Thursday, April 15, 2021

ramadan tiba

assalamualaikum and hi! :)

yoshh bersiaran lagi kita.
setelah sepurnama (kot) haha.

alhamdulillah, we're still alive, we're still breathing.
means ada banyak kesempatan untuk kita up amal ibadah sepanjang bulan mulia ni.

yezza ramadan is here! *happiness index meningkat*
sempatlah terawih sekali kat surau kejiranan hari tu.
sekali je ye, sebab lepas tu hari pertama puasa je dah cuti puasa. (pukul 4 petang pulak tu - HAHA)

syukur tahun ni kita boleh berterawih kat masjid/surau.
ikut SOP.
hari tu pergi, ada QR code, scan suhu & kena bawa sejadah sendiri.
jemaah pun limited; 100 muslimin dan 50 muslimat per day, siapa cepat dia dapat, siapa lambat ketinggalan :P
surau kejiranan ni, hanya yang berusia 15 tahun ke atas je dibenarkan.
lepas tu, solat pun jarak2 1.5 meter.

first night terawih tu, i came before isyak.
dok pusing cari parking.
sampai-sampai, dah dapat nombor hampir 40 kot. mujurrr.
tu pun kena solat kat belah luar (dalam ada aircond and carpet haha. tapi luar sejuk, sebab hujan sebelum tu)
sambil terfikir, ni kat dunia pun dah kena solat luar.
yang belah dalam tu darjat lagi up la kot sebab sampai awal. dapat aircond lg.
kat akhirat kang camne la darjat kita-kita ni. insof seketika.
hari tu perut macam berangin-angin sepoi-sepoi je HAHAA
sebenarnya dari semalamnya lagi. tak tau la makan apa. spaghetti je kot.
asyik nak terkentut sana sini *laugh hysterically tapi tutup mulut versi sopan-tak-berapa-sopan jugak*
so dok berlari jugak kt surau tu ambik wuduk balik.
sebabnya ikut SOP, patut wuduk dari rumah je.
kalau tak boleh hold, baru wuduk kat surau.
sebab nak elakkan orang bersesak-sesak gitu.

first night of ramadan, imam cakap warm up, kita buat 8 je.
agaknya hari-hari seterusnya 20 balik.

ni, kalau korang tak uzur and boleh solat,
nak pesan, pi la terawih jemaah, lepas tu buat 20.
nanti tengok balik after sebulan.
badan korang akan jadi fit, tak tipu woh.
cuma tang buka puasa tu makan berpada la.
kalau tidak, mengantukkk.. tu yang cobaan besar tu haha.

ai is bangun biasa 4.30 pagi time bulan-bulan lain.
jadi alhamdulillah, ramadan ni tak terasa sangat mengantuk sebab memang time tu ai bangun.
cuma waktu tidur tu la.
acik ni dah tua, tidur pun jam 10 malam.
so semoga bertahan daripada mengantuk waktu malam tu.
tips dia: try tidur tengah hari. hihii. power nap, mat salleh kata.

since skang ni xboleh puasa, kita bangun 4.30 pagi jugak macam biasa,
masak untuk husb & ariana yang berpuasa.
cuci baju pun sempat. (skang memang selalu cuci baju pagi-pagi buta)

buka puasa, sy tak kisah masak atau beli. tak rigid. huahaha *dasar malas :P*
cuma harapnya bila membeli tu, tak terbeli makanan yang aji tumpah selori haha
mengantuk nanti woh (tips untuk yang nak terawih jugak ni)

setakat ni, baru sekali masak dan sekali ke bazar ramadan putrajaya
(ramadan baru masuk hari ketiga woih, what dya expect? :DD)



BAZAR RAMADAN PUTRAJAYA

haa ni la nak cerita keadaan kat bazar ramadan putrajaya.
semalam.
patut balik ofis awal, tapi sebab dok sibuk berdiscuss dan berbual dengan bos2 di bilik bos,
tengok-tengok jam dah pukul 5.30 petang.
maka memecutlah daku ke bazar.
jem dia jangan cakaplah.
waktu-waktu camni, dah nak pukul 6, manusia memang berjela.
parking apatah lagi.

so kita park kat parking berbayar.
dekat je, mengadap bazar, belakang bangunan PPj (maybank).

ye dekat, tapi nak queue tu, kena berjalan sampai ke masjid sultan mizan nun! (masjid besi)
bayangkannn *mulut menganga*
nak cakap "nasib baik ai tak puasa hari ni, banyaklah tenaga nak beratur.".. tak jugak.
sebabnya ai is tak makan seharian! dah serupa orang puasa je hahaha
bukan sengaja tak nak makan, tapi semalam memang ofis tak jual makanan. kedai tutup.
so sambung.
beraturlah kita dengan umat manusia sekalian.
time tu ada YB menteri mana yang baru sampai kat pintu masuk (obviously tak yah queue. VIP kan)
tak sure menteri mana. tapi kalau bazar ni, either menteri asas tani atau KPDNHEP.
diorang cakap PM pun ada turun semalam. tapi tak sempat jumpa kot, ai sampai dah rembang petang.
haa diskas lagi lama-lama. padan muka :P

tapi laju la queue tu bergerak.
laju sangat, tak sempat nak buat igstory banyak-banyak sambil beratur tu. hihi
sambil-sambil mendengar omelan orang belakang dan orang-orang di pintu masuk bazar tentang ketibaan menteri.
standard la menteri jengah.
rakyat malaysia ni kan, ada je yang tak puas hati.
menteri turun padang bising, tak turun padang pun nanti dikatanya tak buat kerja.
serba salah kan. haha

and standard jugak bila dah masuk bazar jam 6 petang tu,
kebanyakan gerai hot stuff dah sold out la makanannya.
i mean banyak lagi gerai buka, tapi ada juga sebahagian dah habis.
yang penting, sy nampak gerai ayam mat rock masih beroperasi ye. cayalah! (next time la beli)
so semalam tu beli..
1. air kelapa kat gerai seri wilayah (ni orang ofis jual. kita kasi support sikitt) MYR5.50
2. laksa johor local hut untuk diri sendiri MYR10
3. sate sarah ampang, husb kirim. MYR1 ayam, MYR1.20 daging. babahnya kata saiz kecik dan ayam keras.
4. chicken chop untuk ariana MYR10
5. asam pedas kot husb nak makan sahur MYR8 seketul

tu je sy beli. haha
tips ke bazar: bawak shopping bag.
senang nak hangkut semua makanan masuk dalam 1 beg, instead of jinjing banyak-banyak.
boleh kebas jari, wooohh.

tu je la kisah kita ke bazarrrr.
selamat berbazaria, gais.
hari ni insyaAllah nak try tgk bazar dengkil pulak.
mungkin kurang lelahnya, sebab bazar dia sederet je.
nanti kita story mory insyaAllah next time kalau ada umur, and kalau rajin. huahaha


AMALAN XTRA (selain wajib) SEMASA RAMADAN:

1. solat terawih - 8, 12, 16, 20 rakaat
2. baca al-Quran/tadarus
3. zikir
4. ceramah/majlis ilmu/bacaan agama
5. sedekah - subuh, makanan, barang/kurma

Tuesday, February 23, 2021

durian tahun 2021

assalamualaikum and hi! :)

musim durian bermula.
tu je nak kabor dalam post ni. hahaha

tapinya musim D24, lepas tu musang king.
jadinya, harga pun ala-ala mahal lagi.
nak tunggu turun, tak tau bila.


our first durian of the year, D24, beli dengan kawan. RM75 sebekas, sekilo. sedap!

 

lepas tu ada beli lagi D24 daripada contact orang ofis.. RM55 frozen, isi sekilo.
yang tu, ok la, so-so. since frozen. ada mengkal, ada ok. ada tawar, ada manis.

tak puas hati lagi, beli musang king RM50 sepaket kat pasar putrajaya. sedap!
tapi tu la, sepaket bukan banyak mana. cukuplah lepas untuk rasa-rasa hahaa
berat sepaket dalam 300g ke 400++gram.
masih ok la harga.
kalau online, nampak orang jual RM60 untuk 300g.
debo rasa beli durian musim-musim millenia ni.
mahal kemain.

ai is rindukan durian selonggok RM10 kat ganuuu. huuu.

AAs ber-roller skate

assalamualaikum and hi! :)

hari ni belanja gambar AAs roller skating.
baru start-start nak belajar.
beli jenis yang tayar 4; 2 lurus, 2 melintang.
beli kat shopee je from china.
ada jual safety equipment sekali, so kita beli jugak.


AAs turun bukit.



main depan-depan rumah je. roller skatenya boleh laras.
tapi dah max tu. esok-esok kaki memanjang, kena beli yang baru la nampaknya. haha



anaqi pun max laras.
kalau tau, beli saiz besar sikit.
tu la cons-nya beli online. bergantung pada carta saiz je.. tapi tak la semua tepat.


that's all for now.

toodles!

nunu the kitten dah sebulan

assalamualaikum and hi! :)

this is how nunu looks recently.
hari ni 23 feb, alhamdulillah dah masuk umur 32 hari.
doakan nunu membesar sihat, kuat dan gemuk, ye. hahaha

(since anak-anak kucing munchkin ni ada risikonya juga kalau di bawah 3 bulan)


menempek di bahu anaqi.



merenung ke mana tu, nunu. haha



badan bulat-bulat, macam batch adik badik dia dulu, kiko.
still remember kiko??








kiko is a girl, and nunu is a boy.
kiko besar dah sekarang.. 4 months lebih kot kan.
tapi tak stay dengan kitorang, kiko kat rumah MIL.
lama xjumpa dia.
mesti gedebak dah ni.. sebab kiko and nunu ni nampaknya,
dua-dua macam ikut genetik bapak BSH diorang yang big size.
kalau banding dengan siblings lain pun, diorang paling besar.
tengok je la nunu tu. punya la bulat.

dah, tu je la update kucing.
next time kita update lagi.

tata tutu!!

Saturday, February 06, 2021

a little gift on federal territory day

assalamualaikum and hi! :)

just got some time to share this great news with ya guys.

alhamdulillah, being conferred the AMW medal by the YDPA,
in conjunction of the federal territory day on 1st feb 2021.
i thank Allah as all of this is the rezeki from Him.
thank you also to my husb, my mom, family and friends who's believing in me.

but the ceremony insyaAllah will take place after MCO or when the state of emergency ends.



 

truthfully, this is my 3rd year being nominated.
am just a small contributor to the nation, yeah i know.
nevertheless, i still feel grateful and honoured, alhamdulillah.

being working with the ministry, i know everyone here is working hard,
and trying our best to serve the FT.
i just hope everyone out there accepts the 355 recipients that being picked this year, open-heartedly.
i hope there's no bitter comments on who's eligible and who's not, as this is a rezeki from Allah (you know how this issue spread on socmed).

so yeah.
as how we would fond the little 'award' in dunia,
that's how also we should seeking for many more awards and rewards in akhirat, insyaAllah.

stay safe and take care, everyone.
keep on being positive :)

welcoming bundle of joys

assalamualaikum and hi! :)

before anything,
would like to congratulate my bro harith & durra,
on their firstborn baby! wee~
and today is 6 february 2021, saturday. alhamdulillah.
this news is fresh from the oven, like the bun in the oven too ;)

upcomingg... next!

introducing our cat, tupai's lil kid.
which idk yet what's his name (ya, it's a HIS)..
except my husb is calling him NUNU.
i hope he changes his mind on that name.. kihkih


yes, baby nunu is a munchkin. just look how he rolls ;)


the lil kitten was born on 23rd jan 2021 (saturday).
hence, today would be his 15th day on earth.

he's born together with 2 other of his siblings; one in yellow and one in cream.
but both did not survive (while on born & on the 2nd day, didn't drink anything).

still, we cherish this little nunu
and hope he'll grow up a healthy and happy kitten.







 

tata!

Tuesday, February 02, 2021

berpantang selepas keguguran DAN boleh solat atau tidak semasa keguguran?

assalamualaikum and hi!

sebelum ni ada cakap macam tak jadi nak share pasal cerita miscarriage hari tu,
sebab macam dah lama sikit kan.

tapi tak jadi.
nak share juga,
sebab nak share ilmu sekali.
especially bab-bab solat dan ibadah if ever kita keguguran.

semasa 'melepak' di EPAU, pusat bersalin risiko rendah, presint 8, putrajaya.


kejadian miscarriage ni biasanya dimulai dengan spotting (tompok coklat).
kadang spotting is okay dan kandungan selamat.
kadang if tompok coklat berterusan, lepas tu keluar fresh blood sikit-sikit, lama-lama keluar blood clot (darah beku) yang semakin banyak sampai mencurah ke 1 pad (bak kata nurse), makanya kemungkinan besar miscarriage.

kalau ditanya punca,
sy pun tak de jawapan.
saintifik menyatakan, pregnancy yang tidak menjadi,
disebabkan oleh kromosom tak cukup.
it's a mystery.
atau kemungkinan terlalu lasak semasa awal-awal.
i remember after i used the broken blender,
perut kat dalam rasa berpusing-pusing.
sebelum tu, buat ultrasound pertama,
pun perut pusing-pusing macam washing machine.
itu kira tanda-tanda dah tu.
selain ko rasa macam senggugut kecil-kecilan.
btw broken blender tu sangat bising dan bergegar teruk.
selain tu, ada tumbuk lesung la,
pakai mesin shredder yang jugak bergegar,
angkat buku dari library. eh macam banyak la pulak.
apapun, yang penting tiada rezeki kali ini and i'm okay with that.

disebabkan usia kandungan masih awal,
ada la dalam 7 weeks like that,
miscarriage ini gugur sendiri.
or at least doktor kat pusat bersalin presint 8 tu suruh tunggu sampai dia gugur sendiri.
my mom cakap kalau kat swasta, diorang dah buat prosedur D&C dah.
D&C ni hat yang dia masukkan alat dalam rahim dan tarik kantung tu keluar.
ada risiko tembus rahim.
so i follow je la doktor.

29 dis 2020 petang tu, i was at the office.
doc cakap kalau keluar blood clot, datang ke hospital.
so i went.
datang-datang, dia cakap tunggu keluar macam ketul isi ikan.
siap kata tunggu appointment jumaat depan, baru datang.
tengok-tengok, pagi 30 dis 2020 around 3am, dah keluar bendalahnya.
macam mana dia keluar?
akan rasa sakit senggugut yang teruk dan berpanjangan.
bukan macam contraction yang on off. ini ON je mamanjang. lolx
sakit itu pada waktu malam.. 10pm. keluarnya 3pm.
jadi bayangkan along the way tu nak tidur tu macam mana (but i still slept. hihi)


BOLEH TAK SOLAT SEMASA SPOTTING KELUAR?

jadinya sy ada persoalan agama berkaitan keguguran ni.
boleh ke tidak solat semasa darah tu keluar spotting, sampai keluar fresh blood, sampai ke blood clot dan akhirnya keluar ketulan macam isi ikan (kantung) tu?

and i would love to share with all the women out there.
kalau ada kemusykilan yang sama.

ok. masa sebelum kantung tu keluar, kita masih boleh solat dan beribadah.
walaupun darah keluar, tak perlu mandi wajib setiap kali.
sebab belum dikira sebagai darah bersalin/nifas.
dia just dalam klasifikasi darah istihadah (darah penyakit).
so jangan tinggal solat ye.

tapi, once dah keluar kantung, sama ada secara natural,
or doktor buat D&C keluarkan kantung/kandungan yang gugur tu,
dah tak boleh solat.
sebab darah yang keluar selepas itu dikira darah nifas.

darah selepas keguguran awal macam sy ni, boleh keluar sehingga around 2 weeks macam tu.

dan period boleh juga datang afterwards.
means you miscarriage, then keluar darah nifas 2 weeks+, kemudian suci dan boleh solat,
selepas tu, period boleh datang katalah 2 weeks after.
tapi dalam tempoh 3 bulan selepas keguguran,
kitaran menstrual/haid/period boleh jadi all over the place,
disebabkan perubahan hormon.
jadi jangan risau kalau tiba-tiba kitaran haid you pelik-pelik lepas miscarriage.
it's just hormonal.
tapi kalau risau juga, pi la jumpa doktor.


harap persoalan ni dapat membantu korang
yang ada isu yang sama.


so!
i asked doc la lepas tu,
perlu ke berpantang?
doc cakap, up to you.

tapi sebagai melayu sejati *ahaha*
sy berpantang strict 2 minggu.
dan selebihnya sy panggil sebagai half-pantang.
means sy eat clean je la.
sebabnya sy bukan bersalin terputus urat tu.

sy juga berurut sekali dan selebihnya,
beli la beberapa barang untuk berpantang.


ubat antibiotik yang doc bagi. sy tak suka ubat moden,
tapi kutelankan jua. haha



konon nak makan jamu.
tapi ada satu perasaan yang jamu ni tak sesuai untuk badan sy.
so bye-bye, jamu. sempat makan beberapa sudu je.



beli jugak herba mandian, krim pilis (dahi) dan krim param (badan). stoking tu dapat free.


beli kat shopee je daripada ummualya ke namanya.
senang ada set herba moden macam ni.
pilis and param dalam bentuk krim je.
jadi tak de la berterabur serbuk-serbuk herba semua.
just sapu je macam sapu krim.
boleh keluarkan angin dan segarkan badan.
very convenient.
recommended.


bengkung moden ni pun nak beli jugakkk. hahaha. pakailah kejap for 2 weeks.
lepas tu dah rimas :P camne nak slim perut cam ni. lolx


selain tu,
beli jugak chips organik yang sedap-sedap.
sebab ai tak nak makan makanan berpantang lauk-pauk semata.

jumpalah makanan-makanan organik sedap ni.

junkfood sihat.
jadi, bukan junkfood la namanya. haha


makanan-makanan macam ni,
sy syorkan buat ibu-ibu berpantang.

pengalaman pantang sy kali ni (walaupun pantang sebab keguguran),
adalah upgraded dari segi makanannya.
sebabnya sy dah ada air fryer.
jadi sy boleh makan 'ikan goreng' tanpa rasa bersalah. lolx
(pantang dulu-dulu, makan ikan grill).

selain tu,
sebab sy jumpa makanan-makanan organik ni lah! :P


sedap niiii. sekali ngap je habis sebungkus.
super healthy. tapi harga boleh tahanlah. kecik-kecik pun RM4+.



ni chipnya. chip beras je pun. tak bergoreng dan natural.



kalau lapar tiba-tiba disebabkan oleh makan lauk pantang yang rendah kalori,
sy akan ngap ini :D


selain tu,
orang yang miscarriage ni tak dapat cuti lama pun.
doktor tu lagi la,
mula-mula bagi sy cuti seminggu je.
lepas sy pi next appointment and jumpa doktor lain,
dia tambah lagi cuti jadi 2 weeks.

memang sepatutnya 2 weeks.

so the rest, kita kena masuk ofis macam biasa.
ofis kita sejuk antartika.

jadi beli jugak electric lunch box yang ala-ala periuk tingkat.
yang super comel.
boleh masak nasi dan juga masak/panaskan lauk.

so far ok la.

yang tak ok cuma bilik berbau makanan panas.
kena spray pewangi balik lepas tu.

tapi nak buat macam mana,
tengah berpantang lagi and kena makan lauk panas-panas.
kafe ofis pun tak bukak lagi sebab ada kes covid.

ni lah periuk lunch boxnya. comel je.



just isi air untuk stim dan tekan button ni kat periuk.

recommended jugak.
sy beli ni harga around RM80-90.

tapi ada juga lunch box yang sekitar RM30-40.

sy beli pejam mata la walaupun mahal sikit.
sebab berkenan design dia.
selain ada pemikiran iaitu kalau mahal sikit,
mesti puas hati lebih sikit.

setakat ni, teori sy tu betul. haha


oklah.
tu je kisah sy miscarriage.
pesanan kepada ibu-ibu yang sedang dalam awal trimester,
take a good care of yourself aight.
yang dah kahwin, rancang pregnancy.
rancang tu means if nak pregnant, makan asid folik semua.
ni doktor pesan, sy sampaikan je balik as a sharing.
sebab this time, it's unplanned and sy tak ambil pun asid folik semua tu.
sebab ingatkan memang tak de plan nak pregnant pun.
hihi. but it's okay, another good rezeki next time, insyaAllah.

till then.

take care, everyone and stay safe!

 

foodsie bulan ini

assalamualaikum and hi! :)

bersiaran lagi kita, di dapur :P

mesti korang rindukan gambar-gambar makanan ni kan? HAHA

to those yang tak kenal lagi,
sy ni foodie dan juga suka masak.
tapi foodie versi nak makan yang at least sedikit healthy.
ramen pedas semua tu sy tak makan ye. lolx

so!
di sini ada 4 keping gambar makanan yang telah dimasak, baru-baru ni.

rabokki.

rabokki ni adalah gabungan ramen dan tteok-bokki.
makanan korea.
tteok-bokki ni adalah rice cake, ataupun makanan kenyal yang diperbuat daripada tepung pulut, tak silap.
yang dijual kat luar, adalah version unhealthy sikit.
sebab makanan korea ni biasanya akan ada fish cake, sosej yang merupakan makanan proses.

jadi bila masak sendiri,
kita tukar kepada versi rabokki yang lebih healthy,
dan semestinya yang tak pedas. bahaha
(masih belum habis tempoh pantang 44 hari. so tak nak pedas-pedas)

sy pakai sos topokki ekspress daripada marimogo.
recommended, sebab sedap sangat.
sy juga beli rice cake halal daripada shopee marimogo ni.
untuk ramen, sy pakai air-dried noodles daripada youmee.
youmee ni adalah produk 100% natural dan organik.
tak de wax semua tu.

memandangkan masak sendiri,
bahan-bahan lain pun kita pakai yang ada di dapur je lah.
ketulan ayam, tauhu telur (grill dulu), sayur pak choy.
tu pun dah jadi sangat banyak walaupun portion sorang makan.

sy rasa berat sy bertambah 100 gram keesokan pagi,
gara-gara makan bendalah ni. hahaha
(sebab biasanya berat sy menurun) :'D

ye, hidangan ni tinggi kalori.
jadi makan tu biarlah berpada (peringatan kepada diri sendiri dan tak melibatkan manusia lain. haha)


ayam bakar, cendawan bakar, terung bakar dan salad.


baru-baru ni sy ada beli sebuah BBQ grill elektrik.
cari punya cari, berkenan kat griller jenama fujicom ni.
harga terbeliak mata sikit,
tapi same same je lah dengan tefal.
plate cepat panas, makanan pun masak secara healthy (kurang karbon macam BBQ arang).

so macam dirasuk kegilaan,
sy dok bakar ikan, ayam semua. hahaha
begitulah ceritanya.
lupa pulak upload gambar ikan bakar.
nantilah later2.


telur bungkus.


setiap makanan ada cerita dia yang tersendiri.
dan telur bungkus ni tak terkecuali.

alkisahnya, musim-musim PKP ni kadang tu sy order food panda atau grab food je.

sy suka jugak order telur bungkus.
tapi harga satu meal ni, dalam RM8 per telur. uiyo.

so nak trylah buat sendiri.
maka jadilah seperti rupa bentuk di atas.
cuma untuk sayur-sayur frozen (kacang peas, carrot dan jagung) yang biasa digunakan oleh kedai,
sy gantikan dengan sayur-sayur fresh di dalam peti sejuk.

tu je la.
rasa, awesomely good.
siapa lagi nak puji masakan sendiri,
melainkan diri sendiri (dan husb). hihi

cara memasak, boleh check my IG. wani ezryl.


gambar last for the entry. baru masak lunch tadi.


ikan senangin stim, telur kicap dan mixed veggies.
kupaksa AAs (our kids) makan.
sebab anaqi nampak kurus sangat.
dok minum susu je kerjanya.
jadi, tak boleh jadi.
kena sumbat jugak makanan-makanan seimbang kat budak-budak ni. haha


so tu je lah kisah dari dapur.
jumpa lagi nanti!

daa~

update rupa sendiri dan cerita-cerita lain

assalamualaikum and hi! :)

yoshh akhirnya berupdate and kali ni ada gambar.
hahah.

btw. PKP sambung lagi sampai 18 feb 2021.

nak update rupa diri sendiri,
kot-kot ada yang dah lupa :P

2 malam lepas punya gambar kot ni. anaqi, me, husb. ariana kat tingkat atas.



oleh sebab ariana tak de dalam gambar sebelum, kita tepek gambar dia masa ikut sy pergi ofis minggu lepas. main komputer je kerjanya.



ada juga gambar dengan nenek yah.. sebelum PKP, nenek yah ada datang singgah dengkil.


ok!

berita-berita semasa!


ni ha, anak tupai yang terkini. nama belum confirmed.


anak tupai (tupai ni our cat) lahir pada 23 januari 2021.
masih sama macam pregnancy sebelum ni,
tupai lahirkan 3 ekor anak.
now cuma seekor ni yang tinggal.
adiknya seekor tu mati semasa lahir, seekor lagi mati sehari lepas lahir sebab kecik sangat dan tak nak minum susu walaupun disua-sua banyak kali.

so yang survivor ni, adalah anak kucing boy munckin (berkaki pendek).
dia sangat kiut dan rasa nak golek-golekkan dia dalam mangkuk or something. lolx


sad news; ciko (anak tupai sebelum ni), meninggal sebelum adik-adiknya lahir. yeah that's ciko masa sakit. nampak tu perut buncit.


may be liver failure, sebab mata pun kuning, perut buncit.
nak hantar vet, tak sempat sebab PKP.
ciko ni seekor kucing yang baik and manja.
tqsm ciko, mewarnai hari-hari kami selama ni.


news lain, dapat telefon free. alhamdulillah.

ye, phone sy kat dalam rumah ni dah serupa telefon awam.. haha.

so syukurrr dapat telefon ni.

dapat pun lepas celcom call and offer untuk upgrade plan.
diorang kesian tengok rekod sy yang pakai plan RM50, 5GB data dari dulu, kini dan selamanya.. kot. hahaaha

so diorang bagi upgrade to gold plan yang RM80 tu..
tapi dapat rebat selama 2 years.
so bulan-bulan bayar dalam RM72 je macam tu.
data dapat la 20-20GB.
berbaloi la, sebab kadang 5GB tu tak cukup, sampaikan sy kena beli data baharu setiap bulan.
IG unlimited pun saya beli RM5.
kalau plan baru ni, IG, fb, whatsapp semua free unlimited.

just budak celcom tu kata, "tak boleh terminate dalam tempoh 2 tahun. nanti kena bayar penalty fee RM500."
"dah tu kalau saya meninggal dalam tempoh ni?"
terkedu budak tu nak jawab. lolx. dia kata suh bawa sijil kematian je ke celcom. baiklah.
sy bitau budak tu, "saya ni dah 20 tahun pakai celcom, tak pernah tukar-tukar."
dia gelak. "haa.. tu la. kami offer ni."

 so yeah.
alhamdulillah.
and thank you, celcom.

telefon baharu ni,
bagi budak-budak tu main.
selamat telefon-samsung-awam ai. ;)


rasanya macam berhutang kisah miscarriage hari tu.
tapi macam dah overtaken by event je. haha
yang penting,
korang tau saya sihat walafiat alhamdulillah.
i'm continuing my healthy diet (though not fully pantang, i didn't take deep fried food nmore. yay).
husb tanya, kenapa tetiba diet? (dia pun tengah diet. nanti kita sambung kisah beliau)
i said, "alang-alang tengah berpantang hari tu, kita sambung terus la. kalau tak, sampai bila tak nak start." HAHAHA
so i've lost around 3 kilos plus so far.
bolehlah teruskan je. insyaAllah. itupun kalau ai is tak tergoda dengan makanan-makanan malaysia yang super sedap dan banyak minyak ni :P
kalau sekali-sekala tu, tak pe la.

back to husb,
i asked him pulak,
kenapa dia diet?
dia kata tak lawa bila tangkap gambar.
haha baikk.
(diet kami ni makan tak skip ye, cuma tukar style makan & husb pun rajin exercise. so. this is not a crash diet. daripada crash diet, baik puasa sunat kan. hihi)

selamat maju jaya untuk kita berdua ye :D

Wednesday, January 20, 2021

haa dah nak februari??

assalamualaikum and hi! :)

whoa so much things going on the first month of 2021.

hari ni sekolah dah bukak (virtually).
ye, PKP kembaliii.
13-26 jan 2021 tak silapnya.
disebabkan kes covid naik mencanak-canak,
bagaikan volcano yang tengah meletus.
*lolx apakah analogi itu :P*

tau-tau dah 20 jan kan.
ya Allah, memang akhir zaman, lajunya masa.

btw nak sambung cerita.
gambar tak ada, sebab phone kat atas. kita kat bawah ni haha

kitorang satu rumah ni pun alkisahnya tengah self quarantine.
i just share this for my future reference
and kalau ada sesapa nak ambil iktibar (ada tak? hee).

seperti yang diketahui,
jangkitan virus covid19 dah sampai ke tahap komuniti.
means mana-mana je kita ada dengar pasal kes covid ni.
kawan, family, jiran tetangga terdekat. terlalu ramai.
hospital dah penuh, frontliners dah penat.

so baru-baru ni, staffs ofis my husb disahkan positif covid.
bukan sorang, tapi 5 orang.
diorang pi check kat swasta, then kat KK putrajay*.
sampai hari ni tak tau la kalau ada peningkatan angka tu.
sebabnya kelmarin, staff lain yang dok putrajaya pun semua buat swab test.
semalam pulak my husb buat swab.
satu bahagian tutup seminggu, sanitasi.
semua staff kena buat swab and kuarantin.

benda dah jadi kan.
tapi apa yang boleh diambil pengajaran,
is just how orang kita ni ambil mudah je selagi tak kena kat diri sendiri.
sy bukan bercakap pasal staff di bahagian husb semata-mata,
tapi kat mana-mana pun boleh jadi, dan nampak terjadi.
yelah, social media di hujung jari.
kita nampaklah orang upload buat majlis farewell, birthday, makan-makan kat ofis.
(baik mengaku cepat kalau korang terlibat sama! :P)
even yang dah tau esok PKP *sebab PM dah umum*
hari ni tetap juga nak buat makan-makan.. sebabnya last day sebelum PKP.
jadi baik celebrate dulu. makanan semua dah tempah. hm.

(sy last day b4 PKP, pergi check up kat hospital P8)

and not surprising, kes banyak bercambah di tempat kerja.
dan bila benda ni berlaku di sekeliling sy, sy percaya.
ni bukan teori konspirasi ye.

back to husb's office tadi,
disyaki jangkitan berlaku sebabnya ada staff yang demam, tapi tetap datang ofis.
staff bekerja harian, jadi nanti gajinya kena potong.
tu yang datang ofis jugak.
then ada few other staffs demam jugak dan datang ofis.
husb cakap, yang demam ni just makan ubat dan demam on off.
how about check suhu di tempat kerja??
katanya ada yang check, ada tak.
Allahu longgarnya kawalan. premis ker*jaa*n pulak tu.
pulak tu, diorang 1 bahagian tak silap sy ada buat makan-makan macam tu before staffs tu positif covid.
time buat makan tu, dah sedia maklum kes naik sampai 3k sehari.
tetap buat makan-makan ye.
and of course la kat ofis tak pakai mask memasing T_T'
lepas tu ada meeting semua.
hailah, benda dah jadi pun.

jadinya, husb pun buat swab semalam,
dan kuarantin dalam bilik.
me & AAs kuarantin di luar sebagai PUS (person under surveillence)..
sementara tunggu result swab test husb,
yang diharapnya negatif.
sebab kitorang ni pun dah close contact dengan husb sebelum dapat tau pasal cerita staff demam, result positif semua tu.
kita ni dah la ala-ala fragile, sebab baru-baru lepas miscarriage.
badan tak 100% kuat lagi.

sambung.
alhamdulillah my SUB and TSUB bagi WFH sampai khamis ni.
but my KPSU nak sy ganti balik hari yang sy kuarantin minggu ni, bawa ke minggu dpn,
sebab dia nak WFH pulak.
agaknya dia pun stress asyik kena masuk ofis je & big boss bagi macam-macam tasks. sorry, bos.
anaqi tak masuk tadika 1st day hari ni, sebab rasa kebertanggungjawaban tak nak hantar dia, takut berisiko kepada anak-anak lain.

just hari tu, bila sy call talian KK*M, akhirnya dapat call area putraj*aya punya.
sy tanya condition sy.. boleh tak masuk ofis?
orang yang jawab tu cakap apa.. dia kata atas ketua jabatan.
padahal sebelum ni masa PKP mac 2020, as PUS, kena kuarantin kendiri tau kat rumah.
then sy cakap, anak-anak kecik ni macam mana?
dia tanya, sebelum ni hantar anak kat mana.. hantar la ke sana.
i said, 20 jan baru pusat transit semua tu buka (masa call tu belum 20 jan obviously).
tapi tu bukan la main pointnya.
dah kita anak-beranak ni berisiko, dia boleh cadang suh hantar anak-anak ke pusat jagaan (yang juga ada budak2 kecik lain), dan boleh datang ofis kalau ketua jabatan suruh datang??
memang main-main dah ke PKP ni..
sy tak marah langsung orang yang jawab call tu,
i'm just a bit frustrated. and confused too.
kita ni beria nak self quarantine, nak jaga supaya orang lain tak berisiko.
nak putuskan rantaian.
tapi dapat jawapan macam tu pula. bayangkan how i felt that time.

apapun, just stand up for what's right,
even if you just stand alone.

doa-doakan ye, korang.

aight nanti la sambung. tata!

Friday, January 01, 2021

2021

assalamualaikum and hi! :)


 

happy 2021!

ramai cakap tak merindui langsung 2020.. lolx
sebab covidkah?

apapun barang yang lepas jangan dikenang,
buang yang keruh ambik yang jernih,
elok lenggang di tempat datar,
zaman beralih, musim bertukar,
haa sambunglah lagi peribahasa yang berkaitan :P

apapun, hujung tahun & tahun baru kali ni kita tak keluar ke mana-mana.
satu, yosh sebab covid.
dua, sebab tak dapat apply cuti rehat sama dengan husb. kami masing2 bagi laluan kepada KPSU masing2 yang bercuti pada waktu yang clash.
tiga, sebab pada hujung tahun yang lepas, sy banyak berehat disebabkan spotting (terms untuk berlakunya pendarahan semasa pregnancy), kemudian baru-baru ni miscarriage and now tengah dalam fasa pemulihan a.k.a pantang.
part yang tu nanti kita sambung di entry khusus ok.
entry ni nak cerita tentang y2k21 hahah.

kalau kata azam nak concentrate gaya hidup sihat,
nanti kena gelakan berjemaah pulak, sebab takut ke laut dalam HAHA
but yeah, i seriously want to at least try,
to eat (more) healthily dan bersenam sikit.
selama ni sy jaga makan jugak, tapi bersenam tu ntah ke mana. pemalas lipas. lolx

to those yang berazam nak upkan lagi amal ibadah tahun ni,
sy sokong hundred percent! *sambil tujah penumbuk ke udara.. ahaks*
buatlah secara slowly but surely, jangan drastik lepas tu stop.
contoh kalau sebelum ni tak pernah solat dhuha, tahun ni boleh try buat.
kalau sebelum ni dhuha 2 rakaat, tahun ni try 4.
kalau tak pernah ngaji, bolehlah try 1 muka lepas maghrib.
kalau sebelum ni hari-hari ngaji, trylah tambah surah rutin macam al-mulk, al-kahf etc.
yang penting amalan tu baik dan berterusan, walaupun sedikit.

i don't really expect anything for 2021,
rasanya nak go with the flow je.
alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di atas muka bumi ni.
masih sihat, masih ada insan2 tersayang dan kawan-kawan yang baik.
i will go on live my life to my utmost comfortness, insyaAllah.
will not do something that other people want me to do, but what I WANT TO DO.

and to become a better person.

happiest 2021 to all!

#tahunnitakdebungapi
#tahunnitidurawal