Thursday, January 24, 2013

rumah sewa and the hidden purpose

korang buat aktiviti apa cuti-cuti maulud nabi ni?

sy tak buat apa,
hang out kat rumah in laws je.
basuh baju, main internet (yang miraculously tetiba ada connection kat sini hoahaha),
masak, makan.. those stuff.
husband pulak nampaknya tengah gigih bermain dota kat living room.
piung piung piung bunyi sound effect game dia.. haha

parents in law dating kat bandar.
nora, SIL ada kat rumah buat aktiviti dia. kemas rumah etc.

now sy nak cerita pasal rumah sewa.



ni kononnya gambar rumah sewa.. lolx. siap ada burung lagi.

siapa kat sini ada pengalaman duduk kat rumah sewa?
duduk dengan housemates sekali la. yes? no? may be?

dalam hidup sy ni, sekali je pun sy pernah duduk di rumah sewa..
iaitu di sebuah apartment di KTcity. rumah kat tingkat 1.
naik tangga terus nampak pintu rumah.
dan sy dengan hazwani adalah penyewa pertama dalam group kami sebelum kawan-kawan lain keluar masuk berpindah.

believe me or not,
rumah sewa sedikit sebanyak ajar kita tentang KH.
KH=kemahiran hidup.
kalau zaman skool dulu malas nak belajar KH, hah bila ko dah hidup kat rumah sewa, secara tak langsung ko tiba-tiba ter-KH kan diri ko wah haha

rumah sewa jugak ajar ko persediaan esok-esok ko nak getting married, having a family, etc.
sebab apa? ni lah antara apa yang rumah sewa boleh ajar kita :

1. masak
ye. kalau dah duduk sendiri tu, tak larat jugak hari-hari nak menapau makanan kat luar.
secara tak langsung, sikit-sikit ko akan belajar masak untuk diri sendiri.
pastu dah ada housemates, takkan nak makan sorang.
so masak la untuk satu rumah.
day by day bertambah resipi baru, jadi developed la skill memasak itu yang sebelum ni zero (point to myself seraya gelak petir).
masakan pertama yang ai masak bersama hazwani adalah ayam goreng rempah. hazwani masak sayur.
kuakui (lagu hafiz AF), ayam goreng pertamaku rentung! HAHA (rentung serius. tapi makan jugak)
sayur hazwani pulak macam tak de rasa. (komen jujur lolx!)

tapi dah lama-lama tu kita pakat tengok tv rancangan masak la, check internet, tanya mama bagai *technology rocks!*.. so benda-benda ralat kat dapur tu minimalized la sikit.. kehkeh.

plus, KTcity ni kalau hari jumaat (hari minggu),
macam bandar mati je.
nak cari lunch yang ala-ala lauk rumah punyalah hazab.
kalau ada pun, tau je la harga makanan kat KTcity macam mana.
so nak tak nak and lebih awesome kalau kita masak sendiri on weekend.

itulah POINT ONE.
rumah sewa mengajar kita memasak.

so esok-esok ko ada family, or ko baru kahwin ke,
ada la kot basic masak hahaha.

(ini tak applicable kepada yang menumpang makan masakan yang housemate(s) dia masak.. most of the time. kalau yang ini, mungkin ambik masa sikit untuk belajar masak. kohkoh) :P


farah quinn.. chef dari indonesia yang seksi. hihi

2.manage bills
zaman-zaman kat rumah sewa dulu,
urusan bil ni semua under hajar.
so segala mak nenek bil (astro, air, api).. hajar yang bayar.
lepas tu nanti time hujung bulan, dia akan kira semua, totalkan dan bahagi dengan jumlah isi rumah (time tu 4 orang).
and kitorang selesa dengan cara macam tu.
air dengan elektrik tu tak kisah la kalau ada yang pakai air lebih ke, elektrik lebih ke.. kita bayar je sama-sama.

jadinya bila ko tinggal di rumah sewa,
ko akan belajar tentang basic kewangan dalam hidup. HAHA

dan dalam cerita ni,
hajar la yang dapat advantage sebab dia uruskan bil.

