Saturday, April 23, 2016

melaka's family trip (belah in laws)

salam semua.
bersiaran lagi kita selepas 10 tahun tidak berjumpa.
*ahaha exaggerate sangat!* :P

jumaat malam yang riang ria ni barulah sempat nak berblogging.
hajat di hati bawak ultrabook siang tadi ke ofis.
ingat time break ke apa boleh la blogging.
rupanya sibuk sampai pukul 6, kau! ahaha.
buat berat beg je bawak ultrabook tapi tak pakai pun. T_T *tak pe. senaman*

kali ni nak cerita pasal melaka trip baru-baru ni.
FIL ai kaya-raya lalu nak membelanja semua pergi trip. hehe

so husband tolong carikan homestay sebuah and jumaat lepas kitorang pun ramai-ramai pergi melaka.
second time kitorang pergi zoo melaka.
last time pergi tahun lepas, masa pregnantkan anaqi.
time tu penat berjalan, naik tram.
this time satu zoo tu sy pusing jalan kaki. haha

us three. mana ariana?? dia dah ada 'bapak' baru. wuu.



ni lah 'bapak' baru ariana, pak su dia.

ariana ni memang kamceng dengan pakcik-pakcik dia.
macam kat side sy, dia manja dengan faliq dan harith.
kat side husband, dengan pak su dia ni lah (iqbal).
sikit-sikit pak shu pak shu.
kitorang mak bapak dia ni langsung tak dilayan ok!
kami mak bapak terabai T_Tv



my kesayangan and always kesayangan. :)



gambar bawah rimbunan pokok, macam ni lah kejadiannya. AHAHA

gambar banyak, tapi letak sikit je lah kat blog.
jenuh pulak nak menguploadnya. lolx

so lepas ke zoo tu, kitorang 'check in' kat homestay area ayer keroh.
rumah baru pun.. terrace yang agak besar jugak la.

malam tu pergi makan ikan bakar kat parameswara umbai.
gambar tak ada.
sibuk pegang anaqi, tak sempat nak ambik gambar.

so the next day ke bandar melaka pulak.

kali ni ariana kamceng dengan cousin dia pulak, syaza.
kemain pegang tangan bagai.
amboi sangat.
sekali lagi, kami mak bapak terabai. T_Tv
tak pe, anaqi ada.
anaqi yang muka straight dan hanya ketawa ikhlas bila ariana ada (agak terabai juga kami di situ T_T)
tak pe, kami husband & wife ada satu sama lain. huuuuu
:'DDD




pegang tangan siap!

mula-mula ke menara taming sari.
naik atas tengok view.
tangkap gambar pun ye jugak. hahaha

adik-beradik ipar duai belah in laws. time ni anaqi dah tertidur.

anaqi ni breastfeed.
so macam mana dia minum di tengah-tengah orang ramai?
sy kalau kat luar seboleh-bolehnya bagi dia minum dulu dalam kereta.
tapi kalau dah lama sangat kat luar and dia dah bising-bising nak minum, biasanya akan guna nursing cover yang sangat convenient.
nursing cover yang sy beli tu boleh cover depan belakang, tak macam yang biasa dijual hanya cover depan.
so tak perlu cari dinding atau belakang kerusi sandar untuk cover belakang.
setakat ni puas hati la guna.

ok sambung part gambar. ahaha

muka mengada-ngada nak kena puk namanya ni.



my happy little family. woots!



aksi je lebih. ekeke

lupa nak cerita.
topi tu beli kat area menara taming sari tu jugak.
sebab cuaca panas dan tak bawak payung.
alang-alang ambik topi yang super lebar, senang nak hadang kepanasan.
kisahlah orang nak kata puteri lilin ke apa hahaha

ariana pun ada topi.
pak su dia 'pilih'kan.
i was like.. "ariana, ambik la topi kaler light pink ni. sesuai dengan baju."
and ariana was like.. "nooo" sambil tetap pakai topi pink terang tu atas kepala dia. T_T
mentang-mentang pak shu ko 'pilih' ye.
walhal dia main ambik je topi paling atas. ahaha
nasib la pink.
kalau kaler hijau tak ke lain scheme warna tu. lolx

lepas tu kitorang jalan-jalan pusing-pusing naik beca.
RM25.
singgah beli t-shirt melaka kat dataran pahlawan.
FIL belanja yiahoo.

afterwards kitorang pi naik river cruise.


helo oh helo with anaqi. :)

kepala dia tu banyak kesan cakar.
maklum la, orang kuku macam traktor jengkaut semua ada HAHAHA
dia ni habit suka garu kepala dengan telinga.
tak tau la gatal sebab rambut dia baru tumbuh ke apa.
tapi banyak la kesan cakaran tu.

and sambil naik river cruise, sambil tengok artwork pada dinding-dinding di sepanjang perjalanan.
gorgeous!













antara artworks yang ada. yang lain sy shot video.

balik dari bandar melaka tu ingat nak singgah klebang.
sampai dah.
tapi penuh gila-gila!
ended up pergi makan KFC je on the way balik ke homestay.. ahaha.
jauh-jauh jalan, makan KFC jugak akhirnya :'DDD
malam tu pergi makan dekat-dekat homestay aje.

the next day, hari balik tu.. lepas 'check out', sempat la singgah taman rama-rama pagi tu.
bestlah, bukan setakat rama-rama, ada reptilia and serangga lain jugak.
buaya pun ada.

tegak betul semorang dalam gambar ni ha!


dan entry diakhiri dengan gambar ariana dan 'pak shu'nya yang dah la baru baik eksiden patah tangan, kena dukung-dukung ariana pulak sepanjang percutian.
budak tu tau je la berapa kilo :P
moga iqbal diberi pahala yang tinggi melayan anak buahnya ni. :)

uncle and niece.

2 comments:

Anonymous said...

kau kenapa wani? hahaha...
emosi terabai je kerjanya... hahaha. Btw, it is such a fun days spending time with ypur beloved ones. Spread the laffff!! ;p

wani ezryl * said...

mmg kitorang terabai ok. hahaha
jyeah u too.. share and spread the love!