Saturday, August 13, 2011

tentang cucur

terpanggil-panggil untuk buat cucur udang. ahax



selamat hari ke-13 ramadhan.

sy selalu tertanya-tanya, macam mana cucur jagung awesome kat jalan tang ling tu boleh ada effect jalur bawang goreng hangus yang enak (selama ni aku goreng cucur tak pernah terbakar pun bawang tuh!!). dan akhirnyaaaa *drumrolls* telah berjaya menghasilkan jalur bawang goreng hangus yeahx!! (padahal tak bererti apa-apa pun HAHA). yeah wani always get excited on small things like that :DD

semalam buat cucur udang untuk makan malam (maksudnya selepas isya' & terawih).
tau-tau je lah bulan puasa ni fikiran tu mengarut-ngarut sikit nak makan this and that. tiba-tiba tringg!! 'waniiiiii makanlah cucur udang dengan kuah kacanggggg' sambil terbayang-bayang cucur udang kuah kacang dari shah alam :P

dan tau je lah kat terengganu ni, mencari cucur udang sama lah macam mencari harta karun. lepas tu ada pulak kuah kacang tok lebih kat dalam fridge.. heh he hee *sly grin*

selang beberapa ketika, cousins ku yang kecik-kecik bersama dengan cousins mereka juga datang singgah rumah. they loved the fritters! lolx. pastu kena buat lagi.. dan diorang dengan ruthlessnya telah menghabiskan sepinggan besar, siap rompak yang ai goreng untuk orang-orang di dapur! sahur tadi pakcik sy merajuk sebab tak de cucur udang untuk dia HAHA.

hailaa cucur udang.


//watching 10 things i hate about you series & i love it!

2 comments:

Anonymous said...

benda-benda kecik adalah inspirasi kepada benda-benda besar! hahaha

wani ezryl * said...

betul! kadang benda-benda kecik bagi impact yg sangat besar.