Sunday, August 19, 2018

beli langsir dan karpet di nilai

assalamualaikum and hi!

truth to be told,
memang agak sibuk kalau tengah prepare nak masuk rumah.
semalam beli cat (half) untuk cat ruang tamu, master bedroom and bilik budak-budak.
beli cat easy wash (boleh bersihkan contengan), 5 liter dapatlah RM90+ tak ingat exact amount la haha. beli kat dengkil town je.

upah mengecat pulak, kita minta tolong sama rabiul.
rabiul ni bangladeshi yang kerja jaga area rumah kitorang.
dia ambik RM200 je.
semalam beli cat, hari ni datang-datang, tengok ruang tamu dah siap cat.
memang pantas. haha

so hari ni tugas menyiapkan rumah diteruskan.
kitorang ke nilai untuk tempah langsir dan cari karpet.

langsir tu nanti diorang akan datang rumah untuk ukur.
beli kat ninety six moda (nama kedai dia). area bandar baru nilai.
tak tau la harga pasaran langsir sekarang macam mana,
tapi untuk black out curtain, dia charge RM45 per meter. murah ke mahal tu?
day curtain pulak RM25.
blinds pulak harga by square feet. kitorang ambik yang RM25 saja.
untuk bilik budak-budak, sy skip dulu.
sebab tak de pattern kartun yang berkenan.
may be akan cari later kat ikea.
kot ada yang tengah nak beli langsir and nak estimate bajet/harga;
kitorang beli langsir, railing dengan eyelet (gelung-gelung langsir).. untuk ruang tamu, sliding door, 2 bilik tidur, blinds untuk dapur and tempat laundry.
semua tu dalam RM3k.

so anggarannya kalau rumah korang setingkat/apartment,
get ready with RM2k.
rumah 2 tingkat, RM3k - RM3.5k.
bergantung jugak pada jenis kain.

---

seterusnya kitorang gerak ke nilai 3 pulak untuk cari karpet.
tak de la survey kedai to kedai.
bawak budak-budak ni memang serbu 1 kedai je.
malas fikir dah HAHA

kitorang ke kilang karpet prima.
dari luar dah rupa-rupa macam gedung ikea dah.
sebijik sebijan tulisan dengan warna dia lolx!
(sebab tak snap gambar sangat, sy ambik daripada instastory sy je lah).


nampak tu.. dengan capture view sekali keluar. haha


kilang/gudang dia besar gile ok.
memang taklah jalan sampai ke belakang.
sebab dah tengah hari.
anaqi pulak dah tidur.
so ronda-ronda belah depan je.
hajat di hati nak cari karpet ala-ala design ikea.
i.e yang simple, geometric atau abstrak je.
sebab orang dok habaq yang kedai ni murah banding ikea.
memang betul pun.
satu karpet saiz 5x8 boleh dapat dengan harga RM150 je.
design pun cun-cun.
yang lagi murah pun ada, tengok jenis.
karpet bulu-bulu ada sy beli dengan harga RM30 je.. untuk letak kat area wardrobe.
murah kan!

design yang modern. salah satunya macam ni.. dan banyak lagi.



rambang mata ok!



karpet budak-budak pun ada. yang besar macam ni RM100 saja. yang kecik sikit RM40.

memang cun-cun la design semua.
tapi ai is beli laju-laju sebab kepanasan dalam tu. haha
memang menang membeli.
sy ambik karpet untuk living room, dining table, wardrobe, master bedroom (panjang punya, tak besar), dapur dan satu alas kaki.. semuanya around RM300+ je.
ni kalau ke ikea dengan RM300, mau dapat satu karpet je. haha
nanti rumah dah siap, dah bentang karpet semua, entry lain akan menyusul. lolx

balik dari nilai, singgah alamanda pulak.
sebab nak potong rambut AAs yang dah panjang gemilang terbilang.
solat, makan semua sekali kat sana.

lepas tu baru balik rumah putrajaya.
fuh memang produktif betul hari ni.

resipi mi hun goreng sedap

assalamualaikum and hi!

ahhaha tajuk tak boleh digest ok :DD
tak kisahlah, yang penting resipi best harus disimpan sebab ai is pelupa sukatan kadang2 tu.
nanti esok-esok nak masak lagi, senang nak rujuk.

resipi ni untuk 2-3 orang makan ok.

MI HUN GORENG

bahan-bahan:

  • setengah paket mi hun perang (healthier) - rendam dalam air biasa
  • setengah biji bawang holland - hiris
  • 1 biji bawang besar (merah) ATAU 3 ulas bawang merah biasa *
  • 2 ulas bawang putih * - blend together *
  • 10 tangkai cili kering - blend asing daripada bawang
  • segenggam ayam / udang / sotong / ikut suka koranglah nak letak apa. lolx
  • suku biji tomato - cincang or potong
  • sedikit air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato (tak letak banyak sebab dah ada buah tomato tadi)
  • 1 1/2 sudu besar sos cili (nak pedas, letak 2 sudu)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sebiji telur
  • sayur sawi
  • gula dan garam sebagai perasa
  • minyak untuk menggoreng
  • daun sup, daun bawang, cili merah potong

how to :

1. panaskan minyak dalam kuali. sy prefer non-stick pan supaya mi hun tak melekat. rugi. haha

2. tumis dulu bawang besar. dah macam masak sikit, tumiskan pulak bawang merah + putih yang diblend tadi.

3. then baru masukkan cili kering yang diblend. masak sehingga pecah minyak.




4. masukkan sikit air kalau nampak kering. then add up ayam dan tomato. tomato dimasukkan awal supaya hancur dalam mi hun nanti.



5. agak-agak ayam dah masak tu, masukkan semua sos dan kicap. tambah air sikit je kalau rasa kering. air jangan letak banyak, nanti mi hun lembik dan hancur. biarkan sos-sos tu masak seketika. cili merah pun dah boleh masukkan jugak.

6. lepas tu perisakan dengan gula (optional) dan garam. time ni dah boleh rasa masakan tu cukup masin atau tak, sebelum nak letakkan mi hun.



7. bila dah rasa masin semua cukup, baru masukkan mi hun. then gaul rata.




8. pecahkan telur di dalam kuali dan kacau masak sebelum gaulkan dengan mi hun.




9. masukkan pulak sayur sawi.

10. lasttt sekali baru taburkan daun sup dan daun bawang (optional).



11. ok dah siap! selamat menjamu selera!


Thursday, August 16, 2018

wani e's august update


assalamualaikum and hi!

ahhaha. tiba-tiba banyak masa pulak nak update blog.
biasalah, waktu hectic ai berehat seketika.
tapi serius, sepanjang mingu lepas, minggu ni.. memang sibuk back and forth.
sibuk yang datang serentak.

now bolehlah recap pelbagai peristiwa lepas! lolx
tak dapat recap semua, tapi a few.
sebab banyak.
by photos la macam biasa,
because a photo speaks with its caption. haha
bacalah korang caption tu :P


sekitar hampir sebulan lalu, visiting atolness masuk wad akibat insiden minor yang berlaku. didoakan beliau cepat sembuh.



pada masa yang sama, frequently visiting kubur abah from time to time.

everytime teringat abah, akan sedekahkan al-Fatihah and ayat kursi.
memang everytime.
guess it gives me ease at heart.


adik-badik :) oh lupa nak habaq dah tanam rumput karpet tu kat kubur abah. batu pakai batu sungai. comel kan. hihi

dalam masa 2 bulan ni, dah bertambah baris-baris kat kawasan perkuburan tu.
menandakan ramai yang pergi.
menandakan hidup ni sementara and tak lama.
so buatlah sebanyak mana kebaikan,
kerana kita tak tahu kebaikan mana satu yang akan membantu kita untuk ke syurga
(ni pun sy dengar somewhere daripada ustaz. and he's right).


seperti yang sedia maklum,
ikea tu dah macam rumah kedua kitorang.
sindrom orang nak masuk rumah baru memang macam ni kot.. haha.
ada je barang nak beli.
tapi banyak masa kitorang kat sana survey-survey barang je.. tak beli banyak pun.
tapi ada one time datang,
terus beli sofa and katil. sekali untuk penghantaran dan pemasangan kat rumah.
sebab kos penghantaran bersekali RM70.
kos pemasangan pulak, 10% daripada harga setiap barang tu.


ahhahaa vain shot sekali kat dinding toilet pameran ikeaaa :P



"hey keke, do you love me, are you ridin'.." hahaha nampak tak terpengaruh tu :DD (ni nama dia anaqi, tapi kitorang panggil qiqi/anaqi).



bebudak kena paksa bergambar masa makan ais krim ikea. wah haha

nak buat post khusus ariana anaqi macam tak sempat.
so update terkini kat sini..
ariana dah minum susu cawan (sy buang puting botol susu dia sebab dah pecah).
anaqi pulak dah start nak pee kat toilet. poo masih perlukan sokongan diapers. hahah


dalam sebulan yang lepas jugak, outstation ke kota bharu.

i love KB! since i'm a foodie.
lepak 2 hari 1 malam pun dapat try makan a few dishes.
kalau lagi lama mesti lagi best kan.
tapi apakan daya, mesyuarat sehari je. haha


jumpa kakak kawasan KB 1; izah :D thanks izah, bawak belanja makan.



kakak kawasan KB 2. asalnya nak jumpa sekali dengan izah, tapi nadya ni tak sihat time tu. so jumpa the next day time nak pergi meeting je lah. nasib baik ofis dia berdepan dengan hotel ai. lolx


balik dari KB, jumpa geng CSM pulak.
geng luncheon ai, kali ni makan kat food court alamanda.

me, bestie azra, elia and mar.



lepas tu terserempak pulak dengan lija (2nd from right). ahaha



pergi majlis akikah barraq al haq yang grand. tak de meja nak duduk, semua penuh. alih-alih dok kerusi yang disusun kat tepi. husband tak makan pun. dia teman je.



nasi lemak ciast yang tetiba viral. tetiba queue yang panjang menjadi semakin panjang lepas viral. wahaha



bukan wani e saja, husbandnya jugak beli keta baru. tapi beliau beli lagi awal.

alkisahnya husband ai suka kereta warna silver (kereta myvi SE dia sebelum ni pun warna silver. kereta sy warna hitam).
so kitorang dok ngejek satu sama lain punya kaler hahaha
ai is cakap kat dia, sapa pakai warna silver ni zaman 80s la back to the future la apa kan.
dia tetap mempertahankan warna silver yang katanya susah nak nampak kotor dll.
dia suka warna silver.
alih-alih dia beli warna kelabu ni. warna fave sy.
sy tanya lahh kenapa tak beli silver.
sebab sy nak warna ni katanya. kihkih
sy tak kisah pun sebenarnya dia nak beli warna apa. tapi grey tu cun, kan :P
bolehlah kitorang bershopping kat ikea dengan lebih kerap lagi;
dah ada kereta panjang. lolx JK


ni photo masa pergi beriadah kat taman saujana hijau, putrajaya.



sy datang ke sana semata-mata sebab nak pijak rumput :P



apalah ertinya blog wani e kalau tak de gambar makanan, kan :P ketam ni beli kat ofis, RM10 3 ekor. balik rumah, goreng.


tambahan,
14 ogos hari tu birthday abah yang ke-63.
(tapi kalau ikut kalender hijrah, abah memang dah 63).
hope he's good over 'there'.
i know Allah will take care of him.
al-Fatihah to abah.

oklah dah habis gambar.
lenkali sambung lagi.
restless dah menaip ni. bahaha

byebye!

presint diplomatik banyak kedai makan, wui!



assalamualaikum and hi!

ni photo time pergi makan kat restoran mohd chan yang baru bukak kat p15, putrajaya.
bolehlah nak hilangkan rasa rindu kat haji sharin low yang dah tutup kat belakang putrajaya tu.. huu.
restorannya luas, pencahayaan bagus.
nampak terang-benderang bila snap gambar. haha
orang pun ramai jugak malam tu (despite of malam weekday).
siap ada sambutan birthday kot.
kira meriah la.


amboi sangat si anaqi ni. gila kamera masing-masing. haha! 



familia potreto. memang silap la bahasa spanish ni. kena rotan dengan cikgu spanish. :DD

kat mohd chan, kita order yang biasa-biasa je. kihkih
macam..

ketam lembut masak telur masin.



mi wantan dengan ayam bakar untuk budak-budak.



ikan siakap tiga rasa. harga beza banyak kalau ambik kerapu. ni dalam RM50+, kerapu pulak RM80+. kenapa ntah. kerapu spesis terancamkah.



on the table.

verdict, oklah sedap.
tapi yang kat haji sharin low lagi sedap.
pilihan sayur-sayuran pun kena tambah lagi.
sebab ai suka sayur.
tengok dalam menu, tak banyak choice la sayur.
langsung tak order sayur sebab tak ada yang menarik (kangkung pun tak ada).


kemudian pada hari yang lain,
masih kat presint diplomatik.

kitorang try restoran baru jugak..
sukee sukii tak silap namanya.
kedai steamboat, grill & shell out malay style.
kedainya besar, tapi orang tak la ramai sangat.
may be sebab kedai baru.
choice makanan untuk buffet tu ada, tapi boleh dibanyakkan lagi.
may be tak berbaloi pun kalau diorang nak tambahkan banyak-banyak sebab orang tak ramai lagi.
yang best tu ada tempat untuk anak-anak bermain.
so seronoklah budak-budak kan.

boleh pilih sama ada nak steamboat & grill buffet,
ataupun nak pilih set.
tak snap gambar sangat, sebab tengah khusyuk makan. hahah


time ni AAs tengah main kat belakang, jadilah kitorang dating berdua. lolx



ambik sup ayam. ada 2 choice untuk sup; tomyam atau sup ayam.

sup ayam ni rasa sup yang letak kiub pati ayam tu.. i call it as sup perencah.
tak sama dengan sup ayam ori yang kita buat sendiri.
jadi sy buat celur je, tak hirup.
but what do you expect, kedai memang akan pakai bahan perisa/MSG/ajinomoto.
nak yang ori, pi buat sendiri, wani. HAHA *malas ai* :P
ayam marinate dia was good. sedap.
then ada ais krim, gula, jajan, biskut for the kids.
seafood semua ada cuma tak nampak ketam.
sayur hijau ada sawi pak choy, kangkung, salad kot.. dan bayam yang dah lebam.
so tak ambik bayam. 
ambik sawi je.


sebenarnya bagi lagi kedai-kedai baru bukak kat p15 ni.
lenkali boleh try kedai lain pulak haha.

till then!eatery

Wednesday, August 15, 2018

toodles, my first car

assalamualaikum and hi! *wave*

alkisahnya tak ada plan pun nak tukar kereta.
tapi manusia hanya merancang kan. lolx
time-time road tax hampir nak meninggal,
ditambah pula dengan SST tax dah macam melambai-lambai (september is too close!)
i made a decision to buy a new car.

not that i don't love wpv 7*7*0*9.
we had so much ups and downs and turrnnn together. haha
macam-macam challenges wpv ni pernah lalui.
kena langgar harrier, hilux, kereta lama, tiang, divider tepi masjid (and so on. biasalah. kahh)
tapi time-time kena langgar tu, salah pelanggar ye. kesian kau, wpv.
ada yang dok suruh 'mandi'kan kereta. sebab banyak nau accidents.
khurafat apa semua tu. hahaha
padahal salah sy sendiri yang keluar tak baca doa (zaman jahil. lolx).


the last day with wpv 77**09. 14/8.. birthday abah tu. hee



oklah kita kasi wefie satu before i let it go. let it gooooo let it goooo *kejadah nak nyanyi semua ni hahah*

asal-asalnya pun bukan nak ambil kereta baru semalam.
semalam tu nak pi hantar wpv tukar cermin kereta.. sebab insurans cover.
nak kejar sebelum road tax meninggal minggu ni :P
tetiba en. hadi perodua bitau kereta dah ada.
dapat free tinted siap.
so bergegas la kita hantar wpv dan lepas tu mr. andy pembeli kereta terpakai hantar sy dan ariana (yang follow sekali) ke perodua kat area klang.

en. hadi kata sy nasib baik, sebab ada stok.
tetiba ada customer tak jadi beli. alhamdulillah la kalau macam tu.
kalau tak, kena tunggu 2 bulan (which is pada zaman SST muncol kembali! hah haha aduii)

wpv tu sy pakai 10 tahun, ok.
sejak zaman final year belajar.
nampak tak betapa loyalnya ai ni :DDD
atas dasar loyal, ai beli myvi jugak :P
kaler pun lebih kurang.
tapi ni namanya warna granite grey. dulu hitam.

cangg! kereta baru. it's time, i guess. nombor plat dah siap-siap beli. tu pun in a rush.

no plat kereta, RM260.
tapi sy up bagi RM270 buat belanja lunch orang yang tolong dapatkan number tu. haha
nombor biasa-biasa je, tapi meaningful la.
(rasanya korang dah boleh teka nombor apa. kahkah)


myvi advance 1.5cc.

review setakat pakai 2 hari ni, ok je.
myvi baru ni tak pakai kunci macam dulu.
pakai push start button.
lepas tu security dia bagus la.
macam kalau kita drive sorang, dia akan bukakan pintu belah driver je.
pintu lain locked.
nampak macam ruang lebih luas, kereta lebih panjang. ke ilusi sy je? lolx
lampu pun ada fog lamp.
cermin pandang tepi tu boleh auto tutup (yelah ai dulu pakai kereta usia 10 tahun.. haruslah banyak improvement by perodua)
kereta solid. bunyi alarm, signal semua nice.
design wise pun sangat lawa.
depan belakang semua cun.
overall i'm contented to have a new car on the time i need it the most (sebab wpv dah start menderum lepas tukar aircond hari tu).

to a new, great journey and experience with the new car!
moga-moga Allah lindungi sepanjang perjalanan (dan juga off-road).

wpv, you've done good.
sangat-sangat berjasa.
semoga dapat tuan yang best ok.

toodles!