Saturday, July 28, 2012

first day ever, celebrating puasa with dear husband

kat rumah husband.


selamat hari sabtu! xD

semalam plannya adalah berbuka masak kat rumah. tapinya masak satu lauk je sebab husband cakap takut gas habis.. lolx. tak pe tak pe, kita masak satu lauk yang ada protein dengan vitamin sekali di dalamnya! pinjam dapur kat belakang tu. dapurnya jenis open. kalau angin kencang segala daun-daun mini *whatt siapa bagi ko perumpamaan tu, wani? DAUN-DAUN MINI??* boleh masuk ikut grill tu haha. coolness, sebab rasa macam masak bersama alam semulajadi ^^


cooking station :) kitchen utensils semua pinjam apa yang ada. bahan-bahan kitorang beli sendiri.


sambil masak tu ada kucing luar bising-bising kelaparan.
kesian dah tengok dia macam stok terdampar atas simen.. memang stok super tak bermaya dah :P pastu korek fridge tengok ada chicken fingers, goreng empat ketul kasi dia makan.. haha
ko pun puasa jugak rupanya, kucing..


result! xD husband memang suka makan ayam kicap. maka muncullah ayam masak kicap bersama kentang ini di dalam kuali.. teehee


ayamnya banyak, jadi sambung makan untuk sahur. awesome.

Friday, July 27, 2012

kisah budak pandai

almond dan walnut.
agen untuk anak jadi pandai.

yoshh itulah perkara menarik yang sy dengar kat meeting semalam. seronok tengok orang present paper ni, sebab dapat tahu macam-macam benda baru xD

semalam ada agensi present paper tentang program p*ermata p*intar, program untuk anak-anak pandai, yang gift&talent dia dah dapat dikenalpasti sejak dari kecil lagi. mesti korang pernah dengar nama-nama macam a*di putr*a, s*ufiah.. pendek kata anak-anak yang genius ni la.

prof yang present tu cakap, seseorang tu genius sebab persekitaran dia. so we have to create the environment if we want our child to be genius (itu kot yang sheikh muszaphar and wife ajar anak diorang berenang masa baby lagi tu). dia cerita yang cucu dia, kecik lagi.. nampak dia bawak balik paper thesis kat rumah, and cucu dia pun sibuk tarik beg jugak nak ikut nenek dia. HAHA. persekitaran tu yang menimbulkan minat. and dia cakap kalau korang nak anak yang pandai, time pregnant nanti sila makan kacang ye (almond&walnut).. nanti bagi sekali budak tu makan almond dengan walnut. tapi untuk kita yang dah terlajak umur ni, tak berkesan dah pun kalau nak makan sekarang ekeke (mungkin sikit la.. tapi tak de dah nak jadi genius. yang ai tahu, kacang tu menggemukkan. tu yang best tu makan kacang HAHA)

yang bestnya adalah cerita tentang how they found out about this genius kid since she was 1 years old. malaysia mari ok ;) yang ni kira kategori 1 dalam sejuta.. ni termasuk dalam kumpulan 'protégé'. means potensi dikenalpasti dari usia yang sangat muda! :) budak ni umur 1 tahun dah baca novel sidney sheldon *terpana -- aku pun tak baca novel tu weh!!* pastu tujuh sekolah tadika tolak budak ni sebab last last dia pulak yang ajar cikgu dia macam mana nak mengajar! hahaha. sekarang dia masuk sekolah swasta dengan budak-budak darjah 1.. tapi yurannya mahal.. 7ribu sebulan. gila tak gila.

kes a*di putr*a lagi best.. dia kan memang genius, tapi bapak dia tolak untuk anak dia masuk program ni (program ni akan groom budak genius untuk jadi lebih genius).. sebab dia tolak adalah kalau anak dia ikut program ni, tak ada dah orang nak jadi spokesperson untuk business dia yang jual ubat untuk jadi pandai tu. kira businessminded jugaklah pakcik ni. haha

