buat PTDs awesome sekalian,
di sini saya titipkan cara pemakaian apolet dan georget baju uniform no. 1 yang betul.
supaya kita semua memakainya dengan elegant sekali dan tidak terbalik di sana sini HAHA
(ni untuk rujukan dan pedoman diri sendiri jugak, sebab kita ni pakai no. 1 setahun sekali je kan. boleh jadi akan terlupa atau terbalik).
di bawah ni adalah baju no. 1 bagi PTD.
warna off white (bukan putih suci).
georget tu yang di leher, manakala apolet yang di bahu.
saya lupa nak letak gambar topi.
untuk songkok hitam, logo akan berada di belah kiri kita sebagai pemakai.
pastikan 'pedang' pada apolet arahnya seperti 'memotong leher' pemakai. tu tips mudah diingat. |
baju no. 1 PTD berbutang lima. |
bagi kasut, kasut bertutup hitam bagi lelaki dan perempuan (kasut lelaki cantik bertali dan berkilat. kalau tak ada tali, no problem).
berstoking (hitam/gelap bagi lelaki, skin color bagi perempuan).
"saya ada pingat, kat mana nak letak?"
untuk baju no. 1 lelaki kan ada poket di dada kiri.
ukur 2 jari (telunjuk dan hantu/index and middle finger) di atas poket.
untuk perempuan, di atas dada di bahagian kiri.
jika pingat terlampau banyak, pakailah 3 sahaja (yang ni ikut rules hari wilayah. rules negeri lain, boleh rujuk negeri tersebut).
dahulukan pingat persekutuan, diikuti pingat negeri.
jika pingat daripada negeri yang sama, pakailah pingat yang tertinggi penganugerahannya.
oklah tu je nak share hari ni tentang pemakaian dress no. 1 PTD.
semoga bermanfaat untuk semua brothers and sisters PTD.
toodles!
No comments:
Post a Comment