Monday, May 23, 2016

anaqi di hospital


hari ni kitorang ke hospital,
sebab anaqi kena refer ke ENT specialist lepas kes telinga dia ada hingus tu.
dah sebulan kot macam tu.
so hari ni mari kita berjumpa dengan doktor.
hari tu kiri je, ni 2 hari lepas, telinga kanan dia pun sama. ahaha. macam-macam je kan.

lepas check, doc cakap ada lubang.
sebab tu hingus dari hidung anaqi masuk ke telinga.
doc bagi ubat makan and ubat titis.
and kitorang kena jugak beli ubat lain yang doktor prescribed kat farmasi.
sebab ubat tu tak de kat hospital kerajaan.
doc cakap lubang kat telinga budak-budak boleh hilang dalam masa sehari.
tapi sy rasa selagi ada selsema, cam ne lubang tu nak tutup kan :P

so harap lepas makan ubat semua, will be ok.
akan follow up lagi julai ni.

get well soon, anaqi.
jangan bagi mama risau-risau ok.

relax je dia main-main dengan tag minion.



tidur sambil-sambil tunggu doktor.

nak puji hospital putrajaya.
walaupun orang adalah super ramai,
urusan kitorang dapat settle at noon la.
hospital memang mendahulukan OKU, warga emas dan baby.
so walaupun kena menunggu,
dapat tunggu dengan selesa.
ada kerusi, nurses were very helpful, doktor pun baik.
kalau lapar, kafe dia ada banyak gile variety makanan.
bilik menyusu pun ada untuk mommies yang menyusukan anak.


ni kat farmasi tengah tunggu giliran.

sama-sama kita doakan anaqi cepat sembuh :)

No comments: