Thursday, August 06, 2020

trip ke homestay labu kubong, perak

assalamualaikum and hi! :)

fuhh berbondon-bondon gambar dalam galeri phone nak kena update :P
kemalasan lipasan apakah iniii HAHA

tak pe tak pe,
kita go slow *ke go fast??* one picture at a time.

so!
ni kisah zaman rimba yang lepas. haha (sebab dah lama pending)
bulan jun yang sudah.
nah, tengok gambar kat bawah ni dulu.

ni adalah journey kitorang ke kuala kangso, perak. akan melalui signage IPOH atas bukit ni dulu.


loove perak.
sebabnya kat perak masih banyak tempat-tempat semulajadi.
macam bukit-bukau, hotspring, gua, hutan, pokok, sungai.. hah korang sambunglah namakan unit-unit alam semulajadi tersebut. ahaha

jadi sempena birthday yours truly *kite la, siapa lagi :P*
pada 21 jun yang lampau (haha melampau),
maka husb telah merancang trip makan durian sambil menikmati keindahan alam semulajadi (read: kampung stay) di kuala kangsar, perak.

dah sampaiiii.


kitorang berkampung stay di kampung labu kubong, kuala kangsar, perak.
kot ada yang mencari-cari tempat untuk kampung stay.

nah, kita bagi nombor siap-siap.

hj meor (kg. labu kubong) koordinator 019-577 3471.

koordinator ni means beliau akan jadi pengantara siapa2 nak dok home stay atau kampung stay kat sini.
sebab owner rumah ada a few.
kitorang duduk kat rumah kak fatimah dengan husband dia.. tapi terlupa namanya.
tapi diorang ada kedai runcit dekat-dekat je dengan rumah yang kitorang tinggal tu.

jiran sebelah rumah kitorang pulak adalah family dari kelantan,
yang berkumpul untuk BBQ dan family day.

gambar di papan tanda homestay labu kubong.


menurut husb ai yang jaga homestay di motac,
beza homestay dan kampung stay;
homestay ni, kita tinggal sama-sama dengan owner rumah dan melakukan aktiviti dengan mereka.
manakala kampung stay pulak, kita dok sendiri dalam rumah tu dan kalau nak buat aktiviti etc, bergantung pada kita. nak buat hal sendiri pun boleh.
tapi biasanya kalau pi ke kampung, buat aktiviti di kampung la best. kan.
angguk cepat! :D

salah sebuah rumah di kampung labu kubong. cantik rumahnya. hj meor cakap, time raya biasanya akan ramai orang singgah untuk bergambar kat depan rumah ni. traditional-ish kan.


ariana (daughter/dottah. sebut macam harry powtah) and myself.


husb kite, isz penjaga homestay. haha


budak berdua kat depan tram. ha jangan memain, kampung ni ada tram, tahu!


ni salah satu contoh bantuan yang kerajaan beri kepada pengusaha-pengusaha homestay.
geran, kenderaan dan pelbagai lagi.
tak silap sy, tram ni bawah program kementerian luar bandar.
kudos! kudos jugak kepada orang-orang kampung yang ambil inisiatif untuk membuat perusahaan homestay dan kampung stay ni.

me taking photo be like: tengah memahamkan nilai estetika dan komposisi objek bagai. hahah


me and the cheeky one (anaqi)


another artsy shot try out. boleh buat cover pamflet tak gambar ni? hihi



so petang tu kitorang dok enjoy naik tram pusing kampung.
ada jugak guests lain yang naik sama.
babah, nana, qiqi, mama.
nama glamer memasing.


"hahh nama adik awak qiqi?" teringat sorang kawan ariana tanya dia.
haha jyeah, nama dia qiqi.
nama masa kecik je.
jangan terbawak-bawak pulak panggil qiqi sampai dah besar.
aneh pulak bunyinya nanti. HAHA

the great view of Allah's creation.


bagus suasana kampung macam ni.
fresh air. badan pun lebih sihat sebab hirup udara segar hari-hari.
kat bando, kemain berkepul-kepul asapnya.
kat dengkil jangan cakap la.
belakang tu depoh bas.
bas-bas kilang punya asap, kemain hitam macam doblas tahun tak servis. haha

sy kalau drive belakang bas kilang kat dengkil,
siap tutup hidung pakai mask,
sebab sampai dalam kereta masuk bau asap.
lepas tu laju-laju nak potong bas tu.
serius tak tipu :P

ariana berlatarbelakangkan sawah padi yang belum naik lagi.


lagi view kampung. cantik, ada bukit kat belakang.


lepas satu round pusing naik tram,
kitorang kendurian pulak, apa lagi. haha
musim durian, kan. kat perak pulak tu.
hj meor ada dusun, jadi dia bawak beberapa biji durian untuk disantap oleh kami-kami orang bando masuk kampung ni :P

"uu the glorious durians!" kata mat salleh yang makan durian. gahaha
(yang tak makan tu, dok diam-diam situ)


sambil-sambil hj kopek durian, kita selfie dan foto-foto sana sini dulu.


kitorang ni memang durian fans,
dari zaman bujang membawak ke dah kahwin,
membawak ke anak-anak.
diorang pun makan durian jugak.
budak-budak ni suka durian kampung yang putih-putih tu.
durian kuning-kuning premium tak suka.
untunglah, tak de pesaing nak rebut. HAHA

tu diaa pencinta durian kita sedang bergambar.


ni lah hj meor. terima kasih, hj sebab belanja durian.
didoakan murah rezeki hj forever and ever. aamiin.


a malaysian, and a malaysian durian. haha


another malaysian with another durian. lololx


alhamdulillah.
kitorang party durian habis-habisan semasa trip ni.
sebab tengah season.
pagi durian petang durian dan begitulah selanjutnya.
hihi
tapi tak de la makan tak ingat dunia.
ingat. kita makan berpada-padalah, biar tak kepanasan macam cacing kepanasan.
gambar hari jadi. ahax. happy birthday to me!
dah tua-tua, gini jugak gayanya :P


kemain cantik view kat belakang tu. masha Allah.
sampainya hari jadi ke-36 ni,
tak de banyak nak minta.
just nak minta masuk syurga je (hihhi) -tambah; tanpa hisab, amalan diterima, sihat walafiat selalu supaya senang beraktiviti. aamiin.

lepas tu kitorang dok mencari air terjun.
yoshh ada air terjun dalam kawasan kampung ni.
let's kita!

nak lagi best, panjat tinggi sikit. boleh nampak view di bawah.



me and mini waterfall. mini sungguh ni. haha



kedutan yang digemari ramai :P buah D24.


geram tak bila beli buah durian, dapat yang mengkal?
keras-keras je macam tu.
kalau dapat yang lembut kedut-kedut macam kat atas ni,
memang bahagia super extravagant happiness up up and away macam tu. hahah

husb dan batch durian yang lain pulak. Allah, rezeki durian dibagi.
alhamdulillah~ (sebut gaya tok adi)


tak ketinggalan nak selfshot dengan raja segala buah ni.


fuhh gambar sawah pagi di pagi hari. kabus tu mahalll.



satu lagi yang menarik kat kampung labu kubong ni,
'pusat' kampung ataupun village centrenya terletak di satu kawasan yang dinamakan anjung.
kat area rumah tradisional tadi.
so kat sinilah ada kedai makan tempat berkumpul.
kat belah-belah luar ada jugak kedai makan,
tapinya yang dekat, kat anjung ni la.
kitorang breakfast, dinner pun kat sini je.

suasana warung kampung yang aman sejahtera. aicewah.



kita ambil nasi goreng dan kwey teow goreng, buat sarapan pagi.


warung ni sangat simple ye.
jangan dok order tomyam bagai semua tu, tak ada. hihi
yang ada, goreng-goreng simple macam nasi goreng, mi, kwey teow tu ada.
time order nasi putih dengan telur kicap pun, pekedai dah confuse dengan order kitorang. haha
tak pernah orang dok order telur kicap agaknya :P


budak pemakan telur kicap.


(tapi ada kedai masakan panas kat area kampung tu jugak.. kalaulah ada yang teringin nak makan tomyam. dekat je dengan rumah yang kitorang inap tu)

sumbat, anaqi. sumbat selagi boleh :P



makanan rakyat malaysia yang lengkap satu set.


sebelum balik tu,
kita snap sekali gambar-gambar kat rumah untuk kenang-kenangan.
dan kot-kot korang nak tengok macam mana rupa rumahnya, dari luar dan dalam.
harga RM150 saja untuk 1 malam.
affordable kan.
bagi yang nak datang ke perak menikmati musim durian, sawah padi dll, bolehlah ambil peluang untuk menginap di kampung labu kubong ni.

bahagian depan rumah


kat tepi rumah ada playground untuk anak-anak.
sawah padi terbentang luas. boleh connect ke sawah padi. ada laluan dia.
kot nak bergambar.


