Wednesday, December 16, 2015

day 47 it is

hai hai!

the day was ok.

semalam mama masak gulai ayam kampung sedap (pakai rempah kerutub katanya).
hari ni lunch panaskan gulai and makan lagi. fuahaha
tambah masak sayur bening je.


yum yum!


dan ini photostrip anaqi yang tengah nak senyum.
i even shot it on a movieclip!
abaikan sapuan bedak over-over tu. haha
i'm such a typical mom :P

hi, anaqi!


and here's the video :
(anaqi day 47)


Tuesday, December 15, 2015

hal-hal hari ini

hola!
selamat hari selasa peeps!

bagus budak berdua ni kalau tidur serentak.
kalau sorang nak tidur, sorang lagi tak tidur,
maka sampai ke sudah dua-dua tak tidur. gedit? gedit? *ketawa menangis*

safe and sound.

sebab kalau anaqi dah mata separuh nak lelap,
kang ada je ariana dengan bunyi-bunyiannya hahaha.
so tak jadi tidur.
ni dah lelap sama-sama, bolehlah mama blogging kejap.
sepanjang siang ok budak berdua ni tak tidur :P


telur masak kicap.

yeah!
akhirnya dapat merealisasikan salah satu menu yang nak dimakan selepas berpantang..
..jeng jeng..
telur kicap! HAHA
tunggu la.. akan ku makan setiap satu dalam list berlima tu (rujuk entry lepas-lepas).
sebenarnya nak tambah lagi.. nak makan kat restoran serai jugak. hehe
tu tak lama lagi bolehlah kita pergi kan ;)

husband pun semalam dah tanya nak makan mana.
"eh ayang dah habis pantang kan? nak makan apa-apa tak?"
wah concernnya dia. nak belanja makan ke tu.
terharu ai kejap. lolx

and i said "oh. dah makan tadi telur kicap."
like it was the best dish on planet earth! xD

tapi kalau beliau nak belanja, kita akan claim nanti.
orang dah offer jangan nak tolak! haha


melepak tanpa arah tujuan. 3 beradik.. eh. 3 beranak. hahaha perasan muda kau :D

toodle-loo!

Monday, December 14, 2015

hari ini

hari ni bawak budak-budak berdua tu sedut oksigen kat luar.
ye lah dah habis pantang, boleh la kita keluar lama sikit hahaha
(pergi kat halaman tepi rumah tu je pun. LOL)

me : ariana, jom turun bawah.

(ariana gets ready turun dari katil)

me : (pergi kat anaqi yang tengah lepak kat kerusi bouncer dia) bye anaqiiii. byeeee (sambil wave)

me : jom la ariana. bye anaqiiiii (sambil keluar ke pintu)

(ariana stood there tepi anaqi sambil pandang sy)

ariana : angkat.

me : bye anaqiiiii. jom ariana.

ariana : angkat ni.



awwwww.
dia suruh angkat anaqi and jangan tinggalkan anaqi sorang-sorang kat bilik.
how sweet of her.

sy saja je test-test dia haha.
compassionate betul si bariana ni.
for a two years old, she's kinda a super nice sister.

ehh dengan kucing-kucing pun dia baik tau. lolx

bye!

:D

photoshoot

masa kat hospital hari tu, pihak hospital dengan kerjasama this photography company ada sediakan photography session kepada mana-mana parents yang nak snap gambar dengan their newborn child.

so on the second day (sabtu), kitorang ada buat mini photoshoot kat wad.

diorang akan bagi one free printed photo,
dan yang lain-lain boleh beli kalau nak.

and here i have three photos to share with you guys in this blog :




anaqi in pink. teehee. (baju hospital untuk baby memang yang color itu je ada :D)



our happy little family.

Sunday, December 13, 2015

ariana makan sate

sebelum letak gambar ariana makan sate *haha*,
nak ucapkan congrats kepada selangor kerana telah memenangi piala malaysia (yang ke-33) semalam.
selangor VS kedah, 2-0.
tak nak cerita panjang pasal bola sebab sy bukanlah peminat bola
and kat fb or blogs lain (and whatsapp groups) may be dah cerita panjang pasal bola ni last night :D

ni ha..
semalam lepas habis perlawanan.
gigih atuk main sepak periuk dengan ariana *atuk kena paksa la macam biasa.. hahaha*
ketung ketang diorang main.
bola tak ada, periuk pun jadilah.

periuk yang terlibat. mama beli untuk buat main masak-masak and berniaga, dia buat main sepak periuk pulak -_-"


haha.
dan seperti sedia maklum,
ariana ni fussy eater sikit.
tapi sate ayam dia suka.
nah gambar ariana with sate ayam ;)






ok tu je pun sebenarnya haha

selamat bercuti kepada yang bekerja di selangor esok!

bye!!

anaqi day 44


anaqi on his day 44! seriousnya muka hoih :D

hoyeah hari ni anaqi dah berusia 44 hari!
means today is also my last day of confinement!! yiehhhhha *hahaha gelak petir*

i posted this photo of anaqi in fb,
and most of the feedbacks said that he looks more like me.
i guess so.
kalau tengok, may be hampir sama dengan rupa sy time baby dulu.
*tapi sy dulu tak handsome macam ni kakaka*
tengoklah kalau rajin nanti kita korek-korek album lama.
sy kata KALAU RAJIN ye. lolololx

so anaqi,
if you read this,
you on your 44th day adalah A okay.
sejak beberapa hari ni time tidur dah boleh adjust.
means malam tidur, siang mostly berjaga (ada jugak tidur tapi tak lama).
jadi malam-malam mama adalah indah belaka dapat tidur dengan baik kebanyakannya. kihkih
hope it lasts longer.
tapi nanti kat nursery nanti tak tau la kalau diorang asyik nak tidurkan baby je siang-siang.
hope not :P


ariana and anaqi.

your sis ariana loves you very much.
well i dunno either she knows what is 'sayangkan adik' or not, but she's getting there.
i heard stories of toddler brother or sister yang jealous dengan adik,
or suruh mommy dia letak adik dia kat luar rumah *that was funny and cute!*
tapi ariana tak begitu. haha
mostly dia akan tengok anaqi dengan keseronokan.
asyik nak pegang, asyik nak dukung anaqi.
kita pulak risau cam ne lahhh budak kecik ni nak pegang adik dia.
sometimes ariana suka pegang kaki dan tangan anaqi.
with amuesement agaknya sebab kecik sangat :PPP
"baby cik!" (baby kecik) she said.
she also knows your name is anaqi.
dia ni kejap je kalau ajar vocab. cepat je absorb.
jadi janganlah ajar dia vocab yang bukan-bukan. hahaha


babah and anaqi.

sorrylah tak ada gambar mama dengan anaqi.
sebab yang latest semuanya kat rumah and tak pakai tudung.
so kita simpan dalam phone je lah gambar tu :D
tak de gambar pun, you know i love you so, alright.

selamat hari ke-44 untuk kita berdua!!
ke arah hari-hari yang lebih awesome!

siap main skateboard lagi anaqi! tee hee

Saturday, December 12, 2015

day 43 yang tak berapa nak confinement

happy sabtu!

cerita hari ni tak de la sangat.
malam ni ada piala malaysia; selangor vs kedah.
sebagai sorang shah alam citizen (dulu la. hometown ai niiii. haha), harus la support selangor.
menang ke kalah ke kita tetap support.
ni tengok dah 2-0 dengan kedah. :D
untunglah kalau menang, rakyat selangor boleh cuti isnin ni.
sy tak pe, sy cuti je hari-hari. kahkah

today hari pantang yang ke-43.
wuah tak sangka nak habis dah.
tapi tengah hari tadi dah keluar pergi kenduri kahwin. #jangankecamsaya LOL!
dekat je berapa langkah dari rumah pun.
anaqi, husband jaga kejap.
sy pulak time tu memang dah tahap kebuluran tak makan dari pagi.
pagi minum horlicks je.
so pergilah kenduri.
turned out tu kenduri kawan time tadika and sekolah dulu.
naik van sekolah sama-sama.
kalau tak jenguk ke tingkap, memang tak tau ada kenduri ke apa.
kalau ribut apa pun tak tau kot sebab orang pantang kan.. duduk terperuk je dalam rumah.
ni keluar baru la nampak matahari sikit :P
so makan nasi putih lauk ayam rempah, kuah lemak daging (ambik kuah je dengan kentang), sayur sambal jawa dengan ulam. buah oren jangan dilupa ;)
air pulak memang tak la ambik yang ais.
minum air kosong je. nasib baik ada air kosong atas meja.
tetiba jadi orang yang jaga kesihatan sangat, minum air kosong
*tangan di bahu mata ke atas* :'DDD

so kepada yang tak berpantang, tak breastfeed, tak tua, tak de condition yang menghalang,
makanlah ais krim dan minuman-minuman sejuk selagi ada masa ni.
haha apa punya nasihat la ni.
ye la, sedap kot ais krim.
selagi sempat tu makanlah korang ye.

dahlah nak sambung tengok bola.
esok boleh celebrate hari ke-44. hoyeah!!

tata!

Friday, December 11, 2015

anaqi day 42

manja sangat budak ni :D





makan wishlist

wahh kemain.
just because i saw a friend on her confinement buat list makanan yang dia nak makan lepas habis confinement; and i somewhat have my own list too.. why not put it in here just for fun kan. lolx

makan wishlist yang akan didapatkan sooner or later :
(gambar courtesy of google. thanks!)

1. NASI BERIYANI INSAF
aaaa memang akhir-akhir pregnancy dulu dah teringin nak nasi beriyani insaf ni, tapi tak sempat nak pergi. tapi tak de air liur baby drools ke apa ye sebab sebelum tu dah pergi makan dah. cuma lepas tu nak lagi. haha
Image result for nasi briyani insaf


2. MAGGI KARI
nak maggi kari bodoh sesaja je macam ni. tak yah udang ke sayur ke apa (telur tu boleh la! haha) sebab recently ada orang-orang dalam rumah ni masak maggi ok. kalau tak, tak de la teringin sangat :P mama, abah, husband. semua masak maggi. lolx
Image result for maggi kari


3. SANGKAYA
lepas tengok majalah 3 episod pasal ais krim tu lah, teringin nak makan sangkaya ni. sebab nampak sedap sangat hoih. kita ni dah la suka air kelapa & coconut shake. harus ais krim kelapa thai ni sedap jugak kan. wahhhh *drools* tapi dah terbaca yang kena pantang ais selama setahun. means no ice cream for me??? tihdakkkkkkkk.
Image result for sangkaya


4. CHURROS
tau kewujudkan spanish 'cakoi' ni sejak sebelum dia famous lagi. sebab suka tengok food channel kan.. nampak kat situ la hahaha. tapi sampai la ni tak pernah makan churros ok! nanti kalau jumpa kat mana-mana memang nak beli, nak makan. nak buat sendiri tu macam tak sampai seru lagi :P
Image result for churros


5. TELUR MASAK KICAP W/ NASI PANAS-PANAS
aaaaa sedap sangat ni!! nampaknya inilah makanan terhampir yang boleh direalisasikan dalam masa terdekat hahaha. pecah telur dalam kuali, angkat, tumis bawang cili dalam kuali, air, garam sikit, masuk telur balik, tuang kicap. voila! tazabar nak makannnn :P
Image result for telur kicap




dah tu je lah lima.
tak ada la crave nak udang ke nak ketam ke. tak de pun.
nak benda-benda simple seperti di atas je, yang tak tau dapat ke tak makan ni (especially ais krim tu tak tau bila. may be akan ada ice-cream-cheat-day.. who knows? hihi)

my pantang 44 hari will be over in two days.
TWO freakin' DAYS!! yiiiehhhhh!
sama-samalah kita menjayakannya. xD

Tuesday, December 08, 2015

1 month check up

hai hai!
pending punya entry.
hari sabtu lepas, pagi tu pergi ke SALAM untuk check up anaqi 1 bulan.
fuh dah 1 bulan usiamu, anakku :'D
(sebenarnya hari ni dah hari ke-39)

salah tengok kad appointment.
sebab biasanya pukul 9.
rupanya 10.30 pagi.
punyalah awal kitorang datang before 9 lagi hahaha gigih
turned out doktor pun dah ada awal,
dapat nombor giliran no. 1 and settle semua before 10 am.
awesomeeee.
memang nak kena balik cepat pun sebab tengah hari tu nak buat majlis kesyukuran (akikah) kan.


mula-mula tu tidur, lepas tu terbuntang dah matanya. haha



sempat pulak selfshot dengan husband. hahaa



anaqi on his 36th day.

so far doktor cakap semua ok.
growth, berat semua ikut milestone.
alhamdulillah.

so bawah ni pulak selingan semalam makan domino's pizza.
dah cakap dah.. pantangku tak berapa nak pantang dah akhir-akhir tempoh ni. haha

masih berkonsep pantang; bakar-bakar.


dan entry disudahi dengan photstrip anaqi muka mengada-ngada lolx




byeeeee!!

Sunday, December 06, 2015

kenduri akikah anaqi

hai hai!
penat semalam tak habis lagi,
tapi update tetap update :P
kalau tak, sampai ke sudah tak berupdate blog ni. lolx

alhamdulillah, semalam kitorang selesai buat majlis kesyukuran kecil-kecilan sempena akikah untuk anaqi.
sekali la dengan doa selamat and tahlil, tapi yang tu buat kat masjid dekat dengan rumah (my parents').
lepas tu baru sambung kenduri makan kat rumah.

planning nak buat kenduri akikah ni ada la dalam seminggu je.
bincang dengan husband nak buat kenduri,
then mama terus cari katerer semua.

sementara tu kita buat invitation card.
sy memang suka design-design ni.. wihihi.

buat simple-simple je. untuk post kat fb and jugak invite kat whatsapp.

sorrylah tak dapat nak jemput semua,
sebab buat pun kecil-kecilan kan.
mana yang sempat, dekat and rapat dijemput. *thanks for coming!* :)

biasa kan orang buat dengan cukur jambul semua.
ada pelamin baby siap.
kitorang tak de buat, just kenduri biasa je.
plus ada terbaca yang upacara cukur jambul ni tak de dalam islam.
prolly adat je kan. maka kita skip kan aje :D

majlis start petang, pukul 2.
sebab right after solat zohor and doa selamat tu.
risau jugak sebab sekarang ni memang everyday, petang, hujan.
hujan pulak bukan main-main, hujan lebat siap dengan stok guruh. haha
tapi tempo dia biasanya dalam lewat petang time asar tu baru hujan.
so tak pe la kita proceed.


nasi beriyani yiehha.

sy cadangkan kat mama,
nak dengan ayam masak merah.
sebab orang pergi kenduri memang suka ayam masak merah ni *siapa tak suka sila masuk kelab ayam goreng. yiahaha*
then ada gulai daging jugak.
then biasalah dalca, sayur campur, acar buah, kuih, buah semua.
air pulak husband request nak oren sunquick.
so tukar daripada kordial (dalam set dia) to sunquick.
mama jugak ada tempah mini creampuff sedap. memang 'sold out' la sy tak sempat nak capai sebiji pun. lolx


my husband (isz) and anaqi.

anaqi ni pakat tidur pengsan the whole day.
actually pagi tu dia jumpa doktor.. check up sebulan.
biasalah kena cucuk. tu yang pengsan agaknya tu. haha

gigih cari baju warna sedondon dengan babah dia.
it's a cotton baju melayu romper.. memang untuk baby.
nampak macam cute, so belilah online. RM29 je.

while baju ariana warna sedondon dengan tudung sy.
kira ok la tu. blue team and yellow gold team. haha


orang masjid sampai dulu before 2pm, then baru makan-makan untuk family & friends.

nak elakkan kesesakan, kitorang buat timing macam tu.
biar orang masjid datang makan dulu right after doa selamat,
then baru family and friends datang pukul 2 petang.
yang mana sampai awal boleh lepak kat dalam rumah dulu.

tok (nenek & atuk) sy pun ada datang dari terengganu.
kebetulan datang untuk monthly check up kat KL.
so diorang pun singgah :)


tok yam & anaqi.

biasa kan orang tua-tua ni kalau part pantang bersalin memang disiplin habis.
sy sesaja la tanya tok yam, boleh tak makan ni, makan tu.
"makan je lah." tok yam cakap.
hahaha. sempoii.
actually semalam tu dah hari ke-36.
i have eight more days to go.
tapi dah serupa tak berdisiplin sangat la.
coklat semua dah makan awal-awal. haha


my tok ki. gambar dia tengah makan ni je ada. haha

ye. sibuk sikitlah tak sempat nak snap gambar-gambar secara proper.
mana yang ada je :P


mama & ariana.



tok yam & sy.

untuk anak lelaki, akikah sama ada bahagian lembu atau 2 ekor kambing.
husband pilih nak akikahkan kambing.
dua-dua buat golek. haha
kan orang sekarang ni suka sangat makan kambing golek.
kalau ada je kambing golek harus beratur nak ambik :P

tapi time kenduri ni memang convenient la nampak.
orang boleh ambik dengan selesa, tak de la beratur panjang.
sebab ada yang ambik kambing, ada yang ambik nasi dulu.

bro2 daripada 7 barakah catering sedang menggolek2kan kambing. haha

sedap ok kambing golek dia.
lembut, juicy, tak de bau kambing.
and sos blackpepper dia pun sedap.
selain tu ada mushroom soup, garlic bread, mashed potato dengan coleslaw.
brown sauce pun ada bagi yang tak makan sos pedas.
alhamdulillah 2 ekor ni cukup untuk semua.
time majlis habis ada tinggal sikit.
kitorang simpan sikit, the rest lewat maghrib tu ada family datang lagi and jamu diorang.
so memang cukup-cukup, just nice.

cuma ada tulang-tulang tu, mama cakap lupa nak minta caterer buat sup.
sebab daging akikah ni semua bahagian kena makan.
tak boleh buang.
kalau tak kena tanam.
macam daging korban biasa tu la.


husband yang ceria dapat kambing golek. lolx



family belah husband.



kemain muncung si anaqi ni :P



gambar ni tak cukup korum, sebab ariana dah tidur kat tepi. haha



ni ha budaknya. lena tidur. lolx



my plate.. cangg!

sorrylah, yesterday was my confinement-cheat-day. hahahaa
main makan je apa.
dapat la makan ayam masak merah hoihh heavennyaaa~~~


dan di bawah ni adalah antara gambar family & friends yang datang :
(thanks korang!!)




while for goodies, sy sediakan. haha
bukanlah sy buat, tapi tempah aje.
sticker je buat sendiri then hantar kedai print (faliq tolong hantarkan).
so siaplah nut in a jar ni untuk tetamu yang datang.





buah tangan kecil untuk tetamu.

kacang-kacang dia memang rangup.
yang ni memang habis tak de lebih.
may be ada 2-3 yang tak dapat, mana yang datang lambat lepas majlis habis.
sebab sy tempah memang cukup-cukup je (ada la extra, tapi tu pun habis).
rezeki mana yang dapat.
minta maaf mana yang tak dapat tu. :)

thanks jugak kepada yang bagi duit, bagi hadiah untuk anaqi and ariana.
may Allah bless you all.