Tuesday, March 06, 2018

KL and new year

salam.

hai hui! bertemu lagi kita. :D


again, a super throwback entry of last year's new year celebration. wah haha
biasanya sy memang suka bercuti di KL semasa ambang tahun baru.
2016-17, new year KL di furama hotel, bukit bintang.

tahun ni 2017-18, new year KL kat bukit bintang jugak, tapi kali ni di royal hotel.


bathroom dengan sentuhan moden.

royal hotel menjadi pilihan kali ni sebab location,
and view dari tingkap besar yang boleh nampak bunga api.

tapi nama pun KL,
bunga api kebanyakannya akan terhalang oleh high rise buildings. duhh

bilik boleh tahan luas. bolehlah untuk AAs berlari-lari. lolx



king-sized bed, tapi kitorang minta extra tilam untuk budak berdua ni.



dressing table cum multi-purpose top dengan tv flat screen.

channel tv oklah.
banyak pilihan jugak.

lemari di tepi toilet. ada peti besi and the usuals.



yang paling 'mahal' adalah view KL daripada tingkapnya yang besar.

rate bilik pun affordable, dalam RM500 untuk 2 malam.
okey sangat kalau nak banding dengan hotel-hotel lain kat bukit bintang ni,
nak-nak lagi time new year's eve.


mini fridge ada kat bawah tv.



generasi masa kini dan gadget ish ish.

(tapi jangan risau, phone kecik tu bateri dia tahan kejap je. taktik sangat. BAHAHA)


bathroom lagi. simple yet modern.



sabun, shampoo etc.



close up. thumbs up sebab serba-serbi ada.

sampai-sampai hotel tu (sabtu 30 disember 2017), laparunnah.
dahlah 3-4 kali pusing-pusing cari hotel sebab google map bawak pergi jalan yang sama. LOL

so kita order room service dulu.

masa ni tengah detox lagi,
so konon pesan sup broccoli.
turned out sup tu pun pakai bahan perisa.. hahah.
so skip makan yang ni.
husband pulak order nasi goreng.


sorrylah gambar terbalik. ai tak tau apa berlaku. lolx



hari sabtu tu tak keluar manapun. just berehat-rehat kat bilik hotel sebab esoknya nak keluar berjalan.

since tak makan lagi,
sy pun masak sup sayur dalam bilik hotel malam tu.
haha yes! ai is bawak kettle pot untuk travel dan segala sayur-mayur semua.
rasa bland habis sebab tak berperisa kan.
makan dengan mi hun brown rice.
kutelankan jua sebab tengah detox :P

esoknya.. hari 'cheat day' makan-makan menjelma!
ahaha. tak la cheat day mana,
just makan spaghetti kat coffee house je.
breakfast kat royal hotel sedap-sedap ok.


AAs mengadap coco crunch.



suasana dalam restaurant/coffee house. ramai jugak orang masa ni.



my plate. spaghetti was my cheat food of the day. menambah-nambah pulak tu sebab sedap sangat!

susah jugak bila ko vegetarian dan kena travel ni.
i mean tak semua tempat serve makanan untuk vegetarian, ataupun makanan organik.
tapi kat royal hotel ok la jugak, banyak pilihan makanan kalau nak veggie food.

so lepas breakfast,
kitorang gerak ke KLCC.
memang sajapun stay kat royal hotel,
sebab monorail bukit bintang dekat je hui.

pedestrian walk dari hotel ke monorail station. depan hotel ni pun ada kedai serbaneka. tapi mahal lah.



awal pagi kitorang keluar, nak elak kesesakan orang ramai. tengok, kedai pun ada yang tak bukak lagi!



husband on a monorail.

lepas monorail, kitorang tukar station naik LRT.
jauh jugak nak menapak masa transit station tu.
harus balik kang naik grabcar je. hahaha


anaqi terkagum-kagum dengan view kat bawah sana.



apa agaknya yang ariana tengah tengok tu :D



time ni dah tukat naik LRT pulak.


akhirnya..
cang!
sampailah kitorang ke KLCC.
tapi hajat asal nak ke aquaria.
aquaria ni bukan dalam mall,
tapi kat convention centre.
tapi ada jalan interconnected dari KLCC mall ke aquaria.
cuma kena bertabahlah sikit menapak kat dalam tu.
jauh woiiii

deco krismas KLCC. lawa gilleeee. holiday feeling sangat bile tengok banyak pokok-pokok pine macam ni.

pokok-pokok tu.. macam feel dalam hutan kat movie twilight pun ada :P
tapi cantik la.


AAs with lighted reindeers.



myself with lighted reindeers.

lepas bergambar sana sini kat concourse KLCC tu *bahaha*,
maka kitorang meneruskan 'pengembaraan' ke aquaria KLCC.
convention centre tak dekat sangat,
agak menapak jugak la.. lalu indoor pathway ke sana.

tiket aquaria pulak awal-awal dah book online.
beli dengan agen syarikat ni, dapat murah daripada yang dijual di aquaria.

now enjoy the sea creatures!




anaqi loves sharks, like any other typical kids at his age. HAHA (kadang takut juga dia.. kalau shark yang stok-stok menakutkan)



lalu ke terowong ni dan dapat tengok wide view aquarium. banyak gile ikan, turtle.. besar-besar pulak tu.

patutnya time kitorang pergi tu,
musim keluar salji kat terowong ni.
tapi mungkin masa kitorang lalu situ, belum masa dia keluar.
so tak dapat merasai turunnya salji di aquaria KLCC. *insert muka sedih minor* :P


wani and the little fish.



obor-obor yang nampak transparent dalam air. cantik wehhh. masha Allah.

lepas tu keletihan berjalan.
lapar pun ye.
menapak balik dari aquaria ke KLCC.. ikut laluan yang sama.
singgah ke food court, sebab tahu kat situ ada kedai makanan veggie organic.. simple life.
so order nasi goreng kat sana.
sedap weh, despite of makanan kesihatan (biasanya makanan kesihatan tak sedap HAHA).

my fried rice :)

untuk eating healthily awareness,
bila saya kat gerai simple life ni, tak de sorang malay pun membeli kat sana.
indian ada la sorang. yang lain ramai chinese.
nampak tak betapa tingginya awareness diorang untuk makan yang sihat-sihat?
so kudos to them!

lepas tu dah tak larat nak balik hotel naik tren.
kita naik grab je la wuii.

sampai hotel, rest kejap.
then petang tu angkut Ariana jalan-jalan.
tak pergi jauh pun, semua walking distance away.
ke sungei wang plaza, betul-betul seberang jalan dengan hotel.
lepas tu ke lot 10.. pun jalan kaki je dari hotel.
dekat gile.

sungei wang, pergi mr DIY beli toys.
nak cari mc d tapi mc d tak de.
so tapau KFC untuk husband.
then kat lot 10, buying myself a miso noodles.
sebbaik kat lot 10 pun ada kedai simple life.
senang hidup. lolx

deko-deko krismas kat lot 10. hot air balloons. nice!

belon-belon tu akan naik turun, so memang cun la.


kat kedai simple life, lot 10.

tapi kedai ni ada kt KL je weh.
kan best kalau tetiba muncul satu cawangan kat Putrajaya. hahah
(bukak satu kat alamanda, plz!)


miso noodles.

lepas tu lepak kat bilik hotel je.
tunggu midnight, nak tengok fireworks ikut tingkap.
tapi Ariana anaqi pulak dah tidoo.
tak sempat diorang nak tengok. haha




dua skrin besar kat bintang walk ni boleh nampak dari tingkap bilik hotel. so happy new year 2018 to you all!



husband dok main game tengah-tengah malam. bahaha



ni pagi esoknya. anaqi bangun-bangun main permainan dia.



morning view from our hotel room.



again, another lovely view.

lepas check out,
gerak ke ikea cheras on the way balik.
makannn. HAHA




memandangkan sy time ni tengah vegetarian mode, sy ambil vegetarian meatballs ni.

tapi pedasss.
bukan sy tak tahan pedas,
tapi sy tak boleh makan cili masa detox.
so rasa sebiji je meatballs ni.
kesian meatballs lain menangis tak dimakan. hua maafkan ai. :P


oklah tu je kisah kitorang sambut new year tahun ni.
memang KL tu destinasi yang best untuk new year.
not that we really celebrating, but just to see the fireworks and have a break lepas bekerja throughout the year.

so yeah.
may we all have a fantastic year!

bye! :)

Sunday, March 04, 2018

festival LAMPU, putrajaya 2017

memandangkan dah timbul sikit *sikit je HAHA* keinsafan dalam diri ni untuk berblogging,
i will blog about some events that happened in the past.

salah satunya adalah festival LAMPU (light and motion putrajaya).
LAMPU diadakan setiap tahun pada hujung-hujung disember..
sekali dengan sambutan tahun baru. (29-31 dis 2017).
festival ni started at 7.30pm sampai nak dekat midnight.

tapi last year kitorang pergi awal, time 29 dis tu.
sebab 30 - 31 dis nak pergi ber-new year kat KL pulak :D

gerak dari rumah pun lepas maghrib,
supaya tak terlalu stress nak mengadap jam.
memang confirm jam kalau ada festival LAMPU ni.
tips dia; parking kat kawasan parking terbuka belakang imigresen.
situ super banyak parking space dan dekat je kalau nak jalan kaki ke festival LAMPU.


pertunjukan wayang kulit.

ni first time sy ke LAMPU.
memang terkagum-kagum sendiri sebab super cantikkk.
kawasan pun luas, dari hujung ke hujung.
semuanya disimbah cahaya lampu.
sy pulak jenis suka lampu-lampu waktu malam.
lagi-lagi fairy lamps.
so bila nampak lampu-lampu semua ni, memang best la.


official stall yang jual produk-produk LAMPU dan berasaskan lampu. tapi gerai-gerai biasa pun banyak juga.



suasana di sekitar festival LAMPU. boleh berjalan sepanjang-panjang jalan tu dan menikmati view yang cantik.



beli lighted flower crown kat stall LAMPU. lawa kan!

disarankan korang untuk beli dan pakai objek-objek berlampu macam yang sy pakai ni.
lagi-lagi kalau bawak anak-anak, belikan je la apa-apa yang berlampu.
harga tak mahal, dalam RM10 je.
sebab orang ramai gile ok.
jadi senang nak nampak anak-anak / family dalam gelap.
HAHA ye, itulah tujuannya. :P


ni ada satu area khusus untuk food trucks je. kepada perut-perut yang kelaparan minta diisi. aicewah.

time ni sy tengah dalam detox lagi (makan veggie saja).
so tak terbeli la apa-apa daripada food truck tu.
tengok je la kita. hihi


food truck spot.



bergambar dengan anaqi sikiiitt.



kat sini banyak arca-arca berlampu macam ni.



with hubster.


highlight of the night adalah pertunjukan cahaya lampu yang menyimbah bangunan palace of justice dan perbadanan putrajaya.
so kena ke area tengah-tengah festival, kat dataran putrajaya untuk menonton persembahan ni.
boleh duduk je ramai-ramai dengan family / kawan-kawan, ala-ala tengah piknik atau tengok konsert.
just sit and enjoy :)




anaqi macam dah penat time ni. so kitorang tak lama la, lepas tu balik rumah dah kita :)








twas a fun night.
sesiapa yang nak tengok lampu-lampu yang cantik, bolehlah datang setiap hujung tahun ke putrajaya.
furthermore, it's free!

percutian di cameron highlands (sambungan) haha

kenapa ada 'haha' tu ye?

sebab dah masuk tahun baru pun, baru nak sambung balik! lolx!

ok la ok. so kali ni sy sambung balik cerita ke cameron highlands yang tahun lepas tu :P
tapi since dah cerita lama,
sy habiskan semua dalam satu entry ya.

recap;
kitorang ke sana 3 hari untuk elak kesesakan tipikal waktu hujung minggu.
kitorang pi khamis - sabtu.

so jumaat tu mula berjalan-jalan ke taman kaktus, taman bunga, taman strawberi semua.

our first check point is.. *drum rolls*

CACTUS POINT!

sini ada bunga-bungaan, pokok dan kaktus. husband and anaqi.



since namanya kaktus point, memang banyaklah kaktus kat sini. semua cantik-cantik and harga pun sangat-sangat ok.



ada jugak tempat main untuk budak-budak.

barangan cenderahati macam keychain, magnet etc pun ada kat cactus point.


next kita singgah ke RAJU'S HILL STRAWBERRY FARM.

memang dah siap-siap rancang, perjalanan ni akan menaik ke atas bukit tu.
dan ikut turn tempat dia.. maknanya lepas cactus point memang raju's hill.
terus je singgah tak yah patah-patah balik sana sini.
itulah gunanya google maps! haha.
kita survey lokasi tempat dulu, baru gerak ke tempat kejadian :D


ariana seronok petik strawberi.

kat sini, macam kat ladang-ladang strawberi lain,
kita akan diberikan bakul dan pemotong untuk petik strawberi.
hasil petikan akan ditimbang nanti.
tak silap, setengah kilo dalam RM30 macam tu.
(kalau salah sila betulkan sebab dah lama kan.. dah lupa HAHA)


cantik-cantik strawberi kat sini.

memandangkan kitorang keluar awal pagi, memang clear la tak ramai orang.
petik strawberi pun dengan hati yang tenang. lolx

kat raju's hill ni pun ada kafe.
kafe dia ada view terus ke gunung.
so sesiapa yang nak ferfeeling tengok view pergunungan,
bolehlah lepak-lepak kat kafe dia nanti. :)

next stop.
BUTTERFLY FARM!!

tempatnya tak besar mana, tapi best la.
sebab banyak rama-rama.
cantik-cantik pulak tu.




lepas tu ke EE FENG GU BEE FARM.
tempat dia macam berbukit ke bawah.
means kalau nak tengok taman lebah,
kena turun tangga ke bawah.
kat atas tempat dia jual-jual madu dan makanan lain.
eh tak upload photo la pulak.
tak pe lah, malas nak godek phone balik :P

balik dari ee feng gu, terus ke KEA FARM MARKET.
tempat wajib singgah sebab ni adalah pasar yang famous kat cameron.
ada jual sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.
semua segar.
paling best ada jual street food panas-panas!
goreng-goreng, rebus-rebus, bakar-bakar.
sedapnyaaa.

bunga sepuluh ringgit je sejambak. lawaaaa.



enterframe sikit gambar strawberi yang ariana petik tadi :P



ni bunga yang sy beli kat kea.

selain daripada tu,
sy beli ubi keledek rebus, cendawan goreng, ayam goreng bob dan sayur-sayurrrrr.

malam tu pulak,
ke pasar malam brinchang (yang dah bertukar lokasi akibat kesesakan kat area brinchang).
lokasi baharu adalah kat golden hills.
dia ke bawah sikit dari brinchang.. tapi dekat je.

petang tu hujan.
but don't worry,
sebab kat pasar ada banyak jual payung dan baju hujan.
payung semua corak strawberi.. ahaha.
nak beli keychain pun boleh beli kat pasar malam.
murah-murah je.





pasar malam ni panjang jugak and ada dua lorong.



salah satu gerai kat pasar malam.









me and ariana.. kat pasar malam.



sate pun ada kat sini.



hasil tangkapan kat pasar.. ketam goreng sebekas.. haha. RM10 je. ada la dalam 4 ke 5 ekor kecil.


lepas tu balik hotel.. tidur. haha
esoknya nak balik dah.
tapi sempatlah singgah kat big strawberry farm dengan cactus valley yang dekat je dengan hotel.

ni kat cactus valley.









gotta put this pic because he looked pretty funny HAHA
(nak buat 'peace' tapi jadi ikrar or something :DD)



lovely flowers.



bunga raya ni besar gile!







then odw balik rumah..

tido berdiri anaqi ni! wah haha



singgah beli durian dengan adik-adik orang asli. makan kat situ jugak. RM25 sekilo rasanya.


so tamatlah kisah CH kitorang.
next time kita jalan-jalan tempat lain pulak!

toodles! :)

Monday, February 26, 2018

my detox journey

hai hui!
sementara tengah cuti & menunggu kereta kat pusat servis ni,
sempatlah sy nk blogging kejap di blog yg dah bersarang labah-labah ni. ekeke

may be ada yang tau,
ada jugak yg tak tau,
sy buat detox and being a strict vegetarian for 3 months plus.
semalam, adalah last detox session sy.
sebenarnya boleh nak sambung.
buat berkala bulanan, tapi budget constraint.
since baru dapat kunci rumah,
macam2 benda nak kena beli.
but i treasure this detox journey,
sebab byk ilmu sy dapat,
termasuklah self discovery.
nak cerita pun susah.
tapi tu la yg sy experienced.

cawan-cawan detox terakhir sy. sobs *tetiba terharu apa kes :P*

 memang banyak gile reaksi sy terima drp sekeliling.
antara soalan famous, "ko sakit ke?"
tp alhamdulillah, sy sihat2 je until now.
sebenarnya jangan nak tunggu sakit baru nak jaga makan.
masa sihat ni la korang makan baik2.
but yeah, asalnya sy nk buat detox ni pun sebab tetiba sedar diri lepas kerap sakit ulu hati. rasa restless and few minor signs that were given by my body.
dan alhamdulillah, memang betul seperti apa yang sy belajar semasa detox;
badan kita ni Allah cipta boleh heal sendiri.
kan dah state pun, tak de sakit yang tak de ubat kecuali kematian.

konsep detox ni 100% natural, organic, berdasarkan ilmu perubatan ibnu sina.
we just need to sip the detox juice and olive oil.
i did it on weekend.
everyday ambik honey (as stated in the al-Quran. honey adalah penawar segala penyakit).
tapi memang haru la sebab kena pi toilet selalu and kadang muntah banyak jugak masa sesi detox.
tujuan detox ni sebenarnya untuk buang toksik yang tersumbat dalam badan je.
once tak tersumbat, ko makan makanan baik2, semua nutrient tu akan mudah serap ke dalam badan.
then ur body akan jadi kuat dan boleh heal sendiri tanpa ubat.
even ada orang sakit jantung, saraf, kanser sekalipun boleh sembuh dengan izinNya.

more to self discovery sebab konsep detox yang sy buat ni juga adalah more on,
bukan jus detox semua ni yang buat badan kita sihat, tapi Allah.
detox ni is just our medium.
alah susah nak explain, tapi macam tu lah kiranya :DD
at the same time digalakkan berzikir, bagi sedekah everyday and all the good deeds.
i learned more about penciptaan manusia, fitrah manusia, what should we eat and what's not, the right breathing, keluarkan toksik by exercising etc.
benda simple je,
tapi ramai tak ambil kisah sebab, well idk. sebab tak perasan kot :P

yes i faced challenged, not from myself sebab sy memang tak ada masalah sangat nak makan sayur sebab sy enjoy makan sayur. lolx
tapi challenge drp environment la.
orang susah nak faham.
why kena makan macam ni.
why kena ambil sunlight, kena pijak rumput semua tu.
actually semua ni rutin yang baik tapi orang akan pandang pelik sebab masyarakat sekarang tak semua nak buat dah benda2 macam ni.
last time kita ambil matahari pagi for vit D adalah time PJK kat sekolah dulu.. am i right?
now kalau nampak matahari, semua lumba-lumba lari tempat redup (including me :D)
pijak rumput dengan kaki pun baik.

tp yang sy appreciate sangat bila ada yg come to me for healthy eating or lifestyle advice.
sy ni bukanlah pakar mana,
but i can share what i know and what i experienced.


i even shared my veggie menu on instastory.
here's some of em:













i did made my own paratha pizza!

that's why sy sgt treasure experience ni.
walaupun sesi detox sy dah tamat,
dan sy dah kembali kepada wani yang non-vegetarian *hahaha*,
sy harap dapat teruskan mana2 amalan yang baik (including pi bersenam every weekend).
my husb even gave me an air fryer as a gift,
so now i can fry food without feeling much guilt! lolx
so yeah.
more fruits and veggies for me after this.
and brown rice at home.

insyaAllah.