Friday, August 12, 2011

x) malas gile nak fikir title HAHA

sedang online dengan connection edge di kampong haha
jadi tak de gambar juta-juta harini :P

harini nak buat survey bulan ogos. just for fun. here goes.


1. bulan puasa kamu prefer masak atau beli di bazar?
masak. tertakluk kepada kerajinan HAHA. bazar kat sini tak banyak perkara menarik macam kat shah alam *ohok tersedak* nak cari cucur udang pun tak ada! apeka.

2. setakat ni, apakah makanan paling simple yang kamu makan untuk berbuka?
telur kicap. simple tapi sedap =p~

3. makanan paling simple untuk sahur?

popia. ambik kat rumah tuan haji (pengarah) masa majlis berbuka/terawih, pastu bawak balik rumah untuk sahur. haha

4. terawih di mana?
kalau kat KT city, biasa pergi masjid ladang.

5. makanan berbuka bulan ramadhan dari bazar terbaik of all time?
ayam percik zoey, seksyen 19, shah alam. bahaha
tapi dia tak jual dah. dia jual nasi ayam kat bazar seksyen 18. dia cakap tak de orang nak bakar ayam tu.. tak de pekerja. hish sia-sia ok resipi sedap macam tu ko tak jual! :P

6. dah tempah baju raya ke?
biasanya every year beli nak hujung-hujung hari lolx. coincidence hari tu ada tempah baju kurung daripada kain hantaran, buat je baju raya. jangan membazir di situ. ekekes

7. kasut raya?
dah tua-tua ni tak de kasut-kasut. kalau rosak, beli terus. haha

8. rancangan tv kegemaran di bulan ramadhan?
sekarang tengok tv on off je. tak se-hype dulu. tapi suka tengok 'ketuk-ketuk ramadhan'. just tak dapat tengok hari-hari sebab bekerja kan. (rancangan tu daily pukul 12noon)

9. tempat yang selalu pergi bulan ni?

tak de la tempat sangat. tapi dah few times pergi pasar payang. fuahaha

10. kalau diberi pilihan, nak berbuka di luar atau di rumah?
di mana-mana pun boleh, asalkan makanannya best :P


teman tok ke pasar kat kampung. kecik je pasarnya.
hah tu tok sy yang pegang payung tu. comel kan ^^v

No comments: