Saturday, February 25, 2017

food glorious food; edisi feb 2017

jyeah koleksi photos makanan muncul kembali! :D

dengan keadaan berkerja dan ada dua anak kecik, adakah dan (sempat) sy masak hari-hari?
jawapannya tak ye. hahaha
kalau nak ikutkan, kalau orang tu ada keazaman jitu, boleh je nak masak hari-hari.
it's more on yours truly ni.. *sy la tu!* kadang terlupa defroze siap-siap ikan ayam, malas nak tunggu.. so beliii.
atau balik tu rasa macam wah penat gile harini, so kita beliiii.
atau dah plan haritu macam-macam nak buat seperti basuh baju 2 round dan sebagainya. beliii.. lolx.
termasuk hari pergi ke pasar tani putrajaya (selasa dan jumaat), alang-alang dah sampai pasar tu, beli makanan siap-siap je lah.
nanti balik rumah dah pukul 6, nak siang ikan ayam la bagai. kira jimat tenaga la gitu.
motto hidup ai kan is comfy life. haha
apa-apa kena comfy dulu.
tak ada rules menetapkan masak hari-hari :DD
husband pulak diet sihat. kadang dia limitkan makan atau makan buah je / atau dia masak sendiri meal sihat dia seperti ayam rebus ayam grill etc. so time-time dia makan makanan sihat dia, kita masak simple-simple untuk sendiri makan pun ok.

eh panjang pulak mukadimah.

here goes the photos! xD


macaroni goreng.



egg-drop chicken and mushroom soup (chinese style) untuk AAs.



inilah dapurku, tempatku memasak. ada 2 je burner kanan dan kiri.

korang perasan tak.. kalau pergi kedai barangan elektrik.
kan ada dapur jenis 3 burners tu.
kanan, kiri dan satu lagi kat tengah-tengah belah atas, antara kanan dan kiri.
kenapakah yang tengah-tengah tu macam rapat gile dengan burner lagi dua itu?
kalau kuali-kuali besar dan tetiba nak masak serentak, adakah muat untuk diletakkan di ketiga-tiga burner?
atau tengah-tengah tu untuk cerek kecik sahaja yang kurus?
haha *terlampau banyak fikir hal tak penting, macam ni la* :'DD


ikan senangin masak tiga rasa.

hands down, ikan kerapu and senangin are my fave so far.
kalau nak dibuat masak 3 rasa, ha, ikan berdua ni lah dulu pilihan sy.
siakap tu so-so saja (walaupun ramai suka).
mungkin sebab isi ikan kerapu, senangin yang lebih manis.
kebanyakan siakap berbau kelumpuran. (mungkin ada orang suka. bau/rasa macam ikan talapia lebih kurang)
selera masing-masing kan.
yang penting kenyang. hehe. alhamdulillah.

sebelum ni sy biasa buat sos tiga rasa sendiri.
tapi baru-baru ni sy cuba this sos tiga rasa brand ENAK ABADI.
disebabkan sedap bak ang, sy mengulang beli balang kedua! hahah
memang enak abadi sungguh.
gambar kat atas ni, sy guna sos enak abadi dengan campur bahan-bahan sendiri.
sos ni boleh didapati kat rak sos-sos.. bahagian produk tempatan di tesco.
setakat ni jumpa kat tesco je, tempat lain tak jumpa lagi.


tomyam instant. pemalas lipas sekarang ni. nak buat sendiri satu-satu bahan pun malas. aduiyai *jimat masa. HAHA*



ayam goreng oat masak bawang.

baru sy belajar trick baharu untuk jadikan ayam goreng tu crispy, iaitu dengan menyadurkannya dengan oat!
works like magic.
jadi rangup macam ayam KFC (rasa lain la. tapi rangupnya sama).
mungkin boleh cuba juga dengan cornflakes.
cornflakes are good too.


sayur campur meriah. dah tua-tua ni baru suka makan sayur. baru nak cukup zat. hahaha hartamas.



ikan kerisi goreng belah belakang dengan 'dark stripe' kegemaran.

dark stripe yang terhasil daripada bumbuan bawang, cili, kunyit dan garam. *bukan hangus*
memang my fave bumbu for ikan goreng.
katakan tidak kepada serbuk kunyit dan garam semata.. fuahaha.
(and again, atas selera masing-masing)
mat salleh tak suka la ni.
depa kan suka ikan lembut-lembut.. atau daging medium rare.
kalau serupa gini, mat salleh cakap dah overcooked kot.
overcooked pun overcooked lah :P


ikan kerisiiii goreng garing.. woots!



combination.



another combination.



daging masak dendeng.

kali kedua masak daging dendeng.
sedap.
tapi jarang masak sebab nak buat tu renyah.
boleh visit ig sy untuk cara penyediaan.
https://www.instagram.com/p/BQsNeIjhYz9/.
resipi pun ada kat blog ni, boleh google. :)

sama dengan mi hun soto, tak berapa suka buat sebab renyah jugak.
steps banyak sangat :'D


ayam masak lemak cili api simple. sayur dah overcooked. lolx



ikan senangin masak 3 rasa lagi. dengan ayam goreng tomato untuk AAs.

AAs tu ariana dengan anaqi.. anak-anak kitorang. hihi

oklah till then!

2 comments:

kesh said...

Rajinnya, well done

wani ezryl * said...

haha ikut time jugak ni, kesh. ada masa beli kat luar jugak :D