sebab macam dah lama sikit kan.
nak share juga,
sebab nak share ilmu sekali.
semasa 'melepak' di EPAU, pusat bersalin risiko rendah, presint 8, putrajaya. |
kejadian miscarriage ni biasanya dimulai dengan spotting (tompok coklat).
kadang spotting is okay dan kandungan selamat.
kadang if tompok coklat berterusan, lepas tu keluar fresh blood sikit-sikit, lama-lama keluar blood clot (darah beku) yang semakin banyak sampai mencurah ke 1 pad (bak kata nurse), makanya kemungkinan besar miscarriage.
kalau ditanya punca,
sy pun tak de jawapan.
saintifik menyatakan, pregnancy yang tidak menjadi,
disebabkan oleh kromosom tak cukup.
it's a mystery.
atau kemungkinan terlalu lasak semasa awal-awal.
i remember after i used the broken blender,
perut kat dalam rasa berpusing-pusing.
sebelum tu, buat ultrasound pertama,
pun perut pusing-pusing macam washing machine.
itu kira tanda-tanda dah tu.
selain ko rasa macam senggugut kecil-kecilan.
btw broken blender tu sangat bising dan bergegar teruk.
selain tu, ada tumbuk lesung la,
pakai mesin shredder yang jugak bergegar,
angkat buku dari library. eh macam banyak la pulak.
apapun, yang penting tiada rezeki kali ini and i'm okay with that.
disebabkan usia kandungan masih awal,
ada la dalam 7 weeks like that,
miscarriage ini gugur sendiri.
or at least doktor kat pusat bersalin presint 8 tu suruh tunggu sampai dia gugur sendiri.
my mom cakap kalau kat swasta, diorang dah buat prosedur D&C dah.
D&C ni hat yang dia masukkan alat dalam rahim dan tarik kantung tu keluar.
ada risiko tembus rahim.
so i follow je la doktor.
29 dis 2020 petang tu, i was at the office.
doc cakap kalau keluar blood clot, datang ke hospital.
so i went.
datang-datang, dia cakap tunggu keluar macam ketul isi ikan.
siap kata tunggu appointment jumaat depan, baru datang.
tengok-tengok, pagi 30 dis 2020 around 3am, dah keluar bendalahnya.
macam mana dia keluar?
akan rasa sakit senggugut yang teruk dan berpanjangan.
bukan macam contraction yang on off. ini ON je mamanjang. lolx
sakit itu pada waktu malam.. 10pm. keluarnya 3pm.
jadi bayangkan along the way tu nak tidur tu macam mana (but i still slept. hihi)
BOLEH TAK SOLAT SEMASA SPOTTING KELUAR?
jadinya sy ada persoalan agama berkaitan keguguran ni.
boleh ke tidak solat semasa darah tu keluar spotting, sampai keluar fresh blood, sampai ke blood clot dan akhirnya keluar ketulan macam isi ikan (kantung) tu?
and i would love to share with all the women out there.
kalau ada kemusykilan yang sama.
ok. masa sebelum kantung tu keluar, kita masih boleh solat dan beribadah.
walaupun darah keluar, tak perlu mandi wajib setiap kali.
sebab belum dikira sebagai darah bersalin/nifas.
dia just dalam klasifikasi darah istihadah (darah penyakit).
so jangan tinggal solat ye.
tapi, once dah keluar kantung, sama ada secara natural,
or doktor buat D&C keluarkan kantung/kandungan yang gugur tu,
dah tak boleh solat.
sebab darah yang keluar selepas itu dikira darah nifas.
darah selepas keguguran awal macam sy ni, boleh keluar sehingga around 2 weeks macam tu.
dan period boleh juga datang afterwards.
means you miscarriage, then keluar darah nifas 2 weeks+, kemudian suci dan boleh solat,
selepas tu, period boleh datang katalah 2 weeks after.
tapi dalam tempoh 3 bulan selepas keguguran,
kitaran menstrual/haid/period boleh jadi all over the place,
disebabkan perubahan hormon.
jadi jangan risau kalau tiba-tiba kitaran haid you pelik-pelik lepas miscarriage.
it's just hormonal.
tapi kalau risau juga, pi la jumpa doktor.
harap persoalan ni dapat membantu korang
yang ada isu yang sama.
so!
i asked doc la lepas tu,
perlu ke berpantang?
doc cakap, up to you.
tapi sebagai melayu sejati *ahaha*
sy berpantang strict 2 minggu.
dan selebihnya sy panggil sebagai half-pantang.
means sy eat clean je la.
sebabnya sy bukan bersalin terputus urat tu.
sy juga berurut sekali dan selebihnya,
beli la beberapa barang untuk berpantang.
ubat antibiotik yang doc bagi. sy tak suka ubat moden, tapi kutelankan jua. haha |
konon nak makan jamu. tapi ada satu perasaan yang jamu ni tak sesuai untuk badan sy. so bye-bye, jamu. sempat makan beberapa sudu je. |
beli jugak herba mandian, krim pilis (dahi) dan krim param (badan). stoking tu dapat free. |
beli kat shopee je daripada ummualya ke namanya.
senang ada set herba moden macam ni.
pilis and param dalam bentuk krim je.
jadi tak de la berterabur serbuk-serbuk herba semua.
just sapu je macam sapu krim.
boleh keluarkan angin dan segarkan badan.
very convenient.
recommended.
bengkung moden ni pun nak beli jugakkk. hahaha. pakailah kejap for 2 weeks. lepas tu dah rimas :P camne nak slim perut cam ni. lolx |
beli jugak chips organik yang sedap-sedap.
sebab ai tak nak makan makanan berpantang lauk-pauk semata.
jumpalah makanan-makanan organik sedap ni.
junkfood sihat. jadi, bukan junkfood la namanya. haha |
makanan-makanan macam ni,
sy syorkan buat ibu-ibu berpantang.
pengalaman pantang sy kali ni (walaupun pantang sebab keguguran),
adalah upgraded dari segi makanannya.
sebabnya sy dah ada air fryer.
jadi sy boleh makan 'ikan goreng' tanpa rasa bersalah. lolx
(pantang dulu-dulu, makan ikan grill).
selain tu,
sebab sy jumpa makanan-makanan organik ni lah! :P
sedap niiii. sekali ngap je habis sebungkus. super healthy. tapi harga boleh tahanlah. kecik-kecik pun RM4+. |
ni chipnya. chip beras je pun. tak bergoreng dan natural. |
kalau lapar tiba-tiba disebabkan oleh makan lauk pantang yang rendah kalori, sy akan ngap ini :D |
orang yang miscarriage ni tak dapat cuti lama pun.
doktor tu lagi la,
mula-mula bagi sy cuti seminggu je.
lepas sy pi next appointment and jumpa doktor lain,
dia tambah lagi cuti jadi 2 weeks.
memang sepatutnya 2 weeks.
so the rest, kita kena masuk ofis macam biasa.
ofis kita sejuk antartika.
jadi beli jugak electric lunch box yang ala-ala periuk tingkat.
yang super comel.
boleh masak nasi dan juga masak/panaskan lauk.
so far ok la.
yang tak ok cuma bilik berbau makanan panas.
kena spray pewangi balik lepas tu.
tapi nak buat macam mana,
tengah berpantang lagi and kena makan lauk panas-panas.
kafe ofis pun tak bukak lagi sebab ada kes covid.
ni lah periuk lunch boxnya. comel je. |
just isi air untuk stim dan tekan button ni kat periuk. |
recommended jugak.
sy beli ni harga around RM80-90.
tapi ada juga lunch box yang sekitar RM30-40.
sy beli pejam mata la walaupun mahal sikit.
sebab berkenan design dia.
selain ada pemikiran iaitu kalau mahal sikit,
mesti puas hati lebih sikit.
setakat ni, teori sy tu betul. haha
oklah.
tu je kisah sy miscarriage.
pesanan kepada ibu-ibu yang sedang dalam awal trimester,
take a good care of yourself aight.
yang dah kahwin, rancang pregnancy.
rancang tu means if nak pregnant, makan asid folik semua.
ni doktor pesan, sy sampaikan je balik as a sharing.
sebab this time, it's unplanned and sy tak ambil pun asid folik semua tu.
sebab ingatkan memang tak de plan nak pregnant pun.
hihi. but it's okay, another good rezeki next time, insyaAllah.
till then.
take care, everyone and stay safe!
5 comments:
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman sis mengenai miscarriage ni dpt bantu atasi kurang kefahaman saya. Actually, saya baru keguguran juga 3 bulan twin. Sedih mmg terasa, namun Redha dgn kehilangan adalah sebaik²nya. Pengalaman kena induce utk hadirkan rasa sakit spt nk bersalin dan nk buka laluan supaya janin keluar, and after that pengalaman kena cucuk epidural dan seterusnya D&C, xdpt saya lupakan spjg beranak 5, kdgn yg ke 6 ini ternyata rezeki saya anak syurga yg menanti.
Cuma di sini, saya agak keliru dan kurang faham berkaitan mandi setelah abis darah nifas utk membolehkan saya solat. Saya baru Hari ini adalah hari ke 14. Darah nifas pun sptnya dh stop. Jadi soalannya, Bolehkan saya start mandi nifas untuk menyucikan diri. Rindu nk solat dan ngaji spt sblm ni.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman sis mengenai miscarriage ni dpt bantu atasi kurang kefahaman saya. Actually, saya baru keguguran juga 3 bulan twin. Sedih mmg terasa, namun Redha dgn kehilangan adalah sebaik²nya. Pengalaman kena induce utk hadirkan rasa sakit spt nk bersalin dan nk buka laluan supaya janin keluar, and after that pengalaman kena cucuk epidural dan seterusnya D&C, xdpt saya lupakan spjg beranak 5, kdgn yg ke 6 ini ternyata rezeki saya anak syurga yg menanti.
Cuma di sini, saya agak keliru dan kurang faham berkaitan mandi setelah abis darah nifas utk membolehkan saya solat. Saya baru Hari ini adalah hari ke 14. Darah nifas pun sptnya dh stop. Jadi soalannya, Bolehkan saya start mandi nifas untuk menyucikan diri. Rindu nk solat dan ngaji spt sblm ni.
Thank u for the clarification. I had an erpoc at 8-10 weeks. Fetus wasnt developing normally. Thats y timeline pun tidak sure. Tidak sure harus solat ka tidak after procedure. Now have to tunggu clear la. My pantang pun setengah tiang. Not as strict as after giving birth.
waalaikumsalam to unknown.
salam takziah, semoga ada rezeki yg lebih baik selepas ni, insyaAllah.
sy minta maaf banyak2 sebab kadang tu sy terlepas pandang nak check komen laju2. komen ni saya set kena di'lulus'kan dulu baru boleh publish, sebab banyak komen spam sebelum ni masuk inbox.
makanya sy harap persoalan awak dah terjawab sebab dah bulan ogos ni.. hihi. soalan awak pula bulan 6. maaf sangat2.
tapi jawapannya adalah ya, kalau darah dah kering boleh terus mandi wajib dan beribadah seperti biasa.
hi selina. my heartfelt condolence to you. semoga ada rezeki lebih baik selepas ni. take care to you.
Post a Comment