Tuesday, June 18, 2019

MyToys - kedai mainan murah di shah alam

assalamualaikum and hi!

selamat datang ke siri kedai-kedai murah di sekitar shah alam. haha
sy akan post entries kedai yang biasanya sy pergi kalau balik shah alam.
(kedai kat dengkil, next time pulak. masih dalam mode meng-explore).

kepada rakyat shah alam dan berhampiran,
kalau cari kedai mainan yang murah,
boleh try ke MyToys bertempat di tingkat atas tesco extra, seksyen 13, shah alam.



kedai ni agak besar jugaklah.
macam-macam jenis mainan ada kat sini.
tapi sebenarnya last time sy ke kedai ni, murah sikit.
ni sy pergi lagi, macam dah naik harga.
especially motor letrik mainan.
dulu ada motor minion harga bawah 100 tak silapnya.
ni dah naik harga atas 100.
tapi masih murahlah compared to toys r us. wah haha

jom kita tengok apa yang ada kat kedai ni.


memandangkan sekarang tengah musim beyblade, banyak gile la beyblade untuk pembelian berjemaah daripada korang :P

harga standard kedai mainan murah.. dalam belas-belas ringgit bagi 1 kotak saiz biasa.
dia punya trek ke stadium ke, apantah korang panggil.. ha yang tu pun ada dijual juga.


ni la bahagian basikal, motor dan kereta mainan elektrik.

motor elektrik harga 100, 200 ke atas.
kereta elektrik 400, 500 anggaran.
basikal tak check la pulak.
tapi ada banyak pilihan kalau datang ke sini.



ni area clay, slime, bubbles.



besar tempat ni. setiap satu lorong ada mainan ikut jenis.

yang dalam gambar kat atas ni kalau korang nampak..
tong untuk gas helium *dalam kotak*
tong kecik macam ni harga tak silap dalam RM270+.
sebelah tu pam belon elektrik. harga puluh2 jugak la.
tapi jimat tenaga la tak lenguh nak meniup pakai mulut. haha


sesiapa yang suka frozen, banyak jugak anak patung elsa, anna kat sini. gambar model kita purplekan sebab tak termasuk dalam kontrak kedai :D



educational wooden toys untuk anak-anak, babies, toddler.



ni area barang-barang ke pool/pantai, tent budak-budak pun ada.



ada jugak mainan lain yang sy tak sempat snap.
macam lego (imitate), kereta-kereta, slide, buai, ultraman, spiderman, yang eggs semua ada kat belah kaunter, belon pun ada.

so kalau korang singgah ke tesco extra,
bolehlah tengok-tengok kedai mainan ni.
kot nak beli hadiah birthday yang besar tapi murah,
ha sinilah salah satu tempatnya.

mytoys
aras 1, tesco extra shah alam
3, jalan aerobik 13/43
seksyen 13, shah alam

Thursday, June 13, 2019

how the sky looked so good

assalamualaikum and hi!

this is a pending post,
and just a little talk from my humble thought.

langit pada pagi 27 ramadan 1440H (1 jun 2019)

on ramadan, people are seeking for Allah's forgiveness, doing good deeds
and also seeking for the lailatul qadr night.
we'll never know until it happens, and only Allah knows best.
the signs as stated are a few, one of them is to look at the sky in the next morning.

i did a comparison of the morning sky on usual months, on the other day of ramadan, and on the morning of 27 ramadan.
and they're definitely different. the 27th was different. wallahu a'lam.

but some say while we're all hunting for lailatul qadr,
don't be too busy looking for signs at night,
just keep praying and doing our ibadah, sincerely.
with the hope that Allah will accept our amal and ibadah, insyaAllah.

i remember that i was being too busy (doing other things) that day before/night.
i was in shah alam, and rushing back to dengkil to chase the time for terawih.
it was a bit raining, i got back late; around 9pm and faced a bit of difficulty to go to surau.
but i kept pushing myself to go and was asking 'ya Allah, while it is quite a challenge today for me to go to surau to perform my terawih (i even missed my isyak at surau because i came home late), is tonight lailatul qadr?'
it kept playing in my head.. the concept of getting something great,
one sometimes face difficulties at the beginning of the road.
and that thinking was actually motivated me.
so i just go for it and ignore all the kesusahan or the fact that i just missed the isyak at surau, or a few rakaat of terawih.
i was a bit sad that night really (because i missed a few), idk i was sad.
but alhamdulillah i felt ok later.. the gloominess just fade away.

and now while i was sitting on this chair, typing..
i am thinking how i miss ramadan on this syawal.
may be post-ramadan syndrome or something. teehee

yeah. that's basically it.

so. till then!

Wednesday, June 12, 2019

raya foodie

assalamualaikum and hi!

masakan hari raya yang bukan dimasak pada hari raya (baru masak 2 hari lepas.. kihkih)
buat makan sendiri je sebab teringin nak makan.

rendang ayam mak lang



kuah kacang ikut resipi internet, merah mak ngah jadinya.



ketupat segera nona *sedap!*


kesimpulannya kuah kacang tu beli yang dah siap je lah.
tak pandainya membuat.
ke salah resipi? :DD

haha.
ok till then!

Tuesday, June 11, 2019

happy birthday, ariana!

assalamualaikum and hi! :)

walaupun dok sibuk beraya,
nak dedicate jugak 1 entry sempena birthday ariana. haha
birthday dia 4 jun lepas, tapi belum celebrate betul-betul lagi.
tak ada kek dan sebagainya.
nantilah kita plan birthday tu.
sebab tadika dia yang ni tak macam taska lama dia,
tadika tak de birthday celebration untuk sorang-sorang.
dia sambut sekaligus by month.

kebetulan pulak birthday ariana yang keenam ni jatuh pada 30 ramadan (sehari sebelum raya),
memang tak sempat la nak tempah kek ke apa.
sebab time tu dah gerak nak balik kampung.

mama nak wish HAPPY 6th BIRTHDAY to you, ariana.
semoga hidup ariana diberkati Allah,
sihat, happy, kaya berjaya dunia and akhirat, insyaAllah.


with ariana the birthday girl.

perkembangan 6 tahun ni;
ariana dah pandai mengeja, membaca (still continuous learning)
was good enough for me sebab dia baru masuk tadika umur 6 tahun dan baru start belajar betul-betul semua tu. dalam masa setengah tahun ni je dah boleh membaca.
so well done, ariana dan jugak tq teachers yang bagi tunjuk ajar.

suka jugak melukis, menulis..
main tu of courselah. haha
her fave color is still pink.
fave food is daging goreng kunyit mama masak. lolx. KFC's nuggets dengan sos sour cream and onion.
fave drink is vitagen, milo (minum air kosong huiii)
recently into frozen and larva island.
kasut size 30.
jarang menyanyi so i assume she's not really into singing macam anaqi :DDD
she loves to spell though.
sampai kadang pening kitorang dengan dia dok mengeja tak berhenti. haha

kasi pose depang tangan 1 kali, ariana! :D

hadiah sempat dibelikan time raya ketiga.
balik dari kampung, lepas singgah GPO (sempat lagi, kau!), singgah ikea pulak (family ni jalannn je kerjanya! haha)
so sebelah ikea cheras kan mytown.
ada toys r us.
so apa lagi. hoohoho


kemain banyak ha hadiah dibeli.



termasuk hadiah daripada nenek yah and faliq ain tuah. terima kasih from ariana!!

video ariana tengah unwrapped one of the prezzies, ada dalam ig sy.

oklah tu je.

may you have a fantabulous birthday, dania ariana!
ni dia dok ulang suara nak sambut birthday je tak berenti haha.
nantilah kita buat makan-makan kecil-kecilan sekali dengan raya ke camne.. insyaAllah.

oklah till then!

ikan celup tepung pada hari raya

assalamualaikum and hi!

haa mana nak dapat ICT (ikan celup tepung) time-time raya ni kat terengganu?
kat seberang takir ada!
tapi raya pertama tutuplah.
raya kedua ada. hahaha.
but still, ada kedai yang tutup macam kedai pok long belah pantai (kedai yang besar orang suka singgah tu).

kitorang macam biasa,
singgah kat warung bidara - kedai pok mang kat area jalan belakang airport.
situ banyak jugak warung-warung ICT.
warung pok mang ni kecik je, tapi berbaloi la.
tak payah beratur macam kedai lain, harga muroh, seafood digoreng panas-panas.


with my mama ^^



with AAs. anaqi memang suka buat gaya aneh-aneh kat kamera!! grrr budak ni :DD



macam-macam jugak kitorang order. udang memang akan sampai dulu. lepas tu sotong. last sekali kang baru la ikan.

ketam tak ada lagi! boo hoo kecewa :P


me, mama, durra, harith. tahun ni beraya tambah family member baru; durra. haha. memang kitorang macam ni ye, durra. lepas beraya pekena ICT pulak :D



dengan ahli masyarakat side belah sini pulak :P harith ada je di mana-mana frame. lolx



yang tengah puasa enam tu, bawak-bawaklah pi tempat lain ye :P



sotong celup tepung and keropok lekor goreng. yang hat keropok ni je kami tak kenan. lain semua kami kenan. haha

bukan tak makan keropok,
tapi kepok lekor kat warung ni yang tidak menepati piawaian.
datang sebelum ni pun sama.
harap pok mang dapat tukar supplier keropok lekor mereka hihi (suka hati je bagi cadangan :P)

nah gambar orang tengah khusyuk pekena ICT:

harith and udangs.



durra tengah meratakan (read: menghabiskan) sos pencicah dalam pinggan :D



babah tak pandang tepi dah.



yang budak berdua ni dok makan kerak je. kejadah semua ini. haha



mama punya menu ikan kembung ICT, sotong dengan udang sekali, tapi tak banyak makan udangnya kan ma. kolesterol :P



pura-pura bergambar dengan udang. tak makan pun. ai is allergic.



ikan pari ICT mesti sampai lastttt sekali. pinggan-pinggan lain dah kosong, baru dapat makan ni. haha


overall, we enjoyed our ICT very much.
sampai jumpa lagilah, seafood sekalian! :P

the amazing aidilfitri

assalamualaikum and hi!

salam aidilfitri, everyone!
masa post ni, dah masuk hari raya ke-7, alhamdulillah.
rasanya ramai jugak yang dah start bekerja hari ni, dengan post-aidilfitri-blues.. haha (that includes all of us! :P)

ringkasan raya 2019 kitorang
raya pertama sampai ketiga : terengganu (kampung tok)
raya ketiga : balik. singgah genting odw. singgah ikea.
raya keempat sampai kelima : banting (in laws)
raya keenam : rumah sendiri - mengemas - memasak

disebabkan balik ganu sehari sebelum raya,
jalan adalah clear.
balik sini pun jalan clear (sebab balik jumaat pagi).
alhamdulillah.
now onto the raya photos!!


first day raya, solat kat masjid kat kampung tok.

and i'm grateful, raya tahun ni dimudahkan banyak urusan.
satu - jalan balik kampung tak jam. despite of kitorang balik jauh ke terengganu.
dua - walaupun park luar pagar masjid (kitorang assume parking dalam dah penuh, sebab kitorang sampai tak berapa nak awal kan, dek kerana siapkan budak2 dan juadah untuk family before heading to masjid).. habis solat raya tu terus dapat keluar cuz yang kat dalam pagar masjid stucked kereta banyak.
tiga - time nak solat raya, betul-betul ada 1 spot siap dengan sejadah kat saf depan tepi sekali kat level 1 (it's still a wonder sebab siap ada sejadah tu. orang lain sebelah-sebelah tak ada sejadah atau bawak sejadah sendiri). padahal time tu ruang tu dah penuh sampai ke belakang. really thankful for it.


raya themed: light purple, atau lilac atau apa je lah nama dia. haha

warna asalnya tak terancang sebab sy dengan ariana dok beli baju dulu.
baju pun bukan warna purple.
baju base biru, yang lain warna-warni pastel.
so dalam-dalam banyak warna tu, ada warna purple.
babah pun kebetulan ada baju purple (tak beli baru).
cuma tak adalah gambar proper OOTD.
sisthur was buzeyh weh. lolx


gambar muka besar-besar macam ni je banyak (selfshot) ahahaa. so baju tak nampak. nampak tudung je la :P



dengan cousins; my cous and ariana's cous. hihi



ni gambar kitorang berempat yang semenggah sikit. wani (mama), isz (babah), ariana dan anaqi. anaqi memang ko takkan dapat gambar yang proper. macam-macam aksi dia ni kalau bergambar. eh ayna ada photobomb kat tepi! :P


gambar berdua dengan husband pun yang selfshot je banyak :DD

gambar keluarga hajah zakiah kat tangga rumah tok.



bergambar dengan tok yam dan tok ki.
untuk info diri sendiri; umur tok ki 93 (1926), and tok yam 85 (1934) this year.


gambar kemeriahan keluarga haji ali dan hajah maryam. time ni most of everyone ada balik beraya.

missing in the photos; faliq (my bro balik raya kat johor dulu), ain (SIL), tuah (nephew), papa kak gee (uncle), izrul (cous), ummu (wife izrul). tu je kot. kalau ada yang tertinggal, habaq mai balik :D


with anaqi.



with ariana.

ariana ni birthday dia sehari sebelum raya.
so merasa la sambut birthday sambil trip balik kampung.. haha.
no cake and everything.
hadiah proper pun tak sempat beli.
beli pre-gift je (buku unicorn) and bagi kat dia sebelum bertolak balik kampung.
balik daripada beraya baru sempat belikan dia hadiah.
we'll make it up to it soon ok, ariana.
raya-raya ni mana laa ada kedai bukak nak beli kek semua tu. lolx

ariana dan nenek yah.

gambar lauk-pauk raya, sorryyyyy tak disnap! ahhaha
dok kelibut buat benda lain pagi-pagi raya tu.

we had a blast menu, though.
cik mah (my aunt) masak kari ayam, memang trademark menu every year.
lemang ketupat nasi impit semua tu memang ada.
sate; cik su (aunt) and ammar (cous) beli kat area rumah dan dibakar kat kampung.
i brought my 2 ekor- rendang ayam kampung.
also brought ayam masak merah.
menu simple-simple raya je.
sebab lepas tu pi beraya rumah sebelah yang memang every year masak nasi minyak.
sedap gilssss. nasi and gulai ayam dia.. fuh! memang tak tipu sedap sungguh.



ni je la gambar makanan yang ada. gambar pembakaran sate terbuka. HAHAHA

next day, hari raya kedua..
kitorang gerak kt KTcity (kuala terengganu, that's how i call it since ages ago :D)
biasa kat KT ada 2 rumah akan pergi beraya, iaitu ke rumah tok2 sedara.
lain tu semua rumah kawan-kawan je ramai. haha
tapi tahun ni tak sempat nak ke rumah semua geng ganu. pergi 1 rumah je.

kat rumah su nong di losong/hiliran. su nong kurus sikit daripada sebelum ni dan dah lupa-lupa sikit, kata mama. semoga Allah pelihara dan lindungi su nong.



kat rumah tok nun di seberang takir. sambil beraya, lepas tu pergi carik ICT (ikan celup tepung) la, apa lagi :P yang tu next entry pulak. haha


satu-satunya rumah geng yang pergi beraya kat ganu was rumah hasnah.
rumah beliau kat kampung telaga, hulu terengganu.
gwe macam.. eh macam pernah datang la kampung ni!
sebab masjid dia unik, masuk-masuk kampung terus ada masjid tepi tu.
masjid ke surau, tak ingat.
rupanya sy pergi menjurikan kampung ni time pertandingan kebersihan kampung, years ago (masa tu kerja kat terengganu).
good old times katanya :D

hari raya kedua baru sempat nak pose dengan background raya bagai. kalau tak, jangan harap.. sisthur dok dang (tak sempat). HAHA



gambar kenang-kenangan dengan hasnah kat depan rumah hasnah (rumah terkeluar frame). credits phone hasnah.



menjamu selera nasi minyak ayam merah kat rumah hasnah. sedak! kata orang ganu. tq hasnah for having us :)


also missing this year, is abah.
you'll always be missed, abah. al-Fatihah.

selamat hari raya kepada semua,
maaf zahir batin juga ya kalau ada salah dan silap sy ni.
hihi. enjoy your raya! tata!!

Friday, May 24, 2019

of mother's day


a photo of anaqi and his mother's day coloring.
i also received a hand made card from ariana.. it's somewhere at home now. haha

btw this is a post-entry. lolx

ai ni kadang sibuk sampai ada gambar tak sempat nak post.
:P

ramadan stories

assalamualaikum and hi!

how's your ramadan? hope you have a great one :)
alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-19, malam ke-20.
esok sabtu dah bermula malam ke-21.
semoga panjang usia kita untuk menemukan 10 malam terakhir ramadan.

bulan ramadan ni memang bulan yang selalu kita dengar kisah-kisah ujian, dugaan orang di sekeliling yang sakit, masuk hospital dan sebagainya.
syafakallah and syafakillah.
semoga menemui kesembuhan atau mana-mana yang terbaik yang Allah beri.

juga berita-berita pemergian insan-insan menemui Ilahi.
baru-baru ni kita dengar berita pemergian usahawan kosmetik dnars, faizani rohban ahmad dan chef selebriti, adamdidam (which i follow on ig!).
kedua-duanya diceritakan oleh yang terdekat as a very nice persons.
pemergian sebegini sebenarnya pemergian yang indah, dan bila sy dengar (walaupun tak kenal mereka as a family member or friend), i felt less sadden, just because it's always come with a hope insyaAllah, that they're at a better place.
orang baik-baik kan.
kita pun kalau boleh, selalu berniat dan berharap untuk pergi menemuiNya dalam husnul khotimah.
kalau Allah izinkan, di bulan ramadan.
if not, di hari-hari yang baik dan tempat yang baik.
dan ketika sedang melakukan kebaikan dalam penuh rasa keimanan dan ketaqwaan. *aamiinn*
insan-insan sebegini wajar dijadikan inspirasi untuk kita hidup dengan baik, dan pergi juga dengan baik.
another of this wonderful insan; is of course, my abah.
always inspired me while he's alive or when he's gone (still in our heart).
his amalan semasa hidup, truly inspires me. and his strong faith too.
in three days, marked one year (hijriah) since abah's passing. al-Fatihah to him :')


so!
panjang berjela mukadimah hui :P
ceritanya, terinspire bulan-bulan romadon ni.. hihi.
so sambungan cerita diri sendiri.

biasanya kitorang akan berterawih kat surau dekat dengan rumah tu.
surau al-jabbar namanya.
oklah surau tu, selesa.
awal-awal ramadan hari tu, bahagian perempuan was divided into two sections.
satu kat luar, satu kat dalam.
yang dalam ada aircond.
awal-awal tu memang tak merasa la hang nak masuk dalam rasa angin-angin aircond, selagi tak settle 8 rakaat. haha
tapi betullah ustaz kata, dah lama-lama, makin kurang kan saf tu.
so lepas-lepas tu, before 8 rakaat habis pun dah boleh masuk dalam *hoora hoorei!*
yang kat luar tu tinggal anak-anak berlari-lari ke sana ke mari je :P
ni dah dekat seminggu lebih tak pergi, sebab cuti.
so tunggu habis cuti pulaknya.

but ada sekali tu,
sempatlah berterawih kat seksyen 19.. area rumah ma parents.
masjid al-ubudiyah.
kenangan sungguh time ada kucing nama carpet dulu.
sebab dia rajin hantar kita pi masjid, tunggu kat luar.
lepas tu time kita balik, dia follow balik rumah. haha
begitulah everyday.
lama dah tu.
so wherever carpet is now, hope she's okay (meninggal dah rasanya hihi. but yeah).



ariana balik rumah nenek tak bawak tudung. pakailah dikau tudung gigantic mama. HAHA. sampai terjempol-jempol jambulnya :DD



ni bukan gambar hashtag 'done terawih' ye. tak ada makna. ni gambar for memories je. bukan ramai mana pun orang baca blog ni. kira untuk bacaan sendiri and family je. hihi (at majis al-ubudiyah)


nowwww
kita akan ke seksyen makan-makan pulak! haha
seperti yang tuan/puan sedia maklum *haha gilalah ayat surat formal :D*,
kami cuba sedaya upaya untuk lebihkan memasak di bulan romadon ini.
kecuali time makan kat luar lah.
atau hari jumaat yang sy isytihatkan sebagai hari tutup dapur. hoahaha


kwey teow goreng kering.



kari ayam modified (beli and modified), ikan kerisi goreng garing dan sayur tumis bayam.



asam podeh ikan pari.

asam podeh tu memang version malaslah,
sebab beli je cili kisar kat pasar.
malas nak potong cili kering satu-satu. HAHA
lama kot tak masak asam pedas.
and this one, versi tak ada belacan, harap mak long :P
teksturnya pekat, rasanya masam podeh secukupnya.
ada jugak terung kat dalam tu.


daging goreng kunyit untuk AAs (anak-anak), ikan selar kuning goreng dan sayur tumis bayam.



ni semalam punya. try masak ayam goreng mamak. rentunglah sikit tapi. kihkih



ada jugak sup sayur dengan ikan jaket goreng belah belakang kiri-kanan.

ye tak faham kenapa orang kat kedai belah ikan jaket tu sebelah je.
lagi sebelah tu tak ada bumbu. mana sedap.
kena belah kiri kanan hui, letak bawang kunyit cili kat both sides.
baru adil saksama :DD


sudah.
haha. i guess that's all for now.
bulan ni rajin pulak sy tengok ig dato' rizalman masak.
dia masak memang teratur, i mean bahan-bahan yang meriah macam chef wan masak.
bak kata komen orang kat ig dia; masak bertokoh.
hari-hari dok tunggu ig story masak-masaknya.
kahirulaming pun ada jugak.
and a few ig cooks.
so yeah. get ur inspiration in cooking.
kalau tak masak lauk yang sama pun,
dapatkan semangat memasak tu yang penting :D

till then ya!

tataaa!