now every 2 weeks memang kena pi check up.
dah week 35.
EDD will be on november 15th.
tapi semalam doc cakap position baby dah 'masuk' sikit kat bawah.
patutlah kebelakangan ni rasa pressure sikit bawah.. sakit sikit la kadang-kadang tu. sebab pressure tu kan.
btw semalam sampai shah alam lambat
sebab berpusing-pusing dalam putrajaya tu..
ada hari sukan negara kan.
so most of the roads were closed.
ni kalau emergency, jalan banyak tutup susah jugak.
jauh nak pusing wooo.
so bila dah sampai SALAM tu giliran no. 12.
last 2 weeks no. 3 ok sebab sampai awal.
tunggu lama sikit la.
dalam 2 jam baru settle kat sana sebab ramai orang.
tapi jumpa doktornya kejap je..
check rekod lepas tu scan.
tak nampak muka baby sebab dia tutup dengan tangan.. haha
tengah tidur.
duduk menunggu sementara tu. |
then ada tempat main untuk budak-budak kat corner tu kan.
ariana dok la main situ.
elok je dia main.
ada budak-budak lain jugak.
tapi ada la budak lelaki ni 3-4 tahun kot. dah besar sikit.
jenis yang tak nak share.
kalau dia nak main tu dia tak bagi budak lain main.
tapi bapak dia punya la baik, tegur anak dia.
ariana kalau orang tak bagi share, dia selamba je blah pi main benda lain pulak.
tak de la dia nak rebut sangat.
tapi kadang kalau tak puas hati, dia akan cakap "nooo.. noo.." siap angkat telunjuk lagi.
macam la budak-budak tu faham kan. hahaha
main sambil siap menopang dagu. |
sy perasan si bariana ni kalau main jenis yang suka nak belajar sekali.
sambil main dia sebut huruf la mengira la.
bayangkan kalau dia minum susu tu pun,
kejap lepas minum dia keluarkan botol dari mulut dia.
dia tenung botol tu.
ingatkan apa la.
rupanya lepas tu dia mengira ruler yang kat botol susu tu!
ahahaha kelakar la dia ni.
tapi dia jugak yang paling tak dok diam kat hospital tu.
budak lain tengah main mainan tu kan.
ada time dia lompat-lompat (sendiri la, tak kacau orang)
pastu nak buat aksi terjun dari kerusi la.
babah dia la jadi mangsa kena menyambut. lolx
tu belum masuk babah dia menyakat dia.
punya la nyaring si ariana menjerit sebab tak puas hati. hahah
ni time elok main sama-sama. |
around 11.30 pagi tu habis check up.
balik rumah nenek atuknya.
dekat je pun kan.. sepelaung dekat eh. haha
then ariana tidur.
kitorang keluar pi lunch lepas solat zohor, tak bawak ariana pun sebab tidur.
makan kat PKNS je, kat restoran FC.
kalau datang sini memang suka makan chicken chop dia la.
tak pun chicken burger dia. sedapp.
sejak kecik kot makan kat sini.
hampir penuh la meja-meja kat sini. ramai ok orang makan sini. |
restoran FC ada buat make over kot..
ada wallpaper baru, tukar lampu semua.
nampak lagi terang la kedainya.
seperti biasa, chicken chop ai! |
yang paling heaven of course coleslaw dia.
yang paling sedap di alam semesta.
tak percaya pi order sana. :D
husband order chicken lasagna.
lasagna ni kira menu baru jugak la, tapi tak berapa nak baru.
sebab zaman dulu tak de pun menu ni.
ni pun kira first time husband order.
sy rasa-rasa la jugak.
tak menepati citarasa la kot sebab masam tomato sangat.
husband yang hantu cheese tu pun cakap cheese dia tak banyak.
may be menu tempatan, jadi rasanya macam tu. ntah.
tapi next time memang tak order la lasagna kat sini.
yang sedap chicken chop, burger, ayam, kebab pun ada.
yang mee dengan laksa pun sy jarang try.
chicken lasagna. |
kebetulan semalam and harini kat SACC convention centre ada karnival hartanah bumiputera.
buildingnya pun belakang PKNS je.
why not kita pi jenguk.
walaupun tau tak denya rumah yang berkenan nanti.
nama je hartanah bumiputera, tapi rumah harga sejuta.
kegilaan apakah ini.
yang harga 500k pun biasalah, kat nilai sana.
yang apartment lagi la.. seunit je dah RM$400++ per kaki persegi.
tapi sy rasa pemaju-pemaju ni dah sedar,
market demand lagi banyak nak rumah harga 400-500k yang landed.
macam sime darby semalam btau,
unit yang ada sekarang harga 600k ke atas.
tapi lepas ni diorang nak buat projek more to rumah 400-500k ni.
ha tau pun.
not sime darby la, tapi pemaju-pemaju lain pun.
korang buat rumah juta-juta ni buat apa.
siapa nak beli banyak-banyak tu.
REHDA pun dah habaq hari tu,
banyak rumah menggapai awan yang harga mahal ni tak laku.
same as rumah landed juta-juta.
tengok la majoriti pembeli siapa.
bukan setakat orang yang nak invest je,
tapi middle class income family yang baru nak start hidup berfamily.
mana la mampu nak beli rumah juta-juta.
and kebanyakan nak yang landed supaya anak-anak boleh main kat tanah.
ni tak, fikir nak untung je.
satu contoh is rumah ecoworld kat cyber.
rumah kecik je. stok teres 2 tingkat standard.
harga sejuta ke atas ye.
tak kisahlah la pemaju tu pemaju besar ke well known ke.
patut syarikat besar dapatlah cut cost sebab projek mega kan.
ni jual macam tu punya harga.
apa nak jadi.
good luck with the buyers, tu je la nak kata.
tak ramai orang time kitorang datang. |
memang agak lengang la time tu,
even dah pukul 3 and VIP dah rasmi semua.
time tu VIP tu ada lagi tengah lawat-lawat booth.
suasana. |
boleh banding kalau baby expo kat sini haritu..
nak jejak kaki pun tak dapat sebab kat luar pun dah berderet kereta jam.
may be hebahan tak banyak or bukan priority orang mencari rumah sekarang sebab ekonomi etc.
(atau orang boleh expect dah harga hartanah bila ada karnival-karnival hartanah macam ni)
then malam tu dating kejap kat subang parade.
tengok wayang aje..
sebelum tu dah makan kat rumah (beli kebab kat pasar malam) and solat maghrib semua.
ada la dalam 2 jam je ke subang.
tengok hotel transylvania 2.
best jugak lah. seronok tengok.
ariana tinggal kat rumah dengan atuk and nenek.
MBO ni kita ada kad member dia.
so dapatlah beli tiket kat lorong untuk VIP.. tak yah beratur.
kat situ terus beli kupon popcorn semua.
so sampai kaunter popcorn je terus ambik popcorn.
nak masuk dalam pun dia bagi laluan VIP tak yah naik tangga. lolx
dapatlah bergambar sekerat je sebab ada makcik dengan anak-anak dia berdiri kat tepi tu :P |
kombo popcorn dia dapat air large ok.
risau je nak minum banyak-banyak takut nak terkench kat dalam wayang haha
sy memang tak boleh, minum sikit je mesti rasa nak ke toilet je sekarang ni.
jadi nak minum kena hati-hati. hahaha
kalau kat subang parade ni, cermin dia ada kat belah atas lif :P |
then habis tengok wayang, terus balik rumah shah alam.
ingat nak singgah parkson ke mothercare tengok barang baby.
tapi time tu lagi 15 minit nak pukul 10.. kedai pun nak tutup and ada yang dah tutup pun.
jadi tak sempatlah kita.
balik sajalah.
tengok movie kat ultrabook, tidur.
lolx
No comments:
Post a Comment