Tuesday, August 25, 2015

faliq & ain's wedding reception (USJ)

hai hai!

ahad lepas turn kenduri-kendara di side lelaki pulak; i.e my brother, faliq.
memandangkan dewan-dewan kat shah alam banyak dah fully booked,
maka majlis resepsi telah dibuat di one city, USJ.

sy memang tak sempat nak tolong mana,
just sponsor guest book, kerepek dan buat photo props.
photo boothnya tak ada pun, sebab tak sempat nak buat jugak haha

event hall kat one city ni penuh pada hari sabtu.
siang malam ada wedding events berbeza.
menyebabkan my family terpaksa datang sana tengah-tengah malam sabtu tu untuk preparation.
doink.
patutnya management tak ambik event back to back macam tu.
macam mana orang nak prepare.
pelamin kerusi meja semua pakai yang recycle from previous event aje ke?
atau sempat ditukar sebelum majlis berlangsung?
how to do wedding rehearsals etc?? (kitorang memang tak buat rehearsal pun).
kesian kat my family jugak.. esoknya nak buat event, tengah malam bersengkang mata sampai pagi nak pergi sana pulak. termasuk dengan pengantin-pengantin sekali. sudahnya tak cukup rehat. hadoii.
but for improvements better next time kena consider keperluan pelanggan untuk prep.
sebab dah bayar kan.

sempatlah jugak sy snap few photos semasa kenduri.
lepas tu sibuk melayan tetamu. wihihi
tak padan perut bulat sibuk ke sana sini.


ariana start pukul 12 dah tidur. nap time dia ni.



ololo kesian dia mengantuk. missed most of the important moments time wedding sebab tidur. haha



my mom and dad.

ye tema baju keluarga adalah merah.
baju ladies, tempah. guys, beli kat jakel.
baju ariana beli last minute hari sabtu sebelum hari wedding.
merata cari gaun merah.
banyak baju gaun budak-budak kan kaler krim or putih.
nasib baik la jumpa. phew.


with one of the photo props that i did.

gigih ai buat props sampai pagi.
dah terasa macam kat kursus DPA pun ye.. time-time buat assignment sampai pagi. wahaha
ni buat sampai pukul 3 lebih nak masuk 4pagi. tidur kejap.
then bangun balik untuk sambung.
lenguh belakang hoih dari duduk sampai baring, sambung duduk then baring lagi. lolx
dia jadi tedious sebab lepas gunting tu kena tepek kat mounting board and hiris pakai pisau pulak.
betapa banyak kerjanya kan.
tapi tak pe, asalkan hasilnya berkualiti. :D


husband and i.



the arrival of pengantin. pengantin sampai dalam pukul 1.30 petang macam tu.



at the arch.

memang la pengantin sekarang ni tak macam dulu kan.
budak berdua ni siap borak-borak sebelum nak gerak ke pentas tu ahaha
tak kisahlah. asal sampai ke destinasi :P


view from the arch-entrance.



time makan. ke makan time? haha



with my friend, syira. thanks for coming!

ada jugak kawan-kawan lain yang datang,
tapi gambar diorang tak ada dalam phone sy.
mostly diorang snap pakai phone diorang sendiri.


small family photo. ada gambar lagi ramai, tapi dalam phone photog.



baiknya ariana dok diam ahaha. time ni dia baru bangun tidur :)


then kitorang fooling around dengan props :




love him, love her.



sempena merdeka. hahaha









ahaha mr beard tu sangat fit dengan muka husband!! *gelak keluar air mata*



jugak gambar kemerdekaan. lolx



pose dengan jalur gemilang.



faliq and ain.



muka tak puas hati dua-dua. ahaha



kitorang sempat la bergambar dengan pengantin.



somehow gambar pandang ke tepi ni nampak sangat comel! lolx



mi familia.



tengok muka licik ariana nak makan ais krim tu! rofl!



the red clanz. hoho



ariana makan cup cake. durra bawak.



last but not least, again a photo of me and husband. :)

then the next day tu sy awal-awal dah apply cuti.
tau memang badan akan lenguh and penat.
so i need a rest.
tapi tak de lah tidur the whole day.
duduk rumah pun agak produktif lah membasuh baju melipat baju semua.
siap pergi pasar lagi. lolx

all in all majlis berjalan lancar and ahad malam tu jugak balik putrajaya.
ingat nak tengok konsert AF tapi tertidur jugak depan tv sudahnya hahaha

till then!

No comments: