Thursday, August 24, 2017

BANDUNG TRIP : ke KLIA2

salam semua. helo delo!

sebelum entry diteruskan, marilah sama2 sedekahkan al-Fatihah kpd seorang sahabat, rizal rafdi yg telah pergi menemui Ilahi pada pagi 23.8.2017, sekitar midnight 12.15am selepas lebih 2 bulan di ICU kerana komplikasi denggi. al-Fatihah.

//

so semalam, 23 ogos 2017, kitorg memulakan our mini pengembaraan ke bandung, indonesia! xD

kami ambik grabcar service untuk kali pertama dgn caj RM13 dari rumah di putrajaya ke putrajaya sentral.

caj tiket ERL dari putrajaya sentral ke KLIA2 pulak adalah total RM27; iaitu RM9.50 utk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak (ariana 4 tahun, anaqi 1 tahun 10 bulan. caj memasing sama).




AAs (ariana & anaqi) enjoy sungguh la dengan perjalanan kali ni.

it was fun but tiring at the same time, disebabkan nak mengejar budak2 berdua ni lari sini sana. penat hoih!
sisthur telah bertukar menjadi monster berapi most of the time.. lolx.
nasib baik la last minute beli harness (dalam bentuk beg robot) untuk anaqi.
kalau tak, lagi la lepas lari budak tu.
ariana was like menyusup sana sini kat klia2.
berkejar-kejaran la kita sambil melaung2 kat tengah orang ramai, memanggil namanya. haha

spread the love!


kamcing sangat. nampak tu harness yang anaqi pakai. kena tengok je selalu.


ni kat dalam dah.. area nak gerak ke gate untuk departure.




petang around 4 macam tu baru budak2 ni tidur. tenang sikit airport. bahaha


our flight, QZ172.


family snapshot di dalam kapal terbang.

ye, snapshot sebelum anaqi panjat dan turun naik kerusi. huaa
disebabkan diorg berdua dah tidur sleep and sound kat airport sebelum ni,
jadi time kat dalam flight memang dah jana tenaga baliklah.
i bought em toys (esp to anaqi) to distract em.
ariana ok je duduk kt seat dia.
anaqi yang cepat boring kot. haha


orders mac & cheese DAN chicken lasagne.

mac & cheese to preorder kt website.
chicken lasagne pulak beli on board.
boleh bayar dengan RM atau rupiah.
tapi lagi untung beli dgn rupiah.
sebab harga dia Rp.55,000 atau RM17.62 masa beli tu.
kalau guna RM, kena bayar RM22. kan banyak bezanya.

view yang superlawa dari tingkap. purple and blue ray.


bukti budak tak nak duduk diam. lolx


ariana duduk je kat tempat dia.


ariana and i.



ariana and babah.

bersambung...


OTHER BANDUNG ENTRIES:

DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas

DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur

DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe

BANDUNG TRIP : Day 3 - Trans Studio Bandung, Wong Solo, Rumah MODE & Martabak Andir

BANDUNG TRIP : Day 4 - Farm House Lembang


Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk

Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo dan Airport

Friday, August 18, 2017

going to the dentist

*am updating this for my own medical record* :D

officially, sy dah kehilangan gigi geraham bawah, kiri pada hari ni.

long story short,
gigi geraham yang itu dah berlubang besar gile disebabkan ditolak oleh gigi bongsu yang tumbuh.
lama dah ok, since mengandungkan anaqi dulu.
doktor siap bagi tampalan sementara.
sebab time tu pregnant.
so doc cakap, tunggu habis pregnant semua baru boleh start buat rawatan akar.

now dah dekat 2 tahun kot. bahaha
tak pergi-pergi buat.
sampai tampalan lama dah tertanggal and everything.
most of everyday sakit gigi sebab berlubang.

first i went to the private dentist belakang ofis ni.
doc tu cakap cabut.
tapi i did ask for a root canal.
dia suruh datang balik jumpa doc lain.. and bagi antibiotic sebab takut ada jangkitan ke apa.
tapi kos tinggi.. dekat RM1,000.
sy pun cakaplah, nak try tanya klinik kesihatan (KK) dulu.
biasanya murah sikit (murah banyak!)
sampai KK, doc KK suruh cabut.

then i went to the private dentist again.
doc situ cakap memang dah kena cabut.
kalau nak selamatkan, buat root canal bagai pun tak worth it.
habis duit dan will get through a lot of pain katanya.
nak kena keluarkan dulu gigi bongsu, bersihkan akar gigi geraham, nipiskan gigi, tampal lagi dan lain-lain.
by the time gigi geraham tu dah tinggal 20% je katanya.
plus gigi tu dah rapuh macam tu.
not that i don't take a good care of my teeth.
doc cakap gigi yang lain semua ok.
hanya sebab ditolak oleh gigi bongsu, jadi ada ruang di antara keduanya yang menyebabkan mudah ada bakteria etc. (from food, especially).
gosok gigi macam mana pun tak jalan, sebab tak dapat capai. kata doc.
so i agreed on to take off my tooth.
doc tanya nak set balik appointment ke?
sy cakap, tak pe cabut je lah.
dah siap sedia nak cabut dah, malas nak fikir.
dekat-dekat 7.30pm macam tu settle.
tak rasa apapun, sebab bius kan.
tapi rumit jugalah prosedur dia.
doc cakap sebab lubang besar, dia tak de tempat nak pegang untuk cabut gigi tu.
so kena korek dari tepi ke macam mana, tak tau lah doc buat kan haha.
ended up sy perasan macam ada 2 kali jahitan.
yang penting dah settle.
bye-bye tooth.
you've been serving me for years, greatly.
tempat ai menggigit kulit ketam dan sebagainya. AHAHA

LATER UPDATED:
so post-cabut gigi,
lepas cabut, terus cari ais krim.
berdarah-darah nak kena gigit kapas aje for 1 day.
hari ahad darah dah macam tak de.
makan lembut-lembut and sejuk-sejuk saja.
haha macam orang buat surgery je lebih kurang. tapi minorlah.
sabtu tu went to shah alam to bury the tooth.
pipi sebelah bengkak.
IDK may be sebab berdarah bagai tu kan.
went to pharmacy to get ubat redakan bengkak.
isnin dah macam surut sikit.
still perasaan tu macam sakit gigi time berlubang dulu haha
tunggu dia recover slowly.
hopefully in 2 days dah tak sakit.

ok bye!

Saturday, August 05, 2017

anaqi's been discharged from ENT hospital putrajaya

this post is dedicated to anaqi's ENT journey.

alhamdulillah.
well, officially on 2 august 2017, anaqi has been discharged from the ENT specialist's!

he's almost reaching 2 years young in a few months time.
i'm just praying he'll have a good and healthy life. :) amin.


final check up. yays.



anaqi dah 1y9m now. sangat manja ye. haha

entry diakhiri dengan video ariana tengah menyanyi lagu raya. lolx


jalan-jalan ipoh

hai! *wave*

last weekend kitorang satu family ikut husband ke ipoh, perak.
asalnya atas urusan kerja husband, tapi sambil-sambil tu bercuti sekali.
yelah, AAs (ariana & anaqi) sukalah tu pergi jalan-jalan.
si bariana tak habis-habis nak pergi otel, pergi otel. lolx

since husband bekerja, tak dapatlah jalan ke banyak tempat iconic di ipoh.
setakat lepak kat hotel la kot.
i missed the street art, which i look forward to since forever.
tapi mungkin lain kalilah. hehe

perjalanan ke ipoh ambik masa yang agak lama.. sebab jam teruk.
i don't know either because it's friday's evening,
or because there were too many accidents kiri dan kanan highway.
kadang tak ada apa pun, accident kecil, tapi faham-faham je la sikap keprihatinan kita semua..
suka slow down nak tengok apa berlaku. ahaha

sampai ipoh dah malam macam tu.
husband ada dinner kat hotel, tapi dah lewat sebab jem,
sy ajak pergi kedai mee udang ketam sempoii diraja..
which is famous jugaklah kat ipoh ni.
kedai ni serba-serbi udang, ketam, lobster, segala-bala seafood galore. haha
dengarnya tukang masak adalah bekas tukang masak diraja.
may be that's where it gets its name.

kedainya kat area shoplots, corner.

boleh google kalau nak ke kedai ni.
pakai maps GPS pun sampai.
dalam blogs yang sy baca, katanya kalau nak order seafood, sila tanya harga dulu.
kot nanti terkejut bila dah sampai, harga mahal. seafood kan. hihi
sini tak ambil credit atau debit card ya, jadi sila sediakan cash cukup.


sy try ini; mi udang galah.

verdict sy, sedap.
kuah bukan jenis pekat, kuah cair je tapi sedap.
mi, portion dia tak banyak.
kalau yang jenis kuat makan, kena minta 2 pinggan la kot.
sepinggan macam kat atas, harga RM15. generous dengan bilangan udang.
kalau nak udang lagi besar pun ada, adik yang ambik order tu cakap bergantung kepada saiz..
boleh up to RM60 sepinggan.


husband ambik nasi putih dengan udang laut masak masam manis.

tu je kitorang order, sempoi jugak kan. haha


mi udang galah sy, close up. yums.

lepas tu barulah patah balik ke pusat bandar, check in hotel.
kitorang stay kat weil hotel untuk 2 malam.
bandar ipoh ni rupanya jalannya (pusat bandar) dah sehala, macam kat KTcity jugak.

weil hotel boleh dikatakan hotel yang baru jugaklah kat ipoh.
sy pernah terbaca review tentang hotel ni dalam blog yang biasa sy baca.

kesimpulannya hotel ni selesa, cantik, makanan sedap..
aircond je sejuk macam kat antartika. ahaha
kitorang tidur set suhu 30 degree, masih terasa sejuk.

bilik kitorang. yang purple tu abaikan, tu anaqi enter frame gambar. lolx



bilik air. design komtemp. nice.



bahagian bath tub dan shower. ada rain shower jugak.



tv pun ok la, ada few channels, termasuk channel disney untuk budak-budak.

ye, memanjanglah kitorang bukak channel disney tu je. HAHA


sofa. hujung tu buat tempat solat.

tak nampak pulak sejadah.
mungkin kena request.
so bolehlah bawak sejadah sendiri kalau datang sini.


ariana tengah betulkan kasut adiknya.

ariana memang suka betul bab nak pakaikan kasut anaqi ni.
kalau sampai taska, dia yang beria nak bukakan kasut anaqi.
i told her, biarlah, bagi anaqi buat sendiri.
anaqi eager nak pakai and bukak sendiri. biar dia belajar on his own.
tapi takk.. being a kakak mithali (lah sangatt HAHA), ariana tetap nak pakaikan anaqi kasut/sandalnya.



tetiba nak pegang-pegang tangan.. apa kes! biasanya bergaduh je budak berdua ni. hahah



breakfast pada pagi sabtu.

orang agak ramai time kami datang tu.
sebab ada event lain juga.
so meriah la.
tapi kat restoran hotel ni, walaupun orang ramai, mereka masih boleh manage.
sy pernah ke hotel-hotel mana ntah dah tak ingat,
orang terlalu, lalu, lalu ramai sampaikan makanan habis pun lambat nak refill. pengsan.
tapi di weil hotel, sy pujilah.
walaupun orang ramai, semua dapat seats, tak perlu menunggu dan semuanya selesa.
makanan sedap. itu salah satu yang penting jugak.


with em, my lovelies.

sabtu tu husband ada meeting.
so kitorang berjakari *berjalan atas kaki sendiri.. ahaks* ke ipoh parade shopping mall kat sebelahh je hotel ni.
ada laluan terus dari lobi hotel ke mall.
senanglah.
sy memang suka hotel yang sebelah-sebelah mall ni.
apa-apa hal, nak makan, beli barang, semua senang.
kalau datang sorang harus dah pergi tengok wayang ni. kahh.
tapi since bawak budak-budak, kita bawak ke tempat permainanlah, apa lagi.

i think these kids.. they grow up fast.
dah kurang berminat nak main lama-lama kat molly fantasy.
main tu mainlah, tapi disebabkan kat sebelah molly fantasy ada game arcade,
dua-dua si AAs ni tak habis-habis tarik sy suh pergi sana.
so tak sampai sejam main kat molly fantasy, dah kena ke arcade. *tepek dahi*





haha this photo! macam ninja ke apa ni.

mind you, my kids are very active.
both of them.
si anaqi ni kalau dapat tempat tinggi macam kerusi sofa ke apa, memang dia lompat.
lompat jenis terjunan tu.
memang kena tengok selalu. lolx

sampai kat arcade! game ni comel sebab siap ada air kat tepi bot tu. air betul. haha
tu anaqi dok kocak-kocak air.


konsentrasi. walaupun masih cuba memahirkan diri untuk menguasai game, tapi semangat tu harus dipuji. lolx



kemain suka dia main game ni. 3-4 kali jugaklah main.



anaqi asalkan nampak kereta je, mula la obses dia tu. hahaha "car! car!" katanya.



dia memang suka kereta. pergi kedai mana, kereta jugak yang dia capai. kadang robot. ikutlah.

lepas penat main (mama sebenarnya yang penat nak tunggu HAHA),
bawak diorang beli mainan.
lepas tu balik hotel.
ingat nak order in room dining je.. sebab husband dah siap-siap makan kat meeting dia.
petang pulak husband ada lawatan kat kapal korek ke kat mana.
lepak hotel je la kita.
kalau tak, ingat nak ajak husband buru makanan (food hunt) cari laksa telur bersarang.
tapi husband habis lawatan dah lewat.
kedai laksa pun dah tutup agaknya pukul 7 petang. lolx


view dari tingkap bilik hotel.



order ke bilik.. tiffin fried rice.

tiffin ni nama restoran dia.
agak meriah nasi goreng ni.
sy kalau ke hotel memang suka order nasi goreng, nak tengok keistimewaan nasi-nasi goreng di hotel-hotel berlainan.
so di weil hotel, dengan harga RM30 sepinggan *mahal jugak tu! tapi banyak sides jugak la*,
boleh dapat nasi goreng dengan udang yang banyak, ada ikan bilis juga dalam nasi goreng,
ada ketam lembut goreng,
ayam goreng berempah,
telur goyang, salad, papadom,
acar buah dan sambal belacan.


bilik air kat weil hotel ada bidai. so boleh buka kalau nak.

sesuai la tu kalau anak-anak mandi kat dalam, boleh nampak.
tapi biasanya kitorang tunggu je diorang mandi kat dalam tu.
tak pun untuk orang honeymoon kot.

malam tu pergi cari char kwey teow ketam berapi.
rupanya dah tutup kedai dia!
nak disewakan dah.
punyalah pusing-pusing sampai masuk kawasan kampung (kedai tu dalam kawasan kampung.. tapi meriahlah sebab banyak gile kedai makan dalam tu).
so we ended up tapau kwey teow kerang sebab budak-budak pun dah tertidur.

kwey teow yang dimasak dengan arang. rasa oklah. not wow, but ok.

esoknya ahad, breakfast dulu before nak balik.

lagi satu sy suka try kat hotel, adalah omelette.

omelette kat weil hotel adalah sedap!
dalamnya ditabur dengan serbuk cheese.
tapi time breakfast hari sabtu, omelette dia lagi sedap gile sebab chef tu buat tak dry sangat.
just nice la.
hari ahad ni chef lain, dia buat telurnya dry atau dah masak secukupnya.
tapi masih sedap.


tengok AAs buat apa! lolx



pemandangan yang jarang dilihat.. makan dengan tenang. bahaha

sy memang nak ucap terima kasih la.
and kudos to my husband.
sebab most of the time, bila makan,
dia yang banyak tolong jaga and pegangkan budak-budak.
kalau tak, memang sy tak boleh makan dengan tenang. hahah
ada time memang sy pegang anaqi, just tengok time jugaklah.


lepas tu jalan-jalan ke rooftop tengok infinity pool dia.



ada tempat lepak-lepak macam ni. kalau tak nak mandi, lepak pun best.



husband.



since tak banyak mana gambar berdua, snap sekali.



didatangi 'orang ketiga', kemudiannya 'orang keempat' pula. lolx



cantik kan view kat pool ni! walaupun pool tak besar mana, tetap nampak best.

sy suka pokok kat belakang tu!
haha. tu je nak cakap. :P


lepas tu gerak ke the lawn pulak. dia macam taman la.. outdoor. tempat buat event pun ye.



i love the greens!





did a few jumpshots.
tapi tak semua la letak dalam blog ni. haha








puas hati, beb.
lama tak jumpshot.
ni kalau dapat skating lagi ni mesti lagi best gile-gile.
tapi kite sedarlah diri ini sudah berusia. HAHA

(nanti la bila-bila nak pergi ice-skating pula)

balik tu nak makan durian, tak jumpa! haha
kata kat perak musim durian kan.
mana duriannn manaaaa *dramatik habis*

haha.
so balik putrajaya tu, singgah dengkil, beli durian.
ada durian tembaga.
tanya orang jual tu, durian dari mana.
"dari perak, bang." katanya kat husband sy.
LOL! kami pun dari perak ni.. tapi last-last jumpa durian perak kat dengkil! :P

dan entry ini diakhiri dengan gambar depa makan durian. haha










zomg semua hantu durian!
pesaing ai semua ni! haha




dalam gambar nampak kuning, sebenarnya isi durian tembaga tak kuning sangat.. ikut jenis-jenisnya.

ok, toodles!

Monday, July 24, 2017

scribble dibble


salam.

hey hui! :D

selepas beberapa ribu ketika, am back with this blog. sorryyyyy banyaknya benda happened, banyak nak diceritakan.. tapi tu lah dia, tertangguh sampai ke sudah.

ni pun blog daripada phone.

sebab gambar-gambar banyak dalam phone ni.
tapi nak upload semua, jenuh.
blogger.com kalau dalam tepon ni if gambar, kena upload sekeping2, tak boleh sekali banyak *doink!*
that explains gambar sekeping kat atas tu;
which is our recent photo.
bolehlah buat mengubat rindu
(siapa yang rindu ntah. aiceh! :P)

to sum up saat dan ketika ini, well, in point form;

○ syawal dah sampai ke penghujungnya
○ minggu ni taska tutup sebab kuarantin ada kes HFMD
○ me & hubs kena bawak AAs pergi ofis. lolx
○ went to a few jamuan raya, tapi tak banyaklah.
○ recent sports match that i involved in; ping pong. won.
○ weekend baru ni bertugas kat wedding anak bos.
○ still recovering from post-demam dari last week. dah jangkit2 haa kena kat ariana, now anaqi. :'(

well tu je lah kot.
cerita lain yang berkerak2 atau bersawang labah2 tu, nanti kita buatlah recap entry ke apa. bahaha.
macamlah banyak free time sangat :D

kat wedding anak bos. jaga AV.


kat ping pong match. with rajaness.

ok till then! :)