assalamualaikum and hi! :)
Ok kita sambung gambar-gambar beraya minggu ni.
2nd day of raya, ahad.
Raya kat area banting lagi.
 |
| Beraya dan berfoto-foto kat rumah sebelah, rumah pakcik husb. |
 |
Hari kedua kita pakai baju from puteri, aeon. Masih putih, bunga berwarna. Baju-baju cerah sangat sesuai dipakai time musim panas. |
Cuma mungkin next time kena tengok material baju jugak.
Better banyakkan baju cotton yang serap peluh.
(Masalahnya baju cotton tak banyak design yang raya-ish. Banyak yang plain walaupun harga boleh tahan mahal).
 |
| Kipas USB sempena musim panas. |
Aksesori yang sy beli untuk raya kali ni:
Kipas USB untuk anak-anak dan tripod kamera (tripod pink hilang).
Function teruk ye dua-dua ni.
Silalah beli untuk hari raya korang.. haha.
 |
Berfoto lagi kat rumah orang.. ahahaa. Mujur la husb ai jenis melayankan aje 😋 |
 |
| Husb pun bergambar jugak. Team - pulanglah (aisyah) :P |
 |
| Kat rumah wak nor di kg. batu laut, tanjong sepat. |
 |
| Kat rumah acik zarinah.. ada air strawberi sedap. |
 |
| Rumah isa (BIL). Budak-budak queue duit raya. |
 |
| With ila, biras (wife isa). |
 |
Rumah arwah nenek minem. Acik nuyik dok sini. Yes anak-anak fruit kita ramaiii. |
Hari raya ketiga kitorang dah balik ke "sarang".
Basuh baju dan kemas apa yang patut, sebelum nak travel keesokannya ke terengganu.
 |
| Sempat lunch kat homst, d'pulze. |
Suasana aman damai kat d'pulze.
Seronok jugak jalan-jalan dalam mall yang aman, time kebanyakan orang balik kampung.
 |
Ni yang kitorang makan kat homst; Filet ikan siakap masak sambal, lala sweet sour, ayam sweet sour dan terung salted egg. |
 |
keesokan harinya kita ready untuk gerak ke ganu. Na na na nanaaa ganu kiteeee~* |
Pagi tu sempat la siapkan bekal untuk dimakan sepanjang perjalanan:
1. Nasi goreng ikan bilis
2. Keropok keeping
3. Ayam Korean soy garlic kfry (kfry ada jual frozen pack)
4. Criss cut sweet potato fries
Disebabkan ada bekal, kitorang tak singgah makan kat R&R pun.
Jimat masa. haha
 |
| Alhamdulillah selepas anggaran 5 jam, sampai di kampung tok ambeee. |
 |
Hari yang sama, mak cik sy cik arah Dan anak-anak dah nak balik ke KL. Sempat la jumpa and foto-foto kejap. |
Basically hari raya keempat tu just travelling day.
Petang tu mama dan harith sampai ke kampung. Faliq dah balik lebih awal hari sebelumnya.
 |
Lauk kat kampung malam tu. Sy bawak balik rendang ayam kampung, daging merah dan sambal goreng frozen. Nasi goreng dipanaskan dan tambah goreng ayam. |
Malamnya, budak-budak main mercun dam bunga api.
 |
| gambar favorito raya 2026 😂 |
 |
| I loove fireworks. |
 |
| anaqi & tuah. |
Raya kelima, baru keluar nak beraya.
 |
Kita gambar raya dulu, walaupun dah raya kelima HAHAA. Sy pakai baju raya haji tahun lepas. |
 |
| Nek yah with cucus and kakaks. |
 |
| Sisters. that's my mom (mama) in the middle and my aunts. |
 |
| Naik kereta ke KTcity (Kuala terengganu) |
 |
| Beraya di rumah shah. |
 |
| Ni syah, kawan husb. |
 |
| Ke rumah chu di teluk ketapang. |
 |
| Ke rumah mok jah dan pok ki di sebelah rumah chu. |
 |
singgah kedai ICT pok mang di belakang airport. Kali ni ramai betul pelanggan. Making famous dan maju kedai pok mang. |
Balik ke kampung tok semula.. dah malam.
Esoknya hari untuk travel pulanggg.
 |
Cik mah (aunty) & mama masak mi hun goreng. Sy goreng cucur udang. Ada jugak keropok lekor tok beng yang faliq beli semalam. |
 |
Macam biasa, bergambar sebelum gerak balik kat tangga legend. Haha With tok yam & homies. |
Plannya on the way balik tu,
exit temerloh. Husb nak makan ikan patin kat tempat fave dia.
 |
Sejak makan sini, husb tak tukar tempat dah HAHAA. Tempat ni sy jumpa dulu. Tak sangka dia suka. Btw sy tak makan ikan patin atau tempoyak. |
 |
Untuk yang tak makan patin tempoyak macam sy, ada menu lain jugak. |
 |
Sy makan ikan tilapia goreng dan the kiddos makan ayam bakar. Husb makan patin tempoyak. |
Ok habis dah kita travel beraya.
Sambung lepas ke temerloh, staycation satu malam, transit kt genting highlands.
Tu nanti kita sambung kemudian.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semua readers blog ni!
Maaf zahir dan batin :)
*Insert "lagu raya untukmu" - hael husaini
No comments:
Post a Comment