Friday, June 01, 2018

half of ramadan

assalamualaikum, beautiful, crazy peeps! lolx

bertemu lagi kita dalam slot 'romadon tiba' :D
insyaAllah, hari ni dah masuk hari ke-16 umat Islam berpuasa.
aicewah dah macam ayat karangan.
sy pulak baru 9 hari (sebab tolak 7 hari cuti HAHA).

ada few photos nak share kat sini.
caution; ada gambar makanan ye.
kalau rasa perut tak kuat tu, sila bukak blog malam kang. lolx

hit it!


hari keberapa tak ingat dah. tapi cooked mi goreng for husb's sahur.

nampak tu, lauk-pauk sahur semakin relax kan.
dan percayalah, sekarang kitorang tak makan nasi pun time sahur.
makan benda simple je macam oat, roti, puding dalam fridge *lolx*, honey, kurma, pati buah/sayur..
boleh kata eat clean sungguh sahur kita sekarang. HAHA
husb pun cakap dia tak nak makan nasi pagi-pagi.
besar rahmat untuk sy tu.. tak yah bangun pagi sengkang mata nak masak lauk-lauk bagai. ahax
alhamdulillah kami still kenyang dan fresh sampai waktu berbuka.
all hail eating clean!




gambar di atas adalah time jumpa dengan old univ friend, erni kat ofis sy.
terserempak ok.
erni ada test kat blok sebelah.
sy pulak turun bawah nak ambik barang.
tiba-tiba dengar macam orang panggil nama
*kalau nampak sy, sila panggil ye. sebab sy ni rabun tak nampak hahaha*
erni sama je macam dulu.
lawak dia, gila-gila dia, hahaha. sama ok.
nice meeting you, erni ^^



gambar atas ni pulak membuktikan yang kitorang bertiga memang rajin berjalan di kala bulan puasa ni.
me, azra & mardia.
ni tengah berjalan kat festival raya putrajaya.
sy tak beli apa sangat pun kat sana.
just sebalang kecik almond london dengan pin tudung turki yang rare di malaysia.
lain tu semua window shopping je.
sy ni memang susah nak fall in love dengan kebanyakan baju/tudung.
mungkin taste tak sama dengan orang ramai. HAHA


berbuka puasa di bora ombak, marina putrajaya.
the food was ok,
tapi kalau korang penggemar kambing, sila queue panjang macam biasa.
orang ramai gileeeee.
tapi meriah.

ini antara plate sy kat bora ombak. nasi beriyani. wihihi

sy ni memang rugi dibawak ke buffet time bulan-bulan puasa ni.. lolx.
sebabnya sy makan ala kadar and asal kenyang sikit, dah ok.
sy tak makan sampai perut sendat atau bloating.
i like it that way.
sy rasa lebih segar and kurang letih bila makan berpada macam tahun ni.
entah, tapi tak ada keinginan sangat pun nak try semua benda kat buffet.
ambik mana yang suka je and dalam portion yang sikit.
tu la, rugi kan. exactly. HAHAH


another sahur meal; roti, timun, bawang. ni pun rajin sikit. kalau tak rajin, sy makan roti tu je 1. hahaha

ada sekali tu buat grilled cheese toast untuk sahur.
perut sebu gile okayyy.
baru teringat yang KEJU adalah salah satu makanan yang tak digalakkan untuk makan sahur.
memang tak best perut sepanjang hari tu.
lepas dah ambil iktibar, sy memang tak makan cheese dah pagi-pagi. hashtag tobat.


scrambled egg meriah.

on the first day of my puasa (hari ke-8),
sy nak start demam sebenarnya.
demam, then selsema, then berakhir dengan batuk.
great just great. lolx
tapi sy tak makan ubat.
sy try test kaedah ubat semulajadi pulak.
dulu pun kalau sy demam, biasanya sy ambik sebiji ubat je.
lepas sebiji, macam tak perlu makan.
tapi selsema berbiji-biji ubat la HAHA.
sekarang dah bertukar konsep, iaitu nak badan kita cuba fight sendiri demam tu.
no meds whatsoever.
so sy sediakan air asam jawa, dan bawang putih goreng air-fry.
bawang putih ni mana sedap ko makan raw.
so letak minyak olive sikit, then goreng. sedap weh. macam makan junk food :P
sy makan bawang putih ni time sahur, berbuka dan malam b4 tidur.
memang helps a lot bawang putih dan air asam jawa.
alhamdulillah i recovered without the needs of meds in 3 days.
batuk je la sambung, tapi tak sampai seminggu, dah berkurangan horrornya.
sekarang sy bebas batuk! (asam jawa tu elok untuk both demam dan batuk)

panjang weh cerita pasal eat clean ni.
tapi kesimpulannya; kalau sakit, cubalah bagi badan lawan sendiri dulu.
untuk kuatkan imuniti badan. jangan bergantung sangat kat ubat.
tapi kalau dah tak mampu sangat lawan sendiri, barulah makan ubat.
it's good untuk bina kekuatan badan secara dalaman, untuk jangka masa panjang.

ok habis dah membebel :P
tengoklah gambar bawang putih ni. lolx

my type of 'junk food', but not so junk food :DD


terawih?
at last i can go terawih, yay!!
tapi tak hari-hari la.
ada hari, sy terawih kat rumah je.
ada hari yang sy pergi masjid/surau.

shah alam. :) air cond menderu-deru kat masjid ni. best solat sini.

lepas tu sisthur terjumpa pulak restoran yang ada buffet affordable gileee tapi choice makanan dia banyak. sedap pulak tu.
presenting to you,
ifthor at restoran keriang dot, PJH building, presint 2, putrajaya!! *thunderous claps*
RM35 per head dewasa, budak-budak 8 tahun ke atas RM15 je.
kalau 4pax dewasa, boleh dapat RM120.
restoran ni tersorok sikit, berdepan tasik.
disebabkan tersorok kot, tak ramai orang.
tapi ko boleh parking sampai ke depan kedai ye.
best gile.

yang specialnya, berbuka puasa dengan my bestie, azra and her fam. ariana menyorok time ni. lolx



my plate at keriang dot. sedappppp

kemudian,
kembali kepada rutin memasak kita.
kejadah kau makan buffet luar hari-hari.
boleh kopak kalau macam tu :P

ni nama dia 'sesekali kurasa teringin'. haha! kerutub ayam. yums!



sambal terung dan ikan bilis goreng cili api. sedap gile. gile sedap. puji masakan sendiri apahal. tapi memang sedap ikut tekak sy. lolx

lauk sambal terung ikan bilis goreng cili api ni sy reka sendiri.
try cari resipi kat internet,
tak ada rasanya. kihkih
(kalau ada pun, tak sama 'bentuk' macam ni).
copyright weh, copyright :DD


bayam gorenggggg. lovelove. major love.



husb request dah lama, akhirnya berjaya buat dan menjadi kali ni. last time buat, jadi bubur ok! HAHA. puding jagung.



ni masakan simple, tak memenatkan untuk prepare bahan/masak. dan yang penting, sedap! i present to you; asam rebus ikan merah.



tak cukup bendi kat dalam asam rebus, sy goreng kering sayur bendi ni. ada lebihan sambal terung semalam, panaskan.


haa yang kat bawah ni latest punya gambar.
semalam.
husb berbuka kat KL (kerja), so sy ingat nak pi kedai beli nasi beriyani je. haha
nampak tak mode pemalas lipas dah menjelma :P
tapi alhamdulillah, akak-akak ofis ada masak pulak semalam.
bawak balik ayam ungkep, sambal jawa & kuih tepung pelita/.
balik tinggal masak nasi brown rice dengan sayur tambahan je.
budak-budak pun makan ayam ungkep ni.

ole-ole orang ofis. sodap!!



sayur campur. ai love sayur!

makann je kan kerjanya.
apalah wani ni, bulan puasa bulan beribadat ye, bukan bulan makan :P
(yelah. yelah. tapi sy memang suka post entry pasal makanan. bulan tak puasa pun sama.. haha. so bear with me :D)
di samping promote eating clean.
i mean, boleh je nak makan macam biasa. yang berminyak semua tu. atau makanan manis.
tapi sesekali tu selang-selikan dengan makanan sihat macam sayur dah buah.
oat, makanan sunnah dll.

ok habis dah promote makan secara sihat. lolx

till then!!

No comments: