Saturday, May 14, 2016

stok photos makanan

haha stok photos makanan yang tak berapa banyak!

sebabnya sejak kebelakangan ni sy jarang masak and banyak beli di luar (tapau or eat out).
being too busy, too tired,
i just have to scrap cooking from my book for a while.
kalau larat ai masak.
kalau tak larat ai beli. haha
husband pun kadang on diet.
kalau kita masak nasi pun kadang dia makan kadang dia nak makan buah je.
kalau masak bakar-bakar baru selera makannya sebab masakan berdiet kan haha
so if sorang je nak makan beria tapi letih nak masak, better beli je la.

but hey, i still love cooking! ^^

daging masak merah from the kitchen.



yang ni makan kat luar.. kat haji sharin low.

alkisahnya yang sharin low ni, hari tu nak makan kat ana ikan bakar petai.
weekend kot time tu.
tambahan, hujan lagi (sekarang musim hujan).
sampai-sampai sana, kereta berduyun beratur sampai ke luar!
tu yang pusing pergi makan kat shahrin low.
kalau tak, mahu bercinta tunggu order atau tunggu dapat parking kat ana ikan bakar.
later la pergi ana ikan bakar. (last night kitorang pergi! ekeke)
wei sana ada sata sedap gileeeeee.
ooh ok lauk-pauk di dalam gambar di atas adalah ikan stim masak asam (sedap!!), sotong masak petai (husband je makan), ketam kulit lembut masak telur masin AND sayur kacang bertepung (sedap sedap sedapp sebab crunchy!).
sedap makan kat shahrin low ni, tapi bukan hari-hari la makan sebab harga boleh tahan. lolx


ayam bakar.

hari tu bakar ayam sebab masakan ni paling simple and boleh tinggal dalam oven macam tu je sambil-sambil kita pi buat kerja lain. haha!
so kalau busy musy, sy memang buat bakar-bakar tinggal-tinggal macam ni je. mudah.
sedap pulak tu. kehkeh
plus semua orang akan makan, termasuk ariana (mind you budak ni memilih makan! haha)


masak spaghetti aglio olio kosong juga. kosong, tapi rasa macam heaven. aicit puji masakan sendiri. no it's because i just love the aglio olio.

tak semua aglio olio menepati selera tekak.
yang jual kat luar tu kadang dia letak blackpepper la apa.
dah tak original macam resipi asal (which comes from italy).
aglio olio ni dulu sy belajar buat daripada youtube sebenarnya ahaha.
tapi tengok yang betul-betul orang italy masak.
the real recipe sebenarnya minyak zaitun and bawang putih.
and parsley.
tu je.
tapi ada yang suka tambah lain-lain macam udang, ayam, sun dried tomatoes, mushrooms untuk kesedapan extra. ahax
(olive oil kat rumah dah habis, sy taram pakai minyak masak biasa. tapi tak letak banyak la. lolx)


again, ayam bakar. taraa! :P *tara la sangat!*



di atas pinggan. jangan percaya portion tu. lepas ni sy tambah lagi sampai penuh pinggan. HAHAHA dasar kuat makan. T_T



ketam masak lemak. my fave!

yang ketam ni pun original n9 recipe sebab tak letak bawang.
solely cili api dan kunyit. serai. tu je.
pastu santan.
sedap kot walaupun tak de bawang.
tapi manis! manis daripada ketam.
fuh sedap ketam dia, fresh. (kat pasar tu tulis 'ketam sabah')
makan dengan tempe goreng. hahaa



tu je photos.
sikit kan! haha
doakan sy menemui kerajinan dan tenaga yang banyak untuk masak.
kalau tak, hari-hari balik ofis sibuk buat bendalah lain; basuh baju la gosok baju la cuci botol la macam-macam. haha. husband tolong jagakan budak-budak sambil kita buat house chores.
kalau tak sempat sangat, minta tolong jugak husband cuci baju lipat baju basuh botol etc.
and he's being really helpful.

later ada gambar makanan lagi, sy post ok!

bye!

No comments: