Sunday, December 06, 2015

kenduri akikah anaqi

hai hai!
penat semalam tak habis lagi,
tapi update tetap update :P
kalau tak, sampai ke sudah tak berupdate blog ni. lolx

alhamdulillah, semalam kitorang selesai buat majlis kesyukuran kecil-kecilan sempena akikah untuk anaqi.
sekali la dengan doa selamat and tahlil, tapi yang tu buat kat masjid dekat dengan rumah (my parents').
lepas tu baru sambung kenduri makan kat rumah.

planning nak buat kenduri akikah ni ada la dalam seminggu je.
bincang dengan husband nak buat kenduri,
then mama terus cari katerer semua.

sementara tu kita buat invitation card.
sy memang suka design-design ni.. wihihi.

buat simple-simple je. untuk post kat fb and jugak invite kat whatsapp.

sorrylah tak dapat nak jemput semua,
sebab buat pun kecil-kecilan kan.
mana yang sempat, dekat and rapat dijemput. *thanks for coming!* :)

biasa kan orang buat dengan cukur jambul semua.
ada pelamin baby siap.
kitorang tak de buat, just kenduri biasa je.
plus ada terbaca yang upacara cukur jambul ni tak de dalam islam.
prolly adat je kan. maka kita skip kan aje :D

majlis start petang, pukul 2.
sebab right after solat zohor and doa selamat tu.
risau jugak sebab sekarang ni memang everyday, petang, hujan.
hujan pulak bukan main-main, hujan lebat siap dengan stok guruh. haha
tapi tempo dia biasanya dalam lewat petang time asar tu baru hujan.
so tak pe la kita proceed.


nasi beriyani yiehha.

sy cadangkan kat mama,
nak dengan ayam masak merah.
sebab orang pergi kenduri memang suka ayam masak merah ni *siapa tak suka sila masuk kelab ayam goreng. yiahaha*
then ada gulai daging jugak.
then biasalah dalca, sayur campur, acar buah, kuih, buah semua.
air pulak husband request nak oren sunquick.
so tukar daripada kordial (dalam set dia) to sunquick.
mama jugak ada tempah mini creampuff sedap. memang 'sold out' la sy tak sempat nak capai sebiji pun. lolx


my husband (isz) and anaqi.

anaqi ni pakat tidur pengsan the whole day.
actually pagi tu dia jumpa doktor.. check up sebulan.
biasalah kena cucuk. tu yang pengsan agaknya tu. haha

gigih cari baju warna sedondon dengan babah dia.
it's a cotton baju melayu romper.. memang untuk baby.
nampak macam cute, so belilah online. RM29 je.

while baju ariana warna sedondon dengan tudung sy.
kira ok la tu. blue team and yellow gold team. haha


orang masjid sampai dulu before 2pm, then baru makan-makan untuk family & friends.

nak elakkan kesesakan, kitorang buat timing macam tu.
biar orang masjid datang makan dulu right after doa selamat,
then baru family and friends datang pukul 2 petang.
yang mana sampai awal boleh lepak kat dalam rumah dulu.

tok (nenek & atuk) sy pun ada datang dari terengganu.
kebetulan datang untuk monthly check up kat KL.
so diorang pun singgah :)


tok yam & anaqi.

biasa kan orang tua-tua ni kalau part pantang bersalin memang disiplin habis.
sy sesaja la tanya tok yam, boleh tak makan ni, makan tu.
"makan je lah." tok yam cakap.
hahaha. sempoii.
actually semalam tu dah hari ke-36.
i have eight more days to go.
tapi dah serupa tak berdisiplin sangat la.
coklat semua dah makan awal-awal. haha


my tok ki. gambar dia tengah makan ni je ada. haha

ye. sibuk sikitlah tak sempat nak snap gambar-gambar secara proper.
mana yang ada je :P


mama & ariana.



tok yam & sy.

untuk anak lelaki, akikah sama ada bahagian lembu atau 2 ekor kambing.
husband pilih nak akikahkan kambing.
dua-dua buat golek. haha
kan orang sekarang ni suka sangat makan kambing golek.
kalau ada je kambing golek harus beratur nak ambik :P

tapi time kenduri ni memang convenient la nampak.
orang boleh ambik dengan selesa, tak de la beratur panjang.
sebab ada yang ambik kambing, ada yang ambik nasi dulu.

bro2 daripada 7 barakah catering sedang menggolek2kan kambing. haha

sedap ok kambing golek dia.
lembut, juicy, tak de bau kambing.
and sos blackpepper dia pun sedap.
selain tu ada mushroom soup, garlic bread, mashed potato dengan coleslaw.
brown sauce pun ada bagi yang tak makan sos pedas.
alhamdulillah 2 ekor ni cukup untuk semua.
time majlis habis ada tinggal sikit.
kitorang simpan sikit, the rest lewat maghrib tu ada family datang lagi and jamu diorang.
so memang cukup-cukup, just nice.

cuma ada tulang-tulang tu, mama cakap lupa nak minta caterer buat sup.
sebab daging akikah ni semua bahagian kena makan.
tak boleh buang.
kalau tak kena tanam.
macam daging korban biasa tu la.


husband yang ceria dapat kambing golek. lolx



family belah husband.



kemain muncung si anaqi ni :P



gambar ni tak cukup korum, sebab ariana dah tidur kat tepi. haha



ni ha budaknya. lena tidur. lolx



my plate.. cangg!

sorrylah, yesterday was my confinement-cheat-day. hahahaa
main makan je apa.
dapat la makan ayam masak merah hoihh heavennyaaa~~~


dan di bawah ni adalah antara gambar family & friends yang datang :
(thanks korang!!)




while for goodies, sy sediakan. haha
bukanlah sy buat, tapi tempah aje.
sticker je buat sendiri then hantar kedai print (faliq tolong hantarkan).
so siaplah nut in a jar ni untuk tetamu yang datang.





buah tangan kecil untuk tetamu.

kacang-kacang dia memang rangup.
yang ni memang habis tak de lebih.
may be ada 2-3 yang tak dapat, mana yang datang lambat lepas majlis habis.
sebab sy tempah memang cukup-cukup je (ada la extra, tapi tu pun habis).
rezeki mana yang dapat.
minta maaf mana yang tak dapat tu. :)

thanks jugak kepada yang bagi duit, bagi hadiah untuk anaqi and ariana.
may Allah bless you all.



Saturday, November 28, 2015

ini bukan competition

tak faham betul la apsal makin over pulak (kat fb mostly) group mak-mak ni nak pertikaikan tahap kesakitan deliver baby secara normal or caesarean (c-sect = operation).
yang normal dengan 'oh seronok boleh rasa nikmat sakit bersalin normal.'
yang c-sect pulak dengan 'hoi c-sect lagi sakit ok.'
tu belum yang dua-dua pun dia kena 'hey aku atas sakit, bawah sakit. kau ada??'
then sampai ke sudah tak habis-habis.

recently sy ada baca jugak entry dalam blog green apple yang cakap pasal isu ni,
and sy sangat-sangat setuju dengan pendapat dia.
most of her entries, topik apa pun lah,
mostly i can get her points and pandangan sy pun biasanya lebih kurang sama atas isu-isu tu.

ni sebab semalam tang tengah buka fb lah,
adaaa pulak fb friends yang share wall post sorang fb user ni pasal c-sect.
ok la dia kata nak menyedarkan mak-mak pesalin normal (abaikan vocab, saja panggil 'pesalin'.. boleh? hoahaha), supaya tak memandang rendah pesalin c-sect.
sy sedar jugak ada golongan pesalin normal dalam fb yang bangga habis bersalin normal. tak de masalah ko bersalin normal, cuma kalau kita sendiri baca ayat diorang pun rasa nak puke.
'oh indahnya boleh merasa sakit contraction berjam-jam.. yang c-sect tak rasa tu semua.'
walaupun sy deliver normal, tapi sy tidaklah menyokong aktiviti-aktiviti lagha seperti ini. kahkah
mana yang tah apa-apa tu tetap tah apa-apa.
so back to our story;
panjang ok wall post yang sy baca tu.
diceritakan details kesakitan seorang pesalin c-sect (yang tukang tulis tu punya experience la tu).
tang kena bius, tang kena 'lapah' katanya.
tak boleh bersin, tak boleh baring sebarangan. macam-macam la.
ok fine. dia tulis macam tu supaya (again i repeat :P) supaya pesalin normal tak pandang rendah c-sect.
ok baca pulak komen. mostly yang komen tu ramai yang c-sect.
hamboiinya. sy rasa sama je diorang ni 2 kali 5.
marahkan orang bersalin normal bangga-bangga sakit normal,
yang c-sect pun samaa menegakkan fakta yang diorang lah lagi sakit. compare ok. COMPARE. jahitan lagi panjang la, sakit sepanjang zaman la. watdehell.
so apa motif nak cerita kesakitan-kesakitan yang diorang tanggung? nak bagi kesedaran kat semua?
rasa kalau diorang ni dapat deliver normal sekalipun instead of c-sect, jadi benda yang sama jugakk. bangga-bangga jugak pasal bersalin dia yang paling sakit di alam semesta.
aiyo. sape lagi sakit pun nak jadikan pertandingan ke?
pening aku macam ni. hahaha

truth is, apa cara pun deliver baby,
yang penting semua ok, semua selamat, semua happy.
dah. tu je pun.
sy tak kisahlah ko deliver normal ke c-sect ke.
ko hidup sihat walafiat tu dah kira nikmat lah tu.
perasan tak kalau kita deliver baby, tetiba akan ada (kalau tak banyak pun, sikit la) yang tanya.. 'bersalin normal ke operate?'
like apa relevance nak tanya kekdah bersalin? dia nak tolong bagi tips ke? macam tak de pulak. sekadar berbasa-basi? ok lah basa-basi lah kamu.
see. of how sesetengah orang terasa pentingnya sangat nak comparekan kaedah bersalin masing-masing and tahap endurance masing-masing menahan kesakitan. padahal tak perlu pun tu. lolx
setiap ibu yang go through the pregnancy experience; be it our mothers, our friends, siapa-siapa la pun, harus diraikan.
tak perlu gaduh-gaduh siapa paling sakit.
kadang rasa kelakar nak tergelak pun ada.

tu belum masuk bab breastfeed (bf) lagi.
hahaa don't get me start on that.
macam berdosa sangat kalau tak fully breastfeed or if totally guna formula milk.
tak semua, but yang fully bf ada pride sendiri. dia fully, jadi kalau boleh nak semua orang pun fully macam dia. kalau tak sama macam dia tu yang jadi 'berdosa'. lolx

hai macam-macam lah.
yes actually macam-macam perangai boleh jumpa kat fb and alam nyata ni.
patutnya endurance yang perlu ada dalam cerita ni is not about bragging siapa lagi sakit siapa lagi hebat dalam arena motherhood,
tapi endurance nak melayankan perangai sorang-sorang yang kita akan jumpa macam ni lah. hahaha

ok. till then! :)


Tuesday, November 24, 2015

ariana and spongebob

ni benda baru yang sy baru nampak hari ni.
ariana main dengan spongebob macam la spongebob tu adik dia. hahaha
siap dukung, bagi makan chipsmore bagai :'DDD

tengah dukung.



tak berapa nampak kan, tapi sebenarnya dia tengah bagi spongebob makan chipsmore, lepas tu chipsmore tu dia masukkan pulak dalam mulut dia sendiri. lolx






sayang sangat awak dengan spongebob tu ye?? :P



siap letak kusyen atas meja, bagi spongebob tidur! hahahaa

adoi laa.. macam-macam la ariana ni.
petang yang menghiburkan. lolx

baby cot baru

sebelum ni anaqi memang tidur atas katil je beralaskan comforter.
tak pakai baby cot pun.
sebab baby cot lama yang ariana punya dulu duduk kat putrajaya.. kitorang tak bawak ke shah alam.
satu hal nak bukak angkut masuk pulak kereta myvi.. muat ke? haha
so tidurlah kamu di atas katil je, anaqi :P

tapi semalam my mom ada belikan baby cot baru untuk anaqi.
yang ni kaler putih.
mama cakap senang nanti tak payah husband tidur kat tilam bawah-tepi katil tu.
kalau dah ada baby cot, husband boleh tidur kat katil.
kesian kot tengoknya tidur kat bawah. lolx
thanks, ma belikan baby cot ni.


husband tolong pasangkan. bilik kite kecik je sekangkang kera hahaha. nasib baik muat.



anaqi sleeps; sebelum.



anaqi sleeps; selepas.

barang-barang yang dok tepi dinding tu kita alihkan letak bawah baby cot.
sebab ada ruang kosong bawah tu kan.
so jimat space la sikit.

dan seperti biasa, baby cot telah dirasmikan dulu oleh ariana.
dia masuk duluuuuu.
hamboi sangat.

siap duduk bersimpuh lagi.



sleep well, anaqi. walaupun dia ni selalu buat bunyi time tidur. nak kentut pun punya la eee ooo bunyi.. haha

Monday, November 23, 2015

day 25 : confinement

wow it's almost a month already!
and i managed to get through it so far. heh he.
at least tekakku masih menerima singgang ikan, ikan bakar, sayur sawi dan biskut-biskut semua tu.
walaupun kadang memang la nak makan benda lain, tapi tak de la terliur ke apa. tak kisah sangat kot. asalkan ada makanan. (since sy ni cepat lapar hoahh perut raksasa sangat!) :P

pulak tu sekarang ni musim hujan. (alhamdulillah, i love rainy season!)
jadi cuaca adalah sejuk, cozy.
perasaan je 'sejuk' bila nampak hujan kat luar.
tapi hakikatnya hari-hari ai is berpeluh-peluh ok.
tak tau la sebab orang yang tengah berpantang ni badan panas ke kenapa.
everyday is like working out day. terbakar kalori-kalori semua ni. padahal tak de bersenam pun.


tengoklah tu depa ni conquer katil, macam mana mama nak tidur! :B

ariana memang penconquer katil berjaya haha
rasanya budak-budak baya dia banyak macam tu.
tidur tergolek sana tergolek sini.
asal-asalnya tidur lurus, tetiba sat lagi jadi melintang. :'DD
husband awal-awal memang dah tempah tiket tidur kat tilam bawah-tepi katil tu.
mana muat pun dia nak tidur kat katil.
tu time dia ada la. kadang dia balik tidur kat putrajaya sebab nak pi kerja.
tinggal sy la dengan anaqi, ariana tidur dengan nenek atuk.


haa siapa kata orang pantang tak boleh makan meatballs ikea?
ambik ni! :P

semalam diorang-diorang ni pergi ikea; kirim meatballs.

tak de la sy makan sorang semua tu.
sy makan 3 ketul je dengan nasi.
yang lain bagi husband and ariana makan. hahaha
apapun memang heaven sekali sekala dapat makan selain daripada ikan. wah hahaa

orang tengah berpantang, makan ni je la mampu. kakaka


then semalam mama bakar roti ban signature family hajah mariam (nenek ambe) :D
makan jugakk 2 ketul. haha
makan tang panas-panas sambil tengok muzik-muzik separuh akhir (tengok hazama punya lagu la best), memang awesome.

mama offer lagi, tapi tak pe la, ai berdiet katanya. HAHAA

husband ada beli penimbang baru, sebab 2 penimbang kat rumah kitorang dah rosak. (kasihannn)
so nak timbang jugaklah tengok berapa berat lepas bersalin.


before pregnancy : 47 kg

last weight on pregnancy : 58.5 kg (dalam 11 kg naik)

check up doktor a week after delivery : 52 kg

penimbang husband baru beli : 49 kg


yiehha maknanya dari 52 kg tu dah turun 49. tinggal lagi 2 kg nak diturunkan untuk ke berat asal!!
(ntah dapat turun ntah tak tu)
sebab tengok kebiasaannya kan orang akan bertambah berat lepas bersalin.
doa-doakan la dapat turun.
sebab sy ni bukan stok orang tinggi ye.
kang berat lebih-lebih, jadi pohon nan rendang je. kikiki

oklah tu saja untuk kali ni.
nanti kita update lagi.
tata tutu!

mencuba produk baru

semakin sy men-tua ni *bahaha* semakin wujudlah problem di kulit muka.
aih sebenarnya dari zaman teenager pun dengan zits nye lah apa.
mah face is vely sensitive one.
silap makan sikit akan wujudlah zits itu. *ai redhooo. eh takkk. ai pi beli aiken lepas tu dah tak de zits hahaa*

dan kemudian problem lain wujud lepas-lepas pregnancy.
start dari first pregnancy, bawak ke yang kedua ni.
i guess it's the hormon. ataupun memang dah tua punnn kakaka.
bintik jeragat kecik-kecik mula menampakkan diri.
sy perasan yang bendalah ni keluar right on and after pregnancy time.
lepas tu tak nak hilang pulak tu.
wani e pulak pemalas jaga muka, tak berdisiplin lagi.
harapkan cuci muka, pakai krim. dah tu je. nama pun malas kan. haa rasakan :P

so bila dah keluar bintik ni barulah sibuk nak mencari solution.
orang cakap prevention is better than cure.
ni baru sibuk nak cure. haha

baru-baru ni sy baru lah nak try produk bio-essence; tanaka white.
so marilah tengok nanti sama ada berkesan ke tak.
kalau tak berkesan, kita cari produk lain pulak.

apapun kita beli la trial pack dia dulu.
kecik-kecikk je comel-comel.

didatangkan dengan pencuci muka, clarifying softener (toner), serum, day cream & night cream.



beli jugak serum dia yang saiz biasa. sebab katanya boleh kurangkan jeragat ni.

so jeragat, nyiah ko dari mukaku ini!!
hopefully haha.

bye!!

anaqi day 25

ada orang suka their kids as a baby and stays as a baby.
some don't want their babies to grow up so fast.
sy pulak suka je time baby, toddler, semua sy suka.
experiencing their growing up process.
this is anaqi, day 25.






grow up handsome, boy! :D

Sunday, November 22, 2015

the faces of the double As

ehh double As tu bukan azwan ali tau. hahahaa
apakah halnya nak azwan ali pulak :P
ni ariana dan anaqi; dua beradik bulat (anaqi tu may be la 'bakal bulat' lolx)

have some photos of them yang nak dishare kat blog ni.
cause last time i lost MOST OF ariana's photos when she was a baby in a corrupted external hard disk. TAK ADA BACK UP ok.
so gambar yang tinggal hanyalah di blog (dan mungkin juga sikit dalam phone husband and my mom)
jadi ada pentingnya jugak letak gambar depa dalam ni.
nanti esok-esok nak check gambar time kecik-kecik, ada la tempat nak menengoknya. hihi

some would ask; ariana jealous tak hui ada adik ni?
the answer is : i dunno, may be not, may be not yet.
setakat ni tak de la dia nak mengusik anaqi lebih-lebih atau tak puas hati ke apa dengan adik dia.
setakat ni dia baik la dengan anaqi.
kalau budak kecik tu menangis, ada la tukang tepuknya (bukan tepuk lepuk tu. tepuk baik-baik. haha)

cuma tang dia buat bising anaqi nak tidur, or lompat katil ke apa.. itu she's just having fun and tak tau pun dia kacau orang tidur. (tapi nanti kena marah jugaklah kan sebab mamanya garang kakaka)
may be i should loosen up and tak jadi garang sangat. :DDD
ni ariana konon tengah jawab call guna termometer ok! hahaha. anaqi menangis tu, sempat la ariana 'tenangkan'. kakak contoh sangat. :'D


anddd hahaha i love this photo!
just look at anaqi's face!! :P
nampak dah naik sikit pipi dia tu.
double chin dah menuju ke arah jalan yang benarrr. hahahaa

tajuk photo : 'anaqi says pfttt!'


and ingat tak hari tu sy beritahu yang ariana ni tak cukup baju sebab baju dia banyak dah ketat/senteng?
haritu sempat la beli online bajunya.
ni jumpsuit comel. bought it for RM43 each kalau tak silap harganya.
comel, tapi since first time beli dan pakai,
baru perasan yang susah jugak la kalau nak tukarkan pampers.
sebab baju dia satu tu kan atas ke bawah. kena buka semua. leceh sikit la.

my tiut ariana.



nak tangkap 'gambar still' memerlukan banyak frames ye. hahaha. ni pun gambar goyang. dia memang banyak pergerakan.



makan keropok.

budak ariana ni memang choosy ok bab makan.
nasi sangatlah jarang nak. makan pun paling berjaya 5-6 suap.
selebihnya kalau yang dia nak pun; keropok, sup, sate, macaroni pun tengoklah-- mac n cheese nak lah dia.
pening fikir nak bagi makan apa ke dia ni.
kadang tu sy masak dia makan 1-2 suap je hahahaa *menangis di sudut sambil buang makanan dalam bakul sampah*
takkan hari-hari nak masak mac n cheese. obese la hoih. lolx
now sy tengah berpantang ni lagi la tak de masak apa untuk dia.
harapkan orang kat rumah ni belikan apa-apa makanan untuk dia kalau keluar.
dengan harapan dia nak makan lah. hee.


anaqi yang suka bebas tidak dibedung. sama macam kakak dia dulu.



muka kesian nama dia. haha



ni kalau dia menangis macam ni la. menangis pun cute.. lolx

walaupun jarang sebenarnya dia ni nangis.
kecuali lapar atau diabaikan lama sangat.
if not dia duduk je diam-diam.
kalau terberak pun dia diam je.
nak tau berak ke tak, kena bau. kakaka






cemas jugak,
anaqi ni lama ok tidur siang.
kurisau kang malam dia bangun.
tapi time dia berjaga waktu malam tu tak sama;
bergantung either dia terjaga ke tak sebelum tu.
tapi tak tentu jugak.

macam last night, dia dah berjaga 10pm sampai 12 midnight.
ingatkan lepas tu tidurlah kan.
sebab biasanya dia jaga 2 jam macam tu then tidur 4 jam dan lebih. kalau bangun minum pun, tidur balik.
tapi last night tidak, ok.
dia try nak tidur, tapi jaga balik.
nak tidur, jaga balik.
saaaaampai pukul 7 pagi baru tidur. hahahaaaaaa *cries*
nasib baik harini cuti ahad, so husband ada. dia tolong take over pukul 2 pagi sampai ke sudah.
kesian jugak kat anaqi, ntah-ntah dia sakit perut ke apa kan.
tak dapat nak tidur.

ni kalau time-time tidur nyenyak gini la.

hopefully malam ni dapatlah dia tidur lama sikit.
haha. kita doakan sama-sama. :P

anaqi says tata for now!

Thursday, November 19, 2015

kamus bahasa ariana vol. 1 :D


ais krim = apwim

minions = mimey

ni ariana punya = ni nana nyé

nak tengok video ariana takutkan kucing = cat akut

uncle = anken

mama, bukak = ukak mama (phrase dia biasanya terbalik. lolx)

baby = bibi

besar = besyarr



BERTEMU LAGI DI LAIN KALI :D TATAA!

Tuesday, November 17, 2015

tuan anas mikael

jyeah hari ni secara rasmi dah berjaya habiskan (baca) buku tuan anas mikael.
*disclaimer : wani e memang pelambat habiskan baca buku huahaha*
buku ni lama dah beli, time pesta buku pwtc hari tu.
buku baru, tak sangka cepat pulak keluar dramanya kat astro.

sy ni bukan jenis yang semua malay drama nak tengok.
ada yang sy suka tengok, ada yang tak.
so tuan anas mikael ni adalah salah satu yang sy suka tengok.
despite of orang zaman ni dok bising-bising asyik drama lelaki kaya dengan perempuan tak kaya. haha
but what to do, it attracts me dengan zara zya nya yang kelakar bak hang dalam drama.
dengan tarian pelik2 dia tu.
dengan ganas2 dia. haha (ye sy prefer watak perempuan yang sempoi macam tu instead of lemah lembut sopan santun. bahaha)
to be honest, lepas dah tengok episod2 awal tuan anas mikael, baru terbukak hati ni nak menyambung baca bukunya.
kalau tak dok tersekat kat bab 1 aje la! haha

so bila baca buku, dah boleh bayang yang watak ayu maisarah tu is zara zya,
and watak tuan anas mikael tu is aaron aziz.
baru aku feel nak baca.. boleh? lolx!

then tengok penerbit pulak ziela jalil..
which sy terperasan yang kebanyakan drama under ziela jalil banyak cerita yang best2.
gambar pun lawa (sy suka drama yang gambar sharp and crisp!), interior apa semua pun lawa. a pleasing to the eyes.




ceritanya tentang cik ayu maisarah (CAM) yang disuruh kerja sebagai tukang cuci kat rumah tuan anas mikael dengan gaji 10k sebab dia ada buat salah dengan tuan anas. kira sebagai hukumanlah tu.
asalnya mak kepada CAM ni yang kerja dengan tuan anas, now digantikan oleh CAM.
daripada kerja tukang cuci, tuan anas mikael (TAM) ni bagi macam2 task suruh CAM buat. belajar masak la, memandu la, macam-macam test dia kena.
rupanya untuk siapkan CAM as project manager di krabi.
(tapi plan sebenar, nak siapkan dia as bakal isteri untuk diperkenalkan kat mom TAM.. kalau tak, TAM kena kahwin dengan cik safra yang tah apa-apa tu. tapi CAM tak tau pun pasal plan yang ini).
CAM ni selalu cakap tuan dia ni kekwat, jarang senyum dll.
anddd CAM ni bukanlah watak tipikal perempuan tak kaya yang dipairkan dengan lelaki kaya.
dia ni keturunan kaya jugak sebenarnya tau.
nak tau bolehlah tengok cerita or beli buku TAM ni.
yang penting dalam buku, happy ending.
ai is suka happy ending.
cerita sedih ko bagi ke orang lain tengok. sy tak suka cerita sedih2. haha

yang sangat comel adalah password dua2 orang ini;
"kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok."
wah, so comel!
dah lama tak berperasaan lovey dovey macam ni sebab recently sy asyik dok tengok cerita thriller dengan horror je time mengandungkan anaqi kakaka. (memang fave pun cerita thriller)

so once in a while keluar pulak cerita sweet lovey dovey kat tv yang mengikut citarasa diri sendiri,
apa lagi kan. tengoklah. haha


dua orang ini yang sangat comelness! (bukan rupa comel tapi relationship diorang yang comel. rupa masing-masing lawa dan handsome, tak dapat dipertikaikan lagi :D)

so yeah.
bolehlah bergembira sebab dah tau penghujung cerita dalam buku.
dramanya tak la 100% sebijik dalam buku, tapi plot dia is going there.

kepada yang menonton,
selamat menonton ya! :)

Monday, November 16, 2015

oh my darling

happy monday, gais! :DD

being on a maternity leave may be is the best time to save some of the salary money *or may be not! lolx*
we still have to pay for ariana's nursery fee, even though she won't be going there for a month or two (she stays at home with me). some nursery policy.. blergh.
and paying registration fee for anaqi's nursery next year.
everything will be double, but i don't mind paying as long as our kids are in good hands *hope so*

now here's ariana's photo for today..
playing with the aircond's remote control *oh yeah she's loving it!*
praying the aircond won't be broken anytime soon.. hahah

tu belum masuk dia main termometer lagi.
tit tit! she loves the tit tit sound, she keeps pushing the termometer button. huiyo


muka serius habis tekan remote aircond.


and here's anaqi; who enjoys sleeping like no other :D
(but when he wakes up, make sure we lift him. oh yeah he loves the affection and everything lolx)

budak tidur pengsan.


having the garment size issue;
most of ariana's shirts and pants are too small and too tight.. she's growing up too fast!
(while anaqi's pulak are too big at the moment haha)
i do pity ariana cause she has to wear those tight garments (especially pants!) and i can't go out shopping for her at the moment.
and baby/toddler punya baju is quite expensive i don't know why it's expensive, i mean the size is smaller than adults, right? should be cheaper but it's the other way around. lolx

i'll continue later, ariana is 'bugging' me with her "minion minion" chanting it a million times, she wants to watch minions on my ultrabook. doink.

alright that's all for now. tata!