Thursday, April 07, 2016

sabtu kami

helo delo!
(dah khamis baru nak update kan! haha. busy sikitlah kerja hui)

sabtu lepas kitorang ke ikea.
misi utama adalah nak cari katil (and stuff) untuk bilik ariana.

sampai sana around 10 plus.
tak ramai sangat orang time tu.
datang kafe ikea pun tak ramai.
tak payah beratur.
meja pun banyak lagi yang kosong.
lantas terus beli makanan dengan riang ria.. ahaha

ariana's favourite; ikea's meatballs.



tak tau apa motif berdiri depan cermin besar tapi lepas tu selfie. cermin tu tak de function dah la kan! lolx



sambil-sambil tu tengok jugak sofa dan barang-barang lain untuk deco deco plan rumah baru nanti.

sementara tu tengoklah dua orang budak yang kamceng habis ni.
naik muntah pelangi nengoknya :'DDD




dah mengadu anaqi tarik rambut.. tapi dok hulur hulur kepala suh anaqi pegang rambut dia. what the whattt.

diorang ni memang sayang satu sama lain la.
anaqi yang kita nampak kecik macam tak tau apa-apa tu kan *bahaha*
kalau nampak kakak dia, terus senyum sampai telinga.
kalau ariana bercakap pun, anaqi boleh gelak gelak.
so kalau nak bagi mood anaqi ok, panggil je ariana.
"ariana, meh sini main dengan anaqi!" HAHAHA


hoho katil kanak-kanak ikea yang comel!

ended up beli katil design macam gambar kat atas.
nanti bila-bila sempat, sy up gambar kat blog ni.
entry bilik ariana.
tapi kosong lagi biliknya.
so nak buat blog entry khusus pun macam segan je. hahaha

so lepas ke ikea,
balik tu straight jumpa developer untuk sign agreement beli rumah.
ni first time sy beli rumah. kitorang sharing beli. haha
banyaknya docs nak kena sign!

entry diakhiri dengan gambar 'site visit' *lah sangattt :P* tempoh hari di bakal rumah baru. ekeke
rumah kecik je simple-simple, tapi bolehlah dibuat duduk.
so tengah semangat la ni nak cari deco-deco idea.
yang minimalis je lah kot.

ok till we meet again!
sekian.


2 comments:

kesh said...

Cantiknya rmh congrats..

wani ezryl * said...

tq kesh. tunggu siap hujung tahun (kalau sempat siap) hihi