Friday, November 27, 2026

birthday anaqi

assalamualaikum and hey hey! 💜

lahh baru sempat nak update birthday anaqi 30 oktober haritu 😌

birthday anaqi hari tu hari jumaat, hari sekolah.
so kita celebrate pagi buta tu sebelum dia ke sekolah.
itupun kitorang bertiga je sebab babah outstation. kakak pun baru bangun tidur 😂

kali ni beli birthday creampuffs je. beli kek asyik tak habis je.
kek tak berapa laku kat rumah ni 😂



petite creampuff set yang comel sangat ni beli online dengan dapomama.. pastu pick up kat taman topaz, dengkil. lalamove pun ada kalau rumah jauh.
pre-order 3-5 hari lebih awal,
korang boleh contact nombor sis ni kalau nak beli: 013-2422668 (fatin nadira).
selain creampuff, dia ada jugak jual kek pisang, kek marble, kek batik, brownies, cheesetart, kek choc moist, beryl.. ha macam-macam ada 😆


haa dengan baju sekolahnya kan 😂


so malam tu kitorg nak pi la celebrate kita-kita aje kat sopoong d'pulze.
tapi jumaat malam sabtu tu jem teruk la kat cyber and d'pulze.
semua orang keluar makan kot. pulak tu baru-baru lepas hari gaji kan.
merata cari parking. pastu dok tunggu parking satu family ni, diorg masuk kereta tapi tak keluar-keluar wehh stress tunggu.
disebabkan lama menunggu, kitorang sampai sopoong dah lebih jam 9pm.
niat asal nak redeem birthday bingsu kat sana,
tapi staff dia cakap kedai dah tutup time tu wehh. macam tak masuk dek akal je kan, belum pukul 10, belum 9:30 pun, dah tutup.. hahaa. may be sebab dah full house.
pujuk punya pujuk, berbekalkan ilmu nego yang ada,
dapatlah jugak kitorang masuk 😂

cumanya lebih jam 9pm, diorg dah tak buat bingsu. lohhh.
baiklah, kita makan je apa yang ada.


dapatlah satu seat kat sana.



cheese tteokbokki.



soy garlic chicken.


dah kenyang tu, bawak budak-budak main kat arcade.
orang pun tak ramai. kita celebrate sederhana je. yang penting enjoy. haha

arcade baharu kat d'pulze. cantik, warna-warni.



sampai buat macam rumah sendiri dah, melutut, bersimpuh, bersila semua ada 😂


the next day hari sabtu tu pulak, kita bawak budak-budak ke jualan gudang mighty utan kat area elmina.
jauh rupanya elmina ni. jauh dari rumah nek yah kat shah alam.
makanya jauh sesangat jauh dari rumah kitorang kat dengkil.
rasa macam drive pi holiday je jauhnya. hahaha

tak de la beli banyak, sebab tak banyak yang menarik pun.
dapatlah fuggler, hot wheels gitu. dah le jauh jalannya. orang pulak ramai, sesak, padat.
next time beli online je la wani oiii.


pastu kelaparan, pergi kompleks PKNS, makan kat restoran FC yang legend.
dah lama tak makan chicken chop dengan coleslaw yang sedap tu 😽



pastu singgah rumah nek yah (my mom).
lepak-lepak jap, solat semua.
lepas tu pulang ke sarang. hahaha

anaqi, mama, ariana, wani.



akhirnyalah, nampak langit kembali biru.
kalau tak, berjerebu je.



cantik sebab macam painting.


disebabkan next weeknya tu dah nak exam UPKK,
tak de la nak celebrate sangat birthday anaqi ni ke mana-mana yang jauh.
babahnya pun outstation.
kita buat majlis bacaan yasin sempena anaqi nak UPKK dan sempena birthday dia jugak.
gambar bawah ni siap online dengan babah yang time tu tengah kerja memalam kat kampung angkat dia kat perak. hahaa




entry ditutup dengan gambar putrajaya bebas jerebu,
selepas sekian lama berjerebu. hahaa

 


byeee!!

No comments: