Tuesday, October 29, 2024

Cuti-cuti di Bertam, Penang

Assalamualaikum and hi! :)

So minggu lepas Rabu sampai Sabtu, sy ambik cuti
and follow husband outstation kat Bertam, Penang.
Angkut la AAs (kids) sekali.
Mujur sekolah agama cuti sebab ada exam PSRA.
Sekolah rendah pulak tak de exam apa-apa.. so ok la kalau nak bercuti.

Rabu tu kami stay kat Galaxy Hotel, area simpang ampat Penang.
Hotel biasa but bilik family dia memang besar.
Lupa pulak nak snap gambar.
Dia ada 1 katil Queen dan 2 katil single.
Katil Queen located dalam another bilik. Tv pun ada 2 depan katil.
Restoran nasi kandar pun boleh jalan kaki je. Haha

For dinner hari Rabu,
Kami ke Restoran Seri Tanjung Mas, simpang ampat.
Kedai masakan panas.
Yang tak tau, simpang ampat ni dekat-dekat area batu kawan yang ada Ikea Penang tu.
Belah seberang prai.
Cuti Kali ni kami kat area seberang je, tak pergi pulau (Georgetown).


Our menu that evening.


Tengok ketam harga RM13, order la ketam masak pedas untuk diri sendiri.
Overall makanan dia sedap,
cuma time tu ketam sy masih mentah dan tak masak lagi.
Boleh nampak flesh dia warna transparent hahaha. Sabo je le.
So orang kedai masak balik.


Restoran Seri Tanjung Emas, Simpang Ampat, Penang.


Sy ada buat review Restoran ni kat Google.
Kat blog ni maleh nak review panjang. Lolx

Petang, husband settlekan barang-barang untuk program ofis
sepanjang di Penang.
Termasuk la untuk aktiviti CSR diorang nanti, i.e. mengecat kampung kat Pulau Aman.

So malam tu lepak bilik hotel je la, rehat-rehat.

The next morning..


Let's breakfast kat Restoran Nasi Kandar Rizq.


Restoran ni a walking distance je from our hotel.
Saya order roti puri cicah kuah dhal (kuah dhal dia sedap gile!)
dengan ayam goreng crispyy.

Tengah hari pulak,
Kitorang makan kat Restoran Nasi Kandar Simpang Ampat.
Ni my bro Harith recommend.
Dia recommend banyak tempat sebenarnya,
tapi yang ni dekat, so let's kita.
Harith dulu penah kerja kat Penang buat Ikea tu,
that's why dia familiar dengan Penang.


Bergambar tanda hadir 😋




Dia macam area food court. Ada la kedai-kedai lain jugak.
So ni kedai nasi kandarnya.




Ambik ayam goreng, kuah kandar tak banjir sangat and sayur kobis.
Ok, sedap.


Tapi sy rasa nasi kandar paling sedap sy makan setakat ni kat Saddam, KL.
Hehe.

Sebab orang-orang ofis husband baru gerak pagi Khamis tu,
So husband akan settlekan kerja lain dulu,
termasuk hantar barang-barang mengecat CSR ke Pulau Aman.
I will follow you katanya, so kitorang pun ikut ramai-ramai.

Menuju ke Jeti Batu Musang untuk ke Pulau Aman, dapat tengok view cantik ni.


Actually kat Jeti Batu Musang ni ada kedai makan.
Tapi bukak petang la.
Satu tu Restoran Thai, boleh tengok sunset (Yang ni tak sempat singgah sebab belum bukak).
Satu lagi jual mi kuah (Ni husband tapaukan the next day dia datang lagi).
Sapa-sapa nak ke sini, sy recommend pi la try 2 kedai ni.

Nak bot ke Pulau Aman. Angin kencang gile.




Banano.



Ai pun heran la,
orang lain naik bot semua tak pakai life jacket.
Sy je pakai 😂
Ye sebab perjalanan dalam 5 minit je.
Tapiiii tetap kena pakai kan untuk tujuan keselamatan.

Agak rentung jugak la kat Penang sebab panas lit-lit Malaysia skang ni.



While at Pulau Aman..

Pulau Aman ni kecik je,
penduduk ada la dalam 200 orang.
The houses semua comel-comel (alah tak snap gambar!!)
Dia macam ko lalu lorong-lorong and kiri kanan semua rumah dekat-dekat.
So cozy.
Kebanyakan rumah dah dicat biru muda, warna laut ^^
Yang tu agensi kerajaan lain cat sebelum ni.
So ofis my husband akan datang esoknya (Jumaat) untuk cat amenities dia pulak.

AAs bergambar dengan buai kat Pulau Aman.




Sy pulak bergambar dengan ketam recycle. haha



Husband yang gigih bekerja.
Cakap ke dia, kalau tak dapat APC ni tak tau la haha.


Ye la, dia sorang je datang awal nak prepare semua benda.
Kena la dapat APC kan. Kan.


Nice view. Sangat menenangkan.


Dekat masjid Pulau Aman,
kitorang ada jumpa toilet yang sangat bersih dan cantik ye.
Macam kat obersea dah.

Sape lahh yang reno toilet masjid ni. Cantik bethol!
Siap ada lampu bentuk bulan.



Selepas balik dari Pulau Aman,
sy drive kereta husband untuk check in hotel lain di Bertam.
Husb pulak follow naik kereta bos dia yang sampai dari Putrajaya petang tu..
untuk cari barang-barang lain pulak.
Mind you jarak perjalanan dari jeti ke Bertam ada la dalam sejam kurang.
Not knowing the road, ai redah je dengan GPS hahaha.
Time tu dah petang, so mengadap la jem,
sama-sama dengan orang yang baru balik kerja 😁

Finally, kitorang sampai kat Bertam Resort & Waterpark Penang dalam pukul 6pm  macam tu.
The resort is so huge.
Segala-bala besar dari parking, lobi, bilik, semualah.
Tu pun husband kata urus setia bilik salah bagi bilik, patut dapat lagi besar.
Ya Rabbi bilik gini pun dah cukup besar dah pada sy.. lolx


Macam biasa, review kat Google lalebih afdol. Haha
Overall sy bagi 5 bintang untuk hotel ni.











Ni la bezanya, husband kata kitorang patut dapat bilik ada bath tub,
kalau ikut kelayakan dia. Bilik ni ada shower. Tapi sy ok je.



Semuanya terbaik kat sini.
Tengok la toiletries dia. So nice.




Suka bau sabun dia. Wangi.










Ni pun best; suis elektrik adalah digital, ye.
Nak bukak tutup langsir pun tekan suis je. Semua auto.







Siap bagi cookies. In room dining pun ada, tapi mahei la hahaha.
Nasi goreng dalam RM34++ ? Lupa dah.




Channel tv pun melambak.




Sejadah, selipar empukkk.


Biasanya indikator bagi sy untuk hotel yang best adalah:
1. Hot shower dia cepat atau lambat air dia memanas - hotel ni lajuu.
2. Selipar empuk ke tak - empukkk.
3. Extra amenities contoh ada hotel bagi lampu suluh, payung, hair dryer, cermin facial yang boleh zoom in.. macam-macam la.

Malam tu kitorang tak keluar.
Dah siap-siap tapau makanan dari Pulau Aman.
Ada kedai makan kat situ.
So ni la dinner sy malam tu.. kwey teow goreng udang.
Beso-beso udang dia.

Alhamdulillah.

 

Bersambung!

Monday, October 28, 2024

Makan-makan di Restoran MyViet


Assalamualaikum and hi! :)

Truthfully, sy ni ada sikit skeptical dengan restoran makanan Vietnam.
Nak tau kenapa?
Dulu my first experience makan kat Restoran Vietnam memang tak sedap langsung. Hahaha.
Sejak tu la sy langsung tak jejak mana-mana Restoran Vietnam.
Trauma makanan punya pasal 😂


Tapi bila Allah kata 'kun', ha makan jadilah dia.
Sampai jugak sy kat Restoran Vietnam.. MyViet.
Ni cawangan Putrajaya.
Alkisahnya my bffs and I nak makan kat tempat lain, steamboat.
Tapi restoran tu ada isu dengan TNB, so dia dapat serve 6 meja je
and semua meja time tu penuh.

Mardia dah sampai dulu, I was on my way.
So Mar masuk MyViet. I follow je.
Walaupun dalam hati dok fikir, sedap ke eh.
Sebab last time Pn. Eca colleague ajak makan situ, I cakap tak nak sebab takut tak sedap HAHAA. Ampunn Pn. Eca.
Tapi disebabkan Mardia dah masuk, kita onz je, lantok le di situ :P
Takut nanti orang kata ngade-ngade pulak nak tukar tempat.
dah le ramai nak makan ni, 4 orang.


With my bestie, Azra.

Azra now diuji dengan Vertigo.
It's a condition where you akan selalu rasa macam kepala pusing dan tak dapat nak menstabilkan badan, esp time nak berdiri, berjalan.
Ada la Azra cerita in details what's going on, and dia masih dalam treatment.
Azra kata nak slow down sikit daripada stress bekerja.
Stress bekerja is real, guys. Kalau rasa stress and membebankan, take a 5 to 10 minutes break, ok.
Kita doakan Azra cepat sembuh.
Miracle happens, dari dulu sy selalu fikir macam tu.
Ni pun alhamdulillah Azra nampak ok dan dah boleh drive sendiri.


Empat sekawan yang dah (surprisingly) 13 tahun berkawan. Whoa. Lamanya.
hahahaa


Sebenarnya nak cerita pasal makanan kat MyViet. Lolx
Panjang pulak cerita kan :P
Ni la kali kedua saya try makanan Vietnam.
And this time... nasib baik sedap!

Ni namanya dry noodle lemongrass chicken (mi kering dengan ayam serai).
Saya punya. Harga RM18.90.


Ehh, sedaplah!
Dah la terasa healthy bila makan. mihmih~
Patutlah my husb yang kaki gym tu suka makan sini dulu.
Basically mi dia akan campur dengan sos cair (ala sos Thai) and makan dengan ayam dan segala sayur-mayur di situ.
Memandangkan sy ni suka sayur, so memang enjoy le makan. Hahah
Pulak tu sos dan ayam sedap. Licin dimakan ye.
So my perspective on Vietnam food, changed.



Yang ni namanya soy noodle beef shank (mi kicap dengan daging lembu. Shank ni bahagian betis lembu, tak silap) RM16.90. Azra punya.




Golden salted egg fried rice (Nasi goreng telur masin) milk Mardia.. hahah.
RM19.50. Mar kata macam nasi goreng yang biasa di luar sana. Harga mahal sikit, may be sebab salted egg tu.




Elia punya.. rice with braised beef shank, RM19.80.
Sedap jugak, kuah dia tu macam kuah masak kicap sy masak.. haha serious.
Yang ada rasa kicap but then berempah sikit.





Resit dia kita besarkan sikit, so korang boleh kaji la harga dia,
kalau nak pergi makan kat sini nanti.

 

Overall, I recommend makan di MyViet.
Kedai cantik, makanan pun sedap.
Harga je la tak berapa rahmah. HAHAA
Datang sesekali boleh la, kalau banyak kali, bersedialah anda untuk bangkrap. Lolx

Till then!!

Isz's 39th birthday


Assalamualaikum and hi! :)

Kembali lagi kita di blog ni,
Selepas  hampir 4 bulan berlalu.. yah haha.

Kali ni sy nak mereport tentang birthday hubster,
tak lain tak bukan, Mr. Isz.
So memandangkan kami masing-masing tak berapa nak muda,
celebration kita pun yang simple-simple je, janji best.

Nampak ha, kek pun atas bekas keropok kita letak 😁
Function ye bekas keropok ni.
(Lukisan kat belakang tu Ariana yang lukis)



Tema kek kali ni ialah langit nan biru di malam hari.. aicewah.
Bawah tu ombak-ombak di lautan (alam semulajadi sangat).



Keknya sy book kat baker yang biasa buat..
This time choc moist cake. Bento je.. saiz kecik.
Tu pun kitorg berempat makan, tak habis ye.
Adalah kek birthday dah terlalu overrated zaman ni?
Mungkin sy kena gantikan dengan pizza lepas ni :P

Malam tu kita pi makan-makan kat Restoran Malee belah-belah Segi, Tealive Dengkil.
Sebab makan situ sedap je kan,
and dekat je dengan rumah. So let's.
 
Hidangan selebrasi hari lahir yang affordable dan sedap ^^
Birthday boylah belanja. hahaa




Gambar bukti kehadiran 😂




Alhamdulillah.


Didoakan Isz sihat sejahtera, happy dengan kitorang (hahah), happy dengan life, success and berbahagia dunia akhirat. HAPPY BIRTHDAY!! 💜
 

Tuesday, July 16, 2024

warna-warni durian

assalamualaikum and hey! :)

rasanya durian ni satu group color je, shade yang lain-lain.. HAHAH
tapi sajalah tajuk blog kali ni nak menggambarkan warna-warni a.k.a kemeriahan musim durian tu sendiri.

ye sekarang ni tengah musim durian 2024.
macam menggila kami beli and makan durian. hahah
mana yang sempat tangkap gambar tu, sempatlah.
nak kena diabadikan jugak memori ni dalam blog, sebab musim durian bukan selalu.

dia start awal bulan jun haritu.. tapi belum meriah lagi.
pertengahan jun dah mula nampak kedai-kedai durian di sana sini.. which is heaven!!



durian black thorn (duri hitam) pertamaku!


hahaa musim durian ni la nak merasa black thorn.
sebab harga dia tak semahal harga di luar musim.
boleh dapat RM50 sekilo. kalau tidak RM80 ke atas sekilo bak ang.

sy beli BT daripada delivery ezydurian.
sebenarnya sebelum ni ada issue durian isi tak cantik jugak bila order pek dengan ezy ni.
dah isi form bagai, tapi tak dapat refund pun. gambar bukti semua ada siap. so yang tu biarkan berlalu.

kita anggap kali ni harapnya isi durian ok la.
so awal jun haritu, try beli BT andd durian kampung kahwin.
BT was ok, kampung kahwin tu dia campur-campur.
ýang sy kesalkan, isi durian lembik masam dah menjurus nak jadi tempoyak pun dia campur sekali dalam tu 😓😑
kite ni peminat durian tau, kalau dah repeat offense, memang pangkah dah la lepas ni. cari penjual lain je la. peniaga sah-sah dah tau durian tu dah lamaaa, dah kuning kulit agaknya, still nak masukkan dalam bekas kan. mentang-mentang kita order delivery dan tak boleh pilih.


durian kampung kahwin ezydurian.
walaupun ada yang cakap ezydurian ok, for me ada ok, ada tak ok.
may be kalau beli musang king, ok kot. for kampung kahwin, nope.


jadi apa verdict sy selepas makan BT?
creamy, pahit-pahitan sikit, pekat, geng-geng musang king la pekat.
MK memang la sedap, tapi sy bukan fan MK. hahaha
so BT ni pun pada sy rasa premium pekat-pekat creamy, tapi buat makan sesekali boleh la.
bukan saja sebab harga, tapi terlalu dense untuk tekak sy.
tekak orang may be lain2.. hahah
kalau nak creamy, sy lagi prefer IOI atau udang merah.
batu kurau's also my fave.


di saat durian masih belum berlonggok di pasaran,
sy beli yang delivery lagi.
disebabkan sy dah pangkah ezydurian, sy cari lain.
sy terjumpa durian batu kurau dalam bekas. delivery dari sierra 16 ke putrajaya.
kos delivery sy tong-tong dengan peminat-peminat durian kat ofis.
ambik time-time nak balik, bawak masuk kereta. makan kat rumah. hahah


time tu, sebekas RM60. sy jual RM65 kat ofis untuk cover kos delivery.
bolehlah buat lepas rindu kat durian batu kurau.




nama kedai paimy durian.
nombor telefon sy letak kat bawah ye.


paimy durian.
dulu kedai kat sierra 16, sekarang dah pindah kat tapak bazar ramadan presint 11, putrajaya.
011-11959470.
for me durian batu kurau dia sedap.
cuma dalam bekas tu bercampur yang kedut padat and kedut lembik sikit.
tapi tak de la sampai masam macam ezydurian tu. HAHAH tak boleh move on lagi sis dengan durian isi masam tu 😂


dah lepas-lepas tu,
barulahhh kedai durian batu kurau favourite sy memunculkan diri di shah alam.
port?
depan restoran taqwa, seksyen 19, shah alam.
sini je la port durian batu kurau tersedap di malaysia. HAHA
sila beli kat sini.
zaman dulu, beli RM10 sekilo.
la ni dah naik RM17, kadang RM18 sekilo.
batu kurau dah ada peminat tersendiri ya. sy la salah sorangnya 😁


jenis2 durian kampung, tapi sedapnya ya amatttt.
creamy, ada manis, ada pahit. mostly pahit manis. nampak tu kedut and kilat at the same time.
kualiti dia marvellous! durian batu kurau.




durian batu kurau lagi. ish tengok gambar ni, macam nak beli lagi. HAHAHA




selingan jap gambar yuki topokki.
iklan. asyik gambar durian je, takut korang pening-pening lalat 😂




yuki dah umur 3 tahun. beso dah dia.
nanti la kita buat entry khas untuk yuki je. kikiki 😻



bila masuk hujung bulan jun, kemudian ke bulan julai,
makin rancak jualan durian.
makin banyak kedai-kedai durian di tepi jalan.
sy ni penduduk dengkil.
so sepanjang deretan tepi jalan, area kubur cina tu sure ramai nampak kedai/gerai durian kan.
tinggal pilih je.

tapi ada one time tu masa balik kampung MIL kat banting,
on the way tu depan-depan pusat serenti/AADK ada jual durian.
nama kedai tu shania. boleh check kat FB, shania durian II tak silap namanya.
kedai ni sebelum durian boundry.
durian boundry tu ramai sangat orang. queue panjang.
shania ni ok, durian johor yang sedap dan harga ok sangat-sangat.

durian shania. banyak jual durian udang merah, IOI dan musang king.
pagi-pagi weekend pun dah jual jam 10.




saja la nak bergambar. hahaha. durian shania.




ni isi durian udang merah yang dibeli daripada kedai shania.
kami suka beli yang kecik-kecik hat harga RM17-17.90 sekilo.
kecik pun, isi banyak dan sedap. kedut just nice, creamy dan best.
memang kitorang repeat kedai ni je. haha




biasa beli yang ni. pilih sendiri.




masih di durian shania. nampak tu durian dia fresh ye.
kalau durian gred A, harga standard RM25 per kilo untuk IOI.
musang king dia jual sebakul RM100.








baby duriann.




ada air sirap free. sedapp. bubur durian free pun ada kot, lupa dah.




hasil 😂


ye kitorang beli sikit-sikit tapi kerap.
makan tu memang tak sekali banyak.
ambik pengajaran la bila makan durian supaya tak bloating, tak lemau, panas overheat dan sebagainya.

tahun ni sy belajar cara makan durian yang betul supaya tak berlaku kejadian macam tu.
tips dia is makan nasi dulu supaya perut tak kosong.
then makan durian beberapa ulas, jangan terlalu banyak.
then nanti sambung lagi.
diakhiri dengan air kelapa.
alhamdulillah tak de angin teruk, tak de overheat badan.
atau mungkin durian dia sangat fresh, maka kurang gasnya? wallahu a'lam.
apapun musim durian tahun ni kita paling enjoy.


sekali lagi dengan batu kurau :)


dann akhirnya kitorang ada jugak beli kat area depan kubur cina dengkil.
no wonder kedai ni ramai singgah berbanding kedai lain.
number 1 pekedai papar harga.
number 2 dia sangat mementingkan kualiti, dia bukak depan-depan.
dia cakap kalau mengkal, terus tukar.
sebab jual durian D24 dan seperti sedia maklum, D24 ni banyak isu mengkal.
so dia advice kalau beli, memang kena bukak satu-satu.

disebabkan kitorang datang dah rembang petang, tokei nak balik,
dia bagi harga rendah RM20 sekilo untuk D24 (harga asal 25) dan RM25 sekilo untuk musang king (harga asal 30). alhamdulillah. dapatlah merasa D24 dan MK pulakk. kihkih.
MK xde gambar, sebab beli kecik je buat rasa. sebab kita bukan peminat MK.
next time la snap kalau berkesempatan beli.

durian D24 kedai durian depan kubur cina, dengkil.
first kedai ada abang ni jual. creamy, pepahit manis sikit, sedap.



cuma durian balik pulau je la yang sy tak sempat merasa.
niat di hati tahun ni nak ke penang makan durian balik pulau.
tapi plan kita postponed la tahun depan hahaha
husb i ols bz nak g jauh-jauh ni. banyak event sekarang.
insyaAllah kalau ada rezeki, nanti kita makan. haha

sekian kisah durian kita musim ini.
dengarnya akan bersambung bulan ogos sampai september pulak.
selagi ada, kita beli dan makan.
tapi ingatlah, makan tu biar berpada. ok! ;)