Sunday, September 13, 2026

Compilation of friends

"pilihlah kawan yang baik kerana dia adalah cerminan diri kita."

Daripada abu hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "seseorang itu akan mengikuti agama temannya, justeru hendaklah salah seorang antara kalian berhati-hati dengan siapa dia berteman."

Assalamualaikum and hi! :)

A compilation of friends 💜

Melihatkan my bffs and I meng'urus' dalam tempoh 2 tahun. hohoho


Selingan: I've being trying some methods untuk weight loss. Makan buah di pagi hari, senaman 5 minit daily, 'puasa' lebih 12 jam etc. alhamdulillah ada la turun sikit 😂 yg penting konsisten dan enjoy the journey.

Ok sambung! :DD


My dearest bfftjs. Azra, Elia & mardia.



Time ni makan kat myviet, sebuah restoran Vietnam halal di putrajaya.



Saya kalau di myviet, mesti makan hidangan ayam serai ni. Sedap wehh. Sihat pulak tu.



Setahun 3 kali parlimen bersidang.
Setiap kali tu juga kita meet up dengan geng2 parlimen.
Next will be on October, insyaAllah.



Kesian KPSU ai penat tu kat parlimen. Bagi beliau rest sat.


If you ask me about my parliament job,
Well I enjoyed it. Sibuknya bermusim. Orang-orangnya baik dan warm.
Mungkin sebab masing-masing banyak deal dengan YBs dan VIPs.
Jadi kena la di kalangan yang sopan perilaku dan bahasanya.
Haha bukanlah kerja lain tak sopan, tapi kat parlimen ni,
rata-rata dengan pegawai-pegawai kpd YB atau pegawai-pegawai penyelaras.
So semuanya cemerlang, santun, diplomatic, cepat respond, mostly.


Teman-teman parlimen gue.



Ni puteri, member batch, jumpa kat sunway putra mall.
Time ni nak meeting kat arkib negara, tapi hari jumaat.
Sementara tunggu pilot (driver) solat jumaat, kita jalan-jalan mall la dulu.
Rupanya ofis ICU KL kat building mall ni.. dah pindah.

 

Almost setiap petang, ada jiran/member si anaqi singgah main game.
Ni 3 beradik, jiran terdekat. Dah macam our family friend la gitu.
Ingat tak zaman 90s, kita bertandang ke rumah jiran/kawan, selesa bertegur dengan family diorg. Macam family sendiri dah. Ha begitu la.
Ni muhammad, Abdullah & mariam.



Kawan-kawan sekelas anaqi; kelas 5 Iman.
Anaqi memang suka buat mimik aneh hahaha.
I assume dia unik & brilliant, tu je la.



Geng anaqi lagi. Acik wani ni suka jamu anak-anak ni makan kalau diorang datang.
Semoga diorang membesar jadi anak-anak yang soleh dan berbakti.
L2R: muhammad (spek biru), atiq, anaqi, uwais, afiq, zuraylan.



Knowing your kids' best friends.
Kena kenal. Siapa kawannya, siapa parentsnya.
Alhamdulillah setakat ni member2 Ariana anaqi baik2 budak2nya.




Last gambar.. terbumped into Erin kat jualan MOF.
Erin kat SPA tak silap. Dulu kat KWP sama-sama.
Anak2 Erin, kawan2 to my kids juga. Boleh kata kamcing, sebab membesar di taska yang sama. Sekarang kalau anak2 berjumpa, tak tau la kenal lagi ke tidak. Haha



Sekian kisah teman-teman.
Syukur Allah kurniakan insan-insan baik di sekeliling sy.
In fact itulah yg saya sering doakan. insyaAllah.

No comments: