assalamualaikum and hi! :)
kembali lagi kitaa ke cerita jalan-jalan cari makan (mostly) dan shopping mopping di hat yai.
'bercinta' ye nak menunggu update kat blog ni hahaa.
what tu duu.. i bizi u ols.
cerita pun dah lama berlaku, disember tahun lepas lagi.
tapi tak pe. demi semangat pengupdate-an, kita up jugak post sebagai kenang2an lenkali bila2 nak tengok gambar.
THIS IS DAY 2, BESTIE!
|
hotel yang kitorang stay ni, memang tiap-tiap pagi ada tomyam ye. contoh semalam tomyam ikan, hari ni tomyam ayam. tomyam dia sedap, light, macam homemade. |
|
ni lauk buffet kite ambik. |
|
lauk buffet lagi. banyaknya ai makan! 😂 |
|
hat yai paradise hotel. hotel dia cantik sangat, banyak landscape lawa2. |
lepas kenyang makan tomyam,
apa lagi, kita pun naik bas travel agent untuk ke tourist spot seterusnya!
|
di sinilah kami. parking bas sangat besar ye. berderet2 bas masuk. mostly pelancong la. |
|
ni lah tempatnya. tempat gajah. chang puak camp.
|
|
bergambar dulu dengan rombongan cik kiah. kikiki |
|
nah, ni dia harga kalau nak naik gajah, ATV dan lain2. convert sendirilah ye HAHA. sebab dah tak check berapa harga tukaran mata wang asing sekarang. dengarnya ringgit malaysia dah menurun, betul ke?? *shock look |
|
boleh beratur beli tiket kat sini. tapi sebelum tu, kat pintu masuk ada orang tangkap gambar setiap satu pengunjung yang datang. nanti kita balik, diorang akan framekan dan jual gambar kita. tapi sy tak beli lah. muka kemain candid dia tangkap. hahaa |
|
ramai ye manusia. ni kira macam ruang legar dia haha |
|
boleh tengok gajah jalan2 dan jugak boleh naik kalau nak (dengan bayaran). harga lebih kurang RM50 duit kita. |
|
mak dan anak gajah di belakang kami. |
|
acah2 naik ATV replika. siap konar baring! 😁 |
|
with kak mis and lin. |
basically sy jalan2 je kat tempat gajah tu.
tak naik gajah pun. tengok aje.
so lepas tu bas gerak ke samila beach.
kat sana ada patung mermaid yang famous kat tepi pantai.
|
gambar je la keje kitorang. hahah |
|
ni pun sama, suka bergambar 😂 siap suruh stranger tangkapkan ye. dapatlah gambar senget-benget dan terpotong sana sini (geng2 tengah pi shopping tempat len. kahh) |
|
kat samila beach ni banyak jualan souvenir dan makanan. surprisingly souvenir kat sini murah daripada kedai souvenir lain. so kalau nak beli, kat samila beach la atau satu lagi kat asean night market. |
|
temptingnyaaaaa. 😻 |
|
belah kanan tu orang jual telur bakar. tapi tak try pulak, tak terfikir. |
|
kat pantai samila yang berombak deras. |
|
hah, ni la dia patung duyung yang berebut-rebut orang nak bergambar tu. |
|
pada saya, harga souvenirs kat pantai samila ni jauh lebih murah daripada kedai-kedai persendirian yang kitorang pergi sebelum ni. |
|
yang special kat pantai samila; ais krim kelapak. |
|
macam-macam jenis ada. tapi yang special punya ada la macam-macam topping. |
|
main cucuk-cucuk pulakk.. haha |
|
ni gerai ala-ala roti canai. |
|
kat mana-mana pun orang beratur nak beli makanan. haha |
|
kak mis, mek, mai, lin & me. |
|
nah! ni la dia ais krim kelapa tuuu! harga lupa pulak. |
|
ni ada ahli rombongan yang beli bunga pandan ni. katanya dalam RM2 duit kita. |
|
kepada peminat-peminat barangan kulit, kitorang ke next destination di nora plaza. |
|
kedai ni memang banyak gile ye barangan kulit. ni contoh beg daripada kulit buaya. so kepada buaya2 di luar sana.. awas! jika tidak mahu dijadikan kulit 😂 |
|
takotnyaa! ada ke orang yang nak pakai beg gini? ada la kot, ye. |
|
silakan menjamu mata. sapa-sapa yang cari barangan kulit, memang syurga la ni. |
|
tengkorak buaya pulak dia bagiiii. |
|
handbags pun ada.. tapi harga jauh lagi mur la daripada yng branded2 tu. |
btw, kat nora plaza ni ada tempat tukar matawang.
ada kat kaunter cashier, dekat-dekat je dengan pintu masuk.. belah dalam, kiri.
|
lepas tu kitorang ke bee garden. |
|
dengar penerangan tentang madu dan produk madu. diorang promote je, tak paksa beli. air madu tu complimentary. |
|
khusyuk memasing. |
|
lepas tu kitorang gerak ke khlong hae floating market. time ni tengah hujan renyai-renyai. |
masa tu kan, dok bernego la dengan tour leader (ejen yang bawak kitorang naik bas), syakilla.
jadual kan packed. and tengah hujan.
so ejen cakap, skip je la floating market ni, kita terus pergi asean night market.
mula-mula tu malas fikir, so layankan je la.
tapi ada ahli yang bebetul nak pergi, sebab dah masuk itenerari kan.
last-last pergi.
walaupun terkejar, memang berbaloi.
so next time jangan skip pergi floating market ni.. sebab best!
orang, jangan cakap la.. melimpah!
pergi toilet pun setengah jam ye beratur.
|
basically floating market ni, banyak perahu-perahu berjualan. |
|
perahu yang jual air dalam buluh yang termurah.. 25 baht. kedai lain 30 baht. |
|
ni nasik goreng. kat thailand ni, tour guide kata tengok je tanda halal. atau tanya orang tu halal ke tak. sebab ada yang jual halal, ada tak. jenis-jenis tak kisah and main makan je tu, silakan tanya dulu tau. mencari yang halal itu wajib. |
|
goreng-gorengan lagi. sy suka la suasana street food macam ni. |
|
dengan lin dan air masing-masing. haha. sy beli air kelapa, cuz that's my favourite. tapi manis leting ye! air gula perisa kelapa agaknya. last-last memang tak habis. takut kena potong kaki. tak jadi ai nak minum. bahaha |
|
masih di khlong hae floating market. nasib-nasib je la dapat seat dalam keadaan hujan ni. ni dengan pn. mai (bos korporat) dan husband, tepi tu en. rizal ketua integriti. belakang tu geng-geng korporat. |
|
ni dengan geng khidmat pengurusan dan korporat. |
|
ni lah yang sy beli kat floating market; mi megi tomyam dengan 2 udang galah besooo. hahaa bahagia makan. tomyam tersedap sy makan kat hat yai. pekat, pedas, masam dia semua ngam. |
|
lepas tu ada beli bebola keledek. ya Rabbi sedapnyaaaa. awat semua sedap-sedap ni. air kelapa tu je la spoil. |
nasib baik bekas buluh tu instagrammable. bahahaaa~
(buluh tu tak yah pulang, ambik je bawak balik kalau nak)
|
sweet potato ball. |
|
wayar elektrik berselirat-don't care 😂 |
|
the diskodut bus. lolx |
memang terkejar ye pergi asean night market.
time ni ramai dah flat kot.. nak balik cepatt je. lepas tu ramai dah spend duit sebelum ni.
ai ni masih banyak tenaga dan duit nak dihabiskan, so macam tak puas nyopping la kiteee.
budak-budak ni dok cakap nak balik nak balik (naik tuk tuk).
tapi sebab gerak dengan geng sopping jugak, yang naik tuk tuk tu dah balik tinggal kitorang. HAHAHAA (geng sopping hilang ditelan orang ramai 😂)
so kitorang balik naik maxim (dia macam grab car jugak la, tapi murah sikit).
|
daripada ramai-ramai ni, berapa kerat je kat depan-depan tu yang tinggal and balik naik maxim. lain dah balik naik tuk tuk. tak sanggup nunggu geng shopping HAHAA
|
|
ni ha geng sopping mopping. shop till you drop katanya. lolx tapi kat asean night market ni memang murah jugak banding dengan kedai biasa. pilihan pun banyak. |
tingkat bawah banyak kedai souvenir,
tingkat atas kedai-kedai makan.
|
ya Rabbi, ko tengokkan je la keadaan kat tingkat atas (food area) ni. memang nak nyelit pun kena bertabah. memang tak masuk sampai ke dalam pun, sebab aim nak beli souvenir kat bawah. so beli je la makanan kat stall depan-depan tangga ni. |
|
menu untuk tatapan kalian. |
basically, asean night market, memang tak cukup pergi sekali.
kena dua kali.
satu untuk MAKAN SAHAJA.
satu lagi untuk shopping.
terkejar wehh.
dengan member calling2 kata nak balik naik tuk tuk tu.
hahaha. sis cemasss.
|
kitorang la yang terlassttttt sekali naik maxim. ada 2 kereta. kereta kitorang tengah hadap jem. dah le drebar mintak extra. tak faham BI tapi masih gigih ye nak minta tambang extra hahaa. |
|
bye-bye, asean night market. you'v been nice to us. aicehh ✋ |
|
rupa tuk tuk kat sini. nunggu la maxim kami dalam renyai-renyai hujan and tak de payung tu. |
sampai hotel, bilik kitorang dijadikan markas untuk unboxing tapau-ed food
dan makan lagi ramai-ramai.
macam tak kenyang-kenyang dok hat yai ni. hahaa
|
tomyam milik lin. tapi tomyam ni ada togeh ye. so rasa dia a bit aneh untuk sy. kikikii tomyam kat floating market masih lagi juara di hati. |
|
pulut manggah. |
|
mi ayam. |
|
sik reng seafood. |
|
sy punya pad thai. sy memang aim tomyam and pad thai je kat hat yai. tapi yang ni, mengecewakan. sedap lagi kawan malaysia ai masak ye. kehkehh so to myself, jangan beli kat kedai depan-depan. explore la dlu belah dalam.. kot ada lagi sedap. ni ikut selera sy je. selera orang lain may be sedap, tak tau le. |
|
overall. |
basically tu la kisah seharian kami.
penat wehhh tapi layann.
nanti sambung lagi cerita hari last kat hat yai pulak!
toods!
No comments:
Post a Comment