assalamualaikum and hi! :)
salam kenduri-kendara! haha
macam biasa, selagi tak habis kisah-kisah 2024 dalam blog ni,
kita akan tetap gigih upload kisah-kisah 2024😝
tapi tak mengapa,
sebab ni dah kisah bulan disember.
kejap lagi, tamatlah kisah 2024 tu. dan sy boleh menarik nafas lega. hahaa
seperti tajuk,
kali ni kita nak bercerita tentang kenduri.
hujung-hujung tahun biasalah kan, kenduri di sana sini.
orang tengah mode bercuti gitu (walaupun kerja pejabat masih onz macam bukan hujung tahun).
7 disember 2024 (sabtu)
mari mulakan dengan kenduri nikah anak ex-boss sy, dato' khidir and wife, datin ruzaimah.
kedua-duanya sangat baik dan humble.
dato' k yang sy kenal masa bekerja dengan beliau dulu,
seorang yang sangat knowledgable dan tak pernah lokek dengan sesiapa.
bab makan memang tak berkira.
jadi untuk kenduri akad nikah anak dato' k, syahadah dan arif,
kami anak-anak fruit ni dapat jemputan juga.. alhamdulillah.
disebabkan husb tengah mode bz beroutstation,
maka sy hangkut AAs ke kenduri.. haha.
fuh satu pencapaian jugak ni dapat meja 😂 |
sy kata 'pencapaian', sebab sebelum ni pernah datang kenduri open house di rumah dato',
ramaiii umat manusia. last time dapat juga meja, tapi menunggu sekejaplah.
so this time sy expect yang sama.
tapi, kejap je dapat mejanya. alhamdulillah sangat.
makanan tak pernah mengecewakan. |
terjumpa sahabat lama BPO, jannah. jannah baru balik malaysia, kerja dengan XXX. |
sampai ke balik ha, siap makan cendol. ni semasa jalan ke kereta. kita saja park jauh sebab tak nak jem depan rumah dato'. haha |
next!
14 disember 2024 (sabtu)
seminggu kemudian (macam ayat buku cerita pulak 😂),
kami sekali lagi ke kenduri kahwin anak dato' khidir dan datin ruzaimah.
hari tu akad nikah, hari ni resepsi.
majlis di klana resort, seremban.
kami memang dah plan nak datang awal sikit.
sebab expecting ramai tetamu. dengan nak cari parking lagi kan.
so alhamdulillah.
parking dapat (lepas kena pusing balik satu kali.. haha),
meja pun dapat kat dalam dewan.
bukti hadir. lolx |
konsep berhidang. |
disebabkan sy ni ada aura-aura foodie gitu 😆,
sy terpanggil untuk review makanan kenduri yang sedap ni!
satu meja ada 8 kerusi.
konsep lauk melayu berhidang.
so kat meja tu dia pecahkan jadi 2 bahagian.
setiap 4 kerusi dapat 1 set hidangan, macam dalam gambar.
jadinya 1 meja akan ada 2 set.
nasi minyak,
daging masak apa eh macam kerutub je, tapi sedap laaa.
ayam golek dah siap potong,
terung tumis berlada,
masak lemak udang dengan kulat/cendawan hitam,
daging masak lemak kuning (salai?) dan
buah lai sira kot.
betapa specialnya lauk!
tu belum cerita kat luar dewan ada stalls..
ais krim, apam balik, cucur, kuih-muih.. apa lagi eh, lupa dah 😂
nahh terjumpa pulak ex-boss yang sangat la baik, hj. shahrom dan wife. |
hj. shahrom ni dulu pengarah kami semasa di PPN Terengganu.
orangnya sangat la baik.
housemate my husb jugak sebab dulu masing-masing anak perantau.. family kat KL/selangor.
hj. dapat rumah kuarters banglo (bos kan).. tinggal sorang.
rumah besar gile, laman rumah pun sangat luas.
so husb ai menumpang la rumah kuarters tu.
tinggal la mereka berdua sebagai housemate.. haha. comel je kan.
last but not least, bergambar dengan tuan rumah. datin ruzaimah tak de time ni kat depan, ada dato' khidir je. so kita snap snap laju-laju sebab ramai gile tetamu nak jumpa and bersalaman dengan dato'. |
wedding favours (goody) pun dapat,
iaitu cookies & popcorn untuk kanak-kanak.
sedaplah semuanya!
thank you, dato' k & datin! :)
22 disember 2024 (ahad)
next wedding!
kali ni berlokasi di wilqadry grandeur hall,
conezion IOI.
ni adalah majlis akad nikah, bersambung terus ke kenduri kahwin..
anak jiran mak/MIL. jiran tu jugak cousin kepada arwah FIL, tak silap.
majlis aina dan sadiq (i ols tak kenal pengantin, tapi meneman la MIL and siblings in law pergi).
tema biru. so sauk je apa yang ada and cantik dalam almari, berwarna biru. haha!
cantik tak we ols ^^ husb, mak, me. |
ariana and nenek bedah (MIL). |
us. time-time ni la nak dress up. biasanya acik ni sememeh je. lolx |
si banano ni nak kita stylekan tudung shawl dia gitu gini. siap cari kat tiktok. ingat mama you ni stylist ke hape. hahaha |
disebabkan tempat ni cantik and macam taman bunga, kita snap snap la sana sini. buat macam rumah sendiri ye 😂 |
since ni majlis akad nikah, so kitorang dah sampai awal pagi around 9-9.30am macam tu.
tapi majis around 10.30 am kot. so duduk-duduk je la dulu.
with the son, anaqi. |
anaqi and his cous, tuah abrisam. cousin dia ada 2 nama tuah. sorang lagi tuah andra. hihi |
hj and hajah. aamiin. hihi |
suasana di dalam hall. kecil je hall dia, tapi muat la semua. so beautiful ^^ |
so selamat pengantin baharu to all newly weds!
forevah and evah gitu. 💍💎
No comments:
Post a Comment