Monday, July 08, 2019

wani cooks - siri keduabelasjuta :P

assalamualaikum and hi!

bila punya gambar agaknya ni.. haha. ikan tiga rasa (sos tiga rasa instant adeq sue), ikan dan udang goreng garing, sayur bayam, daging kunyit.


bersiaran lagi kita! lolx
tengok macam ada beberapa gambar makanan tak ditransfer lagi kat dalam phone ni,
maka kita buat satu entry foodie macam biasa :D

sebelum tu, updates tentang diri sendiri/family (untuk rujukan diri sendiri esok-esok):


  • ofis - dah sebulan dok kat bahagian baru, sebab ada job rotation. from strategik to sosio ekonomi pada 3 jun 2019. tukar dengan raja. senang sikit nak rujuk pasal kerja, sebab dah kenal HAHA
  • last friday (5 julai 2019 - birthday faliq pun. happy birthdayyyyyy brotherrrr) dapat e-mel ke JLEAP. tarikh assessment 25 julai 2019. aku-memang-suka-simpan-tarikh-kat-sini lolx
  • ahad lepas - pergi kenduri haji, my cous nabil & farhana insyaAllah akan ke tanah suci tak lama lagi *jealous overload orang dah nak pi haji hihi*
  • semalam 7 julai 2019 (birthday putri jugakkk. happy birthday, putri!!) - wife izrul (my cous), ummu selamat melahirkan baby girl. alhamdulillah.
  • ganti puasa - 6 daripada 11 hari dah settle. lagi 5 hari (today puasa jugak. kalau berjaya buka puasa, maknanya harini hari ketujuh ganti lolx)


dan hal tak penting: i am officially a polly pocket collector. sebab dah gila dok beli polly pocket.. asal ada kat kedai, mesti nak beli kalau tak ada lagi. hahaa
entry pasal polly pocket, lain kali pulak ye.
ingat nak buat unbox video, tapi baru berjaya buat 1 vid kat instagram.
nampak tak, komitmen tak berapa nak sempat di situ :D

ok sambung gambar makanan!

macaroni sayur prego untuk anak-anak. bagus untuk veggie-cheat.



elbow mac malaysian style untuk diri sendiri dan husb. (husb=husband)



kwey teow goreng kering - try sos CKT beli kat pasar. sedap jugak boleh tahan. masin sikit. may be kena adjust portion dia.



rendang ayam resipi mak lang, wani e improvised :D 2 ekor dimasak untuk majlis birthday raya ariana hari tu.



mixed veggies.



kari ayam dengan kentang, kuah pekat.



ikan kerisi goreng cili padi - resipi ada kat my facebook.



cubaan memasak nasi lemak. nasi jadi. alhamdulillah.



nasi goreng rumah :P



asam podeh ikan kembung.



ayam masak kicap.


oklah tu je entry makanan.
sy ni dalam kepala, macam-macam benda nak buat.
nak buat ni buat tu.
plan tu tak pernah berhenti.
tapi either sempat dengan tak je.. huaaa.
contoh ada beli sketch book dengan color.. nak melukis.
tapi entah bila nak lukis entah. HAHA

oklah sambung nanti.
tata tutu!!

No comments: