haze gets worsen.
ni sekarang ada kat shah alam, rumah parents sebab balik beraya and semalam ada first check up kat SALAM.
dah transfer daripada check up kat kerajaan ke swasta sebab nak bersalin kat SALAM, insyaAllah.
kat sana kalau check up just ambik BP, timbang berat, urine and scan.
so far semua ok and harini dah masuk 33 weeks.
tadi pun dah kemas-kemas sikit bilik,
buang mana barang yang tak nak sebab nanti nak letak barang baby pulak.
today tak keluar ke mana sebab kejerebuan yang melampaui batas. ahahah
pagi tadi lapar, masak nasi goreng daging.
nasi goreng daging awesomeness. |
semalam ada la keluar kejap petang ke klang.
husband jumpa kawan dia kat kedai kucing..
sambil dia tanya tips penjagaan kucing.
sebab kawannya and kedai tu pernah masuk tv.. kena interview semua.
so kita tanya pada yang pakar :D
ariana seronok main kat kedai kucing. |
kucing banyak situ.. gebu-gebu pulak tu.
tu yang ariana seronok siap lompat pusing-pusing semua.
tapi kat luar memang jerebu teruk la.
lepas tu kitorang pergi jalan ke AEON bukit tinggi kejap.
tengok apa lagi barang baby yang boleh dibeli.
tak banyak mana la, just beli baju dua pasang dengan barang lain.
lepas tu makan, then baru gerak balik shah alam.
vain snapshot kat fitting room. hahaha. now dah 8 months pregnant. |
memang agak jarang snap gambar sendiri.
sebab malas kot. lolx
boleh kira la kot berapa kali snap gambar sendiri time pregnant ni.
balik rumah tu ariana penat, tidur dia sampai keesokan harinya.
12 jam kot tidur! wuahhh.
and kat bawah ni gambar yang lepas..
time raya kedua haritu masak, tapi tak post entry lagi.
tepek terus je la kat sini kan. xD
sebenarnya dah lama plan nak buat nasi minyak.
tin-tin susu sejat, minyak sapi, tomato puri semua dah lama ada kat dapur tu.
ariana siap hangkut ke hulu ke hilir buat main susun-susun la apa.
berbulan kot. ahahah
raya ni baru la sempat nak buat.
ai is tak tau and tak pernah buat nasi minyak ok.
google je resipi.
tapi resipi ni tak letak garam.
jadi macam tawar la pulak kan.
bila balik shah alam ni (bawak balik sikit) mama cakap eh ada lah letak garam.
resipi mana wani ambik ni? hahaha
ntah kita try and error je kan.
tak berapa jadi pun kita bedalkan aje :PP
cangg!! nasi minyak tak masin. hahaha |
dan di-accompany oleh ayam masak merah.
ni first time masak ayam merah tak guna sos.
ai guna tomato puri dengan bahan-bahan biasa yang lain.
husband tolong gorengkan ayam (macam biasalah kitchen helper sy yang awesomeness itu).
turn out super sedap ok.
lain kali boleh la guna lagi tomato puri tu.
asalnya pakai pun sebab nak menghabiskan tomato puri dalam tin tu.
ayam masak merah sedap. tak pe lah nak puji masakan sendiri pun hahaha |
buat acar mentah jugak. |
lauk-pauk tu masak petang.
ingat memang nak masak gulai daging sekali, tapi hari tu kepenatan sungguh.
so makan dulu nasi minyak dengan ayam merah je.
nak masuk malam tu baru masak gulai daging pulak.
kita repeat makan la nasi minyak sebab masak banyak, 3 cawan beras.
gulai daging guna rempah gulai dan rempah masak cap ros. |
so memang repeat la makan,
sampai ke shah alam pun makan nasi minyak lagi haha
everything in one plate. tambah rendang ayam pencen sekali. |
begitulah kisah raya and weekend kita.
esok isnin sy cuti lagi.
eloklah tu, jerebu-jerebu ni malas sungguh la nak keluar.
sekolah pun banyak tutup kan esok sebab bacaan jerebu teruk sangat.
bilalahhh tukang bakar-bakar ni nak insaf.
peluh-peluh ni ha, bukak aircond pun lepas keluar bilik boleh peluh lagi. haha
camtu sekali dia punya panas.
oklah sampai jumpa lagi.
sat lagi lepas asar nak balik putrajaya.
toodles!!
No comments:
Post a Comment