iaitu selepas makan2 di kafe opah strawberry.
cangg! ni la dia rupa bentuk bilik kitorang, sebuah queen suite 2 bilik tidur. |
nova highlands punya bilik memang besar-besar, saiz suite.
tapi harga adalah berpatutan.
untuk 2 malam, kami bayar dalam RM700 plus minus kot macam tu.
nova highlands jugak terbahagi kepada dua; satu bawah pengurusan hotel, satu lagi boleh book bilik direct dengan owner (macam konsep homestay/air bnb).
sy suggest korang direct book dengan owner. nak tau kenapa? HAHAA sat lagi cerita :P
lihatlah keluasan bilik ni. boleh main badminton rasanya kat hallway panjang ni. lolx |
ni ruang tamu dia.. ada tv sebijik. ada balkoni jugak. |
karpet tak de, solely lantai je.
so kalau sejuk, dinasihatkan pakai selipar rumah.
time kitorang datang ni pulak musim hujan, memang sejuk abadi la. haha
suite kitorang ada 2 bedrooms. ni yang pertama. bilik ni untuk my mom (mama/nek yah). |
ni bilik tidur kedua. menempatkan kami 4 beranak. |
maknanya memang semata-mata tempat kitorang untuk tidur/solat/tukar baju.
lain-lain aktiviti, buatlah kat ruang luar tu. haha
channel tv ok la, walaupun kitorang tak tengok tv sangat. rasanya ada astro ria kat sini. cuma wifi tak de. bergantung haraplah pada data plan masing-masing ye. |
ni pulak view dari balkoni bilik. nampaklah kebun sayur di luar sana. sambil ferfeeling nak hirup kopi dan melihat pergunungan nun sayup di hujung.. lolx |
view dari balkoni, part 2. |
cuma hati2 kepada yang ada anak2 kecil. selalu tengok2 kalau kawasan berbalkoni macam ni. |
sebabnya tempat ni memang ada isu kebersihan yang sangat2 serius.
lepas baca review orang ramai yang book via hotel, semua menghadapi perkara yang sama.
i.e: cadar ada kesan kotor, lantai dan dinding tandas berkulat, sofa tak cuci, yada yada.
sama la dengan kitorang.
cadar kat bilik tidur untuk mama, kemain ada stain, siap ada rambut2 lagi.
tak tau la diorang ganti ke idok.
gambar bawah ni doesn't do any justice, sebab nampak terang sangat kan.
hakikatnya atas cadar tu ada rambut dan kotoran.
cubalah zoom, kot2 nampak. tapi gambar ni dah resize sebab nak masukkan dalam blog. |
then kitorang jumpa la pekerja yang bersihkan ni..
2 pekerja lelaki, prolly bangladeshi atau nepal, not so sure.
kebanyakan pekerja nova ni adalah daripada group yang sama, iaitu lelaki bangladeshi/nepal.
baik yang jaga parking atau yang kerja kat fun fair di sebelah hotel.
tak kisahlah bangsa apa pun, sebab semua sama, manusia jugak kan.
tapi yang nak bangkitkan, isu kebersihan tu la.
bila pekerja2 ni datang nak tukar cadar lepas kitorang panggil,
diorang kata cadar tu dah tukar, ni mesti orang dobi yang cuci tak bersih.
tukar apanya, siap ada rambut2 kat atas cadar tu. sah2 tak tukar.
so sy suspect sama ada nova hotel ni tak cukup pekerja,
atau pekerja dia jenis relax2 tak cuci betul2.
sofa, toilet semua tak bersih ye.
macam ko datang and duduk atas peninggalan orang yang sebelum ni tinggal di bilik yang sama.
on 2nd day pun tak ada siapa datang bersihkan bilik and sampah pun kitorang buang sendiri (sebab tak de orang datang bersihkan bilik).
jadi silalah book bilik direct dengan owner, bukan dengan hotel.
tips ni diperolehi daripada group CH, beberapa minggu selepas kitorang balik dari CH :P
hotel apakah iniii kebersihan ke laut. |
walaupun begitu, nova highlands ni interconnected dengan mall. senang la nak membeli barang2 keperluan. |
mall dia jenis segan2 nak hidup gitu. haha
ada la orang, tapi tak ramai.
tapi kedai2 macam mr DIY, farmasi, tealive tu semua memang ada.
enjoy la pi shopping tak de orang.
tapi kesian kat mall yang tak berapa nak hidup.
may be time kitorang pergi tu bukan waktu puncak kot.
arcade game pun ada.. tapi sunyi. |
ada la gym kot ni, dengan mr DIY. |
dapur tak de la, tapi kalau ada yang nak datang bawak perkakasan and barangan letrik tu, sila lah.
tapi microwave, jug kettle, peti sejuk kecik tu, ada.
pinggan, mangkuk, cawan pun ada.
so sy bawa la sikit2 frozen food untuk dimasak pagi2, buat breakfast.
buah lemon dengan madu pun bawak sendiri. |
hirup air lemon madu panas2 di cuaca yang sejukk.. fuhh! |
ni lah hasil penggunaan microwave yang optimum.. bahaha. ada 2 jenis nasi goreng jenama CP di situ; iaitu nasi goreng sosej dengan cili api kot. lupa nama dia. |
macam ni la mereka bertiga melepak di ruang tamu sambil makan2 di waktu pagi. |
oh ye. ni la namanya.. nasi goreng cili. sedap weh. recommended untuk dibawa travel. tinggal panaskan je. |
bolehlah, buat alas perut sebelum meneruskan pengembaraan seterusnya di CH. |
gambar dua budak nakal. lolx |
nek yah with AAs. (ariana dan anaqi) |
ni gambar depan lif nova highlands. |
banyak tingkat tembus, tapi time2 covid ni,
better ke tingkat 1.
sebab ada tingkat yang tutup pintu siap2.
malam pun diorang tutup pintu, suruh lalu ikut depan.
jauh pulaknya nak lalu.
dua beradik.. aicewah :'D mama and wani. |
selesai sudah kisah bilik hotel nova highlands.
kini kita ke lokasi sebelah hotel pulak, iaitu fun fair/themepark.
bawa budak2 ni main fun fair on the last day kat CH.
sarap duluu. ada kedai makan kecik tepi fun fair ni. sedap jugak weh. alah lupa pulak nama kedainya. sat nak google :P KURT CUBIC CAFE. |
sedap nasi goreng diaa macam kat rumah2 punya. |
mama ambil nasi lemak. mama kata, orang kat CH ni masak sambal nasi lemak, sedap. sambal secukup manisnya bawang. |
ni lah kurt cubic cafe. tu mama. haha |
makanan dia simple je, tak banyak. tapi sedap. |
ini anaqi. haha. lepas2 dah breakfast tu, layan budak2 ni main kat fun fair. tapi tak de la murah mana. satu ride dalam RM5. |
banano (ariana). |
main kereta corner baring :'D |
ni kot kad untuk main fun fair. top upkan je. |
nek yah melihat cucu2nya main. |
main kaut2 tanah pulakk. |
dah habis main kaut tanah, kita naik tren pulak. ingatkan tren dia jalan2 dalam fun fair tu je. sekali dipusingnya tren sampai ke jalan raya kat luar! haha |
ye, kitorang je dalam tren ni. |
memang time kitorang pergi CH ni, tak ramai orang.
tak tau la sebab kitorang datang hari khamis-sabtu.
ataupun sebab musim2 orang tak nak keluar sebab covid.
ataupun musim orang takut nak naik CH sebab baru berlaku tanah runtuh.
either way.
alhamdulillah Allah lindungi perjalanan dan percutian kami.
angin kat luar ni breezy. time ni pun tengah gerimis mengundang. haha |
tengok tu, sampai ke depan mall tren ni berjalan. bayangkan pemandu2 jalan raya tengok pelik kat kami naik tren sampai ke luar. hahaha |
haa ni la dia pintu masuk mall yang bersambung dengan hotel nova highlands.. cameron square. |
lepas pusing2 and habis main kat fun fair, kitorang nak ke destinasi seterusnya pulak.
sebenarnya nak sambung cerita tentang cat house cameron.. sebab cat house tu sebelah je dengan nova highlands. rumah kucing2 comeelllll.tapi sebab gambar kat cat house pun ala2 banyak jugak,
so kita sambung ke next entry la pulak.. insyaAllah.
[bersambung!]
4 comments:
Saya nak tya... ada no owner direct ke. Saya dah book penthouse melalui booking.com. bila baca review risau pulak
kak yati^ saya xde no owner direct, sebab tersilap beli kat website. tp saya cadangkan kak yati boleh join group facebook info cameron highlands. dalam group tu biasanya ada ahli yang tau nombor telefon owner yang trusted. banyak info bagus2 jugak.
Direct owner : Cozy Cameron Venture 016 3357541 / 013 3357541
cozy cameron^ thank you! :)
Post a Comment