Wednesday, October 05, 2016

insan-insan yang kelaparan

cerita dia tak de la solely pasal kelaparan je.. haha.

i know it's late,
but happy maal hijrah, all! :)
so isnin hari tu cuti maal hijrah.
cuti bawa ke depan daripada hari ahad.

kitorang kelaparan,
asalnya nak late breakfast kat laman perdana sambil-sambil tangkap pokemon.
tapi banyak stalls tutup.
so tukar ke umai by the lake.
bagus jugak, ada psyduck dengan apantah lagi yang tangkap haritu.. dah lupa :P


kasi chan ariana bergambar dulu :D



ariana, looking at the lake.

time tu ada 2 kumpulan ni tengah paddling.
bot diorang tulis PDRM.
polis kot tu. tengah bersukan.

then ada juga yang berbasikal.
nampaknya ramai orang yang beriadah menaiki basikal akan singgah ke umai untuk makan-makan.
kat sekeliling umai kan ada macam taman.
masa tu pun ada sekumpulan chinese, most of them with families.. beriadah kat taman belakang tu.,
sy nampak macam iklan pun ye.
ada bapa yang berpusing sambil memegang dua tangan anaknya,
ada budak meniup buih,
ada budak bermain dengan kucing,
ada budak naik skuter, basikal etc.
serius macam kat dalam iklan keluarga. hahaha

ok kembali kepada cerita kelaparan kita tadi :P

tak tau nak order apa dah lewat pagi.
hence again, char kwey teow.
kali ni banjir punya.
rasa okie dokie, tapi tak dapat challenge yang ngapfest punya.

char kwey teow banjirrrrrr.

cekodok pisang kat umai ni sedap.
sesiapa datang, bolehlah try.
sampai panas-panas, memang sedap.
tapi hari tu ramai gile orang.
pekerja pulak tak ramai.
yang mengambil order dan menghantar makanan tu ada dalam 3 orang kot.
menunggu la kejap sementara makanan nak sampai.
bawak ariana jalan-jalan tepi tasik (seperti gambar di atas-atas).

ariana makan jugak; lempeng kelapa cicah kuah kari.
amboi sekarang pandai makan roti canai, roti paratha, now lempeng pulak :D


anaqi and mama.



three. maaflah kitorang bergambar memang tak semenggah. HAHA



again, si bapa mithali dengan anaknya yang sudah ketiduran di 'kusyen'. hahaha


anaqi ni memang manja lebih tau.
kadang-kadang tu bila tidur,
tetiba mata terpejam, nangis.
bagi susu tak nak.
rupanya letak atas badan meniarap macam tu baru senyap balik. hahaha
kang seminit camtu letaklah balik atas tilam.
dia ni senang tidur, senang bangun.
once dah tidur and kita letak atas tilam, pandai-pandailah dia 'bawak diri'. :)


ariana dan basikalnya yang dah semakin 'mengecil'.


anaqi enjoys the fruit.
biasanya tembikailah.
hari tu bagi buah oren.
ehh suka jugak.
duduk sesaja berminit-minit concentrate makan buah oren, ok.




kadang ariana datang.. kadang menyibuk, kadang nak tolong suapkan.



dengan kulit-kulitnya sekali dia gigit.

memang biasanya kering isi oren tu dikerjakan.
ni semalam baru beli buah papaya.
bolehlah try bagi papaya pulak.
bagi sikit-sikit aje kasi try makan.


budak yang asyik nak follow kiteeee aje.

follow pun tapi tak sampai tahap ikut masuk toilet macam kebanyakan anak-anak clingy. haha
biasanya kalau sy nak masuk toilet,
sy tinggalkan dia dalam baby cot tu.
ala baby cot tu duduk kat depan pintu toilet je.
so apa-apa hal kita dengarlah dia menangis ke apa.

dan entry (anaqi?) kelaparan (buah-buahan? haha) diakhiri dengan gambar hari tu pi melawat atuk dan nenek kat shah alam.

toodles! :)


No comments: