Friday, June 01, 2018

half of ramadan

assalamualaikum, beautiful, crazy peeps! lolx

bertemu lagi kita dalam slot 'romadon tiba' :D
insyaAllah, hari ni dah masuk hari ke-16 umat Islam berpuasa.
aicewah dah macam ayat karangan.
sy pulak baru 9 hari (sebab tolak 7 hari cuti HAHA).

ada few photos nak share kat sini.
caution; ada gambar makanan ye.
kalau rasa perut tak kuat tu, sila bukak blog malam kang. lolx

hit it!


hari keberapa tak ingat dah. tapi cooked mi goreng for husb's sahur.

nampak tu, lauk-pauk sahur semakin relax kan.
dan percayalah, sekarang kitorang tak makan nasi pun time sahur.
makan benda simple je macam oat, roti, puding dalam fridge *lolx*, honey, kurma, pati buah/sayur..
boleh kata eat clean sungguh sahur kita sekarang. HAHA
husb pun cakap dia tak nak makan nasi pagi-pagi.
besar rahmat untuk sy tu.. tak yah bangun pagi sengkang mata nak masak lauk-lauk bagai. ahax
alhamdulillah kami still kenyang dan fresh sampai waktu berbuka.
all hail eating clean!




gambar di atas adalah time jumpa dengan old univ friend, erni kat ofis sy.
terserempak ok.
erni ada test kat blok sebelah.
sy pulak turun bawah nak ambik barang.
tiba-tiba dengar macam orang panggil nama
*kalau nampak sy, sila panggil ye. sebab sy ni rabun tak nampak hahaha*
erni sama je macam dulu.
lawak dia, gila-gila dia, hahaha. sama ok.
nice meeting you, erni ^^



gambar atas ni pulak membuktikan yang kitorang bertiga memang rajin berjalan di kala bulan puasa ni.
me, azra & mardia.
ni tengah berjalan kat festival raya putrajaya.
sy tak beli apa sangat pun kat sana.
just sebalang kecik almond london dengan pin tudung turki yang rare di malaysia.
lain tu semua window shopping je.
sy ni memang susah nak fall in love dengan kebanyakan baju/tudung.
mungkin taste tak sama dengan orang ramai. HAHA


berbuka puasa di bora ombak, marina putrajaya.
the food was ok,
tapi kalau korang penggemar kambing, sila queue panjang macam biasa.
orang ramai gileeeee.
tapi meriah.

ini antara plate sy kat bora ombak. nasi beriyani. wihihi

sy ni memang rugi dibawak ke buffet time bulan-bulan puasa ni.. lolx.
sebabnya sy makan ala kadar and asal kenyang sikit, dah ok.
sy tak makan sampai perut sendat atau bloating.
i like it that way.
sy rasa lebih segar and kurang letih bila makan berpada macam tahun ni.
entah, tapi tak ada keinginan sangat pun nak try semua benda kat buffet.
ambik mana yang suka je and dalam portion yang sikit.
tu la, rugi kan. exactly. HAHAH


another sahur meal; roti, timun, bawang. ni pun rajin sikit. kalau tak rajin, sy makan roti tu je 1. hahaha

ada sekali tu buat grilled cheese toast untuk sahur.
perut sebu gile okayyy.
baru teringat yang KEJU adalah salah satu makanan yang tak digalakkan untuk makan sahur.
memang tak best perut sepanjang hari tu.
lepas dah ambil iktibar, sy memang tak makan cheese dah pagi-pagi. hashtag tobat.


scrambled egg meriah.

on the first day of my puasa (hari ke-8),
sy nak start demam sebenarnya.
demam, then selsema, then berakhir dengan batuk.
great just great. lolx
tapi sy tak makan ubat.
sy try test kaedah ubat semulajadi pulak.
dulu pun kalau sy demam, biasanya sy ambik sebiji ubat je.
lepas sebiji, macam tak perlu makan.
tapi selsema berbiji-biji ubat la HAHA.
sekarang dah bertukar konsep, iaitu nak badan kita cuba fight sendiri demam tu.
no meds whatsoever.
so sy sediakan air asam jawa, dan bawang putih goreng air-fry.
bawang putih ni mana sedap ko makan raw.
so letak minyak olive sikit, then goreng. sedap weh. macam makan junk food :P
sy makan bawang putih ni time sahur, berbuka dan malam b4 tidur.
memang helps a lot bawang putih dan air asam jawa.
alhamdulillah i recovered without the needs of meds in 3 days.
batuk je la sambung, tapi tak sampai seminggu, dah berkurangan horrornya.
sekarang sy bebas batuk! (asam jawa tu elok untuk both demam dan batuk)

panjang weh cerita pasal eat clean ni.
tapi kesimpulannya; kalau sakit, cubalah bagi badan lawan sendiri dulu.
untuk kuatkan imuniti badan. jangan bergantung sangat kat ubat.
tapi kalau dah tak mampu sangat lawan sendiri, barulah makan ubat.
it's good untuk bina kekuatan badan secara dalaman, untuk jangka masa panjang.

ok habis dah membebel :P
tengoklah gambar bawang putih ni. lolx

my type of 'junk food', but not so junk food :DD


terawih?
at last i can go terawih, yay!!
tapi tak hari-hari la.
ada hari, sy terawih kat rumah je.
ada hari yang sy pergi masjid/surau.

shah alam. :) air cond menderu-deru kat masjid ni. best solat sini.

lepas tu sisthur terjumpa pulak restoran yang ada buffet affordable gileee tapi choice makanan dia banyak. sedap pulak tu.
presenting to you,
ifthor at restoran keriang dot, PJH building, presint 2, putrajaya!! *thunderous claps*
RM35 per head dewasa, budak-budak 8 tahun ke atas RM15 je.
kalau 4pax dewasa, boleh dapat RM120.
restoran ni tersorok sikit, berdepan tasik.
disebabkan tersorok kot, tak ramai orang.
tapi ko boleh parking sampai ke depan kedai ye.
best gile.

yang specialnya, berbuka puasa dengan my bestie, azra and her fam. ariana menyorok time ni. lolx



my plate at keriang dot. sedappppp

kemudian,
kembali kepada rutin memasak kita.
kejadah kau makan buffet luar hari-hari.
boleh kopak kalau macam tu :P

ni nama dia 'sesekali kurasa teringin'. haha! kerutub ayam. yums!



sambal terung dan ikan bilis goreng cili api. sedap gile. gile sedap. puji masakan sendiri apahal. tapi memang sedap ikut tekak sy. lolx

lauk sambal terung ikan bilis goreng cili api ni sy reka sendiri.
try cari resipi kat internet,
tak ada rasanya. kihkih
(kalau ada pun, tak sama 'bentuk' macam ni).
copyright weh, copyright :DD


bayam gorenggggg. lovelove. major love.



husb request dah lama, akhirnya berjaya buat dan menjadi kali ni. last time buat, jadi bubur ok! HAHA. puding jagung.



ni masakan simple, tak memenatkan untuk prepare bahan/masak. dan yang penting, sedap! i present to you; asam rebus ikan merah.



tak cukup bendi kat dalam asam rebus, sy goreng kering sayur bendi ni. ada lebihan sambal terung semalam, panaskan.


haa yang kat bawah ni latest punya gambar.
semalam.
husb berbuka kat KL (kerja), so sy ingat nak pi kedai beli nasi beriyani je. haha
nampak tak mode pemalas lipas dah menjelma :P
tapi alhamdulillah, akak-akak ofis ada masak pulak semalam.
bawak balik ayam ungkep, sambal jawa & kuih tepung pelita/.
balik tinggal masak nasi brown rice dengan sayur tambahan je.
budak-budak pun makan ayam ungkep ni.

ole-ole orang ofis. sodap!!



sayur campur. ai love sayur!

makann je kan kerjanya.
apalah wani ni, bulan puasa bulan beribadat ye, bukan bulan makan :P
(yelah. yelah. tapi sy memang suka post entry pasal makanan. bulan tak puasa pun sama.. haha. so bear with me :D)
di samping promote eating clean.
i mean, boleh je nak makan macam biasa. yang berminyak semua tu. atau makanan manis.
tapi sesekali tu selang-selikan dengan makanan sihat macam sayur dah buah.
oat, makanan sunnah dll.

ok habis dah promote makan secara sihat. lolx

till then!!

Tuesday, May 22, 2018

romadon tiba!

assalamualaikum rakyat blogger sekalian :P

selamat menyambut ramadan diucapkan kepada semua yang berpuasa.
yang ponteng puasa tu, hang dok main jauh-jauh.
yang tak dapat puasa atas sebab uzur, nanti kita ganti sama-sama, ok :DD

ai is frustrated jugak awalnya sebab petang sebelum 1st ramadan, dah menstrual.
baru excited2 nak sambut ramadan.
dah plan itu ini dalam kepala. haha
walaupun begitu, aktiviti masak-masak sahur dan berbuka kuteruskan jua demi hubster handsome. lolx

ni je lah yang sempat snap gambar.
mungkin puasa tahun ni, cuba untuk masak lebih kat rumah.
memang serius banyak dapat jimat.
duit dalam purse tu macam kurang terusik.. sejak sy berjinak-jinak membawa bekal dari rumah (time sebelum bulan ramadan).
kalau malas masak pun, sy akan bawak bekal nasi beras perang dan beli lauk kat kafe.

ok sambung gambar juadah-juadah kita. lolx

menu sahur on 1st day of puasa.

atas tu.. ayam goreng berempah dengan tumis pucuk paku je.
simple and easy.
sy ni excited lebih nak puasa ye.
sampaikan ingat yang hari rabu tu start puasa.
rupanya hari khamis. lolx
jadi gigihlah marinate ayam rempah dari hari selasa :DDD


buka puasa 1st day pulak.. kari ayam kentang, sayur campur, cendawan goreng (tiada dalam gambar), onion ring, tembikai.

alkisahnya cendawan tu sy goreng dulu.
tapi tak sempat nak waktu berbuka, dah 3/4 dihabiskan oleh AAs.
hahaha
husband dapat merasa sikit je.
geram agaknya, so esok tu dia balik dari ofis,
beli 2 paket cendawan, request sy goreng. lolx
sy try tepung alagappas.. sebab tengok kat kotaknya tulis NO MSG.
tepung yang pernah try sebelum ni macam seri aji dan bestari.. dua-dua ada MSG.
tapi tepung alagappas ni tak masin. kena letak garam sendiri.
crunchy la. boleh beli lagi nanti.


nasi goreng telur. buat ni sebab ada baki nasi lebih.



ni lauk berbuka hari kedua.

atas ni la cendawan hari kedua yang sy cakap tu..
yang husband suh goreng lagi. haha
so atas ni ada ikan bawal emas masak apa ntah, macam masak merah saucy sikit.
then kangkung goreng, cendawan goreng dan tembikai.


3rd day hari sabtu, husband belanja makan kat volcano shabu shabu. so tutup dapur la kita :P



sahur hari ahad.. 4th day. singgang semalam perangat je, ikan cencaru goreng belah belakang, tempe goreng dan timun jepun.

memang siap-siap beli timun jepun ni.
kalau malas masak sayur, potong timun je la. haha
ulam pun ada.
sesuai untuk insan yang kadang pemalas lipas macam ai :DD


5th day punya sahur. lagi simple.. sardin dengan telur (kuning tu sebab boh kunyit), dengan ulam-ulaman.

haa see? hari kelima makin simple masaknya. kahh
semalam 4th day bukak puasa tak snap gambar. masak sup ayam dengan telur dadar.

so hari ni tak de juadah berbuka kot.. sebab husband berbuka potluck dengan geng dia.
sy pulak tak puasa, so tak de la istilah berbuka tu.. kahh.
may be beli kat bazar je kot, sebab petang nanti nak pergi pasar beli stok bahan-bahan untuk seminggu.

ok tu je untuk kali ni.
sampai jumpa lagi.

selamat berpuasa, semua! :)

Wednesday, May 16, 2018

post-GE14, teacher's day and ramadan

salam.

fuh memang banyak events berlaku dalam beberapa hari ni.
sorry entry ni tak ada gambar, sebab laterlah sy transfer hihi
ni la cons blogging; iaitu ambil masa untuk transfer, edit dan upload gambar :P
patutlah ramai yang dah meninggalkan dunia blogging dan beralih kepada IG, fb dan seangkatan dengannya.
but i'm still here.. lolx.

so yesterday we had managerial meeting (betul ke term ai ni?? HAHA) kat ofis.
masih belum ada keputusan tentang ofis kami.
some of the works masih on hold, some are cancelled.. especially program-program yang dah dirancang sebelum ni.
some, berjalan seperti biasa.
jadinya kita sekarang dalam fasa wait and see je lah.
sambil buat kerja mana yang ada.

today is teacher's day.
selamat hari guru!! *kepada cikgu semuaaaa*
ariana and i prepared some small gifts for cikgu-cikgu kat taska AAs.

