Wednesday, December 07, 2022

breakfast di sunway resort hotel dan main slime di sunway lagoon

assalamualaikum and hi! :)

kembali lagi kita. biasanya sebulan sekali baru nak berupdate hahaa

so kali ni kita mengimbas kisah di bulan oktober yang lalu.
ada satu lagi baucer hotel sunway belum redeem.
so kali ni kita stay di sunway pyramid hotel.
cumanya kalau nak makan breakfast, sunway pyramid hotel tak sediakan.
dia minta kita ke sunway resort hotel di sebelah.

so let's la kita :P

lokasi restorannya di aras bawah. kena menapak sikit je dari sunway pyramid hotel.
ruang yang luas, pilihan makanan yang banyak. guests pun ramai.
jadi sila datang awal sebelum jam 9 pagi. kalau tak, memang queue panjang kat luar kena menunggu.


alhamdulillah kitorang datang awal,
jadi time datang tu tak ada queue ke apa. masuk je terus.
this was my first time having a breakfast at sunway resort.
verdict, memang super best. sebab kepelbagaian menu dia tu. rambang mata seyh.

korang bayangkan, even telur mata pun chef susun ikut kegaringan,
termasuk kegaringan di bahagian depan dan belakang.
jadi boleh pilih ikut kesukaan masing-masing.
nak kata, sampai tahap situ teliti dia. sampaikan telur pun boleh pilih ikut preference kita.

duduk di bahagian dalam. penuh dah meja.



tempat makan yang terbaik jugak untuk manusia-manusia yang jaga makan dan badan macam isz hihi.
susu ada pelbagai. yang sy ambil tu, susu soya.
yang jaga makan, oat sejuk dia sedap gile. pelbagai jenis yoghurt yang sedap. buah pun macam-macam.. bukan setakat tembikai, papaya dengan epal je. roti pun pelbagai jenis. wholemeal semua ada.



my must-take. semestinya bubur.
pergi hotel mana-mana, mesti nak rasa bubur dia.



ni kitorang lagi, breakfast hari kedua. bahaha



pinggan kitorang. sedap kan!



ni nak tunjuk. condiments untuk bubur. gile banyak!
korang pilih je nak apa.


dah, habis kisah makan-makan sarapan :P

tujuan kitorang ke sunway, semestinya pergi mandi manda sunway lagoon.

disebabkan kerap sangat pergi sunway lagoon ni, tak de la tangkap gambar beria sangat kali ni. haha
cuma that time, sempat la dak2 AAs ni main slime.
sebab 'jadual' slime di taman nickelodeon adalah pada jam 3.00 petang.
ditakdirkan pulak kitorang ada kt sana pukul 3.00 tu.

nah tengok la gambar dak2 ni. lolx

anaqi.



me. datang awal, so tak de orang pun kat tempat ni. tempat lain ada la, tapi pagi2 ni tak ramai orang lagi.



rendam kaki sat.



tempat kegemaran budak2.. pool dengan playground.
tak hafal nama taman2 dia.. walaupun dah beberapa kali ke sunway lagoon. hihi



bulan 10 tu kan ada perayaan deepavali.
so deco-deco kat situ ada la kedeepaan sikit.



ni dekat2 pintu masuk.



anaqi and mama.



sempat la order laksa johor kat sunway lagoon.
sedap la jugak.



excited audience. tunggu slime keluar.



haa tu dia slime!!



semua berebut nak mandi air hijau haha.
truthfully bukan la slime betul2.. tapi air berwarna hijau. but yet, semua excited la sebab mana pernah jumpa air kaler hijau.









haa mainlah korang di situ sampai menggigil. lolx



lepas2 tu pergi redeem animal feed kit pulak, untuk bagi hehaiwan makan. ahaks

begitulah kisahnya.

kita sambung di lain entry pulak, insyaAllah. tatah!

Sunday, November 06, 2022

bermain VR di futureland, sunway pyramid

assalamualaikum and hi! :)

minggu sebelum2 birthday anaqi,
kitorang lepak sunway lagi.
biasalah, sunway tu rumah kedua HAHA
so belanja budak-budak ni main VR kat futureland, sunway pyramid.
futureland ni dok tingkat atas sekali, area2 dekat dengan boling.
kalau sesat, donwload je sunway pyramid app tu, ada virtual map.
dia boleh bawak korang ke mana je kedai korang nak pergi.

btw futureland ni adalah tempat bermain VR / virtual reality.
ada pakej2 dia.
kalau makin banyak main, makin murah la harga pakejnya.
sy ambik yang ada 4 games, 2 orang main.
jadinya sorang boleh main 2 games la.
harga dalam RM60+. ye tak la murah sangat, tapi berbaloi la dengan pengalaman bermain VR.
mesin2 VR ni bukannya murah, ribs2 kot.


main roller coaster kot ni.
ni ariana, hujung tu anaqi. lama jugak main 1 game. so memang berbaloi la.



basically korang akan dipakaikan dengan headgear VR ni dan duduklah atas seat tu.
nanti bendalah ni akan bergoyang, bergegar, etc.





second game. ni main skateboard kot. tapi banyak game dalam 1 mesin ni.



mesin ni pun akan berpusing atas bawah kiri kanan.



ariana sementara tunggu anaqi settle main.





ariana's turn. kemain excited dia, nampak apantah tu. katanya ada botol coca cola besar. hahah



"wow!" mungkin itu la kata ariana. lolx





anaqi yang dah siap main, tunggu kakaknya.

 

ringkas je kisah AAs pergi main VR hahah.
lepas main sini, diorang akan dok ulang cakap.. nak main lagi,
ingat mama korang ni cap duit ke.. kihkih

toodles!

birthday husband 2022

assalamualaikum and hi! :)

ya Rabbi, rupanya banyak benda tak story mory dalam ni hahaa
since hari ni cuti, kita pulun la taip entry selagi boleh :DD

so ni adalah entry yang dah lepas ye.
pada 16 oktober 2022 lalu *lalu dah. haha*
iaitu birthday husb kesayangan ai kihkih.

HAPPIEST BIRTHDAY, HUN!
may you always loved, and be loved.
by Allah, by us (the family, and by everyone. have a (belated HAHA) fab birthday!


gambar birthday dengan ibunda (nek bedah).



dapat choc bouquet (AAs si tukang makan. jangan cakap la, ai punya coklat birthday pun diorang berdua je yang pulun. lolx). tqq makk, melahirkan dan membesarkan isz dengan baik dan awesome!



disebabkan ai ni bajet-oriented (i.e fulus ala kadar je haha)
so kita DIY balloon bouquet untuk birthday beliau.
simple and mudah lupus nanti. (tapi dia dok simpan lagi kat tepi kepala katil. belon dah kecut dah pun, tinggal bekas je. lolx)



bouquet untuk kesayangan hamba.


truthfully, sy suka buat DIY/handmades ni.
kegilaan buat sejak sekolah.
dulu banyak buat handmade cards. kad raya pun handmade.
tapi sebab lepas dah jadi dewasa ni *ahahah*  sy agak busy, so mana yang sempatlah.
sekarang ni rajin la sikit nak DIY balik. buat flower bouquet, lukis2.


ni hadiahnya, sy bagi edifier headphone.
headphone bukan kaleng2. rat rat punya headphone ni HAHA
harap cemerlang la dengar kuliah / pi gym pakai headphone ni :P




hadiahs. kads.



kek, beli 3 slices aje. kitorg bukannya makan kek banyak sangat.
pulak tu birthday boy tengah diet. so try belikan kek tanpa tepung ni.
tapi dense sikit la keknya.



ni kek hazelnut choc. sedap yang ni. semua kek daripada pastribella, cyberjaya.
harga boleh membawa ke pengsan. lolx



cheese durian. haa tiga je kek. share 4 orang. rasa sorang sikit. alhamdulillah, cukup je. kikiki


lepas tu, kitorg makan kat restoran sana-sini, d'pulze.

antara kedai makan yang best jugaklah,
sebab kids friendly.
ada tempat main.
ada salad, popcorn dan ais krim percuma yang boleh refill bila2.


with birthday boy 16.10



kedai makan ni jugak instagrammable.
banyak tempat boleh bergambar, daripada dinding, sampailah ke lantai :P serius!



layankan je la kitorang ni bergambar ye, bahaha



anaqi dan kids platternya.



birthday boy tangkap gambar daging kam heong kegemaran beliau.
restoran ni sentiasa penuh dengan orang ye.



sy try order nasi putih dengan ayam masak seczhuan. macam mana ntah eja. betul kot tu :P
sedap, kering, pedas2.



ariana macam biasa, makan sizzling noodles.



apabenda ni anaqi tunjuk tu. lolx



group photo!! susah nak gambar berempat,
sebab budak berdua ni asyik hilang pi main kat playground dia.

 

toodles!!

lokasi surau di IOI city mall, putrajaya / prayer room location at IOI city mall, putrajaya

assalamualaikum and hi! :)

muslim prayer room at IOI city mall, putrajaya.

location: level LG.

kalau ada yang mencari lokasi surau baru di ioi city mall, boleh ke aras LG.. kat area restoran-restoran yang banyak tu.
cari restoran tony roma atau restoran absolute thai. kedai street churros pun dekat jugak.
lepas nampak restoran2 tu, sila ke belah dalam sikit.. ke arah parking LG.
korang akan nampak kedai 7-eleven di situ.
keluar ikut pintu ke arah parking di luar.

ENGLISH:
to those who's looking for the prayer room at IOI city mall,
you guys can go to level LG.. where most of the restaurants/eateries are located.
try to find tony roma, or absolute thai, or street churros shop.
from there, you can see 7 eleven convenience store just near the parking entrance.
go outside to the parking area. 

(just follow the arrows)



lepas keluar, akan nampak kedai ayu borneo. jalan di sepanjang laluan tu.
ada petunjuk surau jugak, so insyaAllah korang takkan sesat.



follow these arrows.



prayer room sign. masuk kanan. go to your right.



follow the arrow. ikut anak panah.



tadaa! for guys and girls.



telekung/mukena disediakan untuk muslimah.
prayer garment for ladies are provided.


semoga bermanfaat! :)


p/s: other male prayer room is at level 2, next to parkson/mr. Toy. tq