Friday, June 17, 2022

ke pesta buku antarabangsa KL, PWTC

assalamualaikum and hi! :)

baru-baru ni sepanjang minggu cuti sekolah,
pesta buku antarabangsa KL (PBAKL) dianjurkan kembali secara fizikal.
yoshh lepas 2 tahun pesta buku tak de, sy expect pesta buku yang meriah dan ramaaaii pengunjung.

bet it was.

sy join lawatan ofis ke PBAKL pada 10 jun 2022 (jumaat).
manalah tak sayang ofis ni ha, macam-macam ada. lolx



dekat salah satu photo booth.
cumanya tahun ni tak de free printed photos and merchs pun tak de. *doink!*



kredit kepada amy yang tolong snap gambar.



kat area booth karangkraf di level 3.


kalau nak jumpa ramai penulis,
kena pergi on weekend.
tapi jumaat tu pun ada ramai penulis dan celebs jugak.
ada yang kukenal, ada yang tidak.

antara yang ada hari tu dan sy nampak macam ustazah asma harun, hilal asyraf, izzue islam dan ippo hafiz.

lepas sy balik drp pesta buku ni, baru tau isu.. ada few publishers yang tak yakin nak mempamer di PBAKL kali ni. takut dah tak de orang, tak de peminat buku. semua digital kan sekarang.

silap besar ye.
sebab pengunjung datang tak putus-putus, alhamdulillah,
jalan berlaga bahu siap. betapa ramainya. tu baru hari jumaat.
weekend sy tak pasti la camne keramaiannya.


sy tak snap banyak pun, sebab dok sibuk booths hopping.
tu pun macam tak sempat je nak explore semua.



ada banyak tempat duduk kalau korang dah penat.
tengah2 duduk boleh pulak ada ejen jual insurans datang. adui nak rehat pun tara senang :P




tak beli banyak, tapi beli yang berbaloi.
almaklum la kita ni tak banyak peruntukan. beli ikut mampu je.



jumpa pulak buku dirgahayu helmi effendy ni.
sebelum ni beli e-book dia je. tak sangka jumpa yang printed.



kesimpulannya ai tried to explore semua floor, i did.
tapi macam tak 'dan' nak membelek semua buku. tak satisfy hahaha.
sebab ikut rombongan kan, pukul 2.30 petang dah kena naik bas.
nak kena tunggu surau PWTC lagi sebab orang pakai untuk solat jumaat. so terkejar.
mana yang sempat je la.

next time kena pergi sendiri jugak.
baru puas hati.
biasanya kalau sy pergi mana2 pesta buku, kena dari pagi sampai petang berkampung, at least. haha

meriah, but ada yang sy cari tak jumpa. cari online je la atau ke kedai buku lepas ni.
tapi for sure harga tak sama.

apapun, i did enjoy my time
dan harapnya berkesempatan lagi untuk join tahun depan, Allah's will.

tatah!

Wednesday, June 15, 2022

trip ke ikea cheras

assalamualaikum and hi! :)

baru perasan, lama tak post entry pasal ikea.
kalau dulu, rajin jugak.
sebab rajin pi ikea kan. hahaa
ni faktor usia la ni, maleh nak snap gambar, maleh nak upload.

but this time kita rajinkan diri snap sikit2 kenangan berjalan-jalan di ikea cheras.


di ruang pameran. dok nak beli sofa kivik ni ha.
kesian ruang tamu tak de sofa. kihkih



produk kivik ni antara yang laku keras kat ikea, tak silap sy la.
may be sebab design dia yang simple dan harga pun tak la yahudi sangat. lolx



gambar anak-beranak jangan dilupa.



fokus kali ni di ruangan kerusi dan sofa,
sebab tengah mencari yang itu.



belikan sausage bun daripada kafe ikea untuk AAs. suka depa makan.



kelaparan memasing.. ahaha.



comelness kerusi-kerusi mini ini!!




ambui anaqi, bersantai tepi pantai sangat :P



gambar diri sendiri sekepinggg. depan cermin.



lepas puluh2 tahun hidup ni baru tau kat ikea ada locker percuma.
ya Rabbiiii.



selingan gambar orang datang hantar rak buku baruuuuuu.
nanti la cerita. tapi ni bukan rak ikea. ni hampir menyerupai billy from ikea.
later kita cerita ye insyaAllah. tata tutuuu.

 

di mana nak top up touch N go di ioi city mall

assalamualaikum and hi!

tu diaa tajuk panjang lebar sebab nak memudahkan pencarian :'D

alkisahnya sebab sy la tu yang mencari.
google2 tak jumpa pulak.
dok tanya kat family mart, sebab kat family mart alamanda, boleh toup TnG.
tapi kat ioi tak boleh.

so entry ni sy dedikasikan kepada sesapa je lah yang mencari kat mana laa tempat top up TnG di IOI city mall putrajaya.

english keywords: where can i top up my touch n go at ioi city mall.

1st, korang ke LG belah2 belakang yang banyak restoran dan kedai makan tu.
then cari family mart.

jumpa escalator turun ke bawah.
ha, turun jangan tak turun :P



lepas turun, silakan belok ke kanan.
korang akan nampak pemandangan ni.
ada mesin parking la, kerusi la.
tepi tu ada kaunter car park.



ni ha kaunternya.

silalah top up touch n go korang kat situ. wahahahaa.

(belah sana tu rasanya kedai vape)


tanya kat kaunter ni.

 

ok, semoga bermanfaat!

raya pulun dipulun

assalamualaikum and hi! :)

ohohooo ai janji, ni entry lassst sekali pasal raya yinni tahun. lolx
nak kata lagu mana, tahun 2022 ni raya dia meriah lain macam.
open houses are back and stuff.
jadi nak mengcover kisah2 beraya ni, satu entry pun tak cukup.. hahah.
so entry kali ni kita tepek semua gambar-gambar penghabisan stok untuk aidilfitri 1443H.
banyak lagi gambar dalam galeri,
tapi sy pilih sikit sikit je, bolehlah buat mengimbau nanti-nanti. haha


jamuan raya ofis sy yang pertama tahun ni.. kat bahagian pembangunan.
lepas tu kat bahagian kewangan, lepas tu bahagian akaun (gambar tak de. tuan rumah ada le. haha)



geng open house ofis ai, roslin :D


seterusnya 27 mei ada sambutan hari raya aidilfitri PPTD,
bertempat di PICC, putrajaya.


dua2 PTDos datang bersama-sama anak-anak mereka. kihkih


people are swarming in.
meriah gils. makanan macam-macam, ada performance, ada playground, ada sesi bagi duit raya.


a photo with dato' sri mohd shafiq, KPPA
and my bestie, azra with nia, her daughter.




lepas tu esoknya pada hari sabtu,
ada kenduri kahwin raya di bukit aman, KL.
anak abang bard kahwin (officemate). tqq jemputtt, bapak pengantinnn.

tengah makan nasi kenduri.



ada mi hun sup juga. sedappp.
malas nak rotate gambar haha.



Allah takdirkan bertemu tok man (now KSU di KPKT) di kenduri anak abang bard.
with tok man, his wife and abang bard.



soulmate TJ, insyaAllah. hihi


lepas tu the next isninnya, 30 mei 2022 pulak..
jamuan raya ofis di bahagian kitorang!

yep it's our turn pulak.
dan memandangkan haritu dah 2nd last day of syawal,
kebanyakan bahagian lain pun dok buat partayy raya *insof wani! it's openg haus, not partay!*

semua orang ended up terlantar kekenyangan. ahax


spot me in this gambar raya!



as expected, variasi makanan di sepanjang-panjang lorong.


hari esoknya,
sambutan raya lagi.
kali ni kementerian punya, sekali gabung dengan PPj (putrajaya).
dewan seri siantan, PPj.


meja kami.


majlis grand jugak.
ada persembahan retis2 ye, PM pun mai, menteri pun mai.
durian pun ada (tapi untuk VIP le. hihi)


one with our prime minister, DS ismail sabri dannn menteri kami, DS shahidan.



sempat panggil DS hishamuddin, menteri kanan pertahanan untuk wefie.



walaupun durian ni untuk VIP,
Allah kurniakan kami durian MK ni jugak. dapatlah merasa sorang sikit, alhamduillah.
ni buah durian terakhir kalau nak tau. so kena makan dengan cermat, berhemat. ahax



mode beraya di rumah sendiri.. bahahaa~ na ah!
ni sebenarnya tengah sahur.
ada ketupat palas, ada rendang cendawan. yummy!


sesaja try rendang vegan ni.
sedappp.
cendawan tiram tu, tapi apsal keliatannya dah macam daging? tips dia kena keringkan betholl cendawannya (kalau tak silap sy la).

apapun syukur dapat merasa rendang vegan ni.

di mana ada laksa, di situ ada orang utagha!



yoshh time ni kitorang beraya kat rumah mama awin & azreen.
depa ni family friend, ex jiran sebelah. dah macam family dah.



babahnya tengah makan.



sempat berwefie dengan tuan rumah yang kesibukan haha.
azreen, awin, wani.


dan event kita ditutup oleh majlis birthday yusoff mirza ketiga.
yusoff ni anak kepada faizul, me & mama's former colleague.


meriah makanan kat rumah faizul, macam2 ada.



ais krim potong. ariana ambik jagung, sy ambik durian.
anaqi ambik apantah tak ingat. ke dia tak nakk. haha




persembahan clown pun ada, okeh!
tq clown, buatkan belon! budak2 enjoy sangat.




last but not least,
bergambar dengan tuan rumah, faizul.

 

kesimpulan, raya yang super meriah tahun ni.
walaupun syawal dah selesai,
tapi event makan2 ni berterusan ye.
alhamdulillah i also finished my puasa ganti yang lamaaaa 14 hari.
sepanjang2 syawal tu, ai ganti kebanyakannya on weekdays.
weekend tak puasa sebab banyak makan2 gini.
lepas dah settle hutang puasa, lega sikit.

oklah done cerita raya.
jumpa lagi nanti insyaAllah. bai!

Tuesday, June 14, 2022

berenang-renang ke tepian

assalamualaikum and hi! :)

yoshh kitorang suka swim.
mujur je pool tu jauh dari rumah.
kalau belakang rumah, hari2 dah terjun gamaknya. lolx

swim swim kat pusat kejiranan presint 16, putrajaya.


pool kat p16 ni best sebab ada slide.
budak2 enjoy lebih le.
ni bawak diorang time cuti sekolah hari tu.

harga tiket masuk pun murmur.
seringgit kanak-kanak, 2 ringgit dewasa.
okey sangat kan?

tapi hati2 anak muda.. :P
jangan datang hari jumaat minggu kedua dan keempat.
sebab diorang tutup pool.
kitorang dah terkena hari tu. haha


budak berdua tengah queue nak slidin'.



nampak kaki yang terjulur tu? itu kaki anaqi.
ariana on the way.


memang 'naik sheikh' budak2 ni mandi manda.
macam2 gaya nak turun slide tu.
kepala dulu, tertiarap, terlentang, duo, semua ada.


ye mama pun ada ni haa. jadi jurugambar. gambar kelabu biasa la, pakai cover telefon untuk masuk dalam air. baru le telefon kalis aqua. kihkih



ni kat kolam dewasa. AAs ni berani je masuk. tapi ariana sampai le kaki.
anaqi boleh cuba lagi di lain masa. hahaa

 

sebelum beredar,
benda ni tak de kaitan langsung dengan berenang, tapi.
nak cerita yang recently i watched some malay series on video content platforms..
macam kat disney hotstar, iqiyi.
best pulak malay series ni. lama dah tak tengok korea. haha. mungkin keboringan dah atau tak jumpa lagi cerita korea yang melekat kat hati.

so. yang malay series ni
sekarang tengah tengok 'melur untuk firdaus' dan 'kerana aku isteri bidaan'.
'melur untuk firdaus' was quite refreshing and santai.
sy memang layan cerita santai, romcom semua ni (selain thriller, gore bagai).
ceritanya sweet2, pick up line-ish and actors are gorgeous (sy suka tengok movies/series yang lawa dari segi sinematografi dan pelakon kena lawa jugak kalau romcom. ahaha yes rupalistik).

while drama isteri bidaan tu sebab plot best.
and sy suka tengok lakonan pelakon dia, scha elinnea (sy tak tau nama artis2 ni.. ni pun google. lolx. tapi muka tu kadang kenal kalau tengok).
last yang sy tengok dia berlakon dalam cerita 'selamat datang cinta'.. yang dia kerja kat resort janda baik, tapi cerita terputus sampai episod 11 dan tak sambung2 sampai ke sudah, may be sebab covid. produksi pun dah malas nak sambung.. ahaha.
and gandingan dengan hisham hamid, memang ngam. best la series ni. so i proceed tengok.


dalam poster ni HH dengan misai tanglung dia *ahaha i call that* sebelum dia transformed jadi clean shaved look,


KAIB ni cerita tentang raina and farel ni sekampung.
then raina ni jenis ligat2 sikit la, tapi still jaga kehormatan dia.
one day entah camne sebab dia buat hal, parents dia nak kahwinkan dengan orang tua.
so raina fitnah si farel (dia panggil mat pisang sebab farel ada kebun pisang) sampai terpaksa si farel ni kahwin dengan dia.
but then raina lari follow boyfriend tak semenggah dia, aznor.
aznor jual dia kat motel mana ntah.
sebab raina ni rebel kat sana, dia kena hantar kat kelab mana ntah, jadi GRO pulak.
fast forward nak dijadikan cerita, farel jumpa balik bapak kandung dia and inherit kekayaan ongtua tu.
ntah camne farel jumpa balik raina kat kelab and satu hari, raina ni nak dijual secara bidaan.
si farel ni la beli. 100k.
tapi dia bengang dengan raina sebab lari lepas diorang kahwin.
so tengoklah apa seterusnya berlaku.


pelakon2 muda yang mungkin kita ongtuasikit ni tak kenal. ahaha

yoshh MuF dibintangi oleh meerqeen dengan anna joblings.. which ni kali pertama dengar nama diorang.
tapi lakonan tak mengecewakan la.
cerita ni sweet2 je.
kisah dua orang ni disatukan tanpa cinta.
yang si firdaus ni konon nak kekal setia dengan girlfriend dia la.. so dia tak nak layan melur.
tapi lama2, tengok la apa jadi nanti ok.
cerita ni banyak jugak pick up lines yang mungkin cringy bagi sesetengah pihak. bahaha


jauh beno nyimpang cerita swimming ke cerita tv. haha

tu je la. byeeee.