hidup di rumah sewa ajar kita to work on kegunaan air, elektrik..
to pay on time (kalau tak haruslah tertunggak kan. lolx)
and to bahagikan secara sama rata.

jadi sekiranya korang tinggal di rumah sewa,
tolerate la dengan orang yang uruskan bil-bil ni.
sebab nampak senang kan bayar bil.
kadang kena face housemates yang lambat bayar etc. sebab si pengurus bil ni of course akan dahulukan duit dia dulu.
so kalau dapat gaji tu,
memang awal-awal sy put aside untuk bayar bil-bil.. then baru kepada keperluan lain.


3. manage sewa rumah
yang ni sy la tukang bayarnya.
housemates akan bayar kat sy.
part yang pening nak kira tu, bila ada yang pindah keluar pindah masuk..
dan bilangan isi rumah berbeza.
contohnya sebelum ni 4 orang, lepas tu sorang pindah.. so tinggal 3.
jenuh nak calculate berapa nak kena pulangkan deposit..
berapa nak pulangkan bahagian beli mesin basuh selepas susut nilai (ye.. susut nilai ni ai belajar zaman sekolah dulu. mana la nak ingat!!)
hahaha.

so secara tak langsung ko akan memaksa diri ko mendalami maths. kaka
(i loathe maths) :P

hidup di rumah sewa juga mengajar ko untuk communicate dengan tuan rumah, selain membayar sewa.
thankfully tuan rumah kitorang sangat la baik.
kalau ada lampu rosak ke, gas habis,
sy tukang call. kadang hajar. kadang ila call. tengok yang available.
jadi untuk persediaan hari muka,
korang akan tau nak call gas, call plumber ke apa kalau diperlukan kat rumah sendiri satu hari nanti. lolx


4. bertoleransi
dalam banyak-banyak pembelajaran yang korang dapat daripada tinggal di rumah sewa,
yang ini lah paling core.
tanpa toleransi, tanpa sefahaman, susah ko nak duduk dengan housemates yang of course ada macam-macam gaya dan budaya kan.

teringat dulu husband masa bujang duduk tumpang rumah sewa staff ofis sebelum jumpa rumah sewa sendiri.
rumah flat.
duduk 7 orang kot. toilet ada 1.
pastu ada sorang bela hamster dalam rumah.
so benda-benda camni kena tolerate (pada sy la).

tapi rumah sewa yang sy duduk dulu,
toilet ada 2. yang menyewa 4.
so tak de la azab nak menunggu di waktu pagi tu haha

antara yang korang kena tolerate semasa di rumah sewa (ini etika ye. tiada dalam buku tapi perlu faham sendiri),
macam kongsi peralatan.
apa-apa je la. mesin basuh, dapur, peti ais. tv.
contohnya peti ais.
guna sama-sama. bersih sama-sama.
tv. tengok sama-sama. tak boleh conquer sorang walaupun dalam hati dying nak tengok 24/7.
sidai kain. kalau nampak nak hujan, nak tolong angkatkan kain housemate yang tak de kat rumah pun boleh. tolong-menolong.
komputer. kalau ada kat rumah, sharing secara berhemah. kalau ada tuan empunya broadband, apa-apa hal kegunaan, dahulukan dia, jangan buat macam broadband sendiri. haa gitu la :D

sebab nanti bila berfamily of course korang akan tolerate jugak benda-benda ni bila duduk serumah.

may be kita pun ada keperluan masing-masing yang perlu didahulukan.
tak de masalah yang tu.
yang penting bila dah duduk sama,
macam tu la yang biasanya kita buat ^^




so that's about it.
hal rumah sewa and the hidden purpose haha.
lain kali kita borak pasal lain pulak.
toodles!

cerita hari rabu saya

ehh bergerak pulak internet connection kt banting ni.. hihi

oleh itu,
tanpa membuang masa,
sy terus memblogging dengan penuh gaya
bertemankan bobby si kucing eksyen warna kelabu
yang duduk melunjur di tepi pintu (hey, it rhymes!)

now hit it!

hasil sisih 5S semalam kat ofis.

ye. niat asal tak ada pun nak buat 5S.
workstation wani e kan workstation contoh tersepah di abad ini.
hahaha
lepas tu kak la (yang jaga filing) datang tanya pasal tagging fail-fail yang banyak kat workstation tu.
sy pun tak tahu nak tag nama apa,
sebab asalnya tu fail-fail syima, officer yang duduk kat tempat sy ni dulu.

so kena la korek satu-satu fail.. check apakebenda yang ada di dalam tu.
turned out banyak benda yang boleh disisih.

so dah alang-alang
kak la bawak plastik hitam tu
ai transfer semua masuk plastiklah. hahaha

kak la keluar sekejap.
lepas dia balik,
terkejut dia tengok punya penuh plastik hitam dia. lolx

puas hati sugguh tengok fail-fail dah kemas sikit (sikit je) hihi


fail-fail yang boleh digunakan oleh wani e. tunggu nak tagging je.



meja pun dah terurus sikit. tak ada la rupa macam orang putus cinta (orang putus cinta agak kurang terurus.. kot??) haha


balik petang tu teringin makan chicken chop.
so ambik husband kat ofis dia..
kitorang pergi umai.

seperti biasa,
meja kat dalam penuh sepenuh-penuhnya.
tak pernah tak penuh umai ni.

so kitorang decided duduk luar.
tengok air tasik.
tengok langit yang dah mendung pekat.

teman dating sy. haha




ni bukan saja-saja buat gaya gitu.
sebenarnya nak tunjuk tengah hujan,
buat gaya jari merintik-rintik macam tu. lolx

time ni drizzle la lagi.
lepas tu, hambik kau!

dengan guruh kilat petir semua ada.
siap air dari atas merembes kat meja macam atap zink rumah bocor.
great.


saat sebelum hujan bertambah lebat.



cantik viewnya.. kat tepi jeti.



my plate of chicken chop.



his plate of chicken grill.


dah habis makan tu kitorang masuk dalam.
bayar. and rupanya dah ada meja kosong! cis.
lepak situ dulu sebab tak ada payung.
tapi lama-lama hujan tak reda-reda.
husband mintak pinjam payung customer lain,
dia pergi kereta ambik dua payung untuk kitorang.

time dia balik ke restoran,
dia berkaki ayam.
pakcik yang pinjamkan payung tu siap tegur la sebab kaki ayam segala kan. haha
rupanya sebab kat luar banjir.
and husband tak tau rupanya ada selipar dia dalam kereta. tersorok sikit.

so sweet dengan kaki ayam tu bawakkan sy payung.
so kitorang meredah banjir pergi kat parking.

sampai rumah dah dekat pukul 8 malam.
terus mandi, maghrib semua.



ini la bobby si kucing kelabu yang eksyen. lolx

kenapa eksyen?
ok sebab kalau orang nak ambik dia, dia lari.
siapa-siapa je la pun.
may be dia takut kena bawak masuk sangkar.
tapi kalau kita diam je buat dekk
macam ni la. panjat katil la, masuk bilik.

ada satu hari tu sy terpengsan atas katil sebab letih.
bobby datang.
jilat kaki kiri, jilat kaki kanan.
gesel sana gesel sini.
orang dah suh dia turun katil pun dia buat tak tahu je sambil sambung jilat-jilat.
dasar kucing eksyen. haha



time ni nak tangkap gambar passport bobby tapi dia pandang tepi la pulak.



ahha, berjaya! xD gambar passport bobby.

sekianlah dulu.
happy maulud nabi.
and happy cuti :)

salam maulidur rasul


Tuesday, January 22, 2013

happy birthday, raja!



sebenarnya birthday raja semalam.
tapi sebab semalam sy tak sempat nak berblogging,
makanya..

HAPPY FANTASTIC BIRTHDAY, RAJA .. HEI!! ;)

raja ni dah lama sy kenal.
since zaman universiti lagi. zaman-zaman diploma.
so boleh dikira la berapa juta tahun tu kitorang berkawan.. wah haha

she's a really motivated person.
buktinya, dia suka membaca buku motivasi (sy pernah nampak buku motivasi dia)
tak tau la sekarang baca buku motivasi lagi
atau baca buku pembangunan negara keee
(selaras dengan kematangan usia.. ihihi)

alah tak kisah lah buku apa pun dia baca.
yang penting,
semalam harijadi dia!! yeppa!!

dan sy nak ucapkan
semoga raja..
ko panjang umur, murah rezeki, success,
sihat sentosa (sentosa? hihu), bertambah iman dan amal,
serta sentiasa diberkatiNya.
kap ba ra, kap alif, taa nuunn. keberkatan :P

okeh.
nanti kita claim kek birthday kat raja.

mungkin later on kita buat party, ye.
*keluarkan trompet*

kbaii!!

the fab raja and i.

Sunday, January 20, 2013

sunday

hey hey.
macam mana hari ahad korang?
awesome?

hari ni pagi-pagi dah pergi tesco. ajak harith.
cari barang sikit.
balik rumah balut hadiah.
lepak tengok tv. napping. makan.
serve kucing-kucing. hahaha

tengah baca 'i love you, stupid!'.
baru chapter 5. haha
keseluruhan chapters ada 109. 1389 muka surat.
hang in there, wani. hang in there.

malam karang nak pergi airport fetch husband.
dia akan balik dari KTcity.. yiehha.


snek petang tadi.. goreng cendawan dengan tepung sri aji. yum yum!



:)

keju sakit

happy sunday!

haa amacam design blog yang baru ni? ok tak?
hari tu terasa macam nak ubah template design,
sebab dok pakai yang tu je.
yang ni buat simple-simple sudeh.
tulisan pun besar, kasi nampak jelas.
sungguh laa konsep web 2.0 haha
(sekarang dah 3.0 ke hah? betapa tak mengikuti perkembangan teknologi T_T)

banner ni, gambarnya credits to deviantart.
sana memang banyak art stuff boleh dapat. go search.

ok.
ni nak cerita pasal keju the cat.
ye, kucing kitorang, siapa lagi :P

semalam dia balik rumah dengan keadaan mata kanan merah and bersin haaachium! bunyi macam toys budak-budak yang bila pijak tu bunyi.. nyett!
haha so funny bila dia bersin bunyi nyett.
srott srott dia selsema.

datang panjat katil, tidur.

memang habit kucing-kucing ni kalau sakit.
suka betul masuk bilik sy, panjat katil. tido situ.
dulu si biskot time sakit pun datang nak tidur sama atas katil.
agaknya perlukan kasih-sayang lebih haha
kalau sihat, keju ni lepak kat ruang tamu je.
atau keluar bermain-main.

so tengok dia macam nampak teruk je,
petang semalam faliq hantar dia gi klinik vet kat seksyen 13, shah alam.


keju yang sakit.



mata kanan dia merah kena infection. sebab musabab tidak diketahui. skodeng bella kot. ahahah

tapi dia ni kalau keluar rumah selalu kena kejar dengan si kecik (kucing ekor macam raccoon).
dulu masa kecik-kecik, kitorang jaga la si kecik ni.
dah besar, dia lepas bebas je kat luar.
kucing jantan kan. berdikari gitu.
so kecik suka kejar-kejar keju kat luar.. cari gaduh rebut kawasan kot.
tak tau la kot sebab gaduh matanya jadi gitu.

so bagi faliq duit untuk pergi klinik.
dia balik, dengan ubat semua.
yang kelakar tu sebab ni first time hantar kucing sakit pergi klinik kan.
kelakar tengok ada nama keju kat plastik ubat.

macam mana laa perasaan pembantu klinik tu bila tulis nama kucing yang pelik-pelik kat plastik ubat kan. HAHAHA

hahahahahaa
jangan main-main,
kucing pun makan antibiotik ok! :P

lepas tu dah musykil pulak
macam mana nak sumbat ubat telan dua biji kat keju.
ada antibiotik dengan ubat flu.
ubat titik tu tak pe la kan, titik je kat mata dia.

so tweet izyahya pencinta kucing,
tanya dia macam mana.
so dia ajar.
memang berguna betul ajaran tu.
katanya pegang kucing, tarik kulit belakang tengkuk dia,
lepas tu dongakkan muka dia and buka mulut..
masukkan ubat.
and keju memang behave la.
diam je dia mengikut.
senang betul bagi dia makan ubat haha

time pergi klinik pun,
faliq cakap keju diam je bila doktor inject.
bagus sungguh keju. kikiki


gambar selingan : ni tiga ekor kucing yang sepatutnya bukan kucing kitorang pun, tapi tiba-tiba dah bermastautin kat belakang area dapur tu. hari-hari bagi makan.

keluarga bahagia ni.
mak, bapak, anak. lengkap dah tu.
si eveready, bella and capang.
capang tu orang kat rumah ni bagi nama ke anak kucing tu.. tapi sy suka panggil dia mecik (kecik). hahaha
mecikkkkk.


makan dengan khusyuk. ish ish.



get well soon, keju! :)

Saturday, January 19, 2013

literal

hah!
dah lama nak mereview tapi baru hari sabtu yang hening ni sy dapat merealisasikannya.
*bukak tingkap bilik, hirup udara pagi*
wahaha. mentang-mentang nak review novel kan,
ayat pun kena tempias :P

sebenarnya sy bukan penggila novel extreme.
sy cuma baca novel yang sy rasa best.
tu yang tak banyak sangat novel tu.
kalau pergi book store and tengok "eh awesome gile novel ni!"
hah baru grab satu.

baru-baru ni sy telah membeli sebuah novel yang awesomenessnya sy bagi point 5/5.

tak tak.. ni bukan novel mat salleh :P
'the wedding breaker'. by evelyn rose.
kalau nak indicate novel tu best ke tak.. simple.
bila sy bukak and baca, lepas tu lagi kerap sy buka and baca sampai dah nak habis..
hah itulah novel yang best.
kalau tak best, biasanya sy bukak.. baca dalam 20 pages lepas tu tinggalkan novel tu merata-rata. haha
(sampai ke sudah tak baca T_T)

ceritanya tentang ariana rose (heroin), berpakat dengan kawan dia tengku juwita untuk menggagalkan wedding tengku juwita dengan tengku adam kamil (hero) yang dah diset up oleh parents diorang.
so there are ariana and adam.
adam ni memang player habis la, tak pedulikan halal haram.. tha kinda type.
so ariana dengan senang hati breaks the wedding dan pandai-pandai je mengaku dia tengah mengandungkan anak adam kat majlis tu (siap dengan fake belly lagi HAHA).
dan wedding tu berjaya digagalkan.

lepas-lepas tu of course adam tak puas hati,
dia upah penyiasat untuk siasat siapa girl yang dah kacau majlis kahwin dia and buat malu satu family.
yang menarik, ariana is a PT*D. kerja kat putrajaya. haha
kira dalam cerita ni, hero and heroin memang sepadan habis la.
dua-dua gorgeous, terpelajar, kaya, etc.
cumanya adam tak tak tahu ariana ni terpelajar dan anak orang kaya.
selama ni dia ingatkan ariana kerani and anak peniaga gerai.

but along the way.. awal-awal tu tak ada nya diorang bercinta.
jangan diharap, ok. haha
watak adam dalam ni macam nak balas dendam kat ariana.
sampai kidnap semua.
later on baru jatuh cinta.
ada best part. super best part.
tapi yang tu sila beli dan baca sendiri ye. surprise! haha

and buku ni juga ada the touch of islamic phrases.. quotes..
bagus untuk bacaan. harus beli ni. kikiki


ANDD THE SECOND ONE!






'i love you, stupid!'. by melur jelita.
yang ni tak dapat nak review pun lagi,
sebab baru je beli.
tebal gile ok novel ni. boleh buat hempuk student yang tak mau listen. HAHAHA
*what the, wani---*

ok sambung.
sebenarnya dah beberapa kali ke book store.
eyed on buku ni.
tapi tak beli-beli.
sebab tengokkan tebal dia tu, macam scary.
memang super tebal. haha
tapi sebab dah beberapa kali tengok,
beberapa kali tu jugak tertarik baca ayat-ayat dalam novel ni yang macam gila-gila,
akhirnya sy nekad untuk membeli! *jyeah!*
ye sy jarang nak baca novel yang ayat meleleh sangat.
ayat gila-gila lebih seronok dibaca. haha
tapi tak ada lah gila-gila yang sampai kita tak faham tu.. macam.. "ehh kiutnyewwww." oh tidak sama sekali. wah haha.

so may be hari ni nak start baca.
we'll see.

the back

adeih. lenguh belakangku.

sekarang ni musim back ache and musim 'lawatan kerap ke toilet' kembali. haha.
tak tau kenapa selalu rasa lenguh belakang ni, tapi bila baca kat apps 'I'm Expecting' (tempat rujukan, sebab sy pemalas baca buku sangat kan lolx).. back ache or back pain ni normal.
tapi memang kalau duduk kejap pun rasa lenguh sampai kena letak kusyen/bantal kat belakang.
tulang belakang tengah menstabilkan badan yang boncit di depan kot ahaha.
hopefully this pain will go away. or ease a bit, at least :)

husband&i, kitorang buat lawak panggil our precious
as rossa/rossi.
sebab tak tau boy ke girl kan.
so rossa for girl, rossi for boy *italianos sangat fuahaha*
ni gara-gara iklan rossa dengan 'lemari penyimpanan' kat radio tu la.
kiut sangat.
haaachiumm! lolx


ni time kat mamak waktu malam.. makan nasi beriyani ayam goreng dengan kuah madu (suka betul sy makan nasi beriyani kan. AHAHA)



kejadah gambar ni upside down?! haha. ni sizzling noodles makan kat alamanda hari tu lepas husband habis main boling. group dia menang no. 2 *congrats, hun!*

kbai! nak baring mengiring sat.
lenguh belakang.

Tuesday, January 15, 2013

konvokesyen DP*A

hari ni adalah hari konvokesyen DP*A sy dan kawan-kawan!!
batch DP*A 1/2011.
kebanyakan kitorang dilantik pada tahun 2009..
so boleh kata, ambik masa 2 years untuk konvo dan dapat pengesahan jawatan.
tahniah kepada semua!!

to sum today in a paragraph,
nah sy dah taip semuanya kat fb.. hahaha

yoshh.
hari ni adalah hari yang menyeronokkan.
yang tak berapa seronok tu sebab kena bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap.
katanya pukul 7 pagi dah kena ada kat PICC.
lepas tu pulak bila dah bertolak dengan husband,
boleh pulak tertinggal kad giliran (super penting!!) kat rumah.
patahhh balik. haha
nasib baik tak gerak jauh lagi.. masih dalam kawasan perumahan :P


langit pagi yang cantik.. dalam perjalanan.



lagit pagi yang cantik part 2.

thanks kepada husband, isz yang hantarkan tadi.
dia tak dapat stay, sebab ada meeting.
so dia teman kejap je la.
dalam pukul 9 tu dia balik ofis sebab meeting pukul 9.30pagi.


berbreakfast dengan zaim & wife. shahma (wife zaim) tak ada dalam ini gambar :P (dia berdiri di tepi sy time ni)

gambar ni time breakfast.
memang ramai la orang kat dalam cafe tu..
dengan family semua sekali.
tapi ada jugak yang datang sorang, tak bawak family.
sebab family jauh ataupun sebab bukan hari cuti.


menangkap gambar bersama husband tercinta. ececeh.

time ni sakit perut ok.
sy syak sebab minum sikit susu coklat dutch lady dalam kereta on the way tadi.
time-time ni laaa ko nak sakit perut kan.
sungguh wrong timing di situ.
tapi dah lepas-lepas tu ok dah. haha

lepas makan tu tinggalkan husband.. dia pun balik ke ofisnya.
sy berkumpul kat dewan 6-7 dengan kawan-kawan untuk sesi bergambar.


time ni semua orang tengah berkumpul ramai-ramai.. sambil tunggu giliran nak tangkap gambar ikut sidang.

kitorang catalyst.. sidang C.
so tunggu lama sikit la. biar sidang A dengan B tangkap gambar dulu.
sambil-sambil tu kita borak-borak dan tangkap gambar sendiri, mana yang patut :P


dengan bestie, azra.
bagi korang yang first time nampak azra,
dia ni best friend D*PA sy.
bayangkan DP*A selama 6 bulan..
bersama best friend (atau friends). kan lebih meriah.
so banyak benda kitorang faced sama-sama sepanjang 6 bulan tu.
sampai sekarang la kitorang bestie.
walaupun kadang-kadang je jumpa akibat kesibukan diri sendiri. haha


suasana bila semuanya berhandphone.

ye. masing-masing dengan whatsapp, facebook, messaging.
memang meriah la.
sy pun sibuk bergroup whatsapp dengan kawan-kawan.
sambil baca status semua orang kat fb.
semua letak pasal convo day.
jadi happening dah fb tu. trending jadinya. haha


group photo!! some of the girls.



love this one!! credit to mardia, ambik gambar ni daripada dia. find me! (mesti la yang paling girang tu kan. haha)



hahahaha. ni henry dengan azam. tak tau apa yang ditunjukkan tu :DD



kat sini memang saling tolong-menolong, ye. dari zaman DP*A sampai sekarang.



time ni dah beratur ikut ketinggian sebelum pergi tangkap gambar ramai-ramai dengan VIPs kat bilik sebelah.



sempat lagi tu tangkap gambar sambil beratur.


lepas semua sidang habis tangkap gambar dengan VIPs,
kitorang berarak masuk dewan.
diiringi oleh muzik gamelan live.

lampu di dalam dewan.

tung tang tung tang.
ucapan-ucapan sini dan sana.
ambik sijil. anugerahs.
lepas tu dalam pukul 12 lebih kot.. dekat-dekat pukul 1.. kitorang dah boleh bersurai.
bersurai pun tak bersurai jugaklah.
kena pergi ambik sijil sebenar kat kaunter,
ada yang pergi tangkap gambar (beli ye) kat dewan lain.. makan (makanan habis!)
dan sebagainyalah.

congrats kepada semuaaaa budak-budak batch (legasi) yang berkonvo harini!
congrats kepada yang dalam list cemerlang.
congrats kepada yang menerima anugerah khas! :)

oho sy tak termasuk dalam list cemerlang..
sy kat list kepujian.
walaupun begitu, bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tamatkan DP*A dengan awesomenya.
dan belajar macam-macam benda.
perasaan gembira tu sama macam dapat list cemerlang,
sebab dengan kehadiran husband, parents yang datang.
siap dapat bunga lagi.. haha thanks!

(ye husband sy berlarian balik daripada meeting pukul 12 tu.. kembali ke PICC. weehee love youuu)

few photos daripada kamera P&S yang dipegang oleh my mom :
(ada lagi gambar daripada DSLR yang dipegang oleh the dad.. juga gambar daripada handphone husband.. tapi yang dua tu tak transfer lagi).

bunga oleh parents.



sempat jugak mereka menangkap gambar lampu di atas siling dewan yang gemilang ni.. haha



bunga di kanan tu husband yang bagi, bunga di kiri parents bagi. feeling artis kejap. hahaha



jumpa pulak dengan azra. sebab azra dok row lain. so snapsnap gambar dengan bestie ai :)



photo with my beloved parents.



ni husband baru sampai ke PICC. terus snap gambar haha












hah ni dengan raja! :) sebab terserempak dia kat luar ni.



with salmi and harzela.


lepas dah habis urusan semua, kitorang sefamily pergi makan kat umai.
sebab makanan kat picc dah habis. haha

lepas tu balik and rehat. zzz.