tomorrow pula, insyaAllah is the starting of ramadan month.
kenapa entah, time nak bulan puasa mesti ada isu-isu kat palestin sana.
pihak-pihak yang penyibuk kat sana.. yang sibuk nak terrorize tu memang teruk.
now ** dah buka kedutaan pulak. haihs macam-macam.
as muslims, sama-sama kita doakan supaya Allah beri kemenangan kepada palestin dan kemudahan juga kepada mereka.

went to pasar on tuesday hari tu.. beli apa-apa yang patut untuk masak-memasak di bulan romadonn hehe.
iklan ketuk-ketuk ramadan pun dah muncul kat tv1.
malam ni insyaAllah, the first night of ramadan and the first terawih.
mungkin ke surau dalam kuarters ni jugak.

pembacaan buku dan novel masih giat berjalan. lolx
right now tengah baca this novel.. 'patah sayap bertongkat paruh', ditulis oleh hana ilhami.
sy suka jugak baca novel yang ada isu-isu kemasyarakatan/kekeluargaan macam ni.
yang background cerita dia, kat kawasan kampung.
novel cinta orait jugak, tapi tak suka yang jenis tangkap leleh atau ayat syahdu-syahdu i cannot digest lolx (but if some love to digest, it's ok sebab demokrasi haha).
back to this novel, 'patah sayap bertongkat paruh' banyak kupas isu curang vs ikut sunnah,
isu usaha tangga kejayaan (tak belajar tinggi sebab nak jaga parents, tapi berjaya dengan berniaga),
isu penyakit alzheimer pun ada.
kadang baca memang sakit hati dengan watak jahat dia haha.

ok tu je lah rambling untuk kali ni.
terajin pulak nak menaip :DDD
tengoklah berapa banyak rajin pulak lepas ni nak buat entry.
entry bulan puasa harus banyak gambar makanan kan :DD tengoklah kalau ingat nak snap. kikiki

ok bai!

ramadan kareem!

Thursday, May 10, 2018

democracy for the nation (GE14)

assalamualaikum. hai hui!

nampaknya sy pun tak ketinggalan nak update cerita PRU14.
once in five years kan.
dah serupa hari raya meriahnya.
i was voting at SRAI seksyen 19, shah alam.
lenguh pinggang sisthur beratur around 2 hours (tak kira exact hour/minute but around that) :P
brought along ariana to shah alam.
husband pulak bawak anaqi ke banting.

sebelum tu sempat lagi kitorang bershopping kat aeon big.
sebab katanya promosi bawang dengan kentang RM1 sekilo.
hahah.

beraturlah kamu beramai-ramai. lolx

sy kat saluran 3.
yang mana sy perasan, saluran 3 untuk 'kids' in their 30s.
semua dah rupa hampir kepada makcik pakcik (termasuk ai. bahaha) dan ada membawa anak (termasuk ai jugak :P).

saluran 1 untuk warga emas.. 60-an mungkin.
saluran 2 pulak macam 40-an ke 50-an macam tu.
budak-budak muda in theirs 20s were at saluran 4.

yang bagusnya, saluran untuk warga berusia ada disediakan kerusi.
cuma queue agak lama dan orang beratur melingkar.
diharap next time SPR can consider sistem nombor giliran atau apa-apa jelah yang memudahkan pengundi.
atau lorong khas untuk OKU/ibu mengandung/orang sakit etc.


ada atok bagi kerusi ni kat ariana. so kitorang dok mengusung kerusi sepanjang beratur. hahaha

nasib baik jugak kebetulan bawak air mineral.
cuaca agak panas, so cepat dahaga.
ariana pulak ada beli choki-choki.
nak dekat sepaket choki-choki tu dia makan sepanjang queue. adoila.


terjumpa geng masa sekolah dulu, eqa. jumpa jugak ex-jiran, awin.



suasana sekitar tengah hari.

my mom pun mengundi jugak,
kebetulan terjumpa kat situ.
lepas mengundi terus balik rumah my parents.
lepak kejap sampai petang hihi.
tapi time balik daripada mengundi tu, penat dia macam baru lepas rentas desa.

pencelupan jari. lolx

overall result as everyone knows,
pakatan harapan won, left barisan national behind.
was quite a history people are making this time.
berita dok state situasi ni as 'tsunami melayu'..
bila mana majoriti bangsa melayu menolak kepimpinan umno dan memilih untuk perubahan.
surprisingly pengerusi MCA dan MIC juga kalah di tempat mereka.
tok mat kesayangan semua telah menang kerusi di N9, tapi terpaksa jadi pembangkang.
so did KJ.
ku nan my ex-minister juga menang di putrajaya, so i was wondering what will happen sebab ni first time tengok situasi where 'pembangkang' menang di wilayah persekutuan, tetapi di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. jadi kuasa pemerintahan tu di bawah siapa?
kinda interesting right. for our knowledge.

and now most probably tun mahathir mohammad will be our next prime minister.
congrats to tun! :)
patutnya hari ni dah dinamakan sebagai PM,
but only Allah knows why it is postponed until tomorrow.
netizens mulalah speculate macam-macam kan.
for me, let's just wait and see.

this time of GE14 menunjukkan kematangan demokrasi di Malaysia.
rakyat mempunyai kuasa untuk memilih dan proses dibuat secara telus dan aman.
so kudos to team SPR, all rakyat yang turun mengundi dan semua yang terlibat.
sy tak menyatakan sokongan kepada sesiapa di sini (undi is rahsia),
but i pray for the betterment of our belvoed country, Malaysia.

over and out.

abah discharged

salam semua :)

an update of abah.

8 mei abah dah discharged daripada hospital,
lepas 5 kali sesi radioterapi.
so now abah kat rumah with mama.
cuma memang macam dah tak ingat sangat and tangan kanan lemah (nampak macam tak boleh angkat).
doktor mula kata strok, tapi tak. lepas tu diorang kata saraf.
abah selalu demam panas.
sekarang makan ubat daripada hospital,
minum susu fiber dan makan bubur.
alhamdulillah tak de makan pakai tiub dah.
boleh makan dengan sudu (mama suap).
he just lay on the mattress or the couch.
memang dah tak boleh bangun.
doc said he'll have six months to live.
tapi sebelum ni pun doktor ada cakap macam tu,
and ada cakap yang miracle sebab sampai hari sebelum warded tu abah masih ok.
now the tumor on his chest yang dok diam tu macam dah besar sikit,
and yang kat kepala (brain) dah macam scattered ke tempat baru.
i pray for Allah to grant him wellness and ease everything for him :)


hari discharge hospital, sehari sebelum pilihanraya (PRU14). abah is on a wheelchair. i took a leave that day.



for the memory and record; katil 24 kat wad.

Thursday, April 26, 2018

abah's warded

just for a record (sebab sy suka simpan rekod2 pergi hospital kat sini :P)

abah is warded at PPUKM, cheras since yesterday.
sebab dah dekat sebulan demam dan kadang-kadang lupa, sakit nak bergerak dll.
after the scan and all, nampaknya ketumbuhan baru ada di kepala.
may be happened ANTARA after the last visit at PPUKM around last december to this month.
tapi tak tahu bila benda tu berlaku.
seperti sebelum ni, we refuse for radiotherapy sebab dari dulu pun abah tak nak buat.
rela lagi beliau operate buang.
tapi disebabkan ketumbuhan ada di beberapa tempat, doc cakap tak boleh operate.
dan sekarang hospital cuma mampu bagi ubat untuk mengecutkan ketumbuhan tu.
according to doc, things either will be just like the way it is, or worse.
takkan lebih baik daripada sebelum ni (sebab tak buat radio kot).
so we'll see how it goes.
i always believe on miracles.
and believe that Allah is the best healer.

readers, family and friends,
mohon didoakan supaya abah cepat sembuh.
he's a really kind person.
selalu tolong orang dalam kesusahan dll.
very generous too.
sy pun harap yang abah akan sembuh seperti dulu.

may Allah ease everything.

Saturday, March 31, 2018

2018 quarterly report. lolx!

assalamualaikum. hey hey!

lolx! siap buat report suku tahun, ye.
nampak sangat cerita 2018 tak masuk-masuk lagi dalam blog ni :P
apa boleh buat, sisthor is occupied with instastory. rofl.

selain itu, daku diselubungi kesibukan bertepi (kalau 'tak bertepi', langsung tak sempat nak sentuh papan kekunci ni. haha)
= work, siap-siapan nak masuk rumah baru, sat lagi nak bulan puasa dah.
tu tak cerita nak pilihanraya lagi. hee.

hence i compile everything by selected photos.
(nak letak semua gambar, tak kemampuan).

here goes, my 2018 report :)


awal-awal tahun telah menduduki ujian awal tahun; almost 2 weeks sakit mata. LOL

gambar atas tu tengah cari spek kat kedai.
lama tak pakai sunnies.
dah sakit mata ni baru kelam-kelibut nak cari spek.
satu family ye sakit mata.
bermula dengan anaqi-myself-ariana-husband.
hah cukup satu cycle :DD

(tapi tobat la tak nak sakit mata. seksa weh. semoga diampuni dosa-dosaku.. sobs. insof sekejap).



ber-exeperience makan veggie and organic food di restoran-restoran organik. ni ayam veggie daripada soya.

my conclusion on veggie and organic food:
1. rasa tak se-havoc non-organic, tapi healthy hui.
2. mahal kalau beli kat kedai, murah kalau masak sendiri.

next!


pejabat menerima kadet-kadet PT*D berpraktikal. kenalkan, ni salina, trainee di division kitorang. her last day at office (dalam hujung-hujung januari). baik orangnya.



mengunjungi kenduri rakan seuniversiti. congrats, saiful & wife!





SELINGAN.
bulan januari jugak ada birthday raja.
so, happy birthday, raja! ^^

melepak sambil makan di pusat food truck putrajaya with my fam. lagi dua orang tu tak de dalam frame. haha



azam nak pi berjogging every weekend. ni penemannya.



wedding anniversary ke-6. dapat air fryer. wee hoo! (i bought husb a new watch).



menyambut anniv dengan makan rebus-rebus at volcano shabu-shabu, cyberjaya.



my first buy at amazon. com. boleh tahan laju jugak delivery dia! tapi postage tu je la yang mahal sikit.

seperti yang sedia maklum atau tak sedia maklum :D,
sy ni collector my mini mixieq's.
tapi tak semua set beli la.
mana yang sy suka je. lolx
so yang sy beli online ni tak pernah nampak kat malaysia.
kena la beli kan. HAA haha.

ariana's milestone project.

ariana is 5 years old tahun ni, fyi.
anaqi is 3.
tapi memasing belum sampai birthday lagi. hihi


checking out rumah baru.

setakat ni rumah belum renovate lagi.
baru lepas inspection.
rumah simple-simple and kecil je.
but we'll try to make it as comfy as possible *hashtag rumahku jannahku. gitu* :D
duit rumah start potong on april.
so makan kat rumah je la nampaknya lepas ni (lebihkan sayur. hihi)


nak letak jugak gambar ni. anaqi ketiduran sambil berdiri. lagi. HAHA



perjumpaan KGMA kat rumah kelab. lolx



pemakan-pemakan donut.



kerja kerja. kerja sampai malam. hangkut protege. lolx



merasmikan ayam kampung selepas habis detox and diet sayur-sayuran. :DD



ni consider kerja jugak tak ni. kerja pergi event. :P



meeting sidang mates at a wedding.



accompanying mama to a wedding.



menerima kunjungan auntiesku  di shah alam :) abah tak sihat sekarang ni.. sakit pinggang katanya. semoga sihat2 selalu!



bekerja sambil berjalan kat kuantan. malam sebelum, jalan-jalan kat teluk cempedak. jumpa ultraman. haha



jumpa batman juga :)



yang paling best, jumpa sue yang bertahun tak jumpa.



ariana and her kembar baju, dhia.



bawak budak-budak ke 'pantai' di putrajaya. nak main pasir katanya.



time ni baru habis event hari sabtu. lepas tu ke alamanda. lepas tu ke pantai. ya Allah mengantuknyaaaaa. one for the album. lolx



bertugas di istana dilupa tiada.



geng bertambah tahun ni. saya paling kiri bawah tu.



penutup entry. gambar menang tv, cabutan bertuah kelab ofis. alhamdulillah. tv ni nak bagi kat mama + abah. tv kat shah alam dah bertompok. tq KESWIP!


HAPPY BIRTHDAY jugak to my mama!! (dah lepas, bulan mac)
terkejutkah beliau sy membelikan robot vacum kali ni? haha
teringat zaman dulu, asal birthday je beli frame gambar :D
kadang tu beli bantal la, baju, beg.
tahun lepas ipad mini.
tahun depan harap ada rezeki lagi untuk celebrate and bagi hadiah (sebab duit rumah dah start kena potong kan huaa. mode berjimat-cermat on!)


tahun ni ada ups and downs jugaklah.
drama oso.
part yang down tu, no worries, sy akan bangkit balik.
yang penting sy ada Dia di sisi *dan di hati* :)

ok back to kesibukan! lolx

toodles!