so and so. kesimpulannya harus la best ada anak pandai kan. tapi kalau terlalu genius, macam takut la pulak. ko bayangkan anak lagi pandai daripada parents dia. ni yang sedia ada tak berapa pandai pun kuat melawan, yang pandai pandai ni nanti siap keluarkan fakta semua.. macam mana? HAHA. (tapi harapnya yang pandai ni mempunyai nilai moral yang tinggi la. kata minda kelas pertama, kan ;) ) but if i am the parents, baiklah bagi anak tu persekitaran membesar yang normal. pandai, and normal. kalau tak nanti dia terlepas banyak benda menarik. growing up process dengan experience tu la yang sangat sangat mahal. (yuran 7ribu sebulan tu pun mahal jugak.. haha)

jadi. selamat memandaikan anak. selamat makan almond&walnut ;)

kuat gila bunyi kipas gergasi kau haha

heyy! selamat hari jumaat!! :)

sy di KTcity hari ini.
semalam berbuka kat airport hihu *thanks faliq sebab hantarkan kakak ko yang awesome ni ke airport! :P*
sebenarnya ni bukan first time berbuka kat airport. tak ingat bila, tapi ada sekali tu berbuka beli nasi beriyani bukhara Syed yang packing tu *sekarang packing dia cantik, kau Jah.. jangan main-main haha* over kan buka puasa nasi beriyani packing kat airport. tapi tahun bila ntah tu. tak tahun lepas, tahun lepas lepas. begitulah :P


naik flight pakai kebaya! haha. sebab baju dari ofis kan :P
ni lah juadah berbuka semalam. tak ada la over sangat macam zaman nasi beriyani tu.. haha. ni sempat balik singgah bazar beli murtabak ayam dengan cempedak goreng. sedapsedap xD

harga cempedak memang mahal, eh? cempedak ni kecik sangat, tapi lima RM2. RM2!!


tengoklah nanti dapat bonus separuh gaji tu nanti mesti harga barang naik lagi waaaaa


berlepas dari subang.



mendarat di KTcity! xD


si handsome ambik kat airport *husband ai yang hot. tss! bunyi kuali panas. haha* lepas tu kitorang singgah kedai makan order nasi goreng bungkus untuk buat makan supper plus sahur hari ni. sy pesan nasi goreng je, husband order nasi goreng seafood. tapi sama je okehh, nasi sy kaler gelap sikit je. dalam tu udang besar dengan sotong besar tergolek-golek!! haha (tak tahu ke beta tak boleh tengok udanggg mesti nak makannnn lepas tu nanti zits akan muncul dengan hebatnyaaaa GRR) :P

later :)

Wednesday, July 25, 2012

the fifth day

selamat menyambut ramadhan hari yang kelima! :)

hari-hariku dipenuhi dengan meeting. semalam meeting, hari ni meeting. esok? esok bilateral *adik-beradik meeting jugak tu kot.. haha* ok. sempena bulan ramadhan ni, ofis kitorang telah mengadakan tadarus al-Quran. rasanya ofis-ofis lain pun buat jugak kan :) so setiap bahagian dah ada bahagian masing-masing *erk? :P* means.. setiap bahagian dah dapat surah / juz apa yang perlu dihabiskan. aktiviti bermula semalam.. everyday. ni photos daripada hari ini :










lepas tu balik kerja, singgah bazar seksyen 19. yoshh daku telah menemui bazar rutinku! lolx. sebab bazar ni dekat dengan rumah, senang dapat parking dan banyak choice. orang memang ramai, tapi tak la super padat macam kat stadium. so selesa untuk berjalan, selesa untuk membeli. walaupun tadi ada sorang pakcik tu tengah seronok bercerita kat tengah-tengah bazar dengan kawan dia siap terangkat-angkat tangan. sekali dia PAP!! telunjuk dia terkena dahi gwe yang tengah berjalan nak beli juadah ni. ADOIYAI PAKCIK!!

lol.

minimalistik tapi dah cukup buat sy puas hati ^^v nasi putih, ayam merah, sayur kacang buncis dengan su'un. air tapis. tamao minum air manis banyak sangat dah. perlukan sesuatu untuk mencuci perut. haha



minimalistik la sangat kan. sekali.. TANGG! haa kau. ni semua kuih-muih sy. hahaha. tapi kuih cara lauk tu, syida yang bagi. thanks, syida! :)



rendang tok asli, my mom beli daripada kawan ofis. katanya yang dalam bekas tak sama dengan sampel. yang sampel kaler gelap. yang ni macam kurang bahan.



air sirap ais my mom punya xD



kuih empat balang my dad (abah) beli. hahah



bubur pulut hitam.. my dad punya jugak. beliau memang suka berbuka puasa dengan benda-benda manis. kalau nasi tu memang sangat jarang la dimakan. lolx



tapi bubur pulut hitamnya tak hitam sangat.. cair pulak tu.



murtabak. sedap weh sedapp (rasa bawang memang sedapp) :P



puding roti my mom buat. sedapp.



nasi kerabu my mom beli. orang jual--> kedekut sayur. patut nasi kerabu banyak sayur la kan. hihi. makan dengan rendang tok asli yang kurang bahan tadi :P ehehe

hoyeah tiket flight dah check in.
bajubajan dah kemas sumbat dalam beg.
malam ni nak masak kari daging untuk dibawak naik flight :P
i'll be leaving on a jetplaneeee *ok tak la jet sangat. HAHA*

till then then then.
*echo* bye! ^^

empat hari sudahh

hai! :D
sebelum kita bermula, korang ada baca tak surat khabar the stars siang tadi?
muka depan.
baca? tak? ok tak pe.


pagi tadi odw nak pergi kerja. perkara macam ni selalu berlaku. kat simpang empat yang besar, ada traffic light. mesti ada kenderaan mana ntah kat belah depan yang block jalan ke kiri. jadinya kenderaan lain yang nak ke kiri akan stucked (terpaksa tunggu traffic light jugak). memang jual ikan *selfish* betul. dia nak go straight,tapi sebab nak potong barisan, dia blocked jalan ke kiri. jadilah jammm


ini lah salah satu yang jadi topik kat muka depan the stars tu.
malaysians' rudeness. semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan mangkuk hayunness ini. lolx.
amiin.
:P


now! bazar! xD hari ni pergi ke bazar seksyen 19 shah alam pulak.

turned out memang lagi banyak choice daripada bazar seksyen 20. tapi tak dapat nak snap gambar-gambar kat gerai.. sebab ai jalan sorang-sorang. kiri kanan tangan penuh beg plastik.. haha. nak menceduk ayam kicap masuk dalam plastik pun adik yang jual tu kesian sebab tangan penuh, kan.. laju-laju dia lari tolong. i was like.. "hah tengah berusaha mencedok dengan sedaya-upaya ni.." dengan muka penuh keazaman.. kehkeh


hasil buruan.


balik-balik rumah tu faliq, my bro greeted me tepi laman.
"bau tak?" suara bangga habis tu :DD rupanya diorang tengah bakar ayam percik kat belakang. pastu nak tangkap gambar, masing-masing lari :P

ayam percik in the making :) mama & faliq lari keluar frame. haha. pakai kipas letrik, kau.



ni ayam percik versi kuah kuning, ye. bukan kuah merah. rasa dia macam ayam percik jaring yang awesomeness tu. kalau nak meniaga dah boleh dah ni HAHA. pekerja je tak ada :P



si duta bateri ever ready ni selalu pun ada kat belakang.. mencilok makanan-makanan keju. ni kucing belakang dapur. rumah dia kat belakang dapur ni la. haha



sy beli ini; nasi beriyani dengan ayam goreng dan kuah madu. sekali dengan papadom (50sen extra). semua sekali RM5.50. rasanya tidak semenggah, sebab nasinya lembik dan sebagainya.. lolx. tapi ku makan jua :P



tadahh!! ni lah ayam percik jaring. harith beli.

mesti korang tertanya-tanya.. kejadah si harith ni pergi beli ayam percik jaring pulak, kat rumah dah ada ayam percik buatan rumah (home made) kan.
jawapannya.. dia mengidam ayam percik jaring. sesiapa yang tak tahu, restoran jaring ada jual ayam percik ni kat bazar seksyen 13, shah alam last year. memang beratur ok. hari-hari beli ni. sedap bangatt. dia jual sekali dengan ikan percik. TAPI TAHUN NI TAK ADA. tak tau la masalah tak dapat tapak ke, tak de pekerja ke apa. so harith pun gigih pergi dengan girlfriend dia ke sunway, pergi kat restoran jaring sebab nak beli ayam percik. haha.
dan ye, memang betul lah ayam percik jaring tak dijual di bazar stadium seksyen 13, shah alam pada tahun ni sebab budak-budak tu siap tanya lagi kat orang kedai :P

jadi kepada peminat-peminat ayam percik jaring, jangan kecewa.
sila google dan pergilah ke restoran mereka di sunway.. hehe.


abah macam biasa.. beli cendol. dan kuih-muih manis yang lain. sy malas nak snap banyak-banyak gambar kuih. ni kira ketua kumpulan makanan manis la ni. haha



cucur udang untuk adik-adikku.



tadahh! ayam percik home made. mom's recipe.



beli popia sira jugak. haiseh kecik macam ni pun 40sen harganya. apa boleh buat, bola bulat-bulat.. eh.

bukak facebook, whatsapp, hatta di ofis pun kawan-kawan dah start tanya pasal plan majlis iftar.
PPTD pun ada buat majlis berbuka 27 julai ni (eh, jumaat ni lah!). semuanya dalam mood nak berbuka sambil gathering la ni.. haha. i follow je.. tapi tak semua boleh join. macam yang PPTD ni, sy tak de kat KL time tu. so i'll pass.

kalau kat KTcity dulu, tahun lepas, ada la sekali kitorang (housemates and i) mengorbankan duit sebab nak makan buffet buka puasa kat hotel.. haha. bajet around RM50 pun dah ok. yang majlis lain-lain tu ada orang belanja, so pergi je lah :D

tahun ni, tak salah sekali dua kali pergi buffet buka puasa sambil jumpa kawan-kawan kan. asal jangan sampai RM100 sudah la. kao ingat aku chop duit?? lolx. tengok la kalau ada tempat yang best dan murah. kalau ada suggestions tempat yang best, bolehlah sharing caring dengan sy.. hihi.

k k. panjang pulak buat esei kan :DD dah tidolah kamu. esok nak sahur.
till then.
:)

Tuesday, July 24, 2012

home sweet home

hahah seperti yang dijangka, jalan jam sepanjang-panjang nak balik ofis.
great.


home sweet home.. pokok-pokok depan rumah yang abah kitorang (the dad) tanam :P



bagus ni lepas balik penat-tengok-jam, tengok pulak pokok-pokok hijau ni ^^



pokok parsley sy dah nak kiok! lolx. ke kena letak dalam aircond ni?? :P



kembali kepada sebelum balik ke rumah petang ni. memandangkan jalan nak masuk ke seksyen 20 (hala ke rumah sy) ada bazar, maka jam dia agak melampau la. memang jalan tu straight ke depan sedia jam sebab polis tutup sebelah bulatan (sebab nak kawal lalu-lintas kot. sana terkawal, sini jam. begitulah adanya~). jadi : sedia jam, plus bazar. equals to bertambah-tambah jam. haha



ni ha nak masuk ke seksyen 20. biasa kalau hari biasa elok je masuk shupp! laju je. lolx. musim bazariah macam ni memang jam teruk gini lah.


bazar seksyen 20. hari ni pergi sini je. singgah dari ofis. pusing bazar (tempat yang sama) dalam 2-3 kali. tapi susah nak decide mau beli apa haha.



gerai murtabak. tapi ada satu gerai murtabak kat belah lagi satu, orang beratur panjang. panjang yang.. panjang. sedaplah tu kot :)



semalam weekend, bazar ni tak ramai orang. hari ni.. surprise! *tepuk tangan, buat gaya eric leong* haha. the stalls and food? tak ada yang super menarik. nanti nak try bazar lain pulak lah. ihihi



hari ni bertiga je dengan the dad and faliq, mom & harith pergi makan kat hotel sebab dapat makan free. kalau tak, kena bayar rm89++. tersedak kejap sebab mahal.. hahah



dalam kebuntuan tak tahu nak beli apa sampai 2-3 kali pusing bazar, sy pun beli lah nasi tomato dengan ayam percik madu. rasa so-so. haha mesti korang cakap ah makan je la banyak komen pulak :DD dah memang rasanya gitu. ai bayar rm5.50 dengan harapan dapat makan ayam yang sedap, ok. hehe



beli cucur udang yang besar ni.. tapi mine potong-potong kecik. ni harith punya, dia tak nak potong. dia kirim sebab dia kan pergi makan kat hotel.. ohok hok.



cucur udang sy :) tapi bila gigit rasa macam gigit minyak. hahaha



keju ada di mana-mana. hatta di bawah kerusi makan sekalipun :P


berfikir nak ke bazar seksyen 18 pulak.. sana meriah sikit.
atau bazar kompleks pkns.
tapi bila terbayang nak meredah jam pergi sana.. *pengsan*
tengoklah esok ke mana pulak kita :P ok selamat malam semua! dah, tido!


zzz~

Monday, July 23, 2012

kahwin usia muda - young newlyweds

sy bloghop ke blog hazrey .. nampak entry pasal remaja 16 tahun & 14 tahun get married in pahang?? *whattt* mudanya kau kahwin, dik!! (memang jodoh, tapi ai masih speechless. lolx)

masa sy 14, sy sibuk main skate dengan bersukan, ok! sangat la tak matang. haha

(sila ke blog hazrey kalau nak tengok videonya. yes! ada video jugak!) ^^

office and the emptiness

happy monday! xD is your monday happy? (harapnya! hoho)

first day orang menyambut puasa di ofis. dua colleagues cuti, so terasa sunyi jugaklah ofis ni. ada jugak orang lain bercuti.

jadual cuti sempena raya dah diedar. bagi yang tak tahu or tak mengamalkan jadual-cuti-raya ni, it's sort of a jadual yang korang tick untuk tengok hari apa korang nak cuti raya. and at least mesti ada staff kat ofis (at least seorang, kot) untuk jaga ofis. in case of emergency etc etc. so minggu raya tu sy tak cuti, readers. i will be at the office, if you need me *wink wink* sebab rasanya cuti raya tiga hari ahad sampai selasa tu dah cukup kott. sy akan bercuti the week after sebab nak visit grannies sy kat terengganu. VISIT GRANNIES. tu yang penting. goshh i miss them!! :'(


hoo hari ni fiza edarkan jalur gemilang sempena nak bulan merdeka ni kan. awesome!!



hambik kau. macam kat pejabat KSN, kata fiza. okoko

selamat berpuasa hari ketiga!!

(hmm bazar mana ai nak pergi petang ni, ye? ihihi)

kira zakat


assalamualaikum dan selamat tengah hari, semua! :)

since bulan ramadhan kunjung tiba, ni lah waktunya untuk kita menunaikan kewajiban kita membayar zakat. sy kalau tiap-tiap tahun nak bayar zakat pendapatan, tiap-tiap tahun tu jugaklah sibuk nak google cara-cara kira.. mana nak ingat yang tahun lepas tu kan. haha

bagi yang zakat fitrah pulak, last year abah bayar. this year husband ai bayarkan pulak lolx *thanks, hun!*

and just for knowledge sharing.. ni lah cara-cara untuk kira zakat pendapatan (bagi yang mampu) secara simple.

A - B = C x 2.5%

apakah itu??
A = pendapatan kasar setahun
say gaji RM2,000 sebulan (termasuk elaun. kalau dalam slip gaji tu korang totalkan yang belah kiri). bukan gaji bersih tau. gaji kasar. RM2,000 x 12 = RM24,000

B = tanggungan / perbelanjaan / caruman lain
1. belanja diri, tolak RM9000
2. if ada wife, tolak RM3,000
3. if ada anak, seorang anak, tolak RM1,000
4. if bagi wang kepada ibu bapa, tolak setahun korang bagi berapa
5. caruman. if ada caruman tabung haji, KWSP, zakat lain ke apa, tolak jugak

lepas dah A - B tu, tengok nilai dia kalau melebihi nisab, iaitu RM13,113 (wilayah).. maka layaklah korang membayar zakat. maka darablah C  itu dengan 2.5%  :)

tapi kalau nak senang kira, nah sy bagi LINK. dia calculate automatik je untuk kita :)

https://www.zakat2u.com.my/kira_pdptn.cfm


time kita bergembira ria menyambut ramadhan dengan bisnes untung, juadah lazat ayam percik kebab kambing ala arab semua tu, jangan lupa kepada mereka yang memerlukan :) selamat menunaikan zakat, semua!