Friday, January 14, 2022

trip ke cameron highlands 2021 : air terjun lata iskandar dan opah strawberry

assalamualaikum and hi! :)

akhirnyaaa berkesempatan juga kita nak update trip ke cameron highlands (CH) bulan 12 tahun lepas.
trip yang berlangsung betul-betul sebelum banjir melanda.
trip yang dirancang sebab plan asal pada bulan mac 2020 tak jadi disebabkan PKP-covid.
i would say.. this trip is something, peeps. lolx


forecast cuaca memang hujan je la bulan disember.
tapi kita dok follow group CH and dapatkan info-info terkini kat situ.
alhamdulillah perjalanan adalah smooth dan dimudahkan.


actually minggu sebelum kitorang bertolak ke CH,
ada berlaku kejadian tanah runtuh di laluan simpang pulai.
2 orang meninggal *innalillah buat yang muslim*
jadi jalan tu ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan.
kami lalu jalan tapah. sebelum2 ni memang lalu jalan tapah.
bersimpang siur la sikit, tapi boleh singgah air terjun lata iskandar. wee hee.


anaqi join mama tengok air terjun babah (nama sama macam babah. hahaa)
kakak dia tido kot dalam kereta time ni.



air terjun background.



anaqi and mama.



taman rekreasi air terjun.


ambil kesempatan singgah tengok air terjun lata iskandar.
kalau nak ke air terjun lain,
jauh kena trekking ke dalam hutan.


keadaan jalan raya dari tapah, mendaki ke CH. biasalah banyak lori.
lori akan hon2 di selekoh. jangan terkejut, sebab itu untuk keselamatan supaya pemandu di arah bertentangan boleh alert. kereta kita pun boleh buat macam tu juga di kawasan selekoh.



hujan drizzle2 je gitu.
sekitar tebing boleh nampak kesan2 tanah runtuh yang ditutup dengan kanvas.
tawakal je lalu masa tu.


alhamdulillah, petang tu sampai dah kitorang ke CH.
masih di area tanah rata, jadi singgah ke kampung taman sedia dulu.

kat kampung taman sedia ni banyak perusahaan orang melayu, kampung orang melayu.
banyak juga homestay di sini dan mungkin harga jualan buah dan syur lebih murah di sini berbanding di atas.
kawasan tumpuan untuk makan nasi lemak strawberi, mi kari, skon dan seumpamanya.

boleh juga kalau korang nak singgah makan skon di ladang teh.
tapi sy rasa, skon kat kampung taman sedia lebih sedap dan lembut.
trip ke CH kali ni, kami tak singgah ke ladang teh.
first, sebab hujan berkabus-tak-nampak-apa,
second, kereta2 pun banyak kat sana (orang ramai).

kalau lalu, boleh nampak papan tanda ini di kiri untuk masuk ke kampung taman sedia.


masuk je terus ke dalam dan carilah kedai makan kegemaran andaaa :D


kali ni kami nak cuba makan di kafe opah strawberry and jams.


kafe2 strawberi di sini kebanyakannya dekat2 aje.
macam opah strawberry ni dekat je dengan abang strawberry dan aidilbadri.
orang cakap biasanya penuh.
alhamdulillah time kami datang tu tak ramai.
mungkin sebab hari khamis, dan mungkin musim tak ramai naik ke CH lagi sebab bimbangkan tanah runtuh.


ariana dan nenek.
belakang tu ada farm juga kalau nak petik2. ye tak silap sy boleh petik tu.
tapi time datang ni, tak nampak sangat buah strawberinya.



snap snap dulu :D tunggu babahnya mengorder.



husb queuing di kaunter.


konsep kafe opah strawberry ni, beratur di kaunter dan bayar.
nanti pekerja akan hantar ke meja.


husb and i. cantik deko kedai ni.



kat tepi kaunter ada juga dijual jem, sambal dan biskut sconkies cicah coklat.



skon2 bersusun cantik. yums.


serius sy ni bukan pemakan skon tau.
sy tak suka pun skon.
mungkin sebab dulu2 first time makan skon kat ladang teh,
rasanya plain, keras pulak tu. so sy ingat semua skon macam tu.
lepas rasa skon kat opah strawberry, persepsi sy berubah.

skonnya dihidangkan panas2, crunch tapi tetap lembut.
flavourful juga, ikut perisa apa yang kita suka.
ada yang original, cheese, oreo, red velvet, matcha, rainbow.. macam2 la ada.


gebuness.



order dua je dulu and share2 sesama kami. sedap rupanya!
dihidangkan bersama jem strawberi dan whipped cream kot yang putih tu.



us, enjoying our time at opah strawberry and jams.



husband share resit. inilah harganya, untuk rujukan korang semua.


kalau tanya pricey (mahal) ke tidak,
sy boleh katakan, harga ini standard di CH.
sy tak berkira soal harga kalau makanannya sedap.
ternyata nasi lemak sambal strawberi yang harganya RM13 ni, memang sedap.
sambal sedap, ayam goreng pun sedap.
my mom cakap orang2 kat CH ni buat sambal nasi lemak sedap,
jenis2 sambal macam kami buat kat rumah, sebab lebihkan bawang. jadi manisnya terasa.
sambal strawberi pun sedap sungguh lahai.


gambar bukti kitorang tengah makan.. bahaha.



tengok gambar pun telan ailio :P
itu nasi lemak sambal strawberi dengan ayam goreng, nasi lemak biasa dengan ayam goreng,
ada juga nugget dan skon serta air minuman.



nasi lemak yang harga RM13 akan menyajikan condiments lengkap; iaitu
sambal biasa, sambal strawberi dan serunding strawberi. semua sedaplah!



tersungguh sedap sampai insyaAllah kami nak repeat lagi.



macam ni papan tanda depan kedainya, kalau korang nak singgah.
across the street tu ada ladang strawberi jugak.



anaqi ni memang suka bergambar. haha



oklah last gambar sebelum gerak ke hotel untuk check in.


dalam gambar kat atas ni, kalau jalan terus lagi,
ada kedai2/kafe2 lain yang juga famous amos macam abang strawberi dan aidilbadri.
KHM pun ada dalam kampung taman sedia ni, tapi ke pusing kot belah sana sikit (google mapkan aje :P)

nanti kita sambung cerita ke hotel dan tempat2 lain di CH, insyaAllah next entry.

toodles!!
 

No comments: