semalam birthday my husband.. woot woots!!
sebab wishnya adalah sama,
so sy tepek je la print screen daripada facebook. haha
seorang pencinta kucing,
laju mengira *i don't like maths.. he does!*,
a movie goer,
loves computer and android games,
jenis yang makan apa je kalau kita masak (kecuali nasi dikurangkan),
bawak kereta agak hati-hati la berbanding sy *i'm the adventurous one dalam rumah ni kihkih*
for a guy, agak rajin jugaklah kat rumah.. boleh vakum rumah, mop, mandikan anak, basuh baju segala.
kitorang ni banyak kegemaran yang tak sama ok,
but somehow we jive together.. lolx
sy ucapkan berbanyak kesyukuran kepadaNya
and also thank my MIL sebab melahirkan husbandku yang awesome ini.. wihihi :D
so memang plan nak buat handmade birthday card je untuk husband.
sebab rasa macam dah lama abandon hobi ni.
asyik-asyik singgah memory lane kan.
walaupun truth is, buat handmades ni lagi costly hahahaa
kisahlah cost ke tak cost.
yang penting kegembiraan membuatnya. tu tak ternilai ok :DDD
bawak bahan-bahan ke ofis.
fikir, may be sempat siapkan ni sebab hari jumaat kan.
tak la sibuk sangat.
tapi tiba-tiba kerja datang bertimpa ok hahaa
nasib baik la kerja tu settle dulu laju-laju.
petang lepas lunch hour baru sempat nak fokus buat kad.
the stuff. |
untuk kad, beli sedia ada yang kosong kat daiso. nak buat sendiri tak sempat, nak kena cari lagi. *mode malas fikir* :P |
selepas gigih menggunting dan menampal di sana sini,
akhirnya siaplah jugak handmade birthday card untuk husband! yay!
agak laju jugaklah sy buat.
biasanya buat handmades ni memakan masa sikit.
nak hias lelebih macam tak cukup time,
so gunakan pen untuk tulis and lukis je.
tadaa! |
gambar tu dah siap-siap print dari rumah.
sy memang jenis tak suka guna harta ofis untuk personal, hatta printer sekalipun.
kalau emergency pakai, sy may be akan tinggalkan duit kat printer ofis haha (tapi setakat ni macam tak de lagi la)
pen pun sendiri punya.
adakah tak munasabah? hahaa
tapi yang bummer tu,
ai sorokkan printed photos ni dalam babycot kat bilik menggosok.
konon tak nak bagi husband nampak la. surpliseee!
pagi tu kat rumah, husband pi sana cari seluar kerja dia.
jenguk dlam baby cot nampak kertas tu! siap belek-belek lagi.
haaaaa tak surprise langsung la dia niiiii hahaha
(salah sendiri jugak letak kat tempat 'terdedah' T_T)
dah siap design2, kita bungkus! :D |
simple doodle at the back. |
ye dah 3 series dah husband. hihi
balik dari ofis,
laju singgah alamanda untuk beli kek.
tapi tak ada la beli sedebuk besar yang 2kg tu.
siapa pulak nak makannya karang.
beli 2 slices je.
choc cheese for husband and white choc macadamia for ariana and myself.
mintak lilin sebatang.
nasib baik la alamanda tak ramai orang.
time-time orang balik kerja kan.
the cakes. yum yum! |
kitorang ni sambut birthday memang sempoi and simple je haha
panggil depa datang snap gambar, then makan :P
nampak tu, ariana siap pakai beg galas (beg sekolah) dalam rumah hahaha |
signature peace :P happy birthday, hun! |
kami dan makan-makan memang tak dapat dipisahkan. fuahaha
so for dinner,
decided to go to haji sharin low restaurant for a treat.
samseng pinggiran putrajaya :PP |
elok je tersusun air tu untuk 3 orang kan. haha
ariana pulak sampai-sampai, tidur.
whatthe.
orang nak bagi dia makan, dia tidur la pulak.
dah pakai lawa-lawa, tapi tidur. lolx |
so ni la yang kitorang order.
nak order lebih tak berani.
makan berdua je pun, kang tak habis pulak.
sup ayam dan jagung. sedappppp. hambik, banyak huruf P tu menandakan sedap. lolx |
husband nak ni; mantis prawn masak apakah namanya.. tapi macam kicap la. rasa masam manis. |
then we had ikan kerapu masak hong kong (soy sauce) |
memang garing la ikan kerapunya. sedappp
pandai tukang masak tu bajet, bagi ikan yang memang cukup makan untuk 2 orang.
not too big and not too small.
macam biasa, terung kena ada :D ini terung goreng telur masin. yummy! |
sikit je kan ordernya.
makan dengan nasi putih.
tapi percayalah, memang kenyang.
sup je tak habis, sebab nak bagi ariana makan tapi dia tidur.
so kita mintak bungkus bawak balik rumah.
meja kitorang. |
suka la makan kat situ.
tak bising. semorang makan dok diam-diam je.
(may be ariana tidur so tak bising HAHAHA)
kira jenis pelanggan yang datang menikmati makanan la..
and bukan yang jenis borak kuat-kuat satu restoran boleh dengar topik apa ko bincangkan kihkih
kan kadang ada jenis yang macam tu.
biasanya a group of people la.
tak salah pun nak borak bising,
tapi pi mamak sana ya. hahaha
all in all,
had a good celebration walaupun sederhana saja.
tak de la nak havoc beli belon terapung ke buat surprise orang datang hantar bunga or nyanyi-nyanyi. ai tak mampu, you :'D
asalkan kenyang, happy and we enjoy each other's presence. tu dah cukup.
again, HAPPY BIRTHDAY to my beloved husband.
more celebrations to come, insyaAllah.
:D
2 comments:
handmade card tu sangat cantik! you inspire me to make one for your brother hahaha tapi tula, im no creative uwaa T.T
thank youu. redah je durra; tepek gambar, stickers, use colour pencils/markers kalau ada. simple pun tak pe, it's the thought that counts. lolx
Post a Comment