Tuesday, February 02, 2021

update rupa sendiri dan cerita-cerita lain

assalamualaikum and hi! :)

yoshh akhirnya berupdate and kali ni ada gambar.
hahah.

btw. PKP sambung lagi sampai 18 feb 2021.

nak update rupa diri sendiri,
kot-kot ada yang dah lupa :P

2 malam lepas punya gambar kot ni. anaqi, me, husb. ariana kat tingkat atas.



oleh sebab ariana tak de dalam gambar sebelum, kita tepek gambar dia masa ikut sy pergi ofis minggu lepas. main komputer je kerjanya.



ada juga gambar dengan nenek yah.. sebelum PKP, nenek yah ada datang singgah dengkil.


ok!

berita-berita semasa!


ni ha, anak tupai yang terkini. nama belum confirmed.


anak tupai (tupai ni our cat) lahir pada 23 januari 2021.
masih sama macam pregnancy sebelum ni,
tupai lahirkan 3 ekor anak.
now cuma seekor ni yang tinggal.
adiknya seekor tu mati semasa lahir, seekor lagi mati sehari lepas lahir sebab kecik sangat dan tak nak minum susu walaupun disua-sua banyak kali.

so yang survivor ni, adalah anak kucing boy munckin (berkaki pendek).
dia sangat kiut dan rasa nak golek-golekkan dia dalam mangkuk or something. lolx


sad news; ciko (anak tupai sebelum ni), meninggal sebelum adik-adiknya lahir. yeah that's ciko masa sakit. nampak tu perut buncit.


may be liver failure, sebab mata pun kuning, perut buncit.
nak hantar vet, tak sempat sebab PKP.
ciko ni seekor kucing yang baik and manja.
tqsm ciko, mewarnai hari-hari kami selama ni.


news lain, dapat telefon free. alhamdulillah.

ye, phone sy kat dalam rumah ni dah serupa telefon awam.. haha.

so syukurrr dapat telefon ni.

dapat pun lepas celcom call and offer untuk upgrade plan.
diorang kesian tengok rekod sy yang pakai plan RM50, 5GB data dari dulu, kini dan selamanya.. kot. hahaaha

so diorang bagi upgrade to gold plan yang RM80 tu..
tapi dapat rebat selama 2 years.
so bulan-bulan bayar dalam RM72 je macam tu.
data dapat la 20-20GB.
berbaloi la, sebab kadang 5GB tu tak cukup, sampaikan sy kena beli data baharu setiap bulan.
IG unlimited pun saya beli RM5.
kalau plan baru ni, IG, fb, whatsapp semua free unlimited.

just budak celcom tu kata, "tak boleh terminate dalam tempoh 2 tahun. nanti kena bayar penalty fee RM500."
"dah tu kalau saya meninggal dalam tempoh ni?"
terkedu budak tu nak jawab. lolx. dia kata suh bawa sijil kematian je ke celcom. baiklah.
sy bitau budak tu, "saya ni dah 20 tahun pakai celcom, tak pernah tukar-tukar."
dia gelak. "haa.. tu la. kami offer ni."

 so yeah.
alhamdulillah.
and thank you, celcom.

telefon baharu ni,
bagi budak-budak tu main.
selamat telefon-samsung-awam ai. ;)


rasanya macam berhutang kisah miscarriage hari tu.
tapi macam dah overtaken by event je. haha
yang penting,
korang tau saya sihat walafiat alhamdulillah.
i'm continuing my healthy diet (though not fully pantang, i didn't take deep fried food nmore. yay).
husb tanya, kenapa tetiba diet? (dia pun tengah diet. nanti kita sambung kisah beliau)
i said, "alang-alang tengah berpantang hari tu, kita sambung terus la. kalau tak, sampai bila tak nak start." HAHAHA
so i've lost around 3 kilos plus so far.
bolehlah teruskan je. insyaAllah. itupun kalau ai is tak tergoda dengan makanan-makanan malaysia yang super sedap dan banyak minyak ni :P
kalau sekali-sekala tu, tak pe la.

back to husb,
i asked him pulak,
kenapa dia diet?
dia kata tak lawa bila tangkap gambar.
haha baikk.
(diet kami ni makan tak skip ye, cuma tukar style makan & husb pun rajin exercise. so. this is not a crash diet. daripada crash diet, baik puasa sunat kan. hihi)

selamat maju jaya untuk kita berdua ye :D

No comments: