ariana pun dah lepas birthdaynya jun haritu.
untuk birthday anaqi pulak, husband and i decided yang tak payah acara potong-potong kek.
sebab anaqi tak tau pun potong kek kan. haha
so kita buatkan goodies, bagi kat budak-budak taska.
and i'm planning on giving them mini cupcakes, cukuplah buat makan-makan.
tapi tak ada potong kek.
gigihlah google, mana la tempat yang boleh beli chocs ke candies dalam jumlah yang banyak.
ingatkan nak bagi coklat, jeli macam tu lah.
dengan belon ke macam tu.
banyak results cakap, kalau nak borong sila ke GM atau kenanga.
hamboih jauh sangat tu.
ai is living in putrajaya.
tak daya acik nak jalan jauh-jauh semata-mata nak beli coklat untuk 39 orang kanak-kanak. haha
then ada jugak kat kajang, tapi tak pernah pergi sana.
dan masa pun macam tak berapa sempat.
so last weekend tu balik shah alam.
singgah ke checkers.
checkers ni pun kira hypermarket yang jual barang borong.
kalau orang berniaga, elok la beli kat sini.
banyak benda dijual dalam kotak besar.. kat gudang macam tu.
nak beli 1-1 pun boleh, tapi tak dapat la harga borong.
pergi dengan husband and anaqi.
ariana tak ikut. dia tak nak ikut.
hahaa rugilah ariana.
kalau tak, mesti rambang mata datang sini.
tangkap gambar lolly besar ni semata-mata nak eksyen kat ariana. haha! |
nampak tu tudung sememeh tu.. macam kesan air.
alkisahnya sebelum tu pi makan besar kat luar.
suap anaqi laici. tumpah-tumpah airnya menitik daripada buah laici.
kena kat tudung sy.
sampai ke sudah melekat kesan tu.
comot betul. haha
tak snap banyak gambar pun, sebab sibuk cari barang. lepas tu anaqi tidur, dok dukung dia tidur. |
biskut timbang pun banyak kat sini! |
keadaan gudang di bahagian belakang. depan tu macam pasar raya biasa. |
memang rambang mata.
sambil-sambil mengenang zaman childhood.
sebab ternampak jajan zaman kecik-kecik. AHAHA
kitorang beli air susu kotak, coklat spek mata, marshmallow cone, corn stick dengan coki-coki.
tak de beli jajan yang unhealthy sangat. atau gula-gula yang sangat manis. tu tak beli lah.
then misi mencari beg untuk letak bendalah tu semua.
dulu dah guna brown paper bag.
plastic transparent pun dah pernah guna.
ni ingat nak cari plastic bag biasa yang gambar kartun-kartun.
my mom cakap kat kedai belakang ada satu kedai biskut timbang baru bukak.
kat kedai ni ada jual party goodies, murah-murah.
so sy pun pi lah malam tu.
rupanya tutup!
sebab cuti am deepavali kot. kihkih
jadinya tunggu la keesokan harinya (ahad, birthday anaqi).
this time ariana ikut sekali.
agak dahhh kerambangan mata dia menjadi-jadi. hahah
kejap nak ni kejap nak tu.
tapi dia ni boleh nego.
kita kata pilih salah satu, dia akan make a choice.
dia tak de la bergolek kat lantai kedai tu hentak-hentak kaki menangis ke apa.
alhamdulillah, mujur. wahaha
sini pun ada coklat, gula-gula borong semua! cis! kalau tau beli kat sini je :P |
ada la goodie bags nya.
tapi design limited.
untuk yang saiz besar ada tema kartun cars je untuk budak lelaki.
jadi lah tu.
kita bukan ada tema-tema pun.
ambik je mana ada.
asalkan nampak colourful.
budak-budak kan suka warna-warni.
then beli belon dan benda tiup-tiup tu jugak.
goodie bags tu.. satu paket ada 10 beg. harga RM3.
oklah tu murah sangat tu.
ambikkk. ambik 4 paket, jangan tak ambik. fuahaha
kemain dia tenung barang-barang dan makanan dalam kedai ni. hihi |
so bawak balik segala bala barang-barang untuk goodies ke putrajaya petang tu.
malamnya, dok packing la.
ariana tolong sekali. dia insist. nak tolong jugak.
ha ye lah. tolonglah masukkan barang-barang dalam beg dengan pemantauan supervisor ini *point to myself. lolx*
husband tolong pegangkan anaqi, kalau tak nanti anaqi dok sibuk nak ram down barang-barang yang berlonggok kat lantai :D
dan ni lah hasilnya.. cangg!!
39 goodie bags.. siap! xD |
sebenarnya dah mengantuk gile time tu.
so tidur dulu.
pukul 2 ke 3 pagi terjaga macam tu..
printkan tag birthday anaqi.
nanti tak tau pulak birthday siapa kan HAHA
pakai kertas biasa je, tampal pakai glue.
tu pun print black & white sebab colour toner dah habis. :D
yay te ke yay. |
anddd for the mini cuppies pulak,
book kat kawan je. my childhood friend, eqa.
dia pandai buat kek.
so beli daripada dia.
dia tambah lagi cup yang besar, free of charge.
tq ya eqa.
sy suh buat simple-simple je.
letak smarties/m&m kat atas.
ni kek red velvet.
isnin tu gigih la ngangkut semua ke taska.
goodies tu letak dalam beg ikea.
cupcakes ambik pagi-pagi isnin. rumah eqa & i dekat, so jumpa dekat-dekat area rumah jugak.
saja ambik cuti isnin tu, supaya tak terkejar-kejar nak hantar semua barang-barang ni ke taska.
dan begitulah kisah wani e membuat party packs / goodie bags untuk birthday anaknya.
kihkih
sampai ketemu lagi!
No comments:
Post a Comment