dapur feeling-feeling ala kampung macam kat kampung atuk nenek kita ^^
dapurnya kemas. pinggan mangkuk ayan sudu gerepu beras semua ada.


bilik air dan tandas dibahagi dua.
bersih, tak de cicak. hihi


rak pinggan. dapur masak semua ada, boleh masak kat sini.
kat luar rumah pun ada bbq pit kalau nak membako.


air minuman disediakan.
mesin basuh semi-auto pun ada.


ruang tamu.
ada satu tv saiz 32 inci dengan siaran daripada astro njoi.


bilik tidur ada 2. yang ini ada 2 katil single.
selimut, towel semua ada.


bilik tidur katil queen.


durian yang dibawa pulang ke selangor.


durian ni, ada yang hj bekalkan sikit untuk dibawa balik.
ada yang kita beli jugak dalam kawasan kampung.
kitorang perasan ada satu rumah ni yang kumpul durian banyak gile.
sebab ada lori tunggu situ dengan bakul-bakul durian.
tapi bila sampai, stok dah habis.
so beli kat satu area berbumbung.. tempat peraih durian ambik durian daripada penduduk kampung jugak.
ambik gambar depan rumah sebelum bertolak balik.


so tu lah ceritanya..
trip birthday ke perak bersama family.
di kesempatan ni, nak say thanks a million of thanks to my awesome, handsome, husb kerana sudi menaja percutian kita pada kali ni. ahaks.

till next trip, insyaAllah.

byeeeeeee!!

Tuesday, July 21, 2020

pengalaman banjir di dengkil, 19 julai 2020

assalamualaikum and hi!

mesej pertama diterima daripada jiran indian kami, seorang guru pada hari ahad 19 julai 2020, jam 2.38 pagi (iaitu masa tu kami tengah tidur).

"banjir telah melanda di beberapa kawasan di dengkil.... air telah naik sampai gate taman XXXXX. harap maklum." (XXXXX tu nama taman kami).

pukul 3.30 pagi macam tu, husb terima call daripada rabiul, our bangladeshi guard yang jaga gate taman kat depan.
tapi si rabiul ni pakai nombor lain, jadi husb tak angkat.
dah tu tengah tidur pun ya.
tapi lepas tu we woke up.
husb cakap air dah naik. dah banjir kat luar.
sy pun dok pergi menjenguk la kat luar.
ya Allah, banjirun!

teringat last big flood kat dengkil ni pada tahun 2012.
air pulak makin naik.
dah sudahh macam mana ni.


bird's eye view taman perumahan kami. time ni pagi-pagi buta lagi. air naik agak cepat.


pagi-pagi tu dalam jam 4, nampaklah jiran-jiran berkumpul kat jalan yang belum dinaiki air (kalau dalam gambar di atas, jalan belah atas sekali ni.. di area berdepan dengan rumah kami).
masing-masing dok tengok banjir.
masa ni masih nampak jalan raya lagi.
siang tu dah tenggelam habis.


kawasan kejiranan. yang ni di bahagian depan-depan, tanah lebih rendah.


boleh nampak kereta tenggelam.
rumah-rumah di area lorong depan dan tepi,
air masuk sampai ke dalam rumah.
disebabkan air banjir ni naik time orang tengah tidur,
jadi ada yang tak sempat nak selamatkan barang-barang di ruang tamu.

sy pulak dok gulung karpet subuh-subuh tu.. haha.
in case air masuk ke ruang tamu.
jenuh pulak nak jemur karpet nanti.
plugs semua kita angkat ke meja yang lebih tinggi.


view dari pagar depan rumah.


nampak tu swimming pool semulajadi.. hihi.
tak terfikir pulak nak keluar pagar, celup-celup kaki.
sebab jiran-jiran dok share gambar air naik kat luar sampai ke pinggang macam tu.
tak berani kita nak keluar.

but one thing sy nak share.
sebagai perkongsian kita as muslims.
jika berlaku bencana/musibah seperti ini,
ingatlah bahawa hanya Allah yang mampu membantu kita.
solatlah hajat jika mampu and jangan panik berlari sana sini pulak :P
apa-apa kita nak, kita minta pada Allah.
sebab hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

alhamdulillah selepas tu,
air yang naik tadi, stop naik betul-betul di depan pagar rumah kami.
ada jugak masuk sampai ke laman tepi,
tapi tak sempat naik hingga ke dalam rumah.
syukur sangat-sangat. alhamdulillah.
tapi kami masih stranded sebab jalan kat luar semua dilimpahi air.
dan banyak kawasan perumahan kat dengkil ni affected.
semoga dipermudahkan untuk semua.


trak bomba pun ada datang untuk bantu pindahkan mangsa-mangsa banjir.


setakat ni, mangsa banjir dipindahkan ke sekolah agama ariana.
jadi sekolah agama ariana tak bukak lagi sampai ke satu date yang akan dimaklumkan kelak.
haa kena angkut pergi ofis lagi ke camne ni? haha


ni pun gambar daripada jiran.. keadaan banjir di dengkil. horror kan.


punca?
ada yang cakap empangan semenyih terpaksa lepaskan air,
sebab tak mampu tampung banyak sangat, akibat hujan lebat.
jadi bukan setakat dengkil yang affected.
dengarnya, bangi dan kajang pun sama.

tapi syukur alhamdulillah la,
sebab lepas tu, matahari dah naik and agak panas jugak.
so air beransur-ansur surut walaupun tak cepat.
by petang, area taman kami dah ok sikit la.
tapi diorang cakap, jalan kat luar masih ada air.
sebab perumahan depan-depan ni tanah rendah sikit.
taman kami ni pulak dah ditinggikan.


post-flood. jalan nampak berlumpur sikit.



post-flood.


nak ucapkan terima kasih kepada semua atas doa yang diiring kepada kami-kami kat sini.
insyaAllah, ada di kalangan ini yang doanya makbul,
jadi banjir pun surut dalam masa sehari. alhamdulillah.
thank youuu semuaaa.

kat bawah ni adalah video pendek keadaan perumahan kami yang dinaiki air.
shoot video ikut tingkap je mampu. haha

the next daynya, ramai penduduk dengkil ni dok sidai karpet kat pagar.
sy jugak tak ketinggalan.
sebab haritu husb ada sidai karpet kat luar.
dah sebab banjir, karpetnya terjatuh la jugak ke tanah.
so kita basuh balik.
nasib karpetnya kecik. haha

itu je lah cerita pengalaman kami menghadapi banjir.
sy doakan semuanya dipermudahkan urusan
dan dapat kembali kepada aktiviti harian seperti sediakala.

aamiin Allahumma aamiin.

Friday, July 10, 2020

tragedi kunci dalam bonet

assalamualaikum and salam jumaat! ^^

biasanya kita akan update blog ni bila ada benda-benda WOW berlaku.
ye, ada benda WOW berlaku semalam.
hahaha
tak tau la nak ketawa ke nak meratap sayu. ketawa la kot :'D

alkisahnya.
bila balik dari ofis semalam,
singgah la kedai depan-depan rumah tu beli barang..
before pergi ambik anaqi kat tadika dia.
so barang semua letak dalam shopping bag.
sebab nak mudah, kunci kereta kita masukkan sekali dalam beg tu.

so dah habis membeli tu,
kita letaklah beg dalam bonet.
sila ambik peduli, yang kereta myvi baru ni auto lock ye.
bila kita picit butang kat bonet, bonet akan terbuka.
lepas bonet tutup, kereta akan auto lock balik.
yesssss. you can guess. kereta tu pun terus auto lock lepas tutup bonet.
dan-dan ai terus teringatkan kunci dalam beg tadi.
kelam-kelibut nak buka bonet balik.
but noooooo bonet dah tertutup.
kunci kereta dalam beg tu pun dia tak detectttt.
tak tau apa masalah kunci tu. lolx

lepas tu, konon nak balik rumah ye ambik kunci spare.
call la grab.
so grab bawak balik rumah.
dah siap buat perjanjian dgn grab driver tu.. untuk dia patah balik ke kereta nanti.
just bayar dia cash je.
so fine la.
sampai-sampai depan pintu rumah,
baru teringat.
laaaa kunci gate auto pun dalam kereta! *tepek dahi sekuatnya*
dah, kunci rumah pun melekat sekali dgn kunci kereta yang terkunci dalam bonet! *tepek dahi dua kali*
tetiba keadaan dalam kereta grab tu senyap sunyi (sebab ai is tengah mode berfikir).
yang driver grab tu pun tumpang cemas,
tapi dia pun rush nak balik seremban rumah dia lepas ni.
so cakap, tak pe la drop je kitorang (ariana and i) kat depan rumah ni.
nanti kita settlekan.

so grab tu berlalu pergi.
dok call sana sini.
call servis perodua, dah tak berangkat.
call hadi, orang kedai perodua yang kita beli kereta dengan dia dulu.
dia cakap tekan je lama-lama bonet tu, nanti dia detect kunci dalam bonet.

nak jadikan cerita ni lagi lawak,
husb pun tak de ye.
dia outstation kursus 3 hari kat genting.
dia pun tak dapat balik sebab pi sana tumpang kereta orang.
hambikk.

so kita call grab la.
sorang pakcik dari putrajaya.
dia tolong hantarkan balik ke kereta.
so sampai kat kereta, try la lagi nak bukak bonet, macam encik hadi tu cakap.
memang tak boleh ye.
so how?

lepas tu terus whatsapp harith (my bro) yang kerja kat putrajaya.
nasib baik laa dia baik hati nak datang. haha
me and ariana jalan kaki ke KFC, tunggu dia kat situ.
so lepas tu dia sampai, kitorang pi ambik anaqi kat tadika,
then balik shah alam.

now tengah menaip kat shah alam le ni sambil work from home.

apa-apa kita tunggu la babahnya balik dulu untuk dapatkan kunci spare kat dalam rumah. haha

pengajaran kat diri sendiri, jangan letak kunci kereta, yang melekat dengan kunci rumah, dalam shopping beg :PP

nak husnuzon, kita fikirlah yang mungkin ada benda tak elok nak dielakkan.. tapi tak tau apa.
atau just saja ujian atau nak bagi pengajaran.
atau ada la tu benda-benda tak juruh yang kita ada buat. haha
apapun, lesson learnt and lepas ni kena lebih hati-hati la.
may be letak spare keys rumah kat mana-mana, di luar rumah.

tapi tak de la call tukang kunci.
lasttt time pernah kunci kereta tercicir kat kompleks JPM.
spare keys tak de sebab hilang, then tak buat baru.
panggil la tukang kunci kereta datang bukak.
RM600+ melayang (which is sebenarnya lagi murah daripada panggil perodua untuk buat set kunci baru  yang beribu kot time tu.. dah tak ingat sebab lama dah).
so yang tukang kunci tu last option la.
this time kita tak panggil la tukang kunci.


kadang teknologi ni memudahkan.
kadang bila kita lalai macam ni, dia jadi mengharukan pulak.
ahahaa

so bayangkan balik shah alam ni pakai baju mengulang,
sebab tak de baju HAHA
budak-budak lagi la.
si anaqi pembersih tu, mana dia nak pakai baju sama.
last-last dia tidur pakai seluar tak pakai baju semalam. lolx

tu la kisahnyaaa.

nanti my mom nak hantarkan balik dengkil bila husb dah sampai nanti.
thanks, ma.
jasamu dikenang.
ahaks.

Sunday, June 14, 2020

birthday wishlist 2020

Pastry Drawing Food - Pixel Cake Gif Transparent, HD Png Download ... 7 more days to go!

assalamualaikum and hi! ^_____^

it's annual for me to post my wishlists almost every year.
and tahun ni tak terkecuali.. lolx.
walaupun saban tahun dah hilang idea nak wishlist apa.
macam nak buat pelan pembangunan 5 tahun nak memikiornya haha.

jokes put aside, here are my 2020's wishlist.

but bear in mind, that kalau dapat birthday cards je pun okay, as benda tu sangat la rare zaman2 digital ni. wahhaha

here goes!

1. shoshenang oil filter



2. indoor rubber plant OR peace lily


3. external HDD
i'm planning on buying a desktop hub storage later, but it would be nice to have a mobile hard disk, for me to temporarily store my docs and files.

4. durian
haha just because sekarang ni tengah musim durian and it never tires me to eat them :P
cuma harga je la agak membatasi (untuk beli banyak2). nanti kita cerita pasal durian ni kat entry lain eh.


5. novel untukmu cinta
evelyn rose is one of my fave author and this is her new novel.
ada jual kat shopee, siap dengan signature dia.

6. polly pocket's birthday cake bash
kat lazada ada jual ni with only RM69.90. because i'm a proud PP collector ^^

7. storage organizer rack (3-tier)
memang mencari yang 'kurus' macam ni.. supaya senang nak 'selit'. haha


8. belilah apa-apa no hal
haha nak beli anything pun ok. kalau nak belikan baju, imma size S / 36 UK. kasut, saiz 5 *in case. ahhahahaa*


sekian sahaja wishlist untuk tahun ini.
jumpa lagi tahun depan, insyaAllah kalau panjang umur murah rejeki :P

toodles!