tak tau kenapa nak snap gambar controller kat hotel paradise ni haha. |
bilik kitorang ada balkoni, tapi tak sempat mana nak menikmati. sebab dok bz keluar berjalannn aje 😆 |
akhirnya last day tu baru la dapat lepak kat balkoni ni ha. |
hotel ni kan resort jugak. so landscape dia memang lawa la. |
nampak apa kat belakang tu?? 7-eleven thailand lagi!! 😂 |
nasi khao mok ni macam nasi beriani versi thailand ha gitu.
nasi yang berempah. kaler kuning-kuning.
tak silap, khairul aming pernah makan kat sini and jadi viral.
tapi ayam goreng tu memang dia angkat panas-panas la.
servis tak berapa nak laju, kitorang dah la tengah mengejar nak ke imi. hahaa
ni ha kedainya. sedap wehh. |
dia macam warung. belakang tu kak mis and lin tengah queue nak masuk toitoi. haha |
garing gileee ayam goreng dia! |
nampak rupa macam nasi ayam kan. takk. ni nasi khao mok. dia berempah. time ni sy tak order nasi, sy nak makan ayam goreng je. |
beli souvenir macam kacang, pes tomyam lagii.
then baru jalan kaki ke depan sikit, ada imigresen.
bas dah gerak ke depan time ni. dia suh kitorang jalan je sebab dekat.
nah baca. |
tapi, ejen kitorang bagus and berbekalkan bantuan tour leader, kitorang boleh la laju sikit queue tu.
and alhamdulillah after an hour or so, lepaslah proses kat imigresen.
queue tu la yang lama.
sebab naik bas, kena bawak turun beg and kena scan-check kat luar.
nanti ada pegawai imi naik bas yang dah dikosongkan untuk check dalam bas pulak.
kusyen-kesyen and makanan boleh tinggal dalam bas semasa pemeriksaan.
akhirnya kami di malaysia! ni order nasi goreng kampung dengan telur dadar kat R&R. sedap makan masakan malaysia, panas-panas. |
tour guide kami, pak saad belanja miang kham. ni my first time rasa. |
sebelum ni selalu je nampak orang jual kat malaysia.
tapi tak tergerak hati lagi nak beli.
this time ambil peluang la untuk rasa.
ok-ok la.. bukan kegemaranku. sedap, tapi bukan kegemaran. haha
naik bas balik ke ofisss. time ni bas pasang cerita bujang lapok. |
lama jugak journey.. sampai ke ofis kat putrajaya nun, dah pukul 1-2 pagi rasanya.
gigih la husband datang ambik.. haha *TQ!!*
gambar kenang-kenangan dengan bas kitorang dan geng trip ke hat yai. |
gambar kenang-kenangan depan hotel. tq, KESWIP! (KESWIP ni kelab ofis yang menganjurkan dan siap bagi subsidi sikit untuk ahli yang nak join) |
alhamdulillah, selamat pergi, selamat pulang.
will i repeat to hat yai?
of course! HAHA. tak puas lagi makan-makan dan jalan-jalan.
kat asean tu la tak habis pusing.
lee garden. and tak pergi pun beberapa kedai viral.
so kalau ada peluang, ada duit, ada rezeki, insyaAllah kan.
mana nak tau.
lastly, thank you, husband, bagi sy join. siap hantar dan ambik memalam/pepagi buta.
tq KESWIP, taja percutian (half). tq to myself oso lah, sebab gigih berjalan. HAHA
jumpa lagi di lain trip!
toodles!
No comments:
Post a Comment