3 hari macam-macam boleh buat kot.
kalau tengok kat fb ada yang siap pergi melancong lagi.
kitorang ni tak de la nye nak melancong.
cuti 3 hari ni banyak dimanfaatkan untuk berehat-rehat since weekend sebelum ni dah agak hectic kan.
so kita cool down dulu. ahahah
walaupun begitu masih menerima jemputan makan-makan.
maka let's makan lah kan orang dah jemput haha
sabtu baru ni ke house warming and sambutan post-aidilfitri kat rumah faizul.
rumah dia kat area kota kemuning, jalan kebun. area-area situ.
since nak pergi sana, and keesokannya kebetulan ada kenduri lagi di shah alam,
so kita usung beg balik rumah parents kita la kat shah alam. hahah
sekali la tengok mama abah demam.
kesian depa.
mama tu demam since lepas kenduri last weekend.
penat sangat kot.
lepas tu abah pulak berjangkit.
didoakan keduanya cepat sembuh.
ariana buat air katira tarik kat situ. haha |
sedap jugak makan, nasi beriyani wuhou.
and ada dishes lain la macam mee kari, mi hun sup tulang daging, kuih-kuih etc.
faizul cakap diorang gotong-royong masak family.
kusangkakan catering sebab ada trays semua.
kalau masak sendiri ni kira sedaplah hoih.
nasi beriyani ayam. |
habis makan around 3pm macam tu.
terus balik rumah kat shah alam.
rehat sampai malam.
tak keluar mana pun.. makan pun kat rumah.
masak daging masak merah dengan sayur kacang panjang + carrot goreng.
esoknya tu husband and i pergi makan nasi lemak ciast.
ingat nak tapau je.
tapi husband ajak makan situ.
so marilah kita makan situ.
duduk di meja di bawah pokok.
suasana yang sejuk dan nyaman (sebab kitorang keluar pukul 8 haha)
husband tengah menikamati nasinya. wihihi |
me. tengok tu berderet kereta parking tepi. semua ni beli nasi lemak kat sini. memang sedap! |
as usual, sy kalau beli nasi lemak memang tak makan sambal.
so makan dengan rendang kerang dia la.
sedap ok.
my plate and husband's plate. |
time makan tu ariana tak ikut sebab dia tidur lagi kat rumah.
belikan tapau untuk abah+mama.
balik rumah tu nak hantar nasi lemak tapau, tengok ariana dah bangun.
kitorang ingat nak keluar balik pi cuci kereta kat belakang.
since ariana dah bangun, kita ajaklah dia join sekali. hahaha
ariana dan babahnya. kamceng sangat. kihkih |
peace! pandai pulak tu dia buat peace. |
awat budak-budak kecik ni kalau nak buat peace dia mesti tengok kat jari dia dulu.. betul ke tak buatnya hahaha
ye berjaya! walaupun ariana punya peace tu macam nak membuat sodokan ke mata je hahahah |
then tengah hari ke wedding anak super big boss kat SUK building.
nak ajak ariana, dah siap bawak baju kurung untuk dia.
tetiba dia tidur! doink!
biasalah tu tengah hari time dia tidur.
so pergilah sy and husband je berdua.
keadaan di dalam dewan. |
selfshot husband and i. |
ye kod pakaian adalah baju kebangsaan/baju batik.
that explains kenapa husband pakai baju melayu siap bersongkok hahah
tapi sampai sana tengok ada je yang pakai kemeja.
kitorang ni semangat lebih kan. lolx
sempatlah tengok pengantin. tu pengantin tengah potong kek. |
then habis wedding tu, kitorang balik rumah shah alam.
ariana dah bangun time tu. tapi mamai-mamai lagi.
beg dah siap packed.
so kitorang pun lepas rehat seminit dua, bergerak balik.
before balik putrajaya, singgah kampung husband kat banting dulu.
jenguk parents in law kita. hihi
then dah lepak-makan semua, baliklah kita ke putrajaya.
sebbaik harini isnin cuti.
so dapat rehat sikit.
tu pun sampai tengah hari, hantar husband ke ERL.
hidupnya penuh dengan outstation kan sekarang haha.
esok masuk ofis balik.
rasa kemalasan tu ada.
tapi rasa nak pi ofis pun ye jugak hahaha
both ways la, dua-dua boleh.
dok rumah boleh, dok ofis pun boleh.
tapi dok rumah tak de geng tak best ah. ada ariana and i je.
kalau husband ada baru cukup korum. akaka
so tunggu dia balik esok la baru korum kita cukup.
yoshh.
till then!
1 comment:
haii assalam,..
best kan cuti 3 ari..syok g makan2 jalan2..
n musim demam skg ni anak2 kita pun demam..
BW here^^
jemput baca --->>> : promosi september khas untuk wanita-wanita cantik gebus
Post a Comment