alkisahnya jumaat tu husband cakap nak ke johor, outstation.
ingatkan lama, so oklah, kitorang tinggal kat rumah pun tak pe.
rupanya sampai ahad je. duduk bilik single.
maka kitorang pun menyibuklah sekali.. ekkiki.
muar ni bahagian di johor yang paling dekat, dekat dengan melaka.
so tak lama sangatlah perjalanan.
dah lama tak sampai muar.
last time datang sini masa trip kerja dengan team kat IC*U untuk kajian di pagoh.
now dah tak kerja IC*U dah pun. hihi
kitorang menginap kat muar traders hotel.
tak ada apa pun sini, ada la secret recipe dengan domino's pizza kat bawah tu. haha
kitorang pun just lepak kat bilik hotel je tunggu babahnya siap kerja.
malam tu kirim husband tapaukan nasi goreng kicap dengan tomyam ayam.
sebelum tu ada beli kek, pizza dengan lasagna untuk ariana.
masa mula-mula sampai. kemain happy ariana. |
bilik di muar traders hotel. simple je biliknya, tapi bersih dan kemas. luar tu ada balkoni. |
muka sememeh dah time ni.. sampai dekat time maghrib. |
esoknya tu ahad. ahad orang johor kerja.
so sementara tunggu husband kerja, kitorang lepak bilik.
budak-budak tu main je la, then tidur balik pukul 10pagi.
diorang bangun awal, mandi awal semua.
by the time nak tengah hari, pack barang and check out.
tunggu husband habis kerja sambil makan kat secret recipe kat bawah.
ingatkan dia lambat lagi habis, so pulun order nasi goreng thai SR.
boleh tahan sedap. tomyam sedap. ada udang harimau 2 ekor yang besar.
dalam nasi tu ada lagi udang kecik. udang kering ke apa, tak sure sebab tak makan. haha
ariana pulak kemain pilih kek red velvet.
kek red velvet dia harga 11 ringgit lebih woh.
my plate of nasi goreng thai at secret recipe. yums. |
ni diaaa kek red velvet. |
time ni bersilat dengan anaqi yang tak nak dok diam kat baby chair.
pangku atas riba pun dok pusing-pusing nak turun sofa.
haha.
tetiba husband habis awal.
katanya nak pergi makan mee bandung muar.
nasib baik ada ruang lagi ni untuk makan mee bandung pulak.
selera dinosaur sungguh. hahaha
so sebelum balik tu kitorang pun pergilah mencari mee bandung muar.
ok sambung di next entry! xD
No comments:
Post a Comment