. orang cakap la nak settle down kan. nak beli rumah semua. then encik muhaimin cakap kalau nak beli rumah first time tak payah beli yang besar-besar. beli yang mampu je. apartment ke.. lepas-lepas tu baru fikir nak beli rumah lain yang lebih selesa. at least rumah first tu boleh buat invest lepas tu. tapi masalahnya sy tengok rumah zaman sekarang ni semua mahal makdatokk punya mahal. tercekik ai melihat harganya. lepas tu nak pulak rumah ada laman.. (nak main badminton?! wahaha) lagilah mahal kot?! doakan sy jumpa rumah yang best. later lah tapi :P
hari ni baru dapat tengok video perempuan yang dera baby dia 10 bulan tu. gilakejikauuu lagi keji daripada kucing ai si kecik yang kench kat handbag tu!! >.< umur dia baru 20 tahun rupanya.. tak berfikir secara lurus lagi kot. stress kot. ntah apa-apa je. kalau stress pergi la pecahkan pinggan. macam orang itali tu. apekah. *baca pasal penderaan ni memang buat stress je gahh siapa suruh kao bacaaa* xP
selain daripada video tu, ada jugak tengok video.. ahem ahem. awal ashaari nyanyi lagu 'sedetik lebih' kat scha time wedding diorang. wahh so sweeeetttt. rasa nak termenangis je tengok *ke dah menangis?! dang!!* :D serius sweet. and scha looked super gorgeous! her dress was gorgeous as well!! nampak sangat elegant!! semoga diorang berbahagia selamanya. cute couple eh :) (tak expect akan kahwin pada tahun yang sama dengan awal.. wahaha sebab dulu memang minatgilasamadiaaa. sekarang minatgilasamaoranglain lah sebab awal minatkatoranglainjugakkk AHAHA tak de kaitan :P)
sweetnyaaaa (credits: mstar) |
tapi sy tidaklah jealous dekat scha sebab husband sy jugak menyanyikan lagu itu untuk sy teehee *blush* dengan lagu 'lelaki ini' dan lain-lain. beliau kan suka menyanyi :P
doakan sy dapat balik awal hari ni. penat kan balik malam.
(malam waktu untuk rest). ok. till then.
No comments:
Post a Comment