Tuesday, July 12, 2022

resipi nasi minyak terengganu beras basmathi yang sedap

assalamualaikum and hi! :)

macam biasa, bila ada resipi sedap, kita bubuh sini untuk pedoman di hari muka.. hahaa

nasi minyak ni dimasak semasa hari raya aji minggu ni. ye baru2 je lagi.
ni first time jugak masak menggunakan beras basmathi.
alhamdulillah menjadi jugak nasinya.
secukup rasa dan tak muak dimakan.

jomlah kita terus kepada resipinya.


 

NASI MINYAK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

2 cawan beras basmathi (direndam selama 20 ke 30 minit)
1 sudu minyak sapi
1/2 ke 1 sudu planta (ikut suka)
sedikit minyak masak (anggaran 2, 3 sudu)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji pelaga
3 bunga cengkih
1/2 biji bawang merah besar (dihiris/mayang)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 atau 2 helai daun pandan (disimpulkan)
1/2 sudu susu pekat manis
setengah cawan susu cair (sy pakai brand ideal)
Setengah genggam kismis (optional)
3 cawan air
garam secukup rasa (ni kena rasa kemasinan dia. lupa pulak nk kira berapa haha)
pewarna kuning untuk masakan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan minyak sapi ke dalam kuali, diikuti oleh planta dan minyak masak.
2. Bila dah mencair dan panas, masukkan rempah 4 sekawan tadi (kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkih)
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan mereka bersama daun pandan. haha
4. Bila nampak bawang dah keemasan sikit, masukkan susu pekat manis dan susu cair. Kacau sekata.
5. Perasakan dengan garam.
6. Tutup api dapur. Tuangkan bahan-bahan yang telah dimasak ke dalam periuk nasi elektrik yang diisi beras basmathi yang sudah dibasuh, direndam dan ditos airnya.
7. Masukkan halia dan kismis, kemudian masukkan air 3 cawan tadi. Kacau sekata.
8. Rasa tahap kemasinan. Kalau tak masin, tambahlah garam.
9. Hidupkan periuk nasi dan tunggulah sehingga masak.
10. Apabila sudah hampir masak/baru-baru masak, buka tutup periuk, buat beberapa lubang pada permukaan nasi (guna lidi atau garfu) dan masukkan setitik pewarna kuning ke dalam setiap lubang. Jangan digaul. Tinggalkan seketika atau sehingga nasi sejuk sedikit.
11. Bila nak hidang, kaup nasi yang telah diletakkan pewarna tadi sama ada dengan garfu atau chopstik atau apa-apa aje penggembur yang ada. Baru nampak cantik warnanya. Siap! Sedia untuk dihidang.






'kawan' kepada nasi minyak.. gulai daging.



boleh dimakan dengan ayam masak merah, gulai daging dan.. oh! acar!


resipi acar timun mentah akan dikongsikan di next entry, insyaAllah.

tata tutu!

No comments: