Friday, July 28, 2023

durian duriannn and sup tulang daging

assalamualaikum and hi! :)

baca tajuk pun dah terbayang kan. hahaha

ni kisah makanan dan musim.

kan haritu bulan jun bawak ke julai ni, musim durian.
lepas tu raya aji *ya Rabbi, sy belum buat entry raya haji! 💆*
musim2 daging korban.

so mengambil semangat musim-musim terbabit,
maka kita pun join in the hype lah *ofis ai sebenarnya. ofis memang laju bab2 ni. bahaha*

nahh tu diaa. durian dah sampai! selori ofis panggil ye. yosh semua ni free untuk staff.
semua ni pakai duit kelab. kelab kaya. lolx



maka beraturlah umat manusia untuk mengambil durian memasing.
terhad seorang 2 biji.



sebelum queue kat lori, kena daftar dulu and ambik beg plastik kat sini untuk isi durian dan buah2an lain. sy dalam bulatan pink *nak jugakk bulatkan diri sendiri! 😂*



kembali ke area lori! haha. ramai kan.
sebbaik kitorang antara yang terawal la time tu. so tak panjang sangat nak beratur.



banyak kan durian. katanya musang king kong. haha

 

so sy pun ambiklah 2 biji durian dan dapat lagi 2 biji, ehsan kawan sy amy yang tak makan durian *thx, amy!* bawak balik 3 biji, sebab teringat orang2 kat rumah ai suka makan durian.

buah manggis dengan rambutan pun ada.

beso buahnya.



nasib2 la atau takdir2 la. dapat yang ok, dapat yang tak ok.
time tu ada juga yang mengkal. and bukan MK.
so kelab ofis cakap, bagi nama buat sesapa yang tak dapat MK. diorang ganti.
so ai bagi nama lepas tu untuk dapat gantinya.



ni durian kecik yang dibuka kat ofis. share makan dengan mee lee.
ada pulut jugak disediakan.



kendurian nama dia. sebab tu la banyak meja-meja gini. macam kenduri. haha



ni ha 3 biji yang sy bawak balik tadi.



besar gedabak! ke geDAEBAK? 😂



ni isi yang ok, yang tak mengkal. tapi bukan MK.
alhamdulillah. makan makann.



isi kedut!


fyi sy tak fancy durian MK / musang king sangat.
rasa dia pahit dan melekat, padat.
sy lagi prefer durian macam IOI, udang merah, kempung. KEMpung tau. sebut pakai lidah mat salleh.
mat salleh kata durian rasa macam rotten onion. HAHAHA gedik mat salleh ni.


time ni pulak beli and makan durian kat astana putra.
astana putra ni kat UPM. nampak orang makan kat IG. katanya ada durian 50sen la apa. time promo la. time kitorang datang tu tak de. but harga masih affordable. tengok la ni.



bersedia untuk makan! amongst AAs, anaqi je masih kekal makan durian.
ariana dah tak minat durian. lolx (kurang pesaing sorang 😆)



us again.



beli D24. cumanya durian kat sini rasa so-so.
tak WOW macam ada a few gerai durian yang kitorang gi.
ni pandangan peribadi je tau. lidah masing-masing.


ok habis dah cerita durian!

marilah kita ke cerita musim daging pulak.

tapi yang kat ofis ni bukan daging korban.
diorang just buat masak2 antara AJK dan some staffs sempena aidiladha.
lepas tu satu ofis datang makan.
lembu kelab yang beli, then masak sendiri lepas-lepas raya haji tu.

kenduri lagi kita. bahaha~


eee tengok ni pun teringat. sedapnyaa.
sup tulang dan daging (lembut!), daging kunyik (tak ley challenge rumah kami punya.. bahahaa), sayur, ikan masin, telur dadar, tembikai.



ni pun kitorang turun awal. makanya tak yah la queue panjang cam orang-orang kat belakang tuu 😜
early birds get the worm, ya know. ekkeke



anak-anak muda yang sedang beratur.



niiiii. niiiii. kambing golek 2 ekor!!



situasi kenduri daging.



menunggu kambing golek memasing.



sy tak berapa makan kambing, tapi yang ni sedap!



bawak baliklah sikit untuk husband, sebab beliau suka.


ok habis dah cerita makan-makan! haha.
byeeeee.

2 comments:

Bola Katok said...

Musim durian. Penggemar durian mesti suka.

wani ezryl * said...

betul tu, harap harga durian turun bila tiba musim durian. haha