Wednesday, June 19, 2019

let's raya!

assalamualaikum and hi!

dewasa ni *aiceh ayat* rasa macam dah semakin kurang snap gambar.
lupa nak bergambar, satu.
then lupa tu sebab sibuk buat benda lain *makan, contohnya. bahaha*

weekend lepas,
kitorang anak-beranak hajah zakiah pergi beraya kat kampung arwah abah.
fyi wan (nenek) and atok kitorang dah lama tak ada.
tapi ada mak cik-mak cik sy kat kampung.
mak lang, induk nah, induk com kat kampung.. rumah wan.
situlah tempat perkumpulan kalau raya.
tapi since berkahwin ni,
tak dapat dah nak beraya hari pertama kat tampin.
biasanya either beraya kat banting, terengganu atau shah alam dulu.

ni berkesempatan la nak jumpa induk-indukkuuu kat sana *miss!*

tapi kalau dah tak beraya first day kat nogori,
memang tak meraso la rondang daging ngan ayam mak lang yang sodap tu.
(yang resipi rendang sy biasa masak, adalah daripada mak lang ni la).
masak sondiri jo la buek mengubat raso nak makan ha. :P

us. ni dengan mak lang and induk nah.

faliq tak join sebab dia balik ganu.
faliq dah balik tampin lagi awal daripada kitorang,
iaitu time kitorang beraya kat ganu.
so kira take turn la macam tu.


induk nah, mak lang and mama.

kakak-kakak ni kosayangan arwah abah den.
den ingat dulu, maso kocik sampai bosa,
every month mesti balik tampin ni.
skang abah dah tak do, kito wakil abah la balik pulak.
tapi tiap-tiap bulan tu tak dapek la nak baliknya. balik time rayo ni ha.
*aneh pulak sy speaking tampin ni. tapi ok kan? haha*

macam biasa,
kalau balik nogori harus la ada masak lomak.
sedappp.

then gerak ke rumah mak long la kita.
rumah mak long ni pun wajib-lawat kalau hari raya dulu.
now mak long dok sorang jo.
pak long pun dah tak do.
anak-anak mak long ada datang selalu,
tapi dok rumah masing-masing la.

datang rumah mak long, dapat rezeki makan buah rambutan daripada pokok kat laman rumah.

mak long, induk dah dan mak lang. tepi tu mama :)

balik singgah beli durian kat tepi jalan.
ada a few la orang kampung area tepi-tepi tu jual durian.
beli sempena father's day. haha

then sebab ada dalam phone,
share jugaklah gambar-gambar kat bawah ni.
ni masa balik banting beraya pada hari raya keempat.
time ni fam tengah pi beraya kat luar.
sementara tunggu diorang balik, kita bergambar la dulu. apa lagi :P
(boleh masuk rumah, tapi saja dok luar ambik angin)

dengan anaqi pomel banyak akal budak ni sekarang. banyak cakap pun ye.



anaqi angkut beg penuh mainan tu.. haa jangan main-main :P



ariana pun ada ni ha. gigi bawah dah 2 batang tercabut sendiri. jimat duit tak yah pi dentist nak cabut :DD



geng lepak luar rumah. haha

oklah tu lah cerita raya kita sampai la ni.
nanti kita sambung lagi.

yang nak pi beraya tu, selamat beraya.
yang nak buat open house, selamat mengopen housekan diri. haha

till then!

No comments: