Wednesday, June 17, 2026

Breakfast di din's kitchen, tambun, ipoh

assalamualaikum and hey! :)

Ok ni last entry percutian kitorang kat Ipoh hari tu.
Sebulan lebih yang lepas la jugak. Baru sempat nak bercerita kat sini.

Kitorang stay di sun inns hotel.
So pagi tu cari tempat breakfast yang dekat-dekat je.
Terjumpalah dengan kedai makan din's kitchen.

Kedai ni kemas dan cantik, vibe warung slash kopitiam slash kafe klasik gitu.
Kitorang sampai awal, jadi ada la meja.
Lepas-lepas tu penuh ye. Sampai ke meja luar.

Bagi acik bergambar dengan anakanda acik kejap. HAHA


Diorang pun bergambar juga.



Sementara tunggu makanan sampai.
Sini order dan bayar kat kaunter.



Air sampai dulu.





Lempeng dengan sardin kari.



Yes, pagi-pagi sini ada nasi ayam :)



Husband dan protein berpisah tiada :P



Nasi lemak dengan kari ayam.. tu yang uniknya.



Plate sy; kue tiau goreng Ipoh. Nampak tu, ada taugeh Ipoh. Yumm. Sedap!



Overall makanan kat din's kitchen ni sedap-sedap. Recommended!!


Then dalam pukul 11 pagi, kitorang pun check out.
Dan meneruskan perjalanan balik ke rumah.

Hari tu dah Ahad.
Sy saja ambik cuti Isnin.. sebab nak rest kat rumah.
Menikmati cuti hari pekerja sebaiknya haha.
Okay, toodles!


 

